Wednesday, September 17, 2008

Mane Totoro ni?

Uiii....lamenye tak kemaskini. Manela si mamat Totoro ni pegi ye? Engkorang tak tanye dia ke?

Thursday, March 27, 2008

Tergesa-gesa

.
Salam. Ini entri tergesa-gesa. Mohon kebenaran untuk tidak menghapdet blog ini untuk tempoh dua minggu. Aku akan menghadiri kursus Perundangan & Pentadbiran Tanah di Perak pada 31 Mac hingga 4 April, kemudian disambung Kursus Kepimpinan & Pengurusan Strategik di INTAN Kiara 8 hingga 11 April. Jadi aku tak masuk pejabat langsung. Kalau diizinkan oleh bos, minggu selepasnya, aku pi kursus kat Pulau Langkawi pula, tapi agak2nye bos aku mungkin tak luluskan kot. Mane tahan 3 minggu anak buah hilang.
.
.

.

.

Khabar best yang paling best...........

.

.

CHELSEA FC AKAN DATANG KE KL 29 JULAI 2008!!!!!!

.

.

Yahooooooooooooooooooo!!!!! Goooooooooooogle!!!! (yela, dah Yahoo, kene Google lak)

.

Berita tersangatla best ini diumumkan oleh FAM semalam. Jadi aku kompem-mompem akan beli tiket & pegi stadium. Cuma yang merisaukan aku, keje aku nih tak menentu. Jangan kate bulan depan, seminggu ke depan pun aku tak pasti apa yang menunggu.

.

Ya Allah, moga Engkau lapangkanlah hariku pada 29 Julai 2008M, bersamaan 26 Rejab 1429H. Hilangkanlah aku dari pandangan mata orang2 yang ingin memberikan aku kerja pada hari tersebut, yakni kerja yang akan menghalangiku ke stadium bersama pasukan Chelsea FC. Aminnn... Aminnn... Aminnn...

.
Gumbira dalam hati, tersenyum seorang diri, Chelsea FC datang sini, Aku rasa nak menyanyi-nyanyi...
.
.
Adios!!!
.

Friday, March 21, 2008

Gambar Berkaitan Perarakan

Inilah gambar-gambar yang aku sempat ambil semasa Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1429H yang berlangsung semalam. Gambar2 yang lain adalah untuk tatapan peribadi dan ahli Jabatan sahaja ;p
.
.
Para peserta sedang berdiri dengan khusyuk mendengar ucapan perasmian. Gambar menunjukkan (sebahagian) pakaian percuma lelaki yang kami peroleh sebagai ganjaran menyertai perarakan. Walaupun sampin itu cantik, kami mengesyaki ia merupakan songket buatan India yang murah harganya dan mudah didapati di pasaran.
.
.
Acara perarakan tidaklah terlalu disiplin sebagaimana aktiviti kawad kaki. Jadi, perbuatan merokok bukanlah satu kesalahan semasa perarakan berlangsung.... (tapi markah boleh dipotong...fuh, sebagai Ketua Kontigen aku berasa bengkek!) di gambar ini, kelihatan juga sayup2 pakaian bagi peserta wanita. Cantik dan berkualiti kainnya.
.
.
Salah seorang peserta berasa kecewa hingga tidak mahu gambarnya diambil kerana pasukan kami tidak menang dalam Kategori Kontigen Terbaik Badan2/Agensi2 Kerajaan.. Tapi niat ikhlas beb! Kami datang bukan nak menang beb!
.
.
Salam Maulidur Rasul. 5 April ni peringkat daerah pulak. Takyah gambar la ye, sebab kami akan pakai baju yang sama...hehe.
.
.

Sunday, March 16, 2008

Lambat Kemaskini

Satgi...Satgi aku kemaskini blog. Bebanan pilihanraya baru kebah. Pehtu Sabtu lepas rumah aku wat kenduri lak. Kendian Khamis nih aku jadik ketua kontigen, Perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri. Dapat Baju Melayu percuma! ;p Samping songket pun dapat...heheheh. Maaf lambat benar hapdet. Macam Anne cakap, bile dalam dilema baru aku rajin hapdet...ekekeke!!!

.
.

.

.

Monday, February 25, 2008

Kemahiran Membuat Keputusan


Salam kalian. Nak maklumkan je. Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang diberi. Al-kisahnye, Rabu lepas temuduga Tutor tu. Dan al-kisahnye juga, aku tak hadir temuduga tersebut. Muktamad. Dan aku berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Faedah dan Kos Melepas telah aku pertimbangkan, jadi keputusan pun dah dibuat. Kalau dah aku nekad nak tetap dengan kerja sekarang, tak perlulah aku mencoba-coba untuk hadir temuduga. Ye tak?
.
Cerita II
.
Ahad 17 Mac, adik seorang staf perempuan aku meninggal akibat kemalangan motosikal pada jam 3.00 pagi. Arwah terjatuh sendiri tanpa diketahui sebabnya (tapi bukan merempit ye). Al-Fatihah untuk arwah.
.
Selasa 19 Mac, Makcik aku meninggal setelah 3 minggu koma. Beliau menjalani pembedahan selepas berlaku pendarahan akibat kanser rahim. Namun, sudah kehendak Tuhan, tanpa diduga beliau diserang strok selepas pembedahan selesai (walaupun arwah tidak pernah diserang strok sebelum ni), lalu menyebabkan beliau koma sehinggalah ke saat beliau meninggal dunia. Al-Fatihah untuk arwah
.
Pagi ini, Selasa 26 Mac, seorang staf aku yang juga pelajar yang menjalani latihan praktikal di sini telah kehilangan ayahnya. Walaupun berat hati hendak menulis, kematian beliau disyaki disebabkan percubaan membunuh diri. Arwah ditemui lemas di dalam kolam berhampiran rumah pada jam 7 pagi. Arwah telah meninggalkan nota di dalam bilik dengan pesanan yang tak perlu aku nyatakan di sini. Aku sungguh empati dengan staf aku serta keluarga beliau, lagi2 setelah melawat arwah dan keluarganya di hospital tadi. Al-Fatihah untuk arwah.
.
Kejadian ini merupakan kali kedua yang pernah aku sama berkongsi dengan orang yang aku kenali. Sebelum ini, seorang sahabatku juga kehilangan ayahnya akibat membunuh diri. Aku faham perasaan sahabat aku serta ahli keluarganya. Hinggakan ibu sahabat aku ini seolah2 tidak lagi bersemangat untuk terus hidup, sehinggalah si ibu meninggal pada bulan puasa yang lepas akibat kanser payu dara. Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah.
.
Kerana itulah kemahiran membuat keputusan adalah penting...jangan sampai memilih jalan yang silap.
.
Ok jumpe lagi. Sekali lagi terima kasih. Wslm
.

Monday, February 11, 2008

Dilema/Rambo/Filem

Dilema
.
Aku dalam dilema yg baru melanda. Pasai keje. Aku dah 5 bulan kat tempat kerja sekarang. Keje gomen. PTD/ADO kat sebuah Daerah. Gaji ok. Keje tetap. Minggu lepas aku dapat plak panggilan intebiu minggu depan. Sesi intebiu mungkin aku akan hadir. Tapi dilemanye kalaulah kate aku dipilih…nak ke tanak? Jawatan Tutor di UKM. Makanya, aku dapat sambung belajar Master, PhD pehtu jadi pensyarah/penyelidik. Minat aku sebenarnya memang bidang akademik. Tapi kerja aku sekarang potensinya luas. Nak dapat pun punyelah payah. Korang pun tau rasanya camane nak dapat jadik PTD.
.
Dari segi GAJI, Tutor menawarkan gaji yang sedikit tinggi (beza RM200), tapi untuk jangkamasa panjang, dua-dua pun lebih kurang je sebab PTD naik pangkat cepat (bergantung pada prestasi gak lah). Maka, aku takde masalah dalam mempertimbangkan gaji.
.
Kalau diikut MINAT pulak, akademik adalah kecenderungan aku. Tapi tidak pula bermaksud aku tak suka dengan apa yang aku buat sekarang. Aku seronok dengan kerja ni sebenarnye. Lagipun sebagai PTD, aku boleh pergi ke mana2 Kementerian / Jabatan / Negeri / Negara...terpulang kepada setakat mana kita sendiri nak menonjolkan diri kita lah. Duduk di daerah sekarang ni pun aku dah syukur sangat, macam2 perkara aku dapat belajar.
.
Aku memang berniat nak SAMBUNG BELAJAR. Dengan ijazah aku sekarang, sebenarnya aku boleh terus lanjut ke PhD tanpa perlu buat Master. Peluang untuk sambung belajar bila dalam perkhidmatan awam terutamanya Pengurusan dan Profesional sebenarnya luas. Mohon je kat JPA. Kalau aku jadik Tutor pulak, dah tentu kene sambung belajar. So, dalam hal ni pun aku takde masalah.
.
Cuma sedikit kelebihan sebagai Tutor (pensyarah in future), dah tentu TEMPAT BERKHIDMAT aku nanti adalah UKM, Bangi. Jadi aku dah nampak settlement aku untuk 10…20…30 tahun akan datang. Sebagai PTD, jangan kata 5 tahun, 3 tahun akan datang pun ko takkan pasti kat mana ko akan ditempatkan.
.
Dari segi PELUANG KERJAYA, dua-dua pun ok. Jadik Tutor mulanya..lama2 naik ke Dr, Prof Madya dan Profesor…. Jadik PTD pulak, dari PSU, KPSU, SUB, TKSU sampailah ke SUK, KSN. Dua-dua pun boleh cecah gaji 10k. Nak lagi kaya, bisnes sendirik la.. Keje gomen takle kaya, setakat senang hidup bolehla.
.
Istikharah dah tentu, tapi aku perlukan bimbingan dalam mempertimbangkan CBA (Cost Benefit Analysis) sebagai Tutor dan PTD. Tolongla ye...
.
(zwit/titicaca=pensyarah dan mawar=PTD kene bagi komen neh ;p)
.
.
.
Rambo
.
2 minggu nih, panggung wayang jadi teman malam. Tapi bukan tu yang aku nak citer. Ini Pasai citer Rambo. Yang Sly Stallone lakon tu. Kalau korang baya 30-an dan 20-an memang kompem kenal Rambo lah kan.. Tapi aritu bila aku borak2 dengan staf aku yang semua lebih kurang sebaya, sorang minah ni (baya aku) blur dan takle bayang Rambo tu amende.
.
“Rambo tu ape? Yang tutup sebelah mata tu ke?”
.
Aik, hero mane nak yang sebelah mata tutup? Pueh la kitorang menerangkan kehebatan Rambo dan betapa Abang Rambo menjadi idola dan pojaan kanak-kanak zaman dulu.
.
Pehtu boleh pulak tetiba dia cakap, “Saya taktaula Encik, camane cite Rambo tu. Dari tadi saya bayangkan Rambo tu macam Ninja Turtles!”
.
Adeh! Jauh terpesong minah nih. Apekedek Rambo tu Ninja Turtles!! Ape lagik, ketawa besau la kitorang sume. Pehtu dia cakap, dalam kitorang bercerita, dia terbayang Rambo tu macam Flashmen la (yang ade meriam katak tu…ingat?), lawan raksase la, macam Thundercat la. Cess!! Tinggi sungguh imaginasi beliau. Ampunkan jerla. Apatah lagi dengan personaliti si Fizza nih yang comey dan ala2 innocent gitu ;p
.
Konpius lak aku camane ade gak orang2 di generasiku ini yang tidak mengenali Rambo. Apakandaya, mungkin si Fizza ini tidak dicemari dengan perkara2 yang melalaikan di zaman kanak-kanaknya..
.
.
.
Filem
.
Bintang-bintang untuk filem ditonton.
.
Sweeney Todd : 3.9 Bintang! Agak bosan sebab muzikal tapi penceritaan yang menarik dan kostum yang perfekt.
.
Kung Fu Dunk : 3.1 Bintang! Cuba menuruti kemasyhuran Kungfu Hustle dan Shaolin Soccer tapi tak berapa menjadi. Lawak memang lawak tapi plot cerita flat dan kemengarutan yang kurang berkesan
.
John Rambo : 4.3 Bintang! Keganasan merata-rata! Besh!
.
Cuci : 3.3 Bintang! Percubaan yang baik untuk Hans tapi cerita berlawan cuci bangunan kurang mencabar la. Cuba lagi! Filem yang lucu dan patriotik
.
Cerita yang akan ditonton minggu nih. Cj7 dan Jumper!
.
Cerita yang aku elakkan dari menonton sekarang. Semua cerita seram Korea / Jepun / Indon / Thailand sebab kebanyakannya mengarut, membosankan, tak seram, klise dan tak berbaloi ditonton walaupun secara percuma…
.
Adios! (Sowi amik masa korang dengan entri panjang neh)
.
.
.
.

Monday, February 04, 2008

Mari Mengundi

Psssttt...khabarnye Pak Lah dah dapek ilham. Dalam majlis bersama Dato' Rais Yatim semalam, bisik2 yang tersebar, Dewan akan dibubar pada 13 Februari 2007. Bermakna, dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran, pilihanraya perlu diadakan
.
Nampaknye tahun nih tak dapat lagi lah aku mengundi. Mengundi di tempat lain, tapi bertugas di tempat lain. Aku dan 6 officemates yang lain dilantik sebagai Penolong Pengurus & Pembantu Pilihanraya. Dapat elaun beb. Heheh! Tapi mendebarkan gak, pengalaman pertama. Mengundi pun tak pernah, tetiba kena uruskan pengundi.
.
Ape tugas Penolong Pengurus Pilihanraya ye? Kitorang :
.
Memeriksa dan melaporkan keadaan pusat mengundi. Kalau pintu rosak ke, keadaan bangunan kurang selamat ke, tidak sesuai sebagai tempat berkumpul ke...
.
Menyelia petugas di pusat mengundi. Ramai pembantu yang akan kerjasama. So korang kenela pastikan depa bertugas ikut giliran, makan disediakan dan takde yang mengulor...
.
Memastikan kemudahan logistik di tempat pengundian cukup & memenuhi keperluan pengundian.
.
Secara keseluruhannya, memastikan kelancaran urusan pengundian di pusat mengundi.
.
Okeh, sedikit fakta pilihanraya :
.
Kertas penamaan calon dihantar kepada Pegawai Pengurus dari jam 9 hingga 10 pagi. 1 jam je. Kemudian, ia akan dipamer selama 1 jam untuk diteliti dan bantahan. Kalau sorang je calon dicadangkan, menang free la jawapnye... Yaahuuu!!
.
Deposit bagi calon adalah RM10k untuk Parlimen dan RM5k untuk DUN. Kalau calon dapat undi kurang 1/8 daripada jumlah undi, duit kire hangus la...Yuuuhaaa!!!
.
Korang tau tak, calon bebas yang pakai macam2 simbol..cili la, kerbau la, burung la.. Sebenarnye calon bebas perlu memilih simbol2 yang disediakan oleh SPR. Bukan simbol depa sendiri, kecuali kalau depa ada parti yang sah.... Jadi kalau korang tengok calon bebas pakai simbol yang pelik2, SPR la yang buek tu...hahaha!
.
Berapa banyak yang boleh seseorang calon belanja untuk pilihanraya? Banyak tau! RM200k untuk Parlimen dan RM100k untuk DUN. Mano nak dapek duit? Poket sendiri pandai2 la. Tapi laporan perbelanjaan perlu dihantar kepada Pengarah Pilihanraya Negeri dalam 31 hari selepas keputusan pilihanraya diwarta.
.
.
Selamat mengundi!! (kepada kawan2 yang cukup umur dan dah daftar...)

Tuesday, January 22, 2008

Maal Hijrah

Tidak berkaitan dengan diari Maal Hijrah dalam entri yang lepas, di sini aku ingin berkongsi sedikit kefahamanku tentang apa itu Maal Hijrah atau juga dikenali sebagai Awal Muharam sewaktu aku kecik2 dulu.
.
Mula2 aku nak tanya korang, ape sebenarnye maksud "MAAL HIJRAH" ni ye...? (Sape tau angkat tangan). Secara umumnya, rata2 kita faham Maal Hijrah adalah sambutan bagi mengenang/menghayati peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah a.k.a Yathrib pada masa tersebut. Walau bagaimanapun, sambutan ini dinamakan "Maal Hijrah" yang membawa maksud "Bersama Berhijrah" atau "Bersama (Menghayati) Hijrah". Pasainya, asal kata Maal Hijrah adalah "Ma'a" (huruf Mim dan Ain) yang bermaksud bersama, dan Hijrah (hijrah tu hijrah la, korang pun tau sebab kita dah terima perkataan ini dalam Bahasa Melayu). Jadi itulah ceritanya maksud sebenar "MAAL HIJRAH" tu...
.
Kemudian sedikit info tentang peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w untuk kita berkongsi bersama. Kita semua tau tahun di mana hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah ditandakan sebagai permulaan kiraan kalendar Islam. Tapi, korang tau tak tarikh sebenar-benarnya Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah? Hmmm...ni aku nak bagitau nih. Menurut pandangan jumhur ulama dan atas penyelidikan pakar2 tawarikh Islam zaman silam (walaupun terdapat percanggahan serta pendapat lain), hijrah Rasulullah s.a.w bermula pada 26hb Safar...hmmm...so bukan pada 1 Muharam ye kawan-kawan. Yakni kurang lebih hampir dua bulan selepas 1 Muharam. Dan kronologi peristiwanya kebanyakan korang pun tau rasanya.
.
Mekah---Gua Thur---Bina Masjid Quba'---Madinah*---Bina Masjid di perkampungan Banu Salim bin 'Auf---Madinah dan bina Masjid Nabawi.
.
Info dari kronologi di atas:
.
Dari Mekah ke gua Thur = 3 hari. Kemudian Rasulullah s.a.w stay 3 hari dalam gua tu
.
Masjid Quba' = Masjid PERTAMA didirikan di dalam sejarah Islam (jangan bayangkan masjid zaman Rasulullah s.a.w macam masjid zaman sekarang ye. Bayangkan bangunan daripada pelepah2 pokok kurma)
.
Madinah* = Baginda tiba di pinggiran Madinah, belum sampai kota lagi. Ketibaan Rasulullah ini jatuh pada 12 Rabi'ul Awal, iaitu pada hari lahir Rasulullah...ala yang kite sambut Maulidur Rasul tu (ps: Maulidur Rasul perlu diingati bukan sahaja sebagai tarikh kelahiran Baginda, tetapi juga tarikh kewafatan Baginda)
.
Masjid di Banu Salim bin 'Auf = di sinilah solat Jumaat dan khutbah Jumaat yang pertama dalam sejarah Islam direkodkan
.
Madinah (kota Yathrib) = Akhirnya Rasulullah tiba di kota Madinah pada 22 Rabiul Awal. Jadi perjalanan Hijrah Baginda memakan masa 26 hari iaitu bermula pada 26 Safar (pada tahun tersebut bulan Safar 29 hari je) hinggalah 22 Rabiul Awal. Oleh itu, Hijrah Rasulullah s.a.w bukanlah perjalanan yang singkat serta dalam keadaan senang-lenang. Kalau korang baca kronologi yang lebih terperinci tentang perjalanan 22 hari tersebut, kita akan dapat tengok betapa banyaknya cabaran yang terpaksa Rasulullah s.a.w lalui sebelum sampai ke destinasinya...
.
Sekian dulu perkongsian aku untuk kali ini.
.
Tapi ade lagi...korang nak tau tak citer;
.
Bagaimana dan bila peristiwa Hijrah dipilih sebagai penanda kalendar Hijrah Islam, dan kenapa tak pilih tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w ataupun tarikh Muhammad diangkat sebagai Rasul Allah?
.
Kenapa perlu tahun Hijrah? Sebelum tu orang Arab pakai kalendar ape?
.
Dalam ayat mana di dalam Al-Quran ade disebutkan pasai peristiwa Hijrah ni? Mesti ade kan? Sebab Hijrah adalah peristiwa yang dah tentula sangat penting kan?
.
Jeng jeng jeng....Anda mahu jawapannya? Hehe...Tungguuuuu!!!
.
ps : untuk sebarang kemusykilan dan soal jawab bagi entri kali ni, sila hubungi ustaz2 di surau-surau dan masjid-masjid berhampiran rumah anda ;) Adios! Wassalam...

Sunday, January 13, 2008

Diari 1 Muharam

7.00 pagi : Pajero tiba untuk bertolak ke Pusat Bandar
7.20 pagi : Berhenti sarapan di Restoran Haji & Hajjah
8.32 pagi : Mengambil tempat dalam dewan
9.45 pagi : Bermula Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri (cesss VVIP lambat sampai! Patut mula pukul 9.00)
11.35 pagi : Majlis tamat. Dapat bertentang mata dengan the Angkasawan Sheikh Muszaphar...feeewwitt!! =D
11.45 pagi : Makan tengah hari di A&W. Malas nak berebut makan di majlis
12.45 tgh : Bertolak pulang ke kediaman
1.30 tgh : Tiba di kediaman lalu solat Zuhur dan kemudian menyapu rumah
2.30 ptg : Makan tengah hari (lagi) di Restoran Simpang. Open table bersama 6 rakan
3.30 ptg : Mandi air terjun di Jeram Gading... Menggeletaq! Beshhh...
4.50 ptg : Tiba di rumah. Mandi sunat. Solat Asar. Bermesej-mesejan...
5.30 ptg : Dikunjungi bos. Meratah durian 2 biji dan nangka sebiji.
6.00 ptg : Menggosok kemeja kerja 6 helai.
7.15 ptg : Menonton TV kemudian solat mahgrib. Disambung dengan Buletin Utama
9.30 mlm : Solat Isya dan mengemas barang untuk berkursus.
10.30 mlm : Bermesej-mesejan lagi...
11.15 mlm : Tidur. Awal gile seh!!!

Salam Maal Hijrah 1429. Minggu nih aku akan berkursus KPPT di Tanjung Malim, Perak. Orang kate tempat tu angker!!! Huhuuuuuu... Besh! ;p Jupo laie. Wslm.


Wednesday, January 02, 2008

Diari 1 Januari

11.15 pagi - Mandi
11.30 pagi - Makan mihun PaMa dan minum kopi Tenom
11.40 pagi - Menyapu dan mengemas bilik
12.05 thgr - Menggosok pakaian (3 helai)
12.50 thgr - Membasuh baju batik dan baju Melayu
01.22 thgr - Solat Zohor
01.30 thgr - Menggosok pakaian (5 helai lagi)
02.40 ptg - Mengilatkan cermin kereta menggunakan cecair khas ;p
03.30 ptg - Menonton TV sambil bermesej-mesejan
05.00 ptg - Solat Asar
05.08 ptg - Menggosok pakaian (7 helai)
06.55 ptg - Menonton TV sambil mengurut kaki lenguh
07.15 ptg - Mandi petang
07.18 ptg - (mandi 3 minit je hehe) Keluar menapau makanan
07.55 ptg - Balik dengan nasi, kari kambing, ayam goreng dan milo ais = RM8
08.00 mlm - Menonton berita sambil makan
08.40 mlm - solat Isya
08.50 mlm - Menonton Fulham vs Chelsea (1-2, the Blues menang!!)
10.55 mlm - Menggosok pakaian (3 helai lagi)
11.45 mlm - Menonton tv
12.40 mlm - Hari ni aku tido awal..zzzzzz
.
Begitulah 1 Januari diraikan dengan suasana meriah di rumahku. Selamat Tahun Baru!! Minggu depan Tahun Baru 1429 Hijrah pulak.