Monday, April 30, 2007

Pelbagai

Saje aku bior lama entri Ubat Gigi tuh. Penat wat research nak kumpul maklumat tau! Harapnye dapatlah aku sumbangkan sedikit info untuk diisi dalam neuron korang
.
Rupenye ramai beruang kutub memblogging sinih. Masing2 dah mula hibernasi. Kang dah sedor, sibuk nak mengawan la pulok kan...ekeke!! Walaupun aku bukan golongan beruang kutub, mulai esok aku akan Cuti Cuti Kampuchea sampai Ahad depan. Cuti dengan hajat sebenarnye. Jadi doakanlah ape yang aku hajatkan cuti kali nih tercapai ye...Amin
.
Iklan TV paling menyampah tahun ini dimenangi oleh iklan Rejoice!:
.
"inikah gaya rambut salun yang baru?"
"huh, kamu akan menyesal!"
.
Ala-ala Telonovela gitu. Uweeekkkk!!! *jolok tekak muntah cekelat*
.
Okeh, Salam Ponorogo untuk teman semua. Manis 777 :D
.
oh Ohhh....bijak jugak aku ni ye... ecek! Trimas Mawar yang mengetag ;)
.

StupidTester.com says I'm 29% Stupid! How stupid are you? Click Here!


Sunday, April 22, 2007

Halal Tapi...

BAB 1
.
Hari ini aku ingin mengajak kalian berbicarawara pasai produk. Produk Halal. Ada sesetengah dari masyarakat kita yang sangat mengambil berat, ada yang tidak berapa kisah, ada yang asal yakin dan ada pula yang langsung tak ambil tahu.
.
Aku tertarik dengan isu penggunaan nama dan istilah Islamik bagi produk2 yang sebenarnya diusahakan oleh orang bukan Islam. Misalnya *Ubat Gigi Mu'min yang dikilangkan oleh American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd (klik
sini). Contoh lain Pau Ahmad (klik sini pulak). Juga tidak dilupa produk Safi (klik di sini ya) yang dikeluarkan oleh syarikat yang turut terkenal dengan produk Enchanteur, Eversoft, Dashing, Sumber Ayu dsb.
.
(Ubat Gigi Mu'min kini dikeluarkan oleh syarikat Islam [pemegang saham majoriti]. tetapi 3 tahun lepas semasa ia mula diperkenalkan, ia dikeluarkan oleh Syarikat bukan Islam. Untuk maklumat lengkap, rujuk BAB 2 entri nih)
.
Setelah ditelek-telek, aku yakin semua produk nih HALAL. Tiada keraguan. Tapi isu yang timbul di sini, apakah wajar kita membiarkan orang-orang bukan Islam menggunakan sewenang-wenangnya nama yang berunsurkan Islamik atau mungkin Melayu?
.
Aku akui aku tergolong dalam 'golongan asal yakin' tadi. Jakim kata OK, akupon OK. Sebab tu walaupun ada yang memperjuangkan Boikot KFC, Colgate, Coke, Starbucks dsb aku tak berapa nak kesah. Terpulanglah orang nak kata aku Muslim yang tak peka ke...kurang Islamik ke, terpulang. Yang aku tau semua produk tu HALAL (tapi aku tak suke ar Colgate. Darlie yang paling best! Coke pon tak suke gak)
.
Tapi aku sangat concern dengan penggunaan nama yang berbaur Islamik seperti contoh yang aku bagi tadi. Ia amat mengelirukan! Siapa yang tak terpedaya kalau ubat gigi guna nama Mu'min! Pau pula namanya Pau Ahmad! HALAL memanglah HALAL, tapi tidakkah umat Islam terasa maruah mereka telah dicarik-carik? Bukankah Ahmad itu nama panggilan Rasulullah?
.
.
.
BAB 2
.

.
Tapi untuk Ubat Gigi Mu'min, kes nih ada pelik sikit. Aku susah nak jelaskan. Mungkin aku ringkaskan begini:
.
1. American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd mula2 mengeluarkan produk ubat gigi Mu'min, mencari yg Halal itu adalah kewajipan untuk Umat Islam
.
2. Tiga tahun lepas PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dapati kilang itu memang takde masalah daripada aspek pengeluaran (kebersihan, status halal dsb) utk ubat gigi Mu'min, cuma masalahnya para pekerja dan pemilik kilang adalah bukan Islam tapi produknya yang satu nih gunakan nama yang Islamik. (kilang ini juga keluarkan produk2 ubat gigi yang lain, boleh klik untuk rujuk website-nya)
.
3. PPIM lalu mencadangkan mereka melantik beberapa panel syariah dan pemantau yang beragama Islam yang akan membuat kerja pemantauan yang dijalankan oleh JAKIM
.
4. Cadangan diterima. Kemudian PPIM berbincang pula untuk mengambil alih Al Meswak Mu’min Sdn Bhd (anak syarikat American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd), dengan membeli beberapa peratus sahamnya
.
5. Juga diterima dan beberapa orang ahli PPIM telah membeli saham syarikat itu. Kini ia kelihatan seperti 100% milik Islam (sepertimana tanggapan umum)
.
TETAPI...
.
(sebelum meneruskan isi fikiran aku nih, aku ingin tegaskan aku bukanlah anti dengan Produk Ubat Gigi Mu'min nih ataupun aku nak menjatuhkan bisnes orang Islam. Sama sekali tidak. Aku cuma ingin mendapatkan kepastian atas kekeliruan yang aku cuba sampaikan selepas ini)
.
1. iklan Ubat gigi Mu'min menekankan ia disyorkan oleh PPIM. Anehnya memang secara langsung ahli PPIM sendiri yang memiliki saham syarikat ini. Jadi seolah-olah pemilik2 saham mengeksploitasi nama PPIM untuk keuntungan peribadi mereka
.
2. Sijil halal yang korang dah tengok kat link atas tadi dengan jelas tertera alamat bagi syarikat nih sama dengan syarikat asalnya iaitu di American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd. So, kilangnya sama cuma ia cuba diwujudkan sebagai entiti berlainan
.
3. Cuba buka website Al Meswak Mu’min Sdn Bhd sini (syarikat baru yang menghasilkan Ubat Gigi Mukmin), dinyatakan: merupakan syarikat 100% kepunyaan rakyat tempatan. Kenapa tidak saja ditulis 100% kepunyaan Bumiputra Islam?
.
4. PPIM dalam forum di websitenya sendiri mengakui: syarikat ini mempunyai saham majoriti orang Islam, malah lebih daripada apa yang kerajaan sarankan , iaitu 30% biasanya. Persoalannya berapa peratus pula sahamnya dipegang oleh orang bukan Islam?
.
Daripada apa yang aku dapat ungkaikan ini, sebenarnya aku terasa wujud unsur2 eksploitasi dan manipulasi dalam hal ini. Bukan aku sorang, kalian boleh baca kekeliruan yang turut dialami oleh pengguna lain di website PPIM di sini. PPIM turut menyediakan jawapan bagi persoalan yang timbul, jadi ada pro dan kontranya. Terpulang untuk kalian menilai
.
Bak kata seorang pengomen dalam tu, kalau betul nak memperjuangkan produk Muslim baik beralih kepada Ubat Gigi Halagel, Ubat Gigi Cengkudu atau Ubat Gigi Herba HPA. Pengomen tersebut bengang bila PPIM mengatakan bahawa 'kajian kami mendapati TIADA syarikat pembuat ubat gigi yang dikuasai oleh orang Islam/Bumiputra di mana-mana tempat di dunia' sedangkan tiga produk di atas jelas 100% keluaran umat Islam. Itu baru di Malaysia, belum kat negara lain lagi
.
Maka, secara tersiratnya PPIM secara tidak langsung cuba mempromosikan produk Ubat Gigi Mu'min yang mana ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dalam syarikat itu. Tapi ini pandangan peribadi aku. Maaf ya
.
Okeh, ditekankan sekali lagi aku tiada niat lain selain menunjukkan kalian senario sebenar yang berlaku ketika ini. Aku juga mengucapkan tahniah atas usaha PPIM untuk memajukan produk keluaran Islam. Cuma beberapa persoalan yang timbul seperti di atas sedikit menggelincirkan kepercayaan aku terhadap usaha yang telah PPIM lakukan kerana sekelumit unsur-unsur personal interest yang wujud
.
Gomen-nasai. Wokeh, habis rehat tengah hari aku menaip entri kali nih. Chet! Harap dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan korang sume. Apepun, DARLIE tetap di hatiku. Wassalam..

Thursday, April 19, 2007

Misteri Bahagia

BAHAGIA adalah suatu:
.
a. perasaan
b. cita-cita
c. yang tidak dirasakan sepanjang masa
.
KEBAHAGIAAN MUTLAK :
.
a. tak mungkin tercapai (atau mungkin?)
b. tidak dapat digambarkan (atau mungkin?)
c. adalah di syurga (atau mungkin dapat dirasakan di dunia?)
.
Untuk memperoleh BAHAGIA:
.
a. perlu terlebih dahulu melalui penderitaan (perlukah?)
b. perlu selalu bersyukur
.
Bolehkah BAHAGIA wujud :
.
a. tanpa perlu berkongsi sesuatu dengan sesiapa?
b. tanpa perlu melalui penderitaan?
c. dengan tiba-tiba tanpa sebab?
.
Apakah cara terbaik mengukur KEBAHAGIAAN:
.
a. taraf Sosio-Ekonomi yang Tinggi (bagaimana dengan Sosio-Emosi?)
b. hidup diredhai Tuhan (bagaimana mengukur keredhaan Tuhan?)
c. Tidur yang nyenyak?
d. Hidup yang sederhana dan gembira?
.
Adakah mungkin wujud manusia yang ANTI-BAHAGIA?
.
Adakah TIDAK BAHAGIA bermakna hidup susah (walaupun senang dari segi material)?
.
Bagaimanakah cara untuk berseronok dengan KETIDAKBAHAGIAAN yang sedang dialami?
.
BAHAGIA juga merupakan satu wabak kerana ia boleh berjangkit tapi mungkin juga menjadi ancaman kerana ia dicemburui.
.
BAHAGIA adalah subjektif seperti yang dipersetujui ramai. Tapi anehnya ramai yang bersetuju (walaupun mulut kata tidak tapi hati tetap mengiyakan) bahawa mereka akan berasa BAHAGIA yang amat sekiranya tiba-tiba dikurniakan RM1 000 000.00 tunai tanpa sebab.
.
Jadi bolehkah aku simpulkan, wang adalah simbol asas BAHAGIA? Tapi bagi para hartawan...jutawan, setelah ada banyak wang, definisi BAHAGIA mereka akan berubah ke bentuk lain yang lebih subjektif. Cinta? Kestabilan hidup? Sanjungan? Hmmm entahlah.
.
Owh...makanya kesimpulan yang lain yang aku dapati adalah BAHAGIA (yang paling minimum) yang diinginkan oleh setiap orang boleh dikategorikan mengikut Taraf Sosio-Ekonomi mereka. Misalnya:
.
a. Golongan merempat - BAHAGIA sekiranya ada: rumah, makanan, wang dan kasih sayang
.
b. Golongan miskin - BAHAGIA dengan: wang, kemudahan asas, ASTRO dan kasih sayang
.
c. Golongan sederhana - BAHAGIA sekiranya dapat: rumah sendiri, kereta mewah, kerjaya yang stabil, wang, dan kasih sayang
.
d. Golongan berada - BAHAGIA dengan: [bisnes yang tak putus2 untung, sanjungan, kurniaan darjah kebesaran dan kasih sayang] = n
.
e. Golongan ultra mewah - inginkan BAHAGIA yang : merangkumi apa yang diperoleh golongan berada [n] x 2 = ? Arrggghhh...aku penin!!! Apa yang diorang nak nih???!!!!
.
Jadi, WANG dan KASIH SAYANG nampaknya wujud sebagai unsur BAHAGIA yang merangkumi setiap strata Sosio-Ekonomi. Persoalannya, mana yang lebih penting?
.
Secara peribadi, dapat bertemu Totoro adalah salah satu BAHAGIA yang aku idamkan...
.
Akhir kata, Wassalam...

Sunday, April 15, 2007

Main-Main No. Henset

Haritu aku terpesona dengan zwit yang main-main nombor untuk meneka bilangan beradik aku. Heh dan jawapannye tak sipi2...memang tepat! So kali nih aku pon nak wat tricky trick gak la. So, mari kita mulakan. Kita buat sama-sama dan jangan segan-segan ye..hehe:
.
1. Keluarkan kalkulator anda (kalu takde, sila guna kalkulator Start/All Programs/Accessories di PC kalian). Takle kira nih kalu congak guna kepala je!
.
2. Masukkan tiga (3) nombor terawal nombor henset tuan puan. Jangan masukkan nombor 012/013/019 tu. Maka, kalu 012-3456789...masukkan 345
.
3. Darab dengan 80
.
4. Tambah 1
.
5. Darab dengan 250 pula
.
6. Tambah 4 digit terakhir nombor henset tuan puan
.
7. Seterusnya tambah 4 digit terakhir nombor henset tuan puan sekali lagi
.
8. Tolak 250
.
9. Bahagi dengan 2
.
10. Dan tuliskan jawapannye di ruangan komen ye...hehehe.. Selamat mencoba!
.
Sape yang dah mengira wajib bagi jawapan yang korang dapat kat aku haha...Kalu tak aku daulatkan korang ;p

Thursday, April 12, 2007

Suratan @ Kebetulan


.
.
Malam tadi dalam keghairahan kedua2 saluran berita utama Nasional menyiarkan secara langsung kemenangan wakil BN dalam Pilihanraya Kecil di Machap, satu kejadian aneh telah berlaku. Mulanya aku sangka aku yang tersilap pandang, tapi selepas teman serumahku turut mengiyakan apa yang aku nampak, Sohih!! Dijamin pandanganku tak silap!
.
Mula2 kami menonton liputan di RTM 1. Ada Pak Lah duduk di kerusi dan tertulis 'SIARAN LANGSUNG DARI PUTRAJAYA'. Jadi maknanya Pak Lah sedang langsung bersiaran dari Sri Perdana (mungkin) Putrajaya dan menyampaikan tahniah kepada calon dan bala jentera yang memenangkan Partai MCA serta BN itu.
.
Kemudian bila kami beralih ke Buletin Utama TV3, tak lama selepas itu muncul lagi Pak Lah. Tapi kali ini hanya suara menerusi panggilan telefon secara langsung. Yang anehnya, tertulis ayat yang lebih kurang begini bunyinya,
.
"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Machap, Melaka"
.
Aik???!!! Ajaib bin Hairan!! Macam mane pulak RTM siaran langsung PM kat Putrajaya dan pada masa yang sama TV3 bersiaran langsung PM kat Machap?
.
Owh tapi aku tau ini hal bukan Pak Lah yang salah. Dia jarang wat salah (ehehe...). Menurut firasat aku, TV3 dah tersilap kelentong nih. Terang2 Pak Lah muncul sekujur tubuh dari Putrajaya menerusi RTM 1. Dan kat TV3 pulak, Pak Lah muncul suaranya...di Machap plak tu. Takkanlah kat Machap yang ketika itu semua siaran telivisi ade kat sana, Pak Lah cuma keluarkan suara je. Lagipun takkanlah Pak Lah cakap punyelah 'line clear' macam dia sorang2 je kat Machap tu? Patutnye kalu dia di tempat kejadian, dah tentulah hingar bingar bunyi sorak sorai kat sekitar tu.
.
Appara TV3. Korang nih bikin Pak Lah malu je. Kang orang tuduh Pak Lah nak 'spin' plak. So lain kali hati2 dengan kesilapan ala kanak-kanak Ribena nih. Kanak-kanak minum Ribena pon sekarang dah cerdik-merdik belaka tau.
.
Callo - Tomolli Walia melaporkan dari TVSeratusEmpatPuluhEmpat...

Monday, April 09, 2007

Nak Sakit Dapat Sakit

Dua minggu lepas aku naaakkk sangat demam. Pasai keje terlampau banyak, bulela buat muka kesian pastu nanti orang akan cakap, "janganla keje teruk sangat, bawak2la berehat.." Hehe... Alih2, esoknye aku dah start pening2, mata pedih, ingus pun asik meleleh... Aiseh nih yang aku tensen nih. Aku nak demam je tapi sekali datang dengan flu plak. Tak suke betol aku kalu kene flu.. 4 hari kendian, suara aku plak start hilang n kadang2 garau (ala2 romantik Jalaluddin Hassan gitu..)
.
Akhirnya, 2 minggu dah berlalu, demam aku baru 5 hari lepas kebah. Punyelah lama demam, tapi degil sebijik ubatpon aku tak telan. Dah tu plak, bile demam dah kebah, aku dihinggapi batuk2 sejak lima hari yang lepas tu. Sangat teruk! Sampaikan aku rasa dahi aku tersembul tiap kali batuk. Dan di pangkal tekak aku terasa bagaikan ada habuk melekat. Dan sampai sekarang nih, batuk2 masih tak berhenti.
.
Semalam akhirnya aku mengalah pegi klinik. Tapi sebab tanak menunjukkan aku lembik sangat, sikitpun aku tak batuk dalam klinik tu...hehehe. Appara, baik takyah jupe Duktur.. Dia tanyala macam2...siap tanya kahak hijau ke kuning..aku manela perasan (lagipun aku buta warna). Cakap jerla hijau.
.
Pehtu, bile cek tekanan darah, Duktur tanye, "awak ade darah tinggi ke?" Aiseh soklan bonus nih, bile plak aku ade darah tinggi. "Mungkin efek daripada demam n sakit awak ni kot, tapi tekanan darah awak memang sangat tinggi." ......... Woooooo aku rasa melayang2. Last dia nak bagi MC suh aku berehat banyak tapi aku takmaulah, dok opis pon aku bule tido hape. Heheh, betoipun. Semalam 3 jam aku tido kat opis pas jupe Duktur...
.
Tapi yang paling merisaukan aku, sejak aku batuk2 nih ade bengkakkan yang semakin hari semakin membesar di....emmmm...ketiak aku...hoho! Sakit plak tu! Dia bukan bernanah ke hape. Cuma bengkak catu je. Tapi sakit... Housemate aku yang tengok sume tekejut. Korang nak tengok tak gambo ketiak aku? Ekekeke, tak malu ke nak nengok ketiak orang...
.
So, sape2 ade pengalaman ketiak bengkak bagitaula aku cane nak buat nih. Aku risaula.. Manetau barah payudara ke, tumor ke. Aku ada tanya Duktur semalam, dia cuma cakap, "setau saya orang kalau batuk2 teruk, bengkak kat leher tapi awak kat ketiak plak. So nanti kalau bengkak tu tak surut datang lagi ye..." Itulah jawapan terbaik aku dapat. Tapi takpe, kang kalu dah macam bola tenis besaunye aku datangla. Sekarang saiz bola pingpong dah...
.
Kesimpulan : Nak sangat sakit, nah sekarang macam2 aku dapat... Alhamdulillah..

Thursday, April 05, 2007

Moh Join the Club!

Penulis blog tubuh 'pakatan nasional'
.
KUALA LUMPUR: Di tengah kritikan dan tuduhan terhadap blog dan laman web yang didakwa tidak bertanggungjawab dan menipu, sekumpulan penulis blog hari ini mencipta sejarah baru dengan membentuk "Pakatan Kebangsaan Penulis Blog".
.
Lebih kurang 40 orang, termasuk beberapa tokoh dan penulis yang popular di ruang siber, hadir di sini untuk mengasaskan sebuah organisasi rasmi penulis blog.
.
Mesyuarat sulung itu yang diadakan di Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) memilih 12 orang ahli jawatankuasa penaja.
.
Ahiruddin Attan dipilih sebagai presiden, Jeff Ooi (naib presiden), Nuraina A. Samad (setiausaha), Tony Yew (bendahari) bersama lapan orang ahli jawatankuasa seperti model struktur organisasi NPC.
.
Dua penulis blog popular Patrick Teoh dan Syed Azidi Syed Abdul Aziz turut dipilih sebagai ahli jawatankuasa.
.
Ahiruddin dan Ooi sekarang berdepan dengan tindakan saman oleh kumpulan New Straits Times (M) Press dan beberapa pegawai kanan syarikat gergasi media tersebut.
.
Dalam ucapan awalnya, Ahiruddin selaku pengerusi mesyuarat itu berkata penubuhan jawatankuasa itu penting untuk membolehkan perlembagaan persatuan digubal sebelum permohonan rasmi dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan.
.
Organisasi itu boleh berfungsi sebagai wadah membela nasib penulis blog daripada masalah-masalah yang bakal mereka hadapi, tambahnya.
.
"Seperti yang saya alami kini apabila disaman oleh NSTP, saya merasa amat kesepian. Saya merasakan dengan adanya kelab seperti ini, kita akan dapat bersatu untuk mempertahankan hak penulis blog," katanya.
.
Pertubuhan itu juga, katanya, boleh menganjurkan kursus-kursus penulisan, antaranya bagi mendidik penulis blog tentang implikasi perundangan di negara ini. baca lanjut sini
.
.
Moh join! Bule gi kursus menulis blog. Tapi seriau gak nengok nama ahli2 kat atas tu. Cam ekslusif jer... Lagipon nampok cam kelompok 'penentang' jer. Bukan ape, aku tak selesa dengan label pro-penentang sebab itu-bukan-duniaku. Aku adalah apa yang tercermin menerusi tulisan2 aku dalam blog ini....walaupun mungkin tak seluruhnya sama =) Tapi aku juga bukan pro-takpenentang...hehe. Harap korang paham keterseliratan kata2 aku nih. Callo!

Wednesday, April 04, 2007

Audit Dalaman-ku

Tak cukup tanah nak pijak. Tak muat depa nak peluk. Tak sempat malam nak tido. Tak sempat siang nak kerja. Tak hadam nasik ditelan.
.
Itulah ibaratnya mengendalikan Audit Dalaman buat kali pertama dalam sirah hidupku. Bagi yang tak pernah mengalami, aku pon taktau macam mana nak bayangkan beban yang terpaksa dipikul. Mungkin aku buleh bayangkan : Aaaagghhhh tzzz tzzz kebaboom!!!!! Bagi yang pernah mengikuti Audit Dalaman, kurasa apa yang kau rasa....
.
Walaupun cuma 2 hari bermula hari ini, tapi bagi first timer macam aku seksanya berminggu-minggu nak menyampaikan ke hari ini. Macam nak putus nyawa! Mintak nyawaaaa....
.
Okeh puas sudah mengadu perasaan.
.
Terima kasih buat zwitterion atas kiriman hadiah yang best! :D Owh, korang lain nak gak ke? heheheh...mintak kat zwit..Apekebendenye? Rahsiee..
Adios!