Thursday, September 20, 2007

Perasaan yang Kecamuk

.
Aku tak tahu ingin bermula dari mana. Bercampur baur perasaan sekarang. Semalam ada cerita yang ingin kuhidang di blog ini. Tapi awal2 pagi aku dikejutkan dengan berita Jose Mourinho meninggalkan Chelasea FC! It feels like end of the world.... :-( Apepun... the Blues will rise stronger! Mungkin untuk beberapa bulan ini Chelsea FC akan bergoncang dan mengalami ketidakstabilan. Namun kuharapkan, keadaan ini akan pulih secepat mungkin.
.
ALL THE CHELSEA BOYS WILL MISS MOURINHO .... he was Chelsea, he was amazing and he was indeed the special one ... he will be missed by alot of people :-( BLUE FOR LIFE!!!
.
.

Goodbye Jose and good luck in the future ..
.
.
Takpelah... Cerita lain (dengan sedih dan tak excited)
.
.
Semalam aku diberi kesempatan bertemu muka menghadap YAB MB selama 2 jam. Daripada apa yang disampaikan beliau kepada kami ber-13 di dalam Bilik Tamu Khas pejabat beliau, aku dapat merasakan beliau seorang yang berwawasan tinggi tetapi realistik. Beliau juga menaruh harapan yang besar kepada kami ke arah membantu pembangunan dan kemajuan negeri. Walau bagaimanapun, aku sebenarnya gembira dengan beban yang diberikan kepadaku kerana ia adalah peluang untukku memperbaiki diri di samping memberi sumbangan kepada masyarakat. InsyaAllah apa yang beliau inginkan untuk negeri ini akan kami usahakan bersama hingga tercapai.
.
Kerjaku sekarang mungkin hanya 20% berkaitan dengan tugas di tempat lama. Namun sekurang-kurangnya, setahun pengalaman sebagai pegawai tadbir di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM sebelum ini sedikit memudahkanku untuk beradaptasi dengan tugas sekarang.
.
Paling menarik, aku berkesempatan menghadiri banyak majlis walaupun baru masuk minggu kedua di sini. Sehingga hari ini hanya 2 kali aku berkesempatan berbuka sendiri kerana di waktu yang lain, aku berada di majlis berbuka puasa yang memerlukan aku untuk hadir. Setiap malam aku berpeluang berbuka dan bersolat di masjid/surau berlainan. Setakat ini, aku belum lagi berpeluang bertarawih di masjid/surau yang sama untuk kali kedua. Malahan, pada Jumaat lepas aku berbuka, mahgrib dan Isya di tempat lain kemudian berkejar untuk tarawih di masjid yang lain pula kerana dua majlis berbuka diadakan serentak.
.
Namun, majlis berbuka yang aku hadiri malam tadi agak menyentuh rasa. Ia diadakan di sebuah perkampungan orang asli di mana 40% daripada penduduknya beragama Islam. Keadaan mereka memang jelas daif, namun kegembiraan terpancar di wajah penduduk kampung tersebut kerana kunjungan kami yang terdiri dari pelbagai Jabatan termasuklah YB ADUN kawasan tersebut.
.
Paling aku sedih apabila seorang pemuda yang makan dihadapanku hanya meratah ikan sepat masin bersama nasi putih sedangkan beberapa jenis lauk pauk terhidang di atas meja. Aku faham, dia ralat untuk menjamah nasi dengan lauk yang pelbagai kerana dia sudah biasa dengan nasi yang dimakan bersama sejenis lauk. Kuperhatikan, bila ikan masin itu habis diratah barulah dia mengambil lauk ayam. Kemudian apabila ayam telah dijamah barulah dia menyudu kacang panjang yang dimasak bersama daging. Aku tiba-tiba rasa sebak dan aku merasakan betapa harus akan bersyukur dengan rezeki yang telah aku peroleh selama aku hidup ini. Tambah lagi bila pemuda itu memberitahu yang dia tidak berumah, dan kini menumpang di pondok jiran bersama isteri dan anak tunggalnya.. Huhuhu ciannye diaaa...
.
................................................................................
.
.
Okeh, dipersembahkan di sini rumah baruku yang tak berapa baru. Kuarters 3 bilik tapi besau gile wooo.. Aku rase kalu 6 orang duduk pun masih luas lagi. Sekarang dok berdua je dengan officemate. Jemputle datang :)
.

Kete tu officemate punye keh. Kete aku dah sorok tempat lain
.

.

Breathtaking view dari belakang rumah

(abis cite. Aku sedey lagi ar pasai Mourinho. Kembalilah Mourinho!!)

Wednesday, September 12, 2007

Aku Ado

Alhamdulillah
.
Kakiku telah bertapak di sebauh lokaliti pinggiran yang damai. Walaupun baru menjengah hari ketiga, dapat kurasa aman dan tenangnya. Diriki masih bergelora dengan cabaran baru yang berpintu-pintu, di mana setiap satunya kelak akan kubuka dan pasti membawa kejutan.
.
Sepanjang 4 hari ini, aku telah diduga dengan tugas-tugas yang tidak pernah terlintas di fikiranku semasa bekerja di tempat lama: mesyuarat dengan para YB ADUN, mewakili Tuan DO untuk upacara, mengenakan reman kepada tahanan polis... Ya, di samping tugas hakiki, aku kini merangkap Majistret Kelas 2 (heheh, sape nak buat akuan sumpah bule jumpe aku ye).
.
Itu baru 4 hari keje. Lagi 6 minggu, aku diamanahkan pula mengendalikan majlis penyerahan geran penduduk kampung oleh YAB MB. Eh? Ini ke kerja yang aku mintak dulu? Heheh... Samada rezeki atau bala, kita sendiri yang tentukan. Yang pentingnya, bersyukur atas kurniaan kerja tetap. Layannn...
.
Aku tak pasti berapa lama yang aku perlukan untuk beradaptasi dengan dunia karier baru ni. Tanah bukan bidang aku dan aku langsung tiada latihan berkaitan pengurusan tanah. Tapi inilah peluang untukku membuktikan kenapa aku diletakkan di sini. Di mana kami dicampak, di situlah kami akan subur.
.
Aku percaya aku akan berjaya. Aku akan berjaya kerana aku percaya...
.
Wassalam.
.
(weh sape2 mai sini datangla melawat aku. Aku dapat kuarters di puncak bukit naik kete gear 2 je hehe... Rumah bos aku pun setakuk rendah dari rumah aku..muahaha riak! ;p)
.
.