Tuesday, November 27, 2007

Kemalangan Tempat Kerja

27 November 2007, Pekan Pantai - Sebuah kereta volvo yang dipandu oleh seorang pegawai kerajaan telah melanggar sebuah lori Daihatsu yang membuawa muatan ais pada jam 7.40 pagi tadi. Kemalangan tersebut telah menyebabkan kerosakan teruk kepada kedua-dua kenderaan. Namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Kejadian yang berlaku semasa hujan ini mungkin disebabkan oleh kecuaian kedua-dua pemandu.
.
Kemalangan ini merupakan kejadian kedua yang dialami oleh pegawai kerajaan tersebut pada tahun ini. Pada bulan Mac lepas, beliau telah melanggar sebuah kereta Toyota Unser dari arah belakang dan mengalami kerosakan melebihi RM4000. Sila rujuk berita ini untuk kemalangan lepas.
.
Menurut pemandu lori tersebut, beliau telah memberi isyarat lampu untuk membelok ke kanan di Pekan Pantai, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Seremban. Walau bagaimanapun, kereta volvo dari arah belakang tidak memberi laluan dan terus menghentam lori yang dipandunya di sisi kanan akibat tidak sempat memintas.
.
Pegawai kerajaan tersebut pula melaporkan bahawa lori itu memberi isyarat masuk ke atas jalan dari parkir, tetapi secara mengejut membuat pusingan U di atas jalan garisan berkembar. Akibatnya beliau tidak sempat mengelak kerana tidak menyangka lori tersebut akan membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya. Beliau yang bertolak dari Putrajaya ke tempat kerja pada jam 6.20 pagi juga memberitahu, kejadian tersebut menyebabkan beliau tidak dapat hadir ke Majlis Perasmian Perpustakaan Daerah oleh Menteri Besar yang diadakan pada sebelah petang.
.
Pegawai trafik yang membuat siasatan masih berusaha meneliti kes kerana berdasarkan keterangan kedua-dua pihak, tidak ada sesiapa yang mengaku salah. Siasatan akan dibuat dalam tempoh dua minggu. Sebarang perkembangan lanjut sisatan akan dimaklumkan - Tak Bernama.

Sunday, November 18, 2007

Cabaran Baru

Alhamdulillah dengan izin tuhan aku mengalami pengalaman yang menarik amat dalam 2 program aku sempat hadiri 4 5 hari sebelum ni. Malangnye aku masih tak dapat la nak upload gambar dari PC sini so korang bayangkan jerla ye ;p
.
1. Buat pertama kali aku dapat main paintball. Sape yang dah penah main mestilah tak heran, tapi buat 1st timer macam aku, seronok sungguh rasanya! Tak sangka pulak pi kursus team-binding ade main paintball.
.
2. Kali pertama juga aku dapat melihat 'silap mata' ilmu kebatinan..hehe. Kami 40 orang peserta telah di'psiko' untuk diletakkan timun sama ada di leher, tapak tangan atau perut, lalu timun itu diparangkan oleh encik fasilitator yang berwibawa, tanpa menyebabkan organ2 tubuh tadi tercedera atau terkulai layu. Fuh! Rasa macam nyawa2 ikan (
tapi aku tak buat sebenarnye, tak sempat. Masa tak mengizinkan...hehe) Selepas itu ade sesi berjalan atas bara api pulak, pun tak sempat buat sebab dah jam 11 malam. Tapi insyaAllah, lain kali kalau ada kesempatan aku akan cuba. Bukan ape, encik fasilitator ambil masa dekat 2 jam untuk bagi talk untuk meyakinkan peserta yang depa semua boleh buat. Mula2 ramai tak konfiden siap ade yang menangis, tapi selepas tu 85% nak buat. Pesanan encik fasilitator, dont try this at home.
.
3. Aku balik kursus hari Sabtu. So semalam aku dijemput menghadiri satu program lagi...dan yang paling best daripada 2 aktiviti di atas. Cabaran Pacuan 4 Roda (4 x 4 Challange). Ala, yang naik jip, pajero @ pikap tu...pehtu jalan dalam hutan, redah lumpur, redah sungai dan lalu jambatan batang pokok tu.. Perrghhhhh!!!! Gile dasat best nak mampos! Walaupun aku duduk kat belakang, tapi excited gile tengok camane encik pemandu @ pemilik pacuan 4 roda yang aku naik tu mengharungi cabaran. Bapak rilek gile dia bawak. Kitorang dah berderau bila pacuan 4 roda kami mengundur ke belakang semasa cuba mendaki bukit yang dahla curam, siap air mencurah2 mengalir dari atas bukit tu kat trek yang kami lalui. Pehtu bile redah sungai berbatu, rasa macam air sungai tu dekat2 paras tingkap je.
.
Tapi syukur semua selamat sampai destinasi, sebuah kampung orang asli iaitu Kampung Tohor yang hampir dengan Lata Kijang (
antara air terjun tertinggi Asia. Lata Kijang tau, bukan Lata Kinjang kat Perak tu). Aku tekad, pehni kalau ada lagi program cani komfem aku pi. Manelah tau dia bagi peluang aku bawak pulak ke...heheh. Dalam kul 2, gerombolan 20 pacuan 4 roda pun bertolak pulang. Walaupun aku cuma dapat join 1 hari je (depa 3 hari dah dalam rimba sebenarnye, aku datang hari terakhir untuk majlis penutup), kepuasan tak terhingga!
.
Best gak keje tempat baru nih. Walau baru 2 bulan 2 minggu, macam2 pengalaman aku dapat. Semua free plak tu ;p Kalau pi sendiri, aku rase main paintball dan ikut 4 x 4 Challange tu mau berhabis ratus-ratus gak tu. Sebab tu aku rasa syukur sangat dapat peluang macam ni. Dan insyaAllah pehni, ade lagi program2 lain yang mungkin aku berpeluang pi, antaranya kursus/latihan menembak, aktiviti memburu kijang/rusa/pelanduk dan pendakian Gunung Besar Hantu.
.
So kawan2, cariklah peluang dan korang pasti teruja memuncakkan adrenalin korang ke paras yang membahayakan kesihatan...haha~! Adioss...
.
.

Wednesday, November 14, 2007

Sumpah Ikan Tapah

Esok aku akan berkursus di hutan banat. Tiada talian telefon, tiada deruman kenderaan dan sejuk yang pasti menusuk tulang (maka tak payah mandi pagi heheheh!). Tapi tak lama, 3 hari je. Jadi atas ketaksempatan aku nak buat entri sendiri, ini aku petik artikel yang aku peroleh dari laman web speedfinger. Kisah sumpah ikan tapah. Percaya? Tak percaya? Mari kita tengok...
.
Banyak perkara pelik yang tidak termampu difikirkan oleh akal manusia akan kejadiannya. Apakah anda percaya bahawa manusi boleh disumpah oleh seekor ikan? Begitulah yang berlaku terhadap orang-orang dari keturunan Lambor, Parit , Perak. Mereka seolah-olah disumpah oleh ikan TAPAH.
.
KETURUNAN PAK KADUK PANTANG IKAN TAPAH
.
Ramai diantara kita sudah mengetahui cerita Pak Kaduk yang telah menang dalam perlawanan sabung ayam tetapi kampung halaman serta anak isterinya tergadai. Tetapi ramai yang tidak sedar cerita ini ada kaitan dengan segolongan masyarakat Melayu, khususnya penduduk-penduduk di negeri Perak yang pantang makan ikan tapah. Pantang larang memakan ikan itu ada kaitan dengan cerita Pak Kaduk yang membuat sumpahan tidak membenarkan keturunannya memakan ikan tapah. Sehingga kini sumpahan itu dipercayai belum berakhir.
.
Orang-orang yang kononnya pantang pantang makan ikan tapah itu berasal daripada keturunan Pak Kaduk serta kaum kerabatnya. Orang-orang luar yang berkahwin dengan anggota keturunan Pak Kaduk ini juga akan terkena sumpahan itu. Keturunan Pak Kaduk dikatakan kebanyakannya berada di Lambor Kiri, Lambor Kanan, Pulau Tiga dan Bota yang terletak di Perak Tengah. Mereka yang termasuk dalam golongan itu kononnya akan terkena penyakit kulit yang disebut SEMALI iaitu pecah-pecah kulit, berair dan terasa gatal-gatal sehingga ke tulang jika termakan ikan tapah.
.
Di samping itu, kulit mereka akan melecur,sakit sendi dan tulang. Menurut Haji Daharun bin Haji Yajit 77, peristiwa Pak Kaduk itu berlaku ratusan tahun lalu di kampung Lambor Kiri iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Syah Almarhum Aulis Allah Geronggong Perak. Menurut seorang daripada keturunan ke sembilan Pak Kaduk, Hajah Asmah bt Pndak Logam 76, mendakwa ada menyimpan khazanah Pak Kaduk iaitu tiga butir kerongsang emas yang boleh menjadi penawar penyakit sumpahan itu. Katanya lagi, kerongsang tersebut sepatutnya di simpan oleh adiknya, Izham bin Pandak Logam,yang merupakan pewaris terdekat dan kini menetap di Selayang Bahru, Selangor. Haji Daharun yang menetap di Kampung Tua,Lambor Kanan bersetuju dengan tindakan tersebut supaya memudahkan pesakit pulang ke kampung halaman untuk berubat.
.
Katanya lagi, seboleh-bolehnya emas kerongsang tersebut tidak di bawa keluar dari Lambor Kanan. Dalam temubual dengan Hajah Asmah di rumahnya di Kampung Tua, Lambor Kanan, beliau mendakwa kerongsang itu telah mengubati ribuan orang yang terkena sumpahan akibat termakan ikan Tapah. Katanya, penyakit tersebut disebabkan oleh sumpahan itu berupa melecur kulit, sakit sendi dan tulang akan hilang apabila meminum air yang telah direndam dengan tiga butir kerongsang tersebut. Tiga keping kerongsang emas itu berbentuk potongan wajik, ukurannya dua inci bertatahkan batu delima yang dikatakan telah berusia 900 tahun adalah satu daripada tiga barang emas kepunyaan Pak Kaduk diperbuat daripada emas urai yang dijumpai dalam perut ikan Tapah. Menurut Hajah Asmah, tidak ada syarat yang dikenakan bagi mereka yang berubat. Mereka cuma dikehendaki minum air rendaman emas itu ataupun mandi dengan air itu supaya badan yang melecur terubat.
.
TERKENA PENYAKIT
.
Menurut Hajah Asmah bagi, setiap hari lebih kurang 5-10 orang datang kerumahnya berubat dan dengan izin Allah penyakit mereka sembuh. Dalam temu bual dengan Izham B. Pandak Logam, 67 di Selayang Baru Selangor, berkata tiap-tiap keluarga mereka akan mengadakan kenduri arwah di rumah Hajah Asmah. Sebelum tiba bulan puasa, dengan menggunakan wang yang didermakan oleh orang ramai yang datang berubat. "Kerongsang emas itu dikatakan tidak boleh digadai dan diperbuat sebarangan seperti dipinjamkan kepada orang lain", katanya. Kebanyakan yang datang ini termasuk orang dari Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan lain-lain adalah merupakan keturunan Pak Kaduk yang telah berhijrah ke tempat lain. Hajah Asmah juga mendakwa hanya kerongsang itu yang boleh mengubat penyakit sumpahan ikan Tapah dengan izin Allah s.w.t. Beliau menceritakan tentang seorang wanita dari Perak yang terkena penyakit semali telah pergi berubat dengan doktor, tetapi keadaan kulitnya yang melecur tidak boleh diubati selama hampir tiga tahun. Bagaimanapun, keadaannya dikatakan pulih setelah wanita itu datang berubat dengan meminum air rendaman kerongsang emas itu. Haji Daharun turut bercerita kisah perjanjian Pak Kaduk dengan ikan Tapah yang terjumpainya terdampar di daratan Sungai Perak. Katanya, menurut orang-orang tua, Pak Kaduk berasal dari Siak, Sumatera dan telah datang merantau ke Perak lalu menetap di Kampong Lambor Kiri bersama isteri dan anak perempuannya.
.
GEMAR MENYABUNG AYAM
.
"Pak Kaduk ini dikatakan suka dengan permainan kegemaran penduduk kampung ketika itu iaitu permainan sabung ayam dan mempunyai seekor ayam jantan yang handal. "Oleh sebab ayamnya selalu menag, seorang penghulu iri hati tehadap kejayaan ayam Pak Kaduk, lalu berhasrat untuk mencuri ayam itu. "Suatu malam,penghulu itu telah berpakat dengan kawannya untuk menipu Pak Kaduk dengan menyuruh rakannya menyeru nama Pak Kaduk dari atas pokok supaya menyerahkan ayamnya. "Pak Kaduk yang ketakutan kerana menganggap suara itu suara jembalang terus menyerahkan ayamnya. Nasib Pak Kaduk bertambah malang apabila dia tewas dalam pertandingan sabung ayam menyebabkan kampung halaman, anak dan isterinya tergadai ke tangan penghulu itu. Pak Kaduk yang malang itu terus lari ke sebuah pondok. Pada suatu hari, kucing belaan Pak Kaduk datang menghampirinya seolah-olah mengajak Pak Kaduk mengikutnya ke suatu tempat. Kucing itu membawa Pak Kaduk ke tebing Sungai Perak dan di situlah dikatakan Pak Kaduk ternampak seekor ikan Tapah sebesar manusia berperut buncit terdampar di daratan. Pak Kaduk dikatakan membelah ikan itu dan dalam perut ikan Tapah itulah dia menjumpai lebih kurang secupak emas urai. "Kerana terlalu gembira, Pak Kaduk telah menjahit semula perut ikan itu dengan menggunakan tali bemban,"sambungnya.
.
SUMPAH PAK KADUK
.
Pak Kaduk terus bersumpah bahawa keturunannya tidak akan dibenarkan menganiayai dan memakan ikan Tapah sampai bila-bila sebelum melepaskan semula ikan itu ke sungai Perak. "Ada yang begitu alah dengan pantang itu sehingga terkena air atau terbau ikan Tapah menyebabkan kulit mereka melecur,"tambah Daharun. Menurutnya lagi,dengan emas yang diperolehi itu,Pak Kaduk telah menebus semula kampung, isteri dan anaknya daripada penghulu itu. Emas selebihnya digunakan untuk perbelanjaan seharian serta membayar hutang dan sebahagian daripadanya di perbuat perhiasan barang kemas. Menurut Izham pula, Pak Kaduk dikatakan kembali ke Siak dan di sana dia menempah sepasang subang, sebentuk cincin dan tiga keping kerongsang emas yang sekarang disimpan oleh Hajah Asmah itu. "Kerongsang itu dibuat oleh Pak Kaduk sebagai penawar bagi sumpahannya manakala barang kemas lain dijadikan perhiasan. "Subang itu kini dikatakan ada disimpan oleh kaum keluarga Pak Kaduk di Siak, manakala cincin itu pula disimpan oleh keturunan Pak Kaduk yang menetap di Kuala Dipang, Perak. "Pak Kaduk pengasas sumpahan ikan Tapah itu dikatakan meniggal dunia di Siak dan kuburnya didakwa masih ada sehingga sekarang,"tambah Izham mengakhiri ceritanya. Mungkinkah ikan Tapah tidak boleh dimakan disebabkan sumpahan Pak Kaduk dan bolehkah tiga butir keronsang emas yang dikatakan dari perut ikan tapah itu boleh dijadikan bukti tentang kebenaran peristiwa itu? Adakah air rendaman kerongsang ini benar-benar boleh menyembuh penyakit semali yang didakwa oleh keturunan Pak Kaduk? Sehingga ke hari ini masih belum dijawab.
.

Tuesday, November 06, 2007

Karaoke Tak OK

Kemaskini 9/11/07
.
Ada permintaan untuk lagu Rainbow-Temple of the King. Klik untuk muat turun ye.
.
.
Entri Asal:
.
Pantang dan gelabah. Itulah yang bermain di fikiran setiap kali dalam mana2 majlis/program/aktiviti diselitkan sesi KARAOKE. Bukan sesi karaoke yang dah disediakan dengan penyanyi, tapi karaoke "mari kita tengok siapa yang kenaaa!!!" Huuuuhuhuhu cuak tul haku!
.
Baru tadi selesai Jamuan Raya yang turut diisi dengan nyanyian lagu2 karaoke...mula-mula lagu raya tapi kendian lagu Jinbara, Mawi dan May pun depa bedal. Yang paling tak beshnye, MC majlis dengan sesuke-sukinye menyebut nama staf-staf yang ada dalam majlis naik ke pentas untuk menyanyi. Tuan Besar pun kene, lagu Widuri sebijik. Aku yang kat bawah memang dah tak senang duduk, lagi2 mengenangkan yang aku ni staf baru, lagilah dia nak kenakan. Berpeluh dahi memikirkan lagu ape aku nak tarik kalu dipanggil... Memang cuak gile ah. Aku tau ramai yang muka tebal tak kesah nyanyi walau pitching ke laut. Tapi aku tak buleh beb..! Sungguh! Aku sanggup disuruh bergelek hula ala Hawaii atas pentas daripada menyanyi.
.
Seumur hidup aku, sekali je penah aku dipaksa karaoke, itupun sebab semua peserta kursus wajib berkaraoke. Nasib pulak hari tu ada lagu yang aku boleh gak la layan tarik; Rainbow - Temple of the King. Lagipun lagu tu tak ramai orang tau jadi kalau ke laut pun lantak laa.. Tapi dalam majlis tadi, senarai lagu semua lagu Melayu. Haiyooo mati gue!!
.
Walau bagaimanapun, aku terselamat akhirnya apabila berjaya mencelah ke bilik pejabat dengan alasan nak buat panggilan penting ;p Lepas cuci tangan, aku cabut. Ngeh ngeh!! Tapi tak bule jadik, sebab akan datang aku yakin mesti ada lagi sesi karaoke dalam program-program lain. Dan sebagai persediaan, serta merta aku menggoogle dan memuat-turun lirik dan lagu yang sesuai dengan kelunakan suara aku. Sambil praktis suara dalam pejabat, setakat ini aku dapat tiga jer lagu yang penyanyi asalnya ada macam suara aku (cheeewah!!! ;p) dan kira selamat la kalau aku bawak, tak ke laut.
.
1. Rainbow - Temple of the King (aku penah nyanyi so yakin gak la)
2. Lifehouse - You and Me (lagu mendatar dan tak perlu nak tarik suara sangat)
3. Dewa 19 - Larut (sebab lirik lagu ni pendek...heheh)
.
So, aku dah bakar (burn) tiga lagu ni dalam CD dan akan ia dibawa ke mana2 majlis/program. Kawan2, ada cadangan lagu lain yang sesuai? Kongsi-kongsila beb.... Aku sedar suaraku tak merdu..
.
.