Wednesday, January 03, 2007

Permisi Untuk Sekali ini

Assalamualaikum buat semua teman maya
Tanpa disangka-sangka hujan rupanya tak sampai ke petang. Sedih yang amat kerana sedang aku menikmati saat2 manis bersama kalian di dunia blog sepanjang 3 4 bulan ini, nampaknya mungkin aku akan mengundur diri (tak pastilah sekejap jer ke @ tak sekejap).
.
Seperti yang sesetengah darpada kalian maklum, hanya PC pejabatlah yang menjadi saluran rasmi bagi aku mengakses ke blog selama ini. Nampaknya, masalah new blogger turut menempias ke http://atastanah.blogspot.com ini, walaupun telah hampir tiga minggu berlarutan. Ntah apa masalahnya, tapi aku masih lagi gagal memperoleh capaian ke blog aku dari UPM. Dan kujangkakan hal ini akan berterusan.
.
Oleh kerana ketakupayaanku untuk terus mengakses blog dari Kafe Siber (seperti malam ini), aku rasakan...mungkin di sinilah noktahnya. Huuwaaaa!! Sedihnyerrr...
.
Bukan ape, aku sebenarnya memang sonok sangat blogging nih, lebih2 laie dengan kehadiran korang yang sebenarnya memberikan nilai terhadap blog aku. Tapi dengan kepayahan aku untuk terus memblogging seperti selalu, aku taktau apa penyelesaiannya. Sering aku merasa bersalah sebab dahla tak dapat kirim entri baru (yang dah tentunya menghampakan sesape yg datang bertandang), malah aku juga tak dapat nak berkunjung ke blog korang semua. APakanDayA....
.
Aku dah cuba buat blog baru, cuba mewujudkan akaun gmail dan juga cuba menukar nama blog ini ke nama baru...tapi tetap juga berhadapan situasi yang sama, tak buleh akses ke blog.
.
Maka...berputus asa adalah penyelesaian yang terhampir. Dulu aku mulakan dengan baik, kemudian bertapak dengan baik...namun malangnya diakhiri dengan suram.
.
Tapi aku takkan memadam blog ini, kerana insyaAllah ada masanya (tapi tak janji) aku masih akan cuba mengirimkan khabar2 yang baru.
.
Moga kita berjumpa di dunia yang lain...
.
Arigato, Namaste..Selamat Tinggal...Wassalam...

13 comments:

shahril aley said...

Assalamualaikum Orangbiasa,
Patutlah ramai orang dah tak nak datang jenguk blog aku pasal lately banyak masalah dengan blogspot ni. Bawa banyak bersabar masalah ini pasti dapat ditangani buat sedikit masa lagi. Sedih aku mendengar rintihan ko yang semakin ketagih dengan blog. Selamat berjuang wahai rakan ku....

13may said...

jgn menghilangkan diri lama2 sgt...

all the best!

Ayaq said...

Waaaaaaaaaaa jangan la delete kang aku ambush foodtech tu huhu.

zwitterion said...

jgn terus menyepi dah ler..sedih lak rasa..

Unknown said...

hoho.. blog ko dah pergi ke pusara ke? UPM nyer internet teruk ka?

achik said...

harap2 masalah dpt diatasi cepat2...

Anonymous said...

Aku pun dah tutup blog lama. Singgah la sini kalau free.

http://sectionclose.blogsome com

kadang2 elok gak pindah dari Blogger tu. dah sesak sangat tu..
hehehe

Anonymous said...

apa kata cuba blogdrive...tapi ni tuk org yg tak tere IT sgt le...so, tatak prob ma...

arianna adrizal said...

alahaii.. terharu lak dengar rintihan mu ittew.. huhuhuk~

pasai tu ku tak mau keje ngan upm! eh? hehe~

Titicaca said...

huhuhuhu...
cubalah lagi hingga berjaya membuka blog baru occay!!

achik said...

huhuhuhu...
cubalah lagi hingga berjaya membuka blog baru occay!!

achik said...

dah kembali kan.. bila nak hapdet ;p

Unknown said...

hoi..
bila nak apdet nih?
tak abis lagi ker sibuk?