BAB 1
.
Hari ini aku ingin mengajak kalian berbicarawara pasai produk. Produk Halal. Ada sesetengah dari masyarakat kita yang sangat mengambil berat, ada yang tidak berapa kisah, ada yang asal yakin dan ada pula yang langsung tak ambil tahu.
.
Aku tertarik dengan isu penggunaan nama dan istilah Islamik bagi produk2 yang sebenarnya diusahakan oleh orang bukan Islam. Misalnya *Ubat Gigi Mu'min yang dikilangkan oleh American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd (klik sini). Contoh lain Pau Ahmad (klik sini pulak). Juga tidak dilupa produk Safi (klik di sini ya) yang dikeluarkan oleh syarikat yang turut terkenal dengan produk Enchanteur, Eversoft, Dashing, Sumber Ayu dsb.

(Ubat Gigi Mu'min kini dikeluarkan oleh syarikat Islam [pemegang saham majoriti]. tetapi 3 tahun lepas semasa ia mula diperkenalkan, ia dikeluarkan oleh Syarikat bukan Islam. Untuk maklumat lengkap, rujuk BAB 2 entri nih)
.
Setelah ditelek-telek, aku yakin semua produk nih HALAL. Tiada keraguan. Tapi isu yang timbul di sini, apakah wajar kita membiarkan orang-orang bukan Islam menggunakan sewenang-wenangnya nama yang berunsurkan Islamik atau mungkin Melayu?
.
Aku akui aku tergolong dalam 'golongan asal yakin' tadi. Jakim kata OK, akupon OK. Sebab tu walaupun ada yang memperjuangkan Boikot KFC, Colgate, Coke, Starbucks dsb aku tak berapa nak kesah. Terpulanglah orang nak kata aku Muslim yang tak peka ke...kurang Islamik ke, terpulang. Yang aku tau semua produk tu HALAL (tapi aku tak suke ar Colgate. Darlie yang paling best! Coke pon tak suke gak)
.
Tapi aku sangat concern dengan penggunaan nama yang berbaur Islamik seperti contoh yang aku bagi tadi. Ia amat mengelirukan! Siapa yang tak terpedaya kalau ubat gigi guna nama Mu'min! Pau pula namanya Pau Ahmad! HALAL memanglah HALAL, tapi tidakkah umat Islam terasa maruah mereka telah dicarik-carik? Bukankah Ahmad itu nama panggilan Rasulullah?
..

BAB 2
.
.
Tapi untuk Ubat Gigi Mu'min, kes nih ada pelik sikit. Aku susah nak jelaskan. Mungkin aku ringkaskan begini:
.1. American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd mula2 mengeluarkan produk ubat gigi Mu'min, mencari yg Halal itu adalah kewajipan untuk Umat Islam
.
.
2. Tiga tahun lepas PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dapati kilang itu memang takde masalah daripada aspek pengeluaran (kebersihan, status halal dsb) utk ubat gigi Mu'min, cuma masalahnya para pekerja dan pemilik kilang adalah bukan Islam tapi produknya yang satu nih gunakan nama yang Islamik. (kilang ini juga keluarkan produk2 ubat gigi yang lain, boleh klik untuk rujuk website-nya)
.
.
3. PPIM lalu mencadangkan mereka melantik beberapa panel syariah dan pemantau yang beragama Islam yang akan membuat kerja pemantauan yang dijalankan oleh JAKIM
.
.
4. Cadangan diterima. Kemudian PPIM berbincang pula untuk mengambil alih Al Meswak Mu’min Sdn Bhd (anak syarikat American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd), dengan membeli beberapa peratus sahamnya
.
5. Juga diterima dan beberapa orang ahli PPIM telah membeli saham syarikat itu. Kini ia kelihatan seperti 100% milik Islam (sepertimana tanggapan umum)
.5. Juga diterima dan beberapa orang ahli PPIM telah membeli saham syarikat itu. Kini ia kelihatan seperti 100% milik Islam (sepertimana tanggapan umum)
TETAPI...
.
.
(sebelum meneruskan isi fikiran aku nih, aku ingin tegaskan aku bukanlah anti dengan Produk Ubat Gigi Mu'min nih ataupun aku nak menjatuhkan bisnes orang Islam. Sama sekali tidak. Aku cuma ingin mendapatkan kepastian atas kekeliruan yang aku cuba sampaikan selepas ini)
.
.
1. iklan Ubat gigi Mu'min menekankan ia disyorkan oleh PPIM. Anehnya memang secara langsung ahli PPIM sendiri yang memiliki saham syarikat ini. Jadi seolah-olah pemilik2 saham mengeksploitasi nama PPIM untuk keuntungan peribadi mereka
.
.
2. Sijil halal yang korang dah tengok kat link atas tadi dengan jelas tertera alamat bagi syarikat nih sama dengan syarikat asalnya iaitu di American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd. So, kilangnya sama cuma ia cuba diwujudkan sebagai entiti berlainan
.
.
3. Cuba buka website Al Meswak Mu’min Sdn Bhd sini (syarikat baru yang menghasilkan Ubat Gigi Mukmin), dinyatakan: merupakan syarikat 100% kepunyaan rakyat tempatan. Kenapa tidak saja ditulis 100% kepunyaan Bumiputra Islam?
.
.
4. PPIM dalam forum di websitenya sendiri mengakui: syarikat ini mempunyai saham majoriti orang Islam, malah lebih daripada apa yang kerajaan sarankan , iaitu 30% biasanya. Persoalannya berapa peratus pula sahamnya dipegang oleh orang bukan Islam?
.Daripada apa yang aku dapat ungkaikan ini, sebenarnya aku terasa wujud unsur2 eksploitasi dan manipulasi dalam hal ini. Bukan aku sorang, kalian boleh baca kekeliruan yang turut dialami oleh pengguna lain di website PPIM di sini. PPIM turut menyediakan jawapan bagi persoalan yang timbul, jadi ada pro dan kontranya. Terpulang untuk kalian menilai
.Bak kata seorang pengomen dalam tu, kalau betul nak memperjuangkan produk Muslim baik beralih kepada Ubat Gigi Halagel, Ubat Gigi Cengkudu atau Ubat Gigi Herba HPA. Pengomen tersebut bengang bila PPIM mengatakan bahawa 'kajian kami mendapati TIADA syarikat pembuat ubat gigi yang dikuasai oleh orang Islam/Bumiputra di mana-mana tempat di dunia' sedangkan tiga produk di atas jelas 100% keluaran umat Islam. Itu baru di Malaysia, belum kat negara lain lagi
.
Maka, secara tersiratnya PPIM secara tidak langsung cuba mempromosikan produk Ubat Gigi Mu'min yang mana ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dalam syarikat itu. Tapi ini pandangan peribadi aku. Maaf ya
.
.
Okeh, ditekankan sekali lagi aku tiada niat lain selain menunjukkan kalian senario sebenar yang berlaku ketika ini. Aku juga mengucapkan tahniah atas usaha PPIM untuk memajukan produk keluaran Islam. Cuma beberapa persoalan yang timbul seperti di atas sedikit menggelincirkan kepercayaan aku terhadap usaha yang telah PPIM lakukan kerana sekelumit unsur-unsur personal interest yang wujud
.Gomen-nasai. Wokeh, habis rehat tengah hari aku menaip entri kali nih. Chet! Harap dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan korang sume. Apepun, DARLIE tetap di hatiku. Wassalam..