Alhamdulillah dengan izin tuhan aku mengalami pengalaman yang menarik amat dalam 2 program aku sempat hadiri 4 5 hari sebelum ni. Malangnye aku masih tak dapat la nak upload gambar dari PC sini so korang bayangkan jerla ye ;p
.
1. Buat pertama kali aku dapat main paintball. Sape yang dah penah main mestilah tak heran, tapi buat 1st timer macam aku, seronok sungguh rasanya! Tak sangka pulak pi kursus team-binding ade main paintball.
.
2. Kali pertama juga aku dapat melihat 'silap mata' ilmu kebatinan..hehe. Kami 40 orang peserta telah di'psiko' untuk diletakkan timun sama ada di leher, tapak tangan atau perut, lalu timun itu diparangkan oleh encik fasilitator yang berwibawa, tanpa menyebabkan organ2 tubuh tadi tercedera atau terkulai layu. Fuh! Rasa macam nyawa2 ikan (tapi aku tak buat sebenarnye, tak sempat. Masa tak mengizinkan...hehe) Selepas itu ade sesi berjalan atas bara api pulak, pun tak sempat buat sebab dah jam 11 malam. Tapi insyaAllah, lain kali kalau ada kesempatan aku akan cuba. Bukan ape, encik fasilitator ambil masa dekat 2 jam untuk bagi talk untuk meyakinkan peserta yang depa semua boleh buat. Mula2 ramai tak konfiden siap ade yang menangis, tapi selepas tu 85% nak buat. Pesanan encik fasilitator, dont try this at home.
.
3. Aku balik kursus hari Sabtu. So semalam aku dijemput menghadiri satu program lagi...dan yang paling best daripada 2 aktiviti di atas. Cabaran Pacuan 4 Roda (4 x 4 Challange). Ala, yang naik jip, pajero @ pikap tu...pehtu jalan dalam hutan, redah lumpur, redah sungai dan lalu jambatan batang pokok tu.. Perrghhhhh!!!! Gile dasat best nak mampos! Walaupun aku duduk kat belakang, tapi excited gile tengok camane encik pemandu @ pemilik pacuan 4 roda yang aku naik tu mengharungi cabaran. Bapak rilek gile dia bawak. Kitorang dah berderau bila pacuan 4 roda kami mengundur ke belakang semasa cuba mendaki bukit yang dahla curam, siap air mencurah2 mengalir dari atas bukit tu kat trek yang kami lalui. Pehtu bile redah sungai berbatu, rasa macam air sungai tu dekat2 paras tingkap je.
.
Tapi syukur semua selamat sampai destinasi, sebuah kampung orang asli iaitu Kampung Tohor yang hampir dengan Lata Kijang (antara air terjun tertinggi Asia. Lata Kijang tau, bukan Lata Kinjang kat Perak tu). Aku tekad, pehni kalau ada lagi program cani komfem aku pi. Manelah tau dia bagi peluang aku bawak pulak ke...heheh. Dalam kul 2, gerombolan 20 pacuan 4 roda pun bertolak pulang. Walaupun aku cuma dapat join 1 hari je (depa 3 hari dah dalam rimba sebenarnye, aku datang hari terakhir untuk majlis penutup), kepuasan tak terhingga!
.
Best gak keje tempat baru nih. Walau baru 2 bulan 2 minggu, macam2 pengalaman aku dapat. Semua free plak tu ;p Kalau pi sendiri, aku rase main paintball dan ikut 4 x 4 Challange tu mau berhabis ratus-ratus gak tu. Sebab tu aku rasa syukur sangat dapat peluang macam ni. Dan insyaAllah pehni, ade lagi program2 lain yang mungkin aku berpeluang pi, antaranya kursus/latihan menembak, aktiviti memburu kijang/rusa/pelanduk dan pendakian Gunung Besar Hantu.

So kawan2, cariklah peluang dan korang pasti teruja memuncakkan adrenalin korang ke paras yang membahayakan kesihatan...haha~! Adioss...
.
.
16 comments:
bro, next entri post ar gambo ko main paintball, nak gak tgk aksi2 ko hehe. ku rase nak main gak game tuh satu hari nnt, tp mahal kan?
oo ingatkan cite gi kursus kawen hehe
best2.. aku sgt teringin nak join benda2 camtu.. tapi tak berkesempatan.. huhuhu..
salam kenal...1st time visit blog nih...main paintball...aktiviti lasak...aku tak suka...wekekek...aku suka main masak2 je...muahahaha...hang dok kuartes kat ner ni..cantek....
ad3ck : aku dah lama ngidam tapi sebab mahal n sebab xde geng so xdela main sblm ni. Takle nak upload gambo kat sini, sbb tu entri aku 2 bulan kblkngan ni xde gambo...huhu
masy : kursus tu dah pegi dah.. ;p
achik : nanti kite ramai2 buat team ye..hehe
puterisatu : salam kunjungan. masak2 pun aku suke...hahaha
teke la katne ;p
aku tak penah men paintball tu.. aiyak cam besh
aku teringin sangat nak main paintball tp belum berkesempatan lagi...apa kata aku paint kat muka ko dulu hehehe..
aku penah gak main paint ball tapi team aku kalah teruk.. hahaha..
Wahhh dengar hang cerita ja dah teruja....sampai yg anjur program2 nih? kalau saya nak join camner?hahaha.....kalo free semua benda best!
sampai lak, siapa lah!
Psst: saya teringat ayat bro kata nxt time nak drive 4WD, saya takut tak sampai jer kalo bro yg drive.
tu la pasal nak taip siapa jd sampai...haha ;D
dahsat yer nak potong potong tu
lindosh : best dapat main tau. Leh sambil melepaskan geram, tensi dan meringankan kepala dari mslh2 harian ;)
titicaca : hehe, cuba la kalu ada brani ;p
orochi : ko main ape pun sume kalah teruk hahaha
tinta : ade yg pej. daerah anjur, ade yg KBS anjur, memburu polis yg anjur dan menembak plak anjuran rela.
aritu, ppuan pun ade yg drive tau. respek gile!
mak su : see it to believe it! :)
Salam orang biasa. ...Fuuhh...bestnye pengalaman.. Apsal la x try jalan atas api tuh.. Musti lagi best..Lata kijang tu plak kt ne?
perghh!!! belajar ilmu batin :D
wow best gile pengalaman kau tu. ermm... ko keja ape sebenarnye? terasa nak join tempat keja ko plak....
shakirah - Lata Kijang (bukan Lata Kinjang) dekat daerah aku keje ;p Sila layari internet untuk maklumat lanjut
13may : kalau dengan hang, aku blajo ilmu jantina! haha
shahril : keje kerajaan ;p Program2 yang aku ikut ni tak termasuk dalam skop keje, tapi daripada keje aku ni lah aku dapat join aktvt2 catu :)Orang jemput...
Post a Comment