Monday, March 19, 2007

Kena Tulah

Huuwaaaahh!!! aku tak dapat nak akses ke webpage utk sign in masuk blog. Cuma buleh akses blog sbg pelawat & komen jer. Nape ntah. Skrang dah 3 4 ari takle nak log-in so maafla aku tak dapat nak mengirim entri baru. Betui la Orochi aku dah kena tulah pasai aku buat entri mengutuk Tengku kerabat diraja Melaka.. hohoho...


:( manyak selih

Thursday, March 08, 2007

Prepare for Glory!

.
300 BATU!!! (300 ROCKS kate mat Salleh)
.
Sekian lama aku dihidang dgn cerita2 dungu dan tak bape cerdik di panggung akhirnya malam tadi aku buleh tidur senyum setelah menonton Leonidas dan sahabat2 300-nya bertarung menentang si Persian yang beribu kali ganda bilangannya... Owh, dah tentulah 300 akan kalah, tapi di sinilah kita akan belajar tentang kalah dengan bermaruah.
.
4 perpuluhan 4 bintang!!
.
Merujuk citarasa peribadiku, 300 tidaklah mencapai kecerdikan da Vinci Code atau mencantas status Super-Epic LOTR. Tapi ia sedikit baik daripada Troy dan mungkin setara Gladiator.
.
Namun mungkin ada di kalangan kalian yang tidak menggemari filem yang ganas dan buas. Oleh yang demikian baik kalian tengok filem Mukhsin ataupun Bridge to Terabithia yang lebih lembut dan sopan santun. Dalam 300 ada banyak kepala beterbangan, kaki yang tertanggal dan darah yang tepercik sana-sinun.
.
Filem ini tidak sepenuhnya berpandukan logik dan fakta, walaupun diambil jalan ceritanya daripada Battle of Thermopylae pada 480 Sebelum Masehi. Zack Synder menghasilkan filem ini berasaskan komik oleh Frank Miller. Makanya kalu dah sumber rujukan pon komik, logikla ada unsur2 kekomikan dalam 300. Takdepun disebut di awalan cerita 'based on true story' ke... Tapi kekomikan filem ini buleh dicerna oleh akal dengan baik disebabkan ia amat menghiburkan!
.
Amaran : Parsi yang jahat dalam 300 adalah bangsa Iran (Parsi=Iran). Jadi kalian akan dapat melihat propaganda kejahatan Iran dalam 300 ini. Anggaplah ia semata-mata hiburan. Hollywood memang selalu bergitu.
.
Selamat menonton dengan aman dan tenang..
.

Tuesday, March 06, 2007

Hari Malang Anda?

Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh di dalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengan sirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedah siasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatan penuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.
.
Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopter digunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari punca yang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300 kaki dari udara ke dalam api…… 20 Mac 1998.
.
MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?
.
Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.
.
Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan....... ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!
.
Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki... tak lupa anunyee.. Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye... (sekali lagi...) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.
.
ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?
.
Ingat! Mungkin ini lebih buruk...
.
1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak Exxon Valdez* (untuk maklumat, rujuk pada hujung artikel) adalah sebanyak USD$80 000. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, orang ramai ‘menonton thiller’.... Kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.
.
2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik. “Suamiku terkena kejutan elektrik!!!”
.
Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat atinye..) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil mendengar Walkman... patah dua tulang tangan.
.
3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerja penghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuah pusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzir tadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek tu..
.
AKHIR SEKALI...
.
4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan return to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang di set meletup apabila dibuka.... menjadikan pengirimnya bercerai kepada kepingan-kepingan badan yang berasingan... Innalillah..
.
*Nama kapal milik syarikat Exxon Shipping Company (sekarang dikenali Sea River Shipping Company). Menyebabkan tumpahan minyak semasa dalam perjalanan merentas Alaska pada 23 Mac 1989.
.
Tumpahan yang berlaku : 11 juta gelen atau 257 000 tong minyak.
Liputan minyak seluas 1300 batu dengan 200 batu yang terhampir dengan punca adalah tumpahan kritikal.
.
Kos pembersihan adalah USD$2.1 bilion!! (bukan juta tau) melibatkan 10 ribu pekerja, hampir 1 ribu bot dan kira-kira 100 buah kapal terbang serta helikopter.
.
Bangkai lebih 35 ribu burung dan 1 ribu memerang laut dijumpai. namun disebabkan banyak lagi bangkai yang tenggelam ke dasar laut, anggaran sebenar kematian haiwan adalah 250 ribu burung, 2 800 memerang laut, 300 anjing laut, 250 helang botak (haiwan yang dilindungi sepenuhnya di US), 22 ekor paus pembunuh dan berbilion telur ikan salmon dan herring.

.
Maklumat lanjut... http://www.evostc.state.ak.us/index.cfm

Monday, February 26, 2007

Hoi Apasai Tag Aku!!

Aku kena tagged. Kena lagi... hahaha... OK, 6 perkara pelik.
.
Rules & Regulations:Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!
.
1. Aku buleh makan banyak dengan sangat banyak. Hinggakan aku kadang2 kehairanan adakah makanan yg sebegitu banyak yg aku dah telan, masuk ke dalam peparu akibat ruang pada perut yg dah terlampau penuh. Dan aku percaya ada saatnya nantik makanan yg aku makan akan keluar daripada pusat akibat ketakupayaan perut menampung makanan yang disumbat masuk.
.
2. Sampai sekarang aku percaya sebenarnya aku boleh berlari di atas air. Cuma mungkin belum tiba masanya. Aku sangat yakin satu hari kelak konfem aku buleh.
.
3. Pasai makan gak. Paling lama aku tak makan eskrim adalah 3 hari. Peraturan makan eskrim 3 hari ini adalah compulsory. Walaupun setakat nih tiada laie kejadian2 aneh berlaku kalu aku melanggar peraturan yg dibuat, kitaran 3 hari tetap perlu dipatuhi.
.
4. Berikut pula adalah aktiviti2 pelik yg telah aku alami dalam kategori yg sama; terjun drpd tingkat 3 bangunan, menindik perut dengan menggunakan besi langsir (tahan 4 hari je…sakit), lepak malam kat atas bukit jirat Cina dan meniup perut member2 yg tengah baring (terutamanya mereka yg banyak isi). Masyuk!!!!
.
5. Aku suka Teddy Bear…hahaha. Ade tiga ketul atas katil peneman tidur. Tak suka Teddy berbulu kasar, paling suka yang bulunya halus dan enak dipeluk.
.
6 PINK!!! Ya, aku suka warna Pink. Malangnye kecenderunganku ini ditentang ramai ahli masyarakat. Seolah2 lelaki yang meminati Pink adalah abnormal dan perlu menjalani pemulihan….Huh, diskriminasi gender!
.
Aku takde nak tag sesiapa kecuali Dato' Kadir Jasin sebab tag yang aku bagi dulu pon dia tak jawap laie. Tak sporting la Dato'....
.
Walau apepun, macam orang lain gak, sebenarnya ada lagi kepelikan kita yg tak mampu nak didedah dalam nih. Mungkin sebab terlalu privasi atau bersifat terlalu pelik hinggakan tak bule diterima akal. Jadi aku pon sama gak. Mane buleh dedahkan sume, jatuhla reputasi aku nanti..ekekeke!!

Tuesday, February 20, 2007

Osteoperosis = Ostrich

Aku dah dua bulan dok tempat baru.. Yg bestnye 15 min dari umah famili dan 10 min ke tempat keje. Tapi gatei nak dok umah bujang. Bukan umah sangat pon, tapi asrama jenis apartment budak2 Medic. Kalu dok umah famili pon tak salah sebenarnye.
.
Kat umah aku skang tinggal Mak, Ayah, adik ketiga (dah keje tapi dok umah), adik ketujuh (darjat 3) dan adik kelapan a.k.a bongsu (belum berdarjat). Cian gak Mak aku. Siang hari Ayah dan adik ketiga keje. Adik ketujuh ke sekolah. Yang tinggal Mak dan adik bongsu ampat tahun. Kalau dulu umah kami sentiasa meriah. Tapi sekarang, jarang2 dapat berkumpul semua.
.
Berikut adalah carta organisasi adik beradik aku :
.
Sultan : Akula...biasanya seminggu sekali balik
Bendahara : Dok kampung umah makcik, bisnes sendiri...lebih kurang 2 bulan sekali balik.
Laksamana : yang dok umah tapi keje tu.
Temenggung : dok Matrix UIA PJ. 2 minggu sekali balik
Penghulu Bendahari : dok asrama peringkat 5. balik sebulan sekali
Penasihat : dok asrama peringkat 3. sebulan sekali gak
Ahli nujum : darjat 3. hari2 balik.
Pembesar Empat : nak balik ke mane lagi. Memang dok umah.
.
Kadang2 aku balik makan tengahari dari tempat keje, baru terasanya sunyinya rumah aku sekarang. Yela, Mak dengan adik je ade. Umah 6 bilek ape tak terasanya sunyinya kalu berdua je. Tapi tu kalu bile si Pembesar Empat tu tidoq la. Kalu tak, walau ada dia sorang, memang haru biru...
.
Tapi kalau dapat kumpul semua, memang best! Misalnya semalam. Raya Haji yang lepas adalah yg terakhir dapat kumpul ramai2 sebelum semalam. Takde apape program spesel. Kebetulan cuti panjang. Adik kedua aku pulak kebetulan tak meniaga akibat kecederaan kaki jatuh masa mengelak patukan ular kat kampung. Jadi dia balik umah.
.
Kesimpulannya, sebab tu la aku rasa tak feel keje arini. Aku nak balik umah!!! Hwaaaaaa....!!! =.(

Wednesday, February 14, 2007

Wayang Kulit Moden

Malam nih aku nak gi menjamu mata menonton Penunggang Hantu (aik...Nic Cage menunggang hantu ke? Bukan moto ke?). Ekpektasi aku adalah sekurang2nya 4 bintang. Kalu tak best siap kau Mark Steven Johnson (hmm, macam nama 3 org yg berlainan). Aku akan lambakkan emel ko dengan spam2 lucah..hohoho.
.
Tapi sebenarnya filem yg paling aku nanti-nantikan dalam masa terdekat nih adalah 300. Filem yang mengisahkan hero2 Spartan dalam Battle of Thermopylae. Apetu? Sama2 kita tunggu. Aku mahu pastikan aku takkan termiss citer nih, walau terpaksa memonteng keje. Ekeke! Kalu buleh aku nak nengok versi IMAX nanti.



Hoi Ziana Zain! Aku pon buleh angkat kening gak hape!



Acara menyepak organ sulit


Hahaha...baru diorang tau Darth Vader dah beli topeng baru..



Lihatlah ketulan-ketulan itu. Menggiurkan...haha

Monday, February 12, 2007

Salam Tengkorak

Namaste (Namaste tu maknyenye ape ye?)....
.
Ape perkabaran dari seberang sana? Aku sihat sejahtera. Penin2 sikit sebab keje n hal-hal lain yang menerpa tu biaselah. Ape nak cerita ek? Maklumla dekat 2 minggu tak hanto kabar lepas CAK CAKKK! aritu.
.
Semalam buat pertama kalinya dalam sejah hidup aku menjejakkan kaki ke One Utama. Nak kate best...best la jugak. Yang tak bestnye kalu pi tempat cantu, pitih akan menipis di kocek (tapi orochi lagi berasa tak best kot, pitih dia yg paling banyak dilabur...adatla Orang Kaya Orochi).
.
Tapi barulah aku tau ade pulak objek2 lain selain One U tu iaitu Ikano dan the Curve yg berhampiran. Entah mane yg lagi mengujakan aku taktaula. Teringin gak nak singgah lenkali... Oh buat yang kurang arif, semua tempat ini terletak di Petaling Jaya, Selangor. Harap Maklum. Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Bandar_Utama#Commercial_complexes untuk info tambahan.
.
Bulan nih awal bebenor gaji, 12 & 13hb dah masuk. Gaji lepas pun baru luak sikit (huh, luak sikitla sangat, tinggal 1/5 jer hang tau). Jimat2la kengkawan ye.. Nak shopping baik segera minggu nih sebab MegaSale nak abih dah hari Ahad.. Jangan lupe ajak-ajak ayam aku ye..
.
Okeh nak beredar. Saje nak melempias tensen. Dua kali kene bamboo Bos Mem Besau arini. Adela yang aku setuju dan ade gak yang aku tak setuju dengan bambooannya tu. Maleh nak menjawap, aku tau mood dia swing skit arini. Alangkan staf yang baru masuk keje seminggu jagung pon kene bamboo tadi, apetah lagi aku yang hampir2 6 bulan keje. Ampunkan jerla...tapi sayu gak sebenrnye dari pagi. Iyela kan, berkobar2 nak mulakan minggu dengan ceria...tetiba tak sampai 15 minit masuk opis...diserang2 bertalu2 dengan M16. Mau tak jatuh moral. Takpela jatuh moral, jangan tergadai maruah.
.
Aktiviti menonton wayang aku berjalan seperti biasa, 2 @ 3 kali seminggu. Malangnya untuk 2 minggu terakhir nih, aku menonton cerita2 yang membosankan. Tapi nak wat cane, dah hobi tengok wayang. Yang menarik cuma Stranger Than Fiction. Dan aku rekomenkan korang Apocalypto, Pans Labyrinth & Rocky Balboa. Superb!!! (Nonton DVD jer. Tak tahan nak nunggu citer2 nih kuar wayang bulan 3).
.
Ok berjumpa lagi ye kanak-kanak sekalian. Windu-winduanlah sesama kita ye. Wassalam