Tuesday, October 31, 2006

Bilut yang Seronok


Semenjak sebelum cuti lagi aku begitu teruja ingin menonton Bilut. Aku tertarik dengan penceritaan yang berkisar tentang peneroka awal Felda di awal 60-an dulu. Filem ini dibuat sempena menyambut ulangtahun penubuhan Felda yang ke-50 tahun ini. Biasanya filem2 sekarang yang mengisahkan zaman sebelum dan awal pasca kemerdekaan kita lebih gemar membawa tema peperangan. Jadi, apa yang cuba diketengahkan menerusi Bilut bagi aku lari daripada kebiasaan dan semestinya mampu memberi banyak input. Aku sangat jarang menonton filem Melayu. Namun Bilut berada dalam senarai 'mesti tonton' untuk tahun ini. Tak kisahla siapa pelakon, pengarah mahupun penerbitnya, filem Bilut takkan kuketinggalan. Jom nonton sama!

Senarai filem terbaik bagi aku tahun ini:

1. da Vinci Code
2. Superman Returns
3. Val helsing ngengenge... V for Vendetta la.. silap ar.. terima kaseh Anne.
4. X-Men The Last Stand

Thursday, October 19, 2006

Perpisahan di Hari Lebaran

Dalam tempoh seminggu mulai hari ini, pasti ramai teman2 bloggers akan menyepi dari mengirim khabar berita mahupun mengomen di blog2 lain. Oleh itu aku percaya ramai teman2 bloggers di sini akan menghadapi situasi berikut :

1. Resah gelisah tak dapat mengadap PC dan menekan butang2 keyboard
2. Kepala serabut sebab banyak sangat nak ditulis dalam blog lepas abih cuti
3. Tertanya2 apa agaknye cerita teman2 bloggers lain
4. Tak sabar2 nak balik pejabat untuk 'bertugas'
5. Merasakan laptop dengan sambungan internet wireless sangat penting dalam saat2 sebegini

Maka, ada kemungkinan sesetengah teman blogger akan berjalan raya di Kafe Siber. Oleh itu ada baiknya bagi pemilik2 Kafe Siber mengadakan promosi sempena hari raya dan meletakkan balang2 biskut raya di Kafe masing2. Dijamin untong!


Salam Lebaran. Kita jumpa 10 hari lagi ye. Jangan rindu-rinduan..!

Wednesday, October 18, 2006

Coretan Untuk Sang Juara

.
.
.
Hahahahaha....Aku sangat gembira
1-0...cukup untuk sang juara
Gaya berlawan mempersona
Pesaingmu terkaku..terpana
Hilang kelibat Ronnie dan Messi
Didi, Essien & Khalid menjadi igauan ngeri
Taktikal Mourinho serba menjadi
Gerakan Catalan mati terkunci
Hahaha lagi & lagi Chelsea!
.
.
.

Monday, October 16, 2006

Rasa..Jiwa..Raya


Seronok raya di zaman kanak2 adalah kenangan sepanjang hayat kita semua. Tak kiralah latar belakang kita, asal mana negeri..suasana raya pada di usia itu adalah yang paling meriah!

Aku mula hilang perasaan seronok raya bermula tahun 2000, sedangkan itulah pertama kalinya kami sekeluarga beraya di kampung halaman setelah 10 tahun beraya di tempat orang. Kini masuk tahun keenam raya di kampung, perasaan aku masih sama. Bagi aku sekarang, saat yang dinantikan ketika raya hanyalah pada hari terakhir puasa dan hari pertama raya. Hari-hari yang kemudian aku rasakan samalah seperti hari yang biasa.

Dan beberapa tahun lepas aku mulai sedar...elemen yang paling utama ketika Aidilfitri bukanlah baju baru, makanan sedap, ang pow mahupun meriam mercun...ia adalah KAWAN-KAWAN. Sejujurnya aku rasakan sahabat sepermainanlah yang menghidupkan suasana raya, lebih daripada bersama saudara-mara serta elemen2 raya yang lain. Bukanlah raya bersama famili tak seronok..tapi raya pasti takkan seronok kalau kawan2 tiada.

Jadi kawan-kawan sekalian, jemputlah datang ke rumah. Raya kedua kami akan balik dari kampung. Bantulah aku ini, insan yang kehilangan jiwa aidilfitri.

SALAM AIDILFITRI. SILAH SALAP DIMAAFI. MOGA HIDUP DIBERKATI.

Friday, October 13, 2006

Dia Telah Pergi..

Seminggu aku meninggalkannya, selama-lamanya dia meninggalkanku. Semalam petang ayahku telefon, dia dah nazak sejak pagi. Sedangkan malam sebelumnya ayah bilang dia tidur bersama-sama ayah, sihat seperti biasa. Selepas subuh dia keluar sebentar. Apabila balik semula ke rumah dia sudah mula meragam, berguling-guling, dan berbuih mulutnya. Sampai ke petang keadaannya begitu...menahan sakit yang amat. Diberi minum air kelapa pun tidak berkurang. Malam tadi..belum sempat dibawa ke klinik, akhirnya dia pejam dan kaku...
.
Adikku yg kecil menangis. Ayah 2 kali menelefonku, dia sangat marah sebenarnya kerana tahu Teleng telah diracun...sama seperti ibunya..seperti 3 orang yang lain sebelumnya..
.
Aku berdoa panjang dan bersolat hajat selepas terawih..moga2 dia sembuh semula..Sedangkan pada masa itu, Teleng sebenarnya telahpun mati...Aku sangat sedih...dan pasti Abu dan Budi lebih merasai kesedihan ini..
.
.

Teleng...Tuhan lebih menyayangi..
Kami akan selalu mengingatimu.

Tuesday, October 10, 2006

Apa Khabar Kalian Sekarang?

Naka Mickey Mouse, seorang anak kecil yang gebu dan comel amat. Anak tunggal pasangan suami isteri berbangsa Jepun yang menghuni di depan rumahku semasa aku masih bersekolah rendah. Naka Mickey Mouse, ya.. nama asli si kecil kerana obses ibunya terhadap watak animasi itu. Apa khabarnya sekarang? Hmm..

Michael sangat nakal di dalam kelas. Aksi kegemarannya adalah melompat ke atas meja dan kemudian menunjukkan punggung mungilnya kepada kami semua..hahaha.. Apa khabar kau sekarang? Hmm..
.
Lau Kiu Kwok, Lau Kiu Meng dan Lau Kiu Kwang.. tiga beradik sahabat karibku di rumah baru ketika Darjah 6 sehinggalah aku di Tingkatan 3. Ayahnya hanya setahun 2 kali balik rumah kerana bekerja di Papua New Guinea. Mereka ada kura2 cantik..dan yang paling seronok, anjing mereka yang telah kulupa namanya memang sangat manja. Si anjing paling suka bila aku menghabiskan masa mencabut kutu-kutu yang melekap di telinga dan lehernya. Dia akan duduk diam..kutu yang kucabut akan kuletak di lantai, dan dia akan menggigitnya (kutu anjing besar tau..). Adikku pernah mendokong anjing itu dan membawa balik ke rumah. Ibu apa lagi..terpekik2 memarahi adik kecilku dari dapur! Apa khabar kamu semua sekarang? Hmm..

Albert dan keluarga berbangsa Dayaknya memang sempoi. Mereka boleh duduk sekeluarga di depan TV menonton porno. Adus! Aku selalu bergaduh dengannya, tapi selalu juga kami pergi berenang sama2.. hehe. Apa khabar kau sekarang? Hmm..

Jiran Albert seorang gadis cantik. Julia namanya..seorang Cina-Bidayuh, setahun tua daripadaku. Daripada mula duduk di kediaman itu sehinggalah aku berpindah, Julia adalah pojaan hatiku. Selalu aku mengintai-intai kelibatnya di muka pintu. Apa khabar kamu skarang ya? Hmm..

Bila aku berjaya menyambung Diploma di kampus, serta-merta aku bermain cinta dengan seorang gadis bernama Cynthia Ong. Kami saling menyukai tapi tidak berpacaran kerana sedar akan jurang yang menjarakkan. Apa khabar kau skarang? Hmm..

Rakan2 di bilik sebelahku berbangsa India. Thamaraj, Sashitharan, Sri Themedu dan Sanjivan sahabat yang mesra. Kadang2 aku tidur sekatil dengan mereka, terutamanya Raj.

Raj sangat geli kalau kupeluk tubuhnya yang besar. Aku tak boleh lupakan tosai yang dimasak ibunya ketika bertandang ke rumahnya. Kari kambing yg dimasak..KAW!! Sashi pula lembut orangnya (tapi bukan nyah), suka mempermainkan nama aku. Sri suka diajak berborak dan banyak bertanya. Sanji tidaklah begitu rapat denganku..orangnya hensem. Kesian dia, rambutnya dipotong oleh petugas semasa hari konvokesyen kami. Apa khabar kamu semua sekarang? Hmm..

Selvamalar si gadis pintar yang bergraduat dengan 4.0. Kalau berucap amat bagus! Dia pandai memberi nasihat. Kini aku jarang menemuinya tapi kalau berjumpa pasti bercerita panjang. Dia memang berkaliber sebagai politikus. Entah bila aku dapat berkunjung lagi ke rumahnya di Batu Caves.
.
Seorang lagi yang namanya Ganesh, tapi dia tinggal sebilik denganku. Pada tahun kedua kami belajar, dia memeluk Islam. Aku masih lagi berhubungan dengannya sekarang. Dia seorang pemimpin pelajar yang dihormati ramai.

Di hujung pengajian Ijazahku, rakan karibku adalah Chaiyen, Li San, Ying Ying, Fadhlina dan Chee Win. Sudah ditakdirkan memang kursus major yang kuambil, kurang pelajar lelaki. Bahkan aku pernah masuk ke kelas 60 orang perempuan dan aku sang pejantan tunggal. Terus aku tukar subjek lain.

Mereka berlima sekarang sudah bekerja baik. Ying Ying kadang2 menghantar emel..cuma aku yang jarang membalasnya..hehehe. Chaiyen seorang feminin yg agresif. Aku sering dicubitnya. Tapi kalau di dalam kelas, macam2 makanan yg dibawanya diberi kepadaku. Li San kalau bercakap, suaranya hampir tak kedengaran. Apa khabar kamu semua sekarang? Hmm..

Tiga minggu lepas, aku mendapat berita sahabatku Sri Raman telah mengikut jejak langkah Ganesh. Syukur Tuhan atas khabar yang tak disangka ini. Aku akan cuba menghubunginya minggu ini.

Andai dapat kutemui kalian sekali lagi, akan ada hadiah istimewa dariku untuk semua. :)
.
12 Okt : Warrrghh! Sakitnya paru2! Daripada 1 ramadhan sampai petang semalam, masih tak kutemui Kuih NEKBAT di mana2 bazar.. TErrtekann..

Sunday, October 08, 2006

Koceng-Kocengku Sayang

Kemaskini petang 9/10 :- menerusi telepati, Budi menghubungiku untuk menyatakan ketaksukaannya dengan gambarnya yang kuletak sebentar tadi. Tidak anggun katanya, dan dia cemburu kerna Abu nampak lebih bergaya. Oleh yang demikian, aku terpaksa menukarkan kepada gambar Budi yang lain. Permisi..
.
Kiriman Asal:
Maka hari ini kalian semua bolehla melihat-lihat akan koceng-kocengku


Dia ni Abu


Ini pula Teleng yang sihat


dan inilah koceng yang bernama Budi


Mereka beramai-ramai (inilah pose terbaik yang aku dapat. Chet!)

...Oleh itu, harap didoakanlah kesejahteraan mereka semua ini dunia akhirat...

Monday, October 02, 2006

Koceng Oh Koceng...


Kemaskini 6 Okt:
Maaf sangat2. Gambar kucingku belum sempat dibubuh. Isnin pasti ada ok?


Assalamualaikum...

Kucing Parsiku tinggal 3 orang. 2 orang adiknya dicuri ketika larut malam 4 bulan selepas lahir. Ibunya pula mati bulan lepas diracuni jiran yang anti-kucing (kucingku yang keempat yang mati diracun).

3 orang yang tinggal bernama Teleng, Budi dan Abu. Teleng yang paling sehat dan gedik. Kemontelannya amat terserlah. Dia sangatlah kuat makan..

Budi biasa-biasa sahaja. Pon montel juga tapi tak terlawan si Teleng. Kelebihannya, Budi amat manja.

Abu yang paling kelabu (semua anak beranak termasuk arwah ibunya warna kelabu). Dulu masa bayi dialah yang paling digerami. Tapi kini Abu berubah. Selepas turut termakan racun yang sama, Abu jadi lemah..pendiam..pasif..dan kurang makan. Selepas diberi minum air kelapa, barulah Abu pulih.. Fizikalnya telah sihat. Tapi yang paling merunsingkan kami sekeluarga, Abu mula bertabiat pelik. Abu tak suka makan ikan! (Friskies, Whiskas dan yang sewaktu dengannya memang 3 orang ni tak mahu jamah, waima makanan kucing yang berharga RM58 sepaket..). Kalau diberi seekor, dia akan mencicip sedikit sahaja. Tak kiralah apa jenis ikanpun atau bagaimana ia dimasak.

Makanan kegemaran Abu? Daging mentah dan jagung! Hwuuaaa!! Kalau ada durian pon dia akan jadi pelahap.. Abu akan makan sampai mabok. Abu ku sayang..!!
.
(gambar kucingku yang 3 orang akan kuletak kemudian..kalau ada permintaan)