Monday, February 25, 2008

Kemahiran Membuat Keputusan


Salam kalian. Nak maklumkan je. Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang diberi. Al-kisahnye, Rabu lepas temuduga Tutor tu. Dan al-kisahnye juga, aku tak hadir temuduga tersebut. Muktamad. Dan aku berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Faedah dan Kos Melepas telah aku pertimbangkan, jadi keputusan pun dah dibuat. Kalau dah aku nekad nak tetap dengan kerja sekarang, tak perlulah aku mencoba-coba untuk hadir temuduga. Ye tak?
.
Cerita II
.
Ahad 17 Mac, adik seorang staf perempuan aku meninggal akibat kemalangan motosikal pada jam 3.00 pagi. Arwah terjatuh sendiri tanpa diketahui sebabnya (tapi bukan merempit ye). Al-Fatihah untuk arwah.
.
Selasa 19 Mac, Makcik aku meninggal setelah 3 minggu koma. Beliau menjalani pembedahan selepas berlaku pendarahan akibat kanser rahim. Namun, sudah kehendak Tuhan, tanpa diduga beliau diserang strok selepas pembedahan selesai (walaupun arwah tidak pernah diserang strok sebelum ni), lalu menyebabkan beliau koma sehinggalah ke saat beliau meninggal dunia. Al-Fatihah untuk arwah
.
Pagi ini, Selasa 26 Mac, seorang staf aku yang juga pelajar yang menjalani latihan praktikal di sini telah kehilangan ayahnya. Walaupun berat hati hendak menulis, kematian beliau disyaki disebabkan percubaan membunuh diri. Arwah ditemui lemas di dalam kolam berhampiran rumah pada jam 7 pagi. Arwah telah meninggalkan nota di dalam bilik dengan pesanan yang tak perlu aku nyatakan di sini. Aku sungguh empati dengan staf aku serta keluarga beliau, lagi2 setelah melawat arwah dan keluarganya di hospital tadi. Al-Fatihah untuk arwah.
.
Kejadian ini merupakan kali kedua yang pernah aku sama berkongsi dengan orang yang aku kenali. Sebelum ini, seorang sahabatku juga kehilangan ayahnya akibat membunuh diri. Aku faham perasaan sahabat aku serta ahli keluarganya. Hinggakan ibu sahabat aku ini seolah2 tidak lagi bersemangat untuk terus hidup, sehinggalah si ibu meninggal pada bulan puasa yang lepas akibat kanser payu dara. Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah.
.
Kerana itulah kemahiran membuat keputusan adalah penting...jangan sampai memilih jalan yang silap.
.
Ok jumpe lagi. Sekali lagi terima kasih. Wslm
.

Monday, February 11, 2008

Dilema/Rambo/Filem

Dilema
.
Aku dalam dilema yg baru melanda. Pasai keje. Aku dah 5 bulan kat tempat kerja sekarang. Keje gomen. PTD/ADO kat sebuah Daerah. Gaji ok. Keje tetap. Minggu lepas aku dapat plak panggilan intebiu minggu depan. Sesi intebiu mungkin aku akan hadir. Tapi dilemanye kalaulah kate aku dipilih…nak ke tanak? Jawatan Tutor di UKM. Makanya, aku dapat sambung belajar Master, PhD pehtu jadi pensyarah/penyelidik. Minat aku sebenarnya memang bidang akademik. Tapi kerja aku sekarang potensinya luas. Nak dapat pun punyelah payah. Korang pun tau rasanya camane nak dapat jadik PTD.
.
Dari segi GAJI, Tutor menawarkan gaji yang sedikit tinggi (beza RM200), tapi untuk jangkamasa panjang, dua-dua pun lebih kurang je sebab PTD naik pangkat cepat (bergantung pada prestasi gak lah). Maka, aku takde masalah dalam mempertimbangkan gaji.
.
Kalau diikut MINAT pulak, akademik adalah kecenderungan aku. Tapi tidak pula bermaksud aku tak suka dengan apa yang aku buat sekarang. Aku seronok dengan kerja ni sebenarnye. Lagipun sebagai PTD, aku boleh pergi ke mana2 Kementerian / Jabatan / Negeri / Negara...terpulang kepada setakat mana kita sendiri nak menonjolkan diri kita lah. Duduk di daerah sekarang ni pun aku dah syukur sangat, macam2 perkara aku dapat belajar.
.
Aku memang berniat nak SAMBUNG BELAJAR. Dengan ijazah aku sekarang, sebenarnya aku boleh terus lanjut ke PhD tanpa perlu buat Master. Peluang untuk sambung belajar bila dalam perkhidmatan awam terutamanya Pengurusan dan Profesional sebenarnya luas. Mohon je kat JPA. Kalau aku jadik Tutor pulak, dah tentu kene sambung belajar. So, dalam hal ni pun aku takde masalah.
.
Cuma sedikit kelebihan sebagai Tutor (pensyarah in future), dah tentu TEMPAT BERKHIDMAT aku nanti adalah UKM, Bangi. Jadi aku dah nampak settlement aku untuk 10…20…30 tahun akan datang. Sebagai PTD, jangan kata 5 tahun, 3 tahun akan datang pun ko takkan pasti kat mana ko akan ditempatkan.
.
Dari segi PELUANG KERJAYA, dua-dua pun ok. Jadik Tutor mulanya..lama2 naik ke Dr, Prof Madya dan Profesor…. Jadik PTD pulak, dari PSU, KPSU, SUB, TKSU sampailah ke SUK, KSN. Dua-dua pun boleh cecah gaji 10k. Nak lagi kaya, bisnes sendirik la.. Keje gomen takle kaya, setakat senang hidup bolehla.
.
Istikharah dah tentu, tapi aku perlukan bimbingan dalam mempertimbangkan CBA (Cost Benefit Analysis) sebagai Tutor dan PTD. Tolongla ye...
.
(zwit/titicaca=pensyarah dan mawar=PTD kene bagi komen neh ;p)
.
.
.
Rambo
.
2 minggu nih, panggung wayang jadi teman malam. Tapi bukan tu yang aku nak citer. Ini Pasai citer Rambo. Yang Sly Stallone lakon tu. Kalau korang baya 30-an dan 20-an memang kompem kenal Rambo lah kan.. Tapi aritu bila aku borak2 dengan staf aku yang semua lebih kurang sebaya, sorang minah ni (baya aku) blur dan takle bayang Rambo tu amende.
.
“Rambo tu ape? Yang tutup sebelah mata tu ke?”
.
Aik, hero mane nak yang sebelah mata tutup? Pueh la kitorang menerangkan kehebatan Rambo dan betapa Abang Rambo menjadi idola dan pojaan kanak-kanak zaman dulu.
.
Pehtu boleh pulak tetiba dia cakap, “Saya taktaula Encik, camane cite Rambo tu. Dari tadi saya bayangkan Rambo tu macam Ninja Turtles!”
.
Adeh! Jauh terpesong minah nih. Apekedek Rambo tu Ninja Turtles!! Ape lagik, ketawa besau la kitorang sume. Pehtu dia cakap, dalam kitorang bercerita, dia terbayang Rambo tu macam Flashmen la (yang ade meriam katak tu…ingat?), lawan raksase la, macam Thundercat la. Cess!! Tinggi sungguh imaginasi beliau. Ampunkan jerla. Apatah lagi dengan personaliti si Fizza nih yang comey dan ala2 innocent gitu ;p
.
Konpius lak aku camane ade gak orang2 di generasiku ini yang tidak mengenali Rambo. Apakandaya, mungkin si Fizza ini tidak dicemari dengan perkara2 yang melalaikan di zaman kanak-kanaknya..
.
.
.
Filem
.
Bintang-bintang untuk filem ditonton.
.
Sweeney Todd : 3.9 Bintang! Agak bosan sebab muzikal tapi penceritaan yang menarik dan kostum yang perfekt.
.
Kung Fu Dunk : 3.1 Bintang! Cuba menuruti kemasyhuran Kungfu Hustle dan Shaolin Soccer tapi tak berapa menjadi. Lawak memang lawak tapi plot cerita flat dan kemengarutan yang kurang berkesan
.
John Rambo : 4.3 Bintang! Keganasan merata-rata! Besh!
.
Cuci : 3.3 Bintang! Percubaan yang baik untuk Hans tapi cerita berlawan cuci bangunan kurang mencabar la. Cuba lagi! Filem yang lucu dan patriotik
.
Cerita yang akan ditonton minggu nih. Cj7 dan Jumper!
.
Cerita yang aku elakkan dari menonton sekarang. Semua cerita seram Korea / Jepun / Indon / Thailand sebab kebanyakannya mengarut, membosankan, tak seram, klise dan tak berbaloi ditonton walaupun secara percuma…
.
Adios! (Sowi amik masa korang dengan entri panjang neh)
.
.
.
.

Monday, February 04, 2008

Mari Mengundi

Psssttt...khabarnye Pak Lah dah dapek ilham. Dalam majlis bersama Dato' Rais Yatim semalam, bisik2 yang tersebar, Dewan akan dibubar pada 13 Februari 2007. Bermakna, dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran, pilihanraya perlu diadakan
.
Nampaknye tahun nih tak dapat lagi lah aku mengundi. Mengundi di tempat lain, tapi bertugas di tempat lain. Aku dan 6 officemates yang lain dilantik sebagai Penolong Pengurus & Pembantu Pilihanraya. Dapat elaun beb. Heheh! Tapi mendebarkan gak, pengalaman pertama. Mengundi pun tak pernah, tetiba kena uruskan pengundi.
.
Ape tugas Penolong Pengurus Pilihanraya ye? Kitorang :
.
Memeriksa dan melaporkan keadaan pusat mengundi. Kalau pintu rosak ke, keadaan bangunan kurang selamat ke, tidak sesuai sebagai tempat berkumpul ke...
.
Menyelia petugas di pusat mengundi. Ramai pembantu yang akan kerjasama. So korang kenela pastikan depa bertugas ikut giliran, makan disediakan dan takde yang mengulor...
.
Memastikan kemudahan logistik di tempat pengundian cukup & memenuhi keperluan pengundian.
.
Secara keseluruhannya, memastikan kelancaran urusan pengundian di pusat mengundi.
.
Okeh, sedikit fakta pilihanraya :
.
Kertas penamaan calon dihantar kepada Pegawai Pengurus dari jam 9 hingga 10 pagi. 1 jam je. Kemudian, ia akan dipamer selama 1 jam untuk diteliti dan bantahan. Kalau sorang je calon dicadangkan, menang free la jawapnye... Yaahuuu!!
.
Deposit bagi calon adalah RM10k untuk Parlimen dan RM5k untuk DUN. Kalau calon dapat undi kurang 1/8 daripada jumlah undi, duit kire hangus la...Yuuuhaaa!!!
.
Korang tau tak, calon bebas yang pakai macam2 simbol..cili la, kerbau la, burung la.. Sebenarnye calon bebas perlu memilih simbol2 yang disediakan oleh SPR. Bukan simbol depa sendiri, kecuali kalau depa ada parti yang sah.... Jadi kalau korang tengok calon bebas pakai simbol yang pelik2, SPR la yang buek tu...hahaha!
.
Berapa banyak yang boleh seseorang calon belanja untuk pilihanraya? Banyak tau! RM200k untuk Parlimen dan RM100k untuk DUN. Mano nak dapek duit? Poket sendiri pandai2 la. Tapi laporan perbelanjaan perlu dihantar kepada Pengarah Pilihanraya Negeri dalam 31 hari selepas keputusan pilihanraya diwarta.
.
.
Selamat mengundi!! (kepada kawan2 yang cukup umur dan dah daftar...)