Wednesday, May 30, 2007

Memanjangkan Hari

Assalamualaikum
.
Weh, hari aku hari-hari macam ade 3 jam je. Cepat benar berlalu.
1 jam kerja
50 minit tido
30 minit makan
20 minit solat
8 minit mandi
10 minit utk aktiviti2 lain
.....beberapa saat lagi untuk memblog...
.
Owh owh....tolongla. Suntuknye masa aku. Kalau boleh, aku mohon penambahan 7 jam dalam hari-hari aku sekarang... Please...please.... Errr, korang ade petua tak tak memanjangkan sejam dalam sehari?

Monday, May 21, 2007

Ade Ade Aje-lah

Dengki betullah diorang rupenye dengan bloggers nih. Ade jer jalannya nak halang kita bersuara di alamaya. Mulai minggu nih, tiap kali pengguna menaip alamat blog menerusi talian UPM, mereka akan terus di'direct link' ke laman rasmi UPM, http://www.upm.edu.my. Wooohh!! Bengkek gile haku! Tapi sebagai insan berfikiran positif, aku faham tujuannya agar staf2 kampus tidak menjalankan kerja2 kesukarelawanan semasa waktu kerja. Alhamdulillah baik betul niat mereka *sambil mengurut dada*
.
Tentu ramai bloggers mula tersenyum dengan gaji baru :D Jangan lupekan kawan2. Jangan lupe gak bayor Piti-piti-en. Orochi yang kaya pon nampaknya dah bertambah kaya..hehe
.
Adik aku yang dioperasi sekarang dah kat rumah tapi tak bole jalan lagi. Dia bilang, dia nampak kaki tu tapi tak dapat rasa apape. Huhu ngerinye.. Dapatla cuti sebulan atas wheelchair.
.
Hari yang ditunggu-tunggu semakin hampir.. Mendebarkan sungguh!!! ;b Sampaikan aku tak mampu nak bercerita kat korang...huhuhu.
.
Hmm sekarang di kampus sunyi yang amat. Kanak2 semua dah bercuti panjang. Adelah jugak beberapa kerat yang tak hingat nak balik kampong, degil nak dok sini gak.. Dah cuti orang suh balik, balik jerla kan? Eh eh, maap...aku faham ade yang tak boleh balik sebab kampungnye jauh di Afrika & Timur Tengah nun. Ada juga yang ambil kesempatan cari rezeki tambahan bagi menampung belanja hidup semester depan. Dan juga terdapat segelintir yang tak mampu balik sebab tak mahu berjauhan dengan pasangan sehidup sematinya...cerminan Kuliah Cinta..
.
Okeh, entri kali nih aku cuma nak merapu jer. Nanti ada masa aku buat reseach lagi, buat entri2 membongkar rahsia!! Tunggguuuuuu.........

Sunday, May 13, 2007

Operasi

Lama juga aku jadi beruang kutub rupenye. Tiga minggu berturut aku kehilangan Sabtu dan Ahad bahana kursus, asessment dan bengkel.
.
Esok adik aku numbur empat akan operasi (menjalani pembedahan cakap orang Melayu). Dah dua minggu dia menunggang kerusi roda. Setelah dirujuk ke pakar ortopedik, rupanya tulang rawannya telah damage (takkan musnah kot...tak jumpe perkataan yang lebih sesuai). Dua lubang akan ditebuk di kakinya utk tujuan tersebut. Akupun tah paham sangat lagi sebab baru je arini aku sampai dari Melaka menganjurkan kursus, belum sempat lagi menjengah ke wad. Kalau kalian rajin, datangla lawat adik aku kat Wad 7E Hospi Serdang. Dekat je kan..
.
Hmm abang manela yang tak risau. Aku nampak je tenang dan macho menghadapi semua nih tapi dalam hati, risau manjang. Niat aku nak menonton Sipdey dan Sumo esokpun terpakse tunda. Takpela, nengok wayang tu hal kecik jer. Lusa tulat pun bule pi. Jengok orang dioperasi bukan hari-hari kan...entah2 sekali dua je seumur hidup.
.
Doakan adik aku selamat dan boleh kembali berjalan seperti biasa. Tahun nih dia akan menghadapi SPM. Kalu dapat jalan macam biasa, nanti dapat 12A buleh sambung blajo kat Ukraine ke, Tokyo ke. Nih sat lagi aku nak pi wad jap. Kunjungan malam. Okeh geng, jumpa di Hospi ye. Wassalam

Monday, April 30, 2007

Pelbagai

Saje aku bior lama entri Ubat Gigi tuh. Penat wat research nak kumpul maklumat tau! Harapnye dapatlah aku sumbangkan sedikit info untuk diisi dalam neuron korang
.
Rupenye ramai beruang kutub memblogging sinih. Masing2 dah mula hibernasi. Kang dah sedor, sibuk nak mengawan la pulok kan...ekeke!! Walaupun aku bukan golongan beruang kutub, mulai esok aku akan Cuti Cuti Kampuchea sampai Ahad depan. Cuti dengan hajat sebenarnye. Jadi doakanlah ape yang aku hajatkan cuti kali nih tercapai ye...Amin
.
Iklan TV paling menyampah tahun ini dimenangi oleh iklan Rejoice!:
.
"inikah gaya rambut salun yang baru?"
"huh, kamu akan menyesal!"
.
Ala-ala Telonovela gitu. Uweeekkkk!!! *jolok tekak muntah cekelat*
.
Okeh, Salam Ponorogo untuk teman semua. Manis 777 :D
.
oh Ohhh....bijak jugak aku ni ye... ecek! Trimas Mawar yang mengetag ;)
.

StupidTester.com says I'm 29% Stupid! How stupid are you? Click Here!


Sunday, April 22, 2007

Halal Tapi...

BAB 1
.
Hari ini aku ingin mengajak kalian berbicarawara pasai produk. Produk Halal. Ada sesetengah dari masyarakat kita yang sangat mengambil berat, ada yang tidak berapa kisah, ada yang asal yakin dan ada pula yang langsung tak ambil tahu.
.
Aku tertarik dengan isu penggunaan nama dan istilah Islamik bagi produk2 yang sebenarnya diusahakan oleh orang bukan Islam. Misalnya *Ubat Gigi Mu'min yang dikilangkan oleh American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd (klik
sini). Contoh lain Pau Ahmad (klik sini pulak). Juga tidak dilupa produk Safi (klik di sini ya) yang dikeluarkan oleh syarikat yang turut terkenal dengan produk Enchanteur, Eversoft, Dashing, Sumber Ayu dsb.
.
(Ubat Gigi Mu'min kini dikeluarkan oleh syarikat Islam [pemegang saham majoriti]. tetapi 3 tahun lepas semasa ia mula diperkenalkan, ia dikeluarkan oleh Syarikat bukan Islam. Untuk maklumat lengkap, rujuk BAB 2 entri nih)
.
Setelah ditelek-telek, aku yakin semua produk nih HALAL. Tiada keraguan. Tapi isu yang timbul di sini, apakah wajar kita membiarkan orang-orang bukan Islam menggunakan sewenang-wenangnya nama yang berunsurkan Islamik atau mungkin Melayu?
.
Aku akui aku tergolong dalam 'golongan asal yakin' tadi. Jakim kata OK, akupon OK. Sebab tu walaupun ada yang memperjuangkan Boikot KFC, Colgate, Coke, Starbucks dsb aku tak berapa nak kesah. Terpulanglah orang nak kata aku Muslim yang tak peka ke...kurang Islamik ke, terpulang. Yang aku tau semua produk tu HALAL (tapi aku tak suke ar Colgate. Darlie yang paling best! Coke pon tak suke gak)
.
Tapi aku sangat concern dengan penggunaan nama yang berbaur Islamik seperti contoh yang aku bagi tadi. Ia amat mengelirukan! Siapa yang tak terpedaya kalau ubat gigi guna nama Mu'min! Pau pula namanya Pau Ahmad! HALAL memanglah HALAL, tapi tidakkah umat Islam terasa maruah mereka telah dicarik-carik? Bukankah Ahmad itu nama panggilan Rasulullah?
.
.
.
BAB 2
.

.
Tapi untuk Ubat Gigi Mu'min, kes nih ada pelik sikit. Aku susah nak jelaskan. Mungkin aku ringkaskan begini:
.
1. American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd mula2 mengeluarkan produk ubat gigi Mu'min, mencari yg Halal itu adalah kewajipan untuk Umat Islam
.
2. Tiga tahun lepas PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dapati kilang itu memang takde masalah daripada aspek pengeluaran (kebersihan, status halal dsb) utk ubat gigi Mu'min, cuma masalahnya para pekerja dan pemilik kilang adalah bukan Islam tapi produknya yang satu nih gunakan nama yang Islamik. (kilang ini juga keluarkan produk2 ubat gigi yang lain, boleh klik untuk rujuk website-nya)
.
3. PPIM lalu mencadangkan mereka melantik beberapa panel syariah dan pemantau yang beragama Islam yang akan membuat kerja pemantauan yang dijalankan oleh JAKIM
.
4. Cadangan diterima. Kemudian PPIM berbincang pula untuk mengambil alih Al Meswak Mu’min Sdn Bhd (anak syarikat American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd), dengan membeli beberapa peratus sahamnya
.
5. Juga diterima dan beberapa orang ahli PPIM telah membeli saham syarikat itu. Kini ia kelihatan seperti 100% milik Islam (sepertimana tanggapan umum)
.
TETAPI...
.
(sebelum meneruskan isi fikiran aku nih, aku ingin tegaskan aku bukanlah anti dengan Produk Ubat Gigi Mu'min nih ataupun aku nak menjatuhkan bisnes orang Islam. Sama sekali tidak. Aku cuma ingin mendapatkan kepastian atas kekeliruan yang aku cuba sampaikan selepas ini)
.
1. iklan Ubat gigi Mu'min menekankan ia disyorkan oleh PPIM. Anehnya memang secara langsung ahli PPIM sendiri yang memiliki saham syarikat ini. Jadi seolah-olah pemilik2 saham mengeksploitasi nama PPIM untuk keuntungan peribadi mereka
.
2. Sijil halal yang korang dah tengok kat link atas tadi dengan jelas tertera alamat bagi syarikat nih sama dengan syarikat asalnya iaitu di American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd. So, kilangnya sama cuma ia cuba diwujudkan sebagai entiti berlainan
.
3. Cuba buka website Al Meswak Mu’min Sdn Bhd sini (syarikat baru yang menghasilkan Ubat Gigi Mukmin), dinyatakan: merupakan syarikat 100% kepunyaan rakyat tempatan. Kenapa tidak saja ditulis 100% kepunyaan Bumiputra Islam?
.
4. PPIM dalam forum di websitenya sendiri mengakui: syarikat ini mempunyai saham majoriti orang Islam, malah lebih daripada apa yang kerajaan sarankan , iaitu 30% biasanya. Persoalannya berapa peratus pula sahamnya dipegang oleh orang bukan Islam?
.
Daripada apa yang aku dapat ungkaikan ini, sebenarnya aku terasa wujud unsur2 eksploitasi dan manipulasi dalam hal ini. Bukan aku sorang, kalian boleh baca kekeliruan yang turut dialami oleh pengguna lain di website PPIM di sini. PPIM turut menyediakan jawapan bagi persoalan yang timbul, jadi ada pro dan kontranya. Terpulang untuk kalian menilai
.
Bak kata seorang pengomen dalam tu, kalau betul nak memperjuangkan produk Muslim baik beralih kepada Ubat Gigi Halagel, Ubat Gigi Cengkudu atau Ubat Gigi Herba HPA. Pengomen tersebut bengang bila PPIM mengatakan bahawa 'kajian kami mendapati TIADA syarikat pembuat ubat gigi yang dikuasai oleh orang Islam/Bumiputra di mana-mana tempat di dunia' sedangkan tiga produk di atas jelas 100% keluaran umat Islam. Itu baru di Malaysia, belum kat negara lain lagi
.
Maka, secara tersiratnya PPIM secara tidak langsung cuba mempromosikan produk Ubat Gigi Mu'min yang mana ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dalam syarikat itu. Tapi ini pandangan peribadi aku. Maaf ya
.
Okeh, ditekankan sekali lagi aku tiada niat lain selain menunjukkan kalian senario sebenar yang berlaku ketika ini. Aku juga mengucapkan tahniah atas usaha PPIM untuk memajukan produk keluaran Islam. Cuma beberapa persoalan yang timbul seperti di atas sedikit menggelincirkan kepercayaan aku terhadap usaha yang telah PPIM lakukan kerana sekelumit unsur-unsur personal interest yang wujud
.
Gomen-nasai. Wokeh, habis rehat tengah hari aku menaip entri kali nih. Chet! Harap dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan korang sume. Apepun, DARLIE tetap di hatiku. Wassalam..

Thursday, April 19, 2007

Misteri Bahagia

BAHAGIA adalah suatu:
.
a. perasaan
b. cita-cita
c. yang tidak dirasakan sepanjang masa
.
KEBAHAGIAAN MUTLAK :
.
a. tak mungkin tercapai (atau mungkin?)
b. tidak dapat digambarkan (atau mungkin?)
c. adalah di syurga (atau mungkin dapat dirasakan di dunia?)
.
Untuk memperoleh BAHAGIA:
.
a. perlu terlebih dahulu melalui penderitaan (perlukah?)
b. perlu selalu bersyukur
.
Bolehkah BAHAGIA wujud :
.
a. tanpa perlu berkongsi sesuatu dengan sesiapa?
b. tanpa perlu melalui penderitaan?
c. dengan tiba-tiba tanpa sebab?
.
Apakah cara terbaik mengukur KEBAHAGIAAN:
.
a. taraf Sosio-Ekonomi yang Tinggi (bagaimana dengan Sosio-Emosi?)
b. hidup diredhai Tuhan (bagaimana mengukur keredhaan Tuhan?)
c. Tidur yang nyenyak?
d. Hidup yang sederhana dan gembira?
.
Adakah mungkin wujud manusia yang ANTI-BAHAGIA?
.
Adakah TIDAK BAHAGIA bermakna hidup susah (walaupun senang dari segi material)?
.
Bagaimanakah cara untuk berseronok dengan KETIDAKBAHAGIAAN yang sedang dialami?
.
BAHAGIA juga merupakan satu wabak kerana ia boleh berjangkit tapi mungkin juga menjadi ancaman kerana ia dicemburui.
.
BAHAGIA adalah subjektif seperti yang dipersetujui ramai. Tapi anehnya ramai yang bersetuju (walaupun mulut kata tidak tapi hati tetap mengiyakan) bahawa mereka akan berasa BAHAGIA yang amat sekiranya tiba-tiba dikurniakan RM1 000 000.00 tunai tanpa sebab.
.
Jadi bolehkah aku simpulkan, wang adalah simbol asas BAHAGIA? Tapi bagi para hartawan...jutawan, setelah ada banyak wang, definisi BAHAGIA mereka akan berubah ke bentuk lain yang lebih subjektif. Cinta? Kestabilan hidup? Sanjungan? Hmmm entahlah.
.
Owh...makanya kesimpulan yang lain yang aku dapati adalah BAHAGIA (yang paling minimum) yang diinginkan oleh setiap orang boleh dikategorikan mengikut Taraf Sosio-Ekonomi mereka. Misalnya:
.
a. Golongan merempat - BAHAGIA sekiranya ada: rumah, makanan, wang dan kasih sayang
.
b. Golongan miskin - BAHAGIA dengan: wang, kemudahan asas, ASTRO dan kasih sayang
.
c. Golongan sederhana - BAHAGIA sekiranya dapat: rumah sendiri, kereta mewah, kerjaya yang stabil, wang, dan kasih sayang
.
d. Golongan berada - BAHAGIA dengan: [bisnes yang tak putus2 untung, sanjungan, kurniaan darjah kebesaran dan kasih sayang] = n
.
e. Golongan ultra mewah - inginkan BAHAGIA yang : merangkumi apa yang diperoleh golongan berada [n] x 2 = ? Arrggghhh...aku penin!!! Apa yang diorang nak nih???!!!!
.
Jadi, WANG dan KASIH SAYANG nampaknya wujud sebagai unsur BAHAGIA yang merangkumi setiap strata Sosio-Ekonomi. Persoalannya, mana yang lebih penting?
.
Secara peribadi, dapat bertemu Totoro adalah salah satu BAHAGIA yang aku idamkan...
.
Akhir kata, Wassalam...

Sunday, April 15, 2007

Main-Main No. Henset

Haritu aku terpesona dengan zwit yang main-main nombor untuk meneka bilangan beradik aku. Heh dan jawapannye tak sipi2...memang tepat! So kali nih aku pon nak wat tricky trick gak la. So, mari kita mulakan. Kita buat sama-sama dan jangan segan-segan ye..hehe:
.
1. Keluarkan kalkulator anda (kalu takde, sila guna kalkulator Start/All Programs/Accessories di PC kalian). Takle kira nih kalu congak guna kepala je!
.
2. Masukkan tiga (3) nombor terawal nombor henset tuan puan. Jangan masukkan nombor 012/013/019 tu. Maka, kalu 012-3456789...masukkan 345
.
3. Darab dengan 80
.
4. Tambah 1
.
5. Darab dengan 250 pula
.
6. Tambah 4 digit terakhir nombor henset tuan puan
.
7. Seterusnya tambah 4 digit terakhir nombor henset tuan puan sekali lagi
.
8. Tolak 250
.
9. Bahagi dengan 2
.
10. Dan tuliskan jawapannye di ruangan komen ye...hehehe.. Selamat mencoba!
.
Sape yang dah mengira wajib bagi jawapan yang korang dapat kat aku haha...Kalu tak aku daulatkan korang ;p