Thursday, November 30, 2006

Media Malaysia Semakin Kritikal?

Wahh..media di Malaysia makin bebas nampaknya..Bebas untuk dikawal dan dimanipulasi. Berdegar2 Kepimpinan Negara melaung-laungkan kebebasan media. Tapi sekarang?

Perkhabaran terkini, Media prima yg kini memiliki TV3, Kumpulan NSTP, NTV7, TV8 dan menubuhkan TV9, Hot FM, FLY FM, akan mengambil alih Utusan Melayu (M) Bhd. Dahla kita hanya ada 2 akhbar perdana berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian milik Kumpulan NSTP (Metro dan Kosmo adalah akhbar tabloid)...andai digabung, walaupun berbeza luarannya tapi semakin terkandanglah skop pemberitaan yang disampaikan.

Aku yakin, faktor komersil iaitu mampu menarik lebih ramai pengiklan serta memudahkan manipulasi lebih diutamakan berbanding faktor-faktor 'insan' seperti pembangunan minda melalui asuhan pemikiran kritis, pembentukan sahsiah serta pendidikan anak bangsa. Media kita yang kini sedia tercemar dengan hiburan berlebihan dan mengutamakan isi yang sensasi, seolah-olah menuju ke jalan untuk dikuburkan.

Pandangan pro dan kons kalian amat dialu-alukan. Wassalam.

Friday, November 24, 2006

Jiranku Totoro






Watak Totoro kini telah 18 tahun usianya semenjak mula diperkenalkan menerusi animasi My Neighbour Totoro (Tonari no Totoro). Filem arahan master Hayao Miyazaki ini telah menjadi pilihan-sepanjang-masa aku, adik2 dan emak aku skali (ayah je yg tak..hehe). Aku dah menonton My Neighbour Totoro 17 kali, mempunyai 3 set VCD yang sama (kalu hilang satu, maknanye ade lagi dua..hehe), memborong aksesori2nya dan sentiasa mempromosikan filem ini kepada semua kawan2, jiran tetangga serta teman sekerja.

Apa ada dalam ceritera Totoro ni? Haha..sesungguhnya aku tidak akan menberitahu melainkan kalian semua menontonnya sendiri. Setakat ini aku belum pernah mendapat reaksi yang negatif daripada sesiapa sahaja yang telah kuperkenalkan dengan Totoro..errr...melainkan
Orochi (ko nih kurang imaginasi lah). Keseronokan yang dijamin menjilat jari kaki! hoHohO..

Sila dapatkan VCD/DVD ori yang dijual di kedai2 terpilih! Kalu dok sekitar KL nih, senang je nak cari kat Kotaraya, Sungei Wang, Midvalley atau kedai2 Speedy terpilih. Takkan menyesal punye menonton filem yang dah menang 5 anugerah kat Jepang nih.

Dan salah satu impianku yang belum tertunai adalah melihat filem My Neighbour Totoro ini tersiar di kaca telivisi Malaysia. Termasuklah juga animasi Studio Ghibli yang lain seperti Ponpoko (1994, fevret gile gak nih), Grave of Fireflies (1988, sedih ya amat ceritanya), Princess Mononoke (1997) dan Spirited Away (2001, jaw-dropping animation). Pelik ar Kementerian Penerangan hati kayu sangat dengan animasi2 sebegini. Kalaulah aku ada dalam Kementerian tu...huhuhu..dah lame dahhh...

Maka, teman2 sekalian..aku merayu sesangat, tolonglah tengok citer nih. Susah2 sangat nak carik, pos-kan jer 2 keping CD kosong kat aku, nanti aku bakar (burn). Revolusi Totoro!!!

Sunday, November 19, 2006

Happy Note Death Feet

Kemaskini 24 Nov:
.
Waahhh!! Minta maaf semua..sepanjang minggu ni aku tak berkesempatan mengirim entri baru, mahupun menjengok ke blog kalian. Cant Win Hands (tak menang tangan!). Tugasan hujung tahun menggila, mesyuarat hampir setiap hari, ditambah dengan tgjawab sebagai petugas MAHA untuk UPM...huhuhu. Tak nonton filim la aku minggu nih.. InsyaAllah petang ni aku kirim entri baru..Wslm
.

Sonopsis : Death Note merupakan karya adaptasi daripada anime dan manga bertajuk sama yg amat popular di Jepon. Untuk maklumat lanjut, cari kat Google Search..ekekeke!!

Sangat teruja dapat menonton filem nih. AKu pi ngan orochi. Amat direkomenkan kepada semua yang meminati siri misteri dan teka-teki. Death Note kurang cenderung kepada genre seram. Ape yang menarik bukanlah cara pembunuhannya, keseraman makhluk bernama Kira mahupun percintaan yang tragis..tapi jalan cerita yang kemas dan di luar jangka.

Cuma bagi yang pernah membaca manga atau menonton animenya mungkin akan kurang terasa dengan kejutan2 di sepanjang cerita ini. Korang mesti puasatinyerlah!! Baru aku tau kenapa orang gila sangat dengan Death Note nih. Nantik aku mau beli gak sebijik Death Note.. Siapla korang, jangan nak carik pasai ngan aku..hahaha. ampat per lima bintang!!!


Sinopsis : Happy Feet, cerita pasai penguin..maklumat lanjut, sila layari Google Search jugak..wakaka!!!

Aku menonton Happy Feet dua hari selepas nonton Open Season dan dua hari sebelum nonton Death Note. Open Season yang hampir menyebabkan aku terlena di panggung, menyebabkan aku tidaklah mengharapkan sesuatu yang terlalu istimewa daripada Happy Feet.

Sebaliknya..Happy Feet adalah animasi yang SANGAT BANGATLAH ISTIMEWA!!!!

Walaupun jalan ceritanya biasa je dan siri demi siri babak muzikal dihidang, tarikan kimia (terjemahan chemistry..err..betoi ke) Happy Feet memang mengagumkan! Elemen kecomelan yang melampau dan grafik CGI yang menghampiri kesempurnaan menyebabkan para penonton takkan sedikitpun merasa ingin mengangkat punggung.
.
Aku tak tahan sungguh dengan godaan Happy Feet terutamanya watak Amigos bersaudara (dan watak Mumble sendiri). Sesiapa yang tak menonton Happy Feet mungkin akan mengalami sindrom Penyesalan di Akhir Tahun!! ampat suku per lima bintang!!

Friday, November 17, 2006

Anehnya Hari Ini...

Semalam aku begitu semangat nak mengemaskini blog. Tak sabar2 rasanya ingin menjengah hari ini. Andai tidurku ditemani internet, sudah pasti kalian akan dapat membaca entri yang ingin sangat kukirim di blog ini malam tadi.

Anehnya, aku langsung kehilangan bicara sementelah menghadap PC di pejabat awal pagi ini. Hinggalah ke petang, entah apa yang ingin kubicarakan..buntu amat.


Sesuatu mengganggu, mungkinkah kepenatan..? Sedangkan memang hari2 aku merasai kepenatan. Rasa rindu? Tidak juga timbul rindu yang meluap-luap..biasa saja. Marah!!? Tidaklah! Hari ini hari tanpa amarah. Runsing pusing...? Pun seperti biasa, normal..Kalau tiada kerunsingan mungkin lebih bermasalah..
.
.
Hmmm...Nape ekkkkk?



Owhh...ya..ya..




Aku tau....




Aku LAPAR-LAHHH!!!!


Hwaa... Sejak pagi aku kelaparan, tapi dipaksa-paksa jugak nak puasa. Puasa nam yg tak lagi selesai. Yang geramnya, pagi tadi meeting, dihidang piza. Tengahari balik ke rumah, masakan ibu harini pulak meriah tak terkata! Petang meeting lagi: hidangan mencabar Iman: muffin, spongecake dan rollpuff berintikan daging!! Waaa... Ya Allah, sesungguhnya kau memberi ujian yang hanya mampu ditanggung hambaMu...




Tuesday, November 14, 2006

Dunia Remaja Makin Jauh

Tiap pagi sejak 3 bulan lepas aku terlekat dengan siaran radio Klasik Nasional. Tiap kali juga aku terfikir, apakah ini tandanya aku sudah semakin jauh dari alam remaja? Sedangkan sebelum ini siaran "radioku" hanyalah kepada lagu2 koleksi mp3 yang beribu-ribu di dalam PC. Rock, Metal & Kekerasan! Tapi kini telinga terasa begitu asyik dengan lagu2 50-an, 60-an dan 70-an. Rupanya banyak benar irama2 lama yang tak pernah kudengar di radio-radio biasa sebelum ini. Setiap pagi aku terbuai-buai..Asyik!


Aku juga mula mengalami perasaan bercinta yg amat berbeza dengan dunia cinta semasa di sekolah mahupun ketika di IPT. Terasa jelas amat ke arah mana cinta itu perlu dipandu. Juga seringkali berkira-kira berkenaan situasi hidup sebenar setelah berkahwin kelak. Kalau dulu, walaupun cinta dengan komited (terutamanya semasa di IPT), matlamat dan perancangannya masih kabur. Susah nak aku gambarkan..Cuma bila dah tercebur di alam karier nih barulah aku faham perbezaan cinta remaja dan cinta dewasa.


Cinta bukan setakat perlu komited...tapi konsisten..

Menyoroti aspek pemakaian pula, aku dilanda perasaan yang sangat aneh. Minatku terhadap seluar2 kerja (slack) yang bercorak retro/klasik makin membuak2. Sedangkan sebelum ini aku cukup menyampah dengan seluar slack berjalur halus atau yang bercorak kotak..Nampak sangat citarasa orang tua. Masih belum lagi membeli, tapi aku pasti tidak lama lagi pasti kusambar sehelai dua. Hehehe.. Mane baju..?? (korang tau iklan ape nih ;p)


Ditambah lagi dengan minat yg menggila terhadap VW Beetle lama, Mini Cooper, Morris Minor, Triumph, Volvo 122, Ford Mustang.. waahh!! Sukernyerrr!!


Walau bagaimanapun..Aku akui aku belum sepenuhnya dewasa =D Masih banyak ciri2 kanak-kanak/remaja yg tak dapat aku tinggalkan..ngeh ngeh ngeh!! KNOWME!


Friday, November 10, 2006

Anne Mengetag Teman

Terima kaseh Anne!

5 things i would do if i were a millionaire;
- Belikan umah banglo dan tanah 80 ekar sorang untuk mak, ayah dan sume 7 org adik aku.
- Jayakan projek lembu dan kambing fidlot secara besar-besaran
- Melancong seluruh dunia dan ke bulan
- Tubuhkan Yayasan Orang Biasa (ala Bill & Melinda Gates Foundation gitu)
- …hmmm entahle… Syukurla ape yg ada sekarang

5 bad habits;
- Suka membeli belah waima ketika pulus kering
- “lu ni manyak cakap la”
- “lu ni makan pun manyak kuat la”
- Selalu leka dengan koceng
- Me******. Ekekeke!

5 things i hate doing
- Joging (sangat tak sukkerr!!)
- Dengar lagu leleh
- Nengok wayang leleh
- Main guli, layang2 dan mancing

- Memandu semasa letih

5 things i will never do
- Merokok
- Merogol
- Meragut
- Merempit
- Mereng

5 things i regret doing
- Cinta tanpa komitmen
- Makan ulat nangka dan tikus
- Main2 masa SPM
- Menggilis anak kucing comel warna oren
- Terjun dari tingkat 3 asrama (sampai skarang terasa sakit belakang)

5 fave toys or things
- My kuci kuci youngest sister
- Kasut-kasutku cayang
- Koceng-kocengku cayang
- Peti ais
- Mesin ATM (dari situlah ‘nyawa’ aku muncul)

5 people i choose to do this
- anisdelaila
- orochi
- tumpang muda
- datuk kadir jasin

..hmm..korang yg lain dah ramai buat la…

Wednesday, November 08, 2006

Tewasnya Republikan

Wah! Begitu lama aku mengambil masa untuk beradaptasi di pejabat baru! Waima tugas2 lama pun sentiasa datang bertenggek minta diselesaikan. Cabaran sungguh! Bukan setakat mengemaskini blog, makan tengahari pun cukup2 je masa. Tapi, alang2 terjun lombong, biar sampai ke dasar. Kalau setakat nak berenang-renangan di gigi air, baik berenti keje jer.

Kembali kepada tajuk, berita besar di akhbar2 esok dan berita utama malam ini sudah tentulah kekalahan Repulikan kepada Demokrat dalam pilihanraya Kongres. Setakat ini, Demokrat telah memenangi 221 kerusi manakala Republikan 181. Baki kerusi yang belum selesai pengiraan adalah 13 yang didahului oleh Demokrat dan 20 yang didahului Republikan. Jadi, apapun keputusan terakhir nanti, jelas bahawa Demokrat telah berjaya menguasai Kongres setelah hampir 16 tahun Republikan menjadi majoriti ahli dewan.

.
Apakah implikasinya? Akupun masih belum jelas kesannya tapi kekalahan Republikan berpunca daripada skandal beberapa ahlinya termasuk Tom DeLay, Bob Ney, Mark Foley, Curt Weldon dan Don Sherwood.. Kemudian ditambah lagi dengan keberangan rakyat terhadap isu Iraq.

Aku tak mengharapkan sebarang perubahan ketara terhadap dasar2 luar US, cuma mungkin aku dapat mengagak bahawa pasti Kongres akan lebih toleran berbanding sebelum ini yang mana ia menekankan Dasar Perang seperti di Iraq, Afganistan dan Iran (Palestin tidak termasuk).

Paling menarik...kali pertama dalam sejarah, seorang Muslim turut terpilih menganggotai Kongres USA..Keith Ellison dari Minnesota. Tahniah!


Thursday, November 02, 2006

Ketam yang Kacau

Seekor ketam baru belajar berumah di pasir yang becak. Tiba2 tanahnya jerlus, sedangkan baru saja ketam itu menghias2 rumahnya tadi dengan segala kesukaannya. Nampak gayanya ketam terpaksa membuat rumah baru, di tempat yang baru.. Entah bagaimanakah agaknya ketam di tempat baru nanti..
.
Bapak ketam telah menyuruh si ketam berumah di sebuah tempat yang sungguh asing baginya. Jauh dari sumber makanan, rumahnya kecil, tidak ramai kawan dan terdapat juga seekor ketam yang terkenal dengan kecohnya di tempat baru itu.
.
Ketam sedih dengan nasib yang menimpanya. "Kenapa tempat sebegini yang dipilih bapak?"
.
Dalam keadaan masih pening dan pusing, terdetik juga keazaman di fikiran ketam untuk menjadikan tempat baru itu syurga bagi dirinya. Walaupun ketam masih ragu dengan azamnya itu sendiri, tapi andainya dibiar sahaja kesedihan serta resah rungsing itu menyelimuti diri, maka begitulah keadaan hidupnya akan berterusan.
.
Ketam ada tekad, walaupun sebenarnya dia tidak tahu, "dari mana aku perlu bermula? Apa yang perlu aku lakukan? Adakah aku berupaya?". Tapi dengan tekad ketam itu, sekurang-kurangnya ketam dapat merasakan dia telah mula mengorak langkah untuk mencapai sesuatu.
.
Apa kesudahan dan nasib ketam? Kita tunggu sehingga ketam menghuni di rumah barunya nanti....