
Salam kalian. Nak maklumkan je. Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang diberi. Al-kisahnye, Rabu lepas temuduga Tutor tu. Dan al-kisahnye juga, aku tak hadir temuduga tersebut. Muktamad. Dan aku berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Faedah dan Kos Melepas telah aku pertimbangkan, jadi keputusan pun dah dibuat. Kalau dah aku nekad nak tetap dengan kerja sekarang, tak perlulah aku mencoba-coba untuk hadir temuduga. Ye tak?
.
Cerita II
.
Ahad 17 Mac, adik seorang staf perempuan aku meninggal akibat kemalangan motosikal pada jam 3.00 pagi. Arwah terjatuh sendiri tanpa diketahui sebabnya (tapi bukan merempit ye). Al-Fatihah untuk arwah.
.
Selasa 19 Mac, Makcik aku meninggal setelah 3 minggu koma. Beliau menjalani pembedahan selepas berlaku pendarahan akibat kanser rahim. Namun, sudah kehendak Tuhan, tanpa diduga beliau diserang strok selepas pembedahan selesai (walaupun arwah tidak pernah diserang strok sebelum ni), lalu menyebabkan beliau koma sehinggalah ke saat beliau meninggal dunia. Al-Fatihah untuk arwah
.
Pagi ini, Selasa 26 Mac, seorang staf aku yang juga pelajar yang menjalani latihan praktikal di sini telah kehilangan ayahnya. Walaupun berat hati hendak menulis, kematian beliau disyaki disebabkan percubaan membunuh diri. Arwah ditemui lemas di dalam kolam berhampiran rumah pada jam 7 pagi. Arwah telah meninggalkan nota di dalam bilik dengan pesanan yang tak perlu aku nyatakan di sini. Aku sungguh empati dengan staf aku serta keluarga beliau, lagi2 setelah melawat arwah dan keluarganya di hospital tadi. Al-Fatihah untuk arwah.
.
Kejadian ini merupakan kali kedua yang pernah aku sama berkongsi dengan orang yang aku kenali. Sebelum ini, seorang sahabatku juga kehilangan ayahnya akibat membunuh diri. Aku faham perasaan sahabat aku serta ahli keluarganya. Hinggakan ibu sahabat aku ini seolah2 tidak lagi bersemangat untuk terus hidup, sehinggalah si ibu meninggal pada bulan puasa yang lepas akibat kanser payu dara. Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah.
.
Kerana itulah kemahiran membuat keputusan adalah penting...jangan sampai memilih jalan yang silap.
.
Ok jumpe lagi. Sekali lagi terima kasih. Wslm
.

