Tuesday, December 19, 2006

Aku Nak Makan Lutut!!

Huagggrhh!! Akhirnya aku berjaya bercumbu-cumbuan semula dengan blog aku nih setelah beberapa hari tiada bertemu. Aku tak kemana, cuma masalahnya aku masih gagal untuk mengaksesnya dari PC pejabat (bukan setakat pejabat, PC satu UPM pon tak bule).
.
Capaian hari ini adalah secara curi-curian menerusi hotspot semasa sedang berlangsungnya bengkel di Residence Hotel... Dengan bangganya aku berjaya mengendalikan bengkel dengan nama terpanjang yg pernah pejabat aku anjurkan :

BENGKEL PENGHARMONIAN PROSEDUR DAN SEMAKAN OBJEKTIF KUALITI, PELAN TINDAKAN DAN PIAGAM PELANGGAN SISWAZAH DAN PENYELIDIKAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN (BPPSOKPTPPSPFSTM)
.
Ade empat DAN tu!!! Hahaha. Adakah terdapat kemungkinan nama bengkel nih masuk dalam Malaysia Book of Records?
.
Hari ni baru hari pertama. Ade lagi 2 hari. Seronok sebenarnya berbengkel nih. Tapi lagi seronok jadik urusetia, buleh pusing2 kaco orang lain...Ngehngeh! Tapi sebenarnya, kalu tak serius dan berniat serong, kita akan tergolong dalam golongan orang2 yang rugi serta ketinggalan kapal.
.
Dalam kesempatan ini, aku jugak nak mohon maaf kepada semua rakan2 bloggers. Sungguh! Aku benar2 tidak berkelapangan nak meninjau blog kalian apatah lagi mengomen. Bulan Disember adalah bulan Mereng. Kerja yang ingin diselesaikan tak masuk dek akal. Tak perlulah dicerita panjang sebab aku rasa ramai daripada kalian turut berhadapan dengan situasi yang serupa.
.
Okeh..aku ingin sambung perbengkelan. Ada mata2 menjeling.. Eeeeeee..

Saturday, December 16, 2006

Woiiii!! Tolong aku!

Mintak tolong sedara-sedari sekalian!

Aku tak dapat nak akses blog sendiri, termasukla semua blog2 yg selalu aku singgah macam blog orochi & ayaq masak. Apa pasat weh???? Blog2 lain bule plak...Ke pasal aku guna bolgger beta?

Tapi aku try akses dari Kafe SIber ok jer. Aiyark! Takkan kene sekat dari dalam kot???

Weh...camane nih? Aku buat entri nih pon bukanla aku bule bace balik kat blog aku. Bule akses bahagian setting, tapi tak bule akses ke main page blog.


Huhuhuhu...menanges sepanjang hayat!

Thursday, December 07, 2006

Biar Tersadai Jangan Terbarai...

Kemaskini 10 Disember 2006
.
Waccamalit..marangkerapu sependersekeper! Terasa bagai terdapat Kira (Death Note) di dalam akaun bank CIMB aku sekarang, bila2 masa uangku akan dirampasnya.
.
Alkesahnya semalam aku mampirla di bengkel bernama Etika Auto tu. Dengan pasrahnya si kepala bengkel memberitahu bahawa alangkah musykilnya beliau dan ahli-ahli bengkel sekaliannya kerna tiada juga dapat dipastikan punca kebobrokan kereta itu. Waima telahpun diselongkar hampir setiap inci enjin, wayar, sistem eletronik mahupun objek2 yg tiada kufaham apakah ia..namun mereka masih buntu.
.
Walau bagaimanapun, kemungkinan besar alatganti yg dirasakan rosak itu sebenarnya dinamakan FUEL ALTERNATOR. Kalian tau apa itu FUEL ALTERNATOR? Hmm..aku pon tatau walau sudahpun melihat akan ia.
.
Dan kalian tau berapakah harganya? RM3000.00!!!! Ya, Tiga ribu ringgit, bukan bath ataupun rupiah. Kalian rasa aku mampu membayarnya? Ya, tepat sekali..aku tak mampu...
.
Nasibla ada pilihan lain iaitu FUEL ALTERNATOR terpakai. Harganya..RM600.00. InsyaAllah, ini harga aku bule pertimbangkan (tapi tak masuk upahnye..HoHOho). Tapi objek terpakai ini masih belum berjaya diperoleh di mana2 kedai, menurut kepala bengkel. Jadi nampaknya mungkin lagi seminggu aku akan menunggang motor sewa.
.
Hati aku belum cukup lega kerana kalian perlu ingat, kerosakan pada FUEL ALTERNATOR itu hanya kemungkinan. Kepala bengkel pon tak berapa pasti walaupun dia konfiden (errk..cane tu ek?). Andai kata bukannya mende alah tu yg rosak, tidakkah mampus kereta itu akan terus tersadai? Oh Oh...siapakah yang malang dalam hal ini? Adakah Aku, kereta itu, ataupun orang2 di bengkel (kerana tahap kespesialan mereka tidak mampu menandingi kerosakan yg maha ajaib ini)? Mungkinkah ini balasan terhadap perkara jahat yg berlaku di dalam kenderaan ini? Hehehe..jgn salah paham ye....Wess..
.
.
.
Apekejadah kete aku meragam lame sangat ntah. Dari Isnin minggu lepas dah dok kat bengkel di Shah Alam nun. Punyela jauh. Yela, dgn harapan para pakar a.k.a specialist Volvo mampu menyelesaikan misteri kerosakan yg dialami kete yg banyak berjasa nih. Alih2, dekat dua minggu dah..camtu gak keadaannya. Aku nak pi tengok pon jauh amat. Berita2 terkini pasai kete tu pon aku hanya dapat daripada Ayahku yg setiap hari berulang dari rumah di Puteraberjaya ke Shah Alam bandar Anggerik (errr..betul kan?).

Mula2 meragam 3 minggu lepas, si mekanik yg terbang ke ketaku yg tersadai kata, "bateri problem ni bang. Dah tak dapat simpan cas". Selang beberapa hari, akupun angkutla sebijik bateri baru dengan nilaian RM200. Tup tup, cukup je malam kedua..ragamannya berulang.

Rupenye bukan bateri yg bermasalah, tapi...emm...taktau lagi... Kejap pomen kate distributor, pastu alternater..pastu..entahle, aku bukan paham sangat pasal kete nih. Tuka tayar sendiri pon tak penah.

Aku takla nak salahkan pomen tu, diorang pon sedang menggembleng tenaga menyelesaikan ragaman yang sulit ni. Siap bawak laskar tambahan dari bengkel lain mintak tolong. Harap2 cepatla siap. Agaknye aku kene bernazar tanak berbuat jahat lagi dalam kete kot, baru buleh kembali sehat kete nih..hehe..Gurau jo.

Skang nih tiap arila aku berulang pakai Lagenda kepunyaan the very very very close person to me tu.. Naik segan plak pinjam lame2. Aku ingat nak sewa jerla..RM30 sebulan. Amacam? (Apepun, terima kaseh ye..)

Wokeh kengkawan. Jumpo laie. Adios!!

Tuesday, December 05, 2006

Aiyok..Kantoi..

Akumalu..Semalu-mAlunya... :o
Malunya Aku..MAluAKu..

A person that very very very close to me...
Found out about this blog..Akumalu...HoHOho..
Semalu-malu-lu-lu-lu-nyeee...

Kumalu..Maluku....Malu!!!!

Friday, December 01, 2006

Tag Sendiri Bikin

Aku nak buat Tag sendiri. hahaha

Haiwan paling aku suka : Koceng dan Keluarga Koceng serta Anjeng dan Keluarga Anjeng

Kenderaan aku minat : Celica apape modelpon

Kalu dipilih Extreme Makeover, aku nak : Jadi 70 kg dan tak bcermin mata

Usahawan dikagumi : Syed Al-Bukhary

Realiti TV yang aku teringin nak sertai : Bersamamu (sebab ade Fifi..ekeke!!)

Siaran radio pilihan : Klasik Nasional

Tempat paling disukai :
Tebing tinggi di tepi pantai

Persepsi terhadap kematian :
bila-bilapun, aku redha.

Nikmat dunia yang paling nikmat : Wang & Sushi

Teringin untuk mengacara rancangan :
Ramalan Cuaca

Bunyi terenak : Bunyi malam dan subuh
.
Individu yang ingin dibelasah :
Ayah Pin dan Elton John

Thursday, November 30, 2006

Media Malaysia Semakin Kritikal?

Wahh..media di Malaysia makin bebas nampaknya..Bebas untuk dikawal dan dimanipulasi. Berdegar2 Kepimpinan Negara melaung-laungkan kebebasan media. Tapi sekarang?

Perkhabaran terkini, Media prima yg kini memiliki TV3, Kumpulan NSTP, NTV7, TV8 dan menubuhkan TV9, Hot FM, FLY FM, akan mengambil alih Utusan Melayu (M) Bhd. Dahla kita hanya ada 2 akhbar perdana berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian milik Kumpulan NSTP (Metro dan Kosmo adalah akhbar tabloid)...andai digabung, walaupun berbeza luarannya tapi semakin terkandanglah skop pemberitaan yang disampaikan.

Aku yakin, faktor komersil iaitu mampu menarik lebih ramai pengiklan serta memudahkan manipulasi lebih diutamakan berbanding faktor-faktor 'insan' seperti pembangunan minda melalui asuhan pemikiran kritis, pembentukan sahsiah serta pendidikan anak bangsa. Media kita yang kini sedia tercemar dengan hiburan berlebihan dan mengutamakan isi yang sensasi, seolah-olah menuju ke jalan untuk dikuburkan.

Pandangan pro dan kons kalian amat dialu-alukan. Wassalam.

Friday, November 24, 2006

Jiranku Totoro






Watak Totoro kini telah 18 tahun usianya semenjak mula diperkenalkan menerusi animasi My Neighbour Totoro (Tonari no Totoro). Filem arahan master Hayao Miyazaki ini telah menjadi pilihan-sepanjang-masa aku, adik2 dan emak aku skali (ayah je yg tak..hehe). Aku dah menonton My Neighbour Totoro 17 kali, mempunyai 3 set VCD yang sama (kalu hilang satu, maknanye ade lagi dua..hehe), memborong aksesori2nya dan sentiasa mempromosikan filem ini kepada semua kawan2, jiran tetangga serta teman sekerja.

Apa ada dalam ceritera Totoro ni? Haha..sesungguhnya aku tidak akan menberitahu melainkan kalian semua menontonnya sendiri. Setakat ini aku belum pernah mendapat reaksi yang negatif daripada sesiapa sahaja yang telah kuperkenalkan dengan Totoro..errr...melainkan
Orochi (ko nih kurang imaginasi lah). Keseronokan yang dijamin menjilat jari kaki! hoHohO..

Sila dapatkan VCD/DVD ori yang dijual di kedai2 terpilih! Kalu dok sekitar KL nih, senang je nak cari kat Kotaraya, Sungei Wang, Midvalley atau kedai2 Speedy terpilih. Takkan menyesal punye menonton filem yang dah menang 5 anugerah kat Jepang nih.

Dan salah satu impianku yang belum tertunai adalah melihat filem My Neighbour Totoro ini tersiar di kaca telivisi Malaysia. Termasuklah juga animasi Studio Ghibli yang lain seperti Ponpoko (1994, fevret gile gak nih), Grave of Fireflies (1988, sedih ya amat ceritanya), Princess Mononoke (1997) dan Spirited Away (2001, jaw-dropping animation). Pelik ar Kementerian Penerangan hati kayu sangat dengan animasi2 sebegini. Kalaulah aku ada dalam Kementerian tu...huhuhu..dah lame dahhh...

Maka, teman2 sekalian..aku merayu sesangat, tolonglah tengok citer nih. Susah2 sangat nak carik, pos-kan jer 2 keping CD kosong kat aku, nanti aku bakar (burn). Revolusi Totoro!!!

Sunday, November 19, 2006

Happy Note Death Feet

Kemaskini 24 Nov:
.
Waahhh!! Minta maaf semua..sepanjang minggu ni aku tak berkesempatan mengirim entri baru, mahupun menjengok ke blog kalian. Cant Win Hands (tak menang tangan!). Tugasan hujung tahun menggila, mesyuarat hampir setiap hari, ditambah dengan tgjawab sebagai petugas MAHA untuk UPM...huhuhu. Tak nonton filim la aku minggu nih.. InsyaAllah petang ni aku kirim entri baru..Wslm
.

Sonopsis : Death Note merupakan karya adaptasi daripada anime dan manga bertajuk sama yg amat popular di Jepon. Untuk maklumat lanjut, cari kat Google Search..ekekeke!!

Sangat teruja dapat menonton filem nih. AKu pi ngan orochi. Amat direkomenkan kepada semua yang meminati siri misteri dan teka-teki. Death Note kurang cenderung kepada genre seram. Ape yang menarik bukanlah cara pembunuhannya, keseraman makhluk bernama Kira mahupun percintaan yang tragis..tapi jalan cerita yang kemas dan di luar jangka.

Cuma bagi yang pernah membaca manga atau menonton animenya mungkin akan kurang terasa dengan kejutan2 di sepanjang cerita ini. Korang mesti puasatinyerlah!! Baru aku tau kenapa orang gila sangat dengan Death Note nih. Nantik aku mau beli gak sebijik Death Note.. Siapla korang, jangan nak carik pasai ngan aku..hahaha. ampat per lima bintang!!!


Sinopsis : Happy Feet, cerita pasai penguin..maklumat lanjut, sila layari Google Search jugak..wakaka!!!

Aku menonton Happy Feet dua hari selepas nonton Open Season dan dua hari sebelum nonton Death Note. Open Season yang hampir menyebabkan aku terlena di panggung, menyebabkan aku tidaklah mengharapkan sesuatu yang terlalu istimewa daripada Happy Feet.

Sebaliknya..Happy Feet adalah animasi yang SANGAT BANGATLAH ISTIMEWA!!!!

Walaupun jalan ceritanya biasa je dan siri demi siri babak muzikal dihidang, tarikan kimia (terjemahan chemistry..err..betoi ke) Happy Feet memang mengagumkan! Elemen kecomelan yang melampau dan grafik CGI yang menghampiri kesempurnaan menyebabkan para penonton takkan sedikitpun merasa ingin mengangkat punggung.
.
Aku tak tahan sungguh dengan godaan Happy Feet terutamanya watak Amigos bersaudara (dan watak Mumble sendiri). Sesiapa yang tak menonton Happy Feet mungkin akan mengalami sindrom Penyesalan di Akhir Tahun!! ampat suku per lima bintang!!

Friday, November 17, 2006

Anehnya Hari Ini...

Semalam aku begitu semangat nak mengemaskini blog. Tak sabar2 rasanya ingin menjengah hari ini. Andai tidurku ditemani internet, sudah pasti kalian akan dapat membaca entri yang ingin sangat kukirim di blog ini malam tadi.

Anehnya, aku langsung kehilangan bicara sementelah menghadap PC di pejabat awal pagi ini. Hinggalah ke petang, entah apa yang ingin kubicarakan..buntu amat.


Sesuatu mengganggu, mungkinkah kepenatan..? Sedangkan memang hari2 aku merasai kepenatan. Rasa rindu? Tidak juga timbul rindu yang meluap-luap..biasa saja. Marah!!? Tidaklah! Hari ini hari tanpa amarah. Runsing pusing...? Pun seperti biasa, normal..Kalau tiada kerunsingan mungkin lebih bermasalah..
.
.
Hmmm...Nape ekkkkk?



Owhh...ya..ya..




Aku tau....




Aku LAPAR-LAHHH!!!!


Hwaa... Sejak pagi aku kelaparan, tapi dipaksa-paksa jugak nak puasa. Puasa nam yg tak lagi selesai. Yang geramnya, pagi tadi meeting, dihidang piza. Tengahari balik ke rumah, masakan ibu harini pulak meriah tak terkata! Petang meeting lagi: hidangan mencabar Iman: muffin, spongecake dan rollpuff berintikan daging!! Waaa... Ya Allah, sesungguhnya kau memberi ujian yang hanya mampu ditanggung hambaMu...




Tuesday, November 14, 2006

Dunia Remaja Makin Jauh

Tiap pagi sejak 3 bulan lepas aku terlekat dengan siaran radio Klasik Nasional. Tiap kali juga aku terfikir, apakah ini tandanya aku sudah semakin jauh dari alam remaja? Sedangkan sebelum ini siaran "radioku" hanyalah kepada lagu2 koleksi mp3 yang beribu-ribu di dalam PC. Rock, Metal & Kekerasan! Tapi kini telinga terasa begitu asyik dengan lagu2 50-an, 60-an dan 70-an. Rupanya banyak benar irama2 lama yang tak pernah kudengar di radio-radio biasa sebelum ini. Setiap pagi aku terbuai-buai..Asyik!


Aku juga mula mengalami perasaan bercinta yg amat berbeza dengan dunia cinta semasa di sekolah mahupun ketika di IPT. Terasa jelas amat ke arah mana cinta itu perlu dipandu. Juga seringkali berkira-kira berkenaan situasi hidup sebenar setelah berkahwin kelak. Kalau dulu, walaupun cinta dengan komited (terutamanya semasa di IPT), matlamat dan perancangannya masih kabur. Susah nak aku gambarkan..Cuma bila dah tercebur di alam karier nih barulah aku faham perbezaan cinta remaja dan cinta dewasa.


Cinta bukan setakat perlu komited...tapi konsisten..

Menyoroti aspek pemakaian pula, aku dilanda perasaan yang sangat aneh. Minatku terhadap seluar2 kerja (slack) yang bercorak retro/klasik makin membuak2. Sedangkan sebelum ini aku cukup menyampah dengan seluar slack berjalur halus atau yang bercorak kotak..Nampak sangat citarasa orang tua. Masih belum lagi membeli, tapi aku pasti tidak lama lagi pasti kusambar sehelai dua. Hehehe.. Mane baju..?? (korang tau iklan ape nih ;p)


Ditambah lagi dengan minat yg menggila terhadap VW Beetle lama, Mini Cooper, Morris Minor, Triumph, Volvo 122, Ford Mustang.. waahh!! Sukernyerrr!!


Walau bagaimanapun..Aku akui aku belum sepenuhnya dewasa =D Masih banyak ciri2 kanak-kanak/remaja yg tak dapat aku tinggalkan..ngeh ngeh ngeh!! KNOWME!


Friday, November 10, 2006

Anne Mengetag Teman

Terima kaseh Anne!

5 things i would do if i were a millionaire;
- Belikan umah banglo dan tanah 80 ekar sorang untuk mak, ayah dan sume 7 org adik aku.
- Jayakan projek lembu dan kambing fidlot secara besar-besaran
- Melancong seluruh dunia dan ke bulan
- Tubuhkan Yayasan Orang Biasa (ala Bill & Melinda Gates Foundation gitu)
- …hmmm entahle… Syukurla ape yg ada sekarang

5 bad habits;
- Suka membeli belah waima ketika pulus kering
- “lu ni manyak cakap la”
- “lu ni makan pun manyak kuat la”
- Selalu leka dengan koceng
- Me******. Ekekeke!

5 things i hate doing
- Joging (sangat tak sukkerr!!)
- Dengar lagu leleh
- Nengok wayang leleh
- Main guli, layang2 dan mancing

- Memandu semasa letih

5 things i will never do
- Merokok
- Merogol
- Meragut
- Merempit
- Mereng

5 things i regret doing
- Cinta tanpa komitmen
- Makan ulat nangka dan tikus
- Main2 masa SPM
- Menggilis anak kucing comel warna oren
- Terjun dari tingkat 3 asrama (sampai skarang terasa sakit belakang)

5 fave toys or things
- My kuci kuci youngest sister
- Kasut-kasutku cayang
- Koceng-kocengku cayang
- Peti ais
- Mesin ATM (dari situlah ‘nyawa’ aku muncul)

5 people i choose to do this
- anisdelaila
- orochi
- tumpang muda
- datuk kadir jasin

..hmm..korang yg lain dah ramai buat la…

Wednesday, November 08, 2006

Tewasnya Republikan

Wah! Begitu lama aku mengambil masa untuk beradaptasi di pejabat baru! Waima tugas2 lama pun sentiasa datang bertenggek minta diselesaikan. Cabaran sungguh! Bukan setakat mengemaskini blog, makan tengahari pun cukup2 je masa. Tapi, alang2 terjun lombong, biar sampai ke dasar. Kalau setakat nak berenang-renangan di gigi air, baik berenti keje jer.

Kembali kepada tajuk, berita besar di akhbar2 esok dan berita utama malam ini sudah tentulah kekalahan Repulikan kepada Demokrat dalam pilihanraya Kongres. Setakat ini, Demokrat telah memenangi 221 kerusi manakala Republikan 181. Baki kerusi yang belum selesai pengiraan adalah 13 yang didahului oleh Demokrat dan 20 yang didahului Republikan. Jadi, apapun keputusan terakhir nanti, jelas bahawa Demokrat telah berjaya menguasai Kongres setelah hampir 16 tahun Republikan menjadi majoriti ahli dewan.

.
Apakah implikasinya? Akupun masih belum jelas kesannya tapi kekalahan Republikan berpunca daripada skandal beberapa ahlinya termasuk Tom DeLay, Bob Ney, Mark Foley, Curt Weldon dan Don Sherwood.. Kemudian ditambah lagi dengan keberangan rakyat terhadap isu Iraq.

Aku tak mengharapkan sebarang perubahan ketara terhadap dasar2 luar US, cuma mungkin aku dapat mengagak bahawa pasti Kongres akan lebih toleran berbanding sebelum ini yang mana ia menekankan Dasar Perang seperti di Iraq, Afganistan dan Iran (Palestin tidak termasuk).

Paling menarik...kali pertama dalam sejarah, seorang Muslim turut terpilih menganggotai Kongres USA..Keith Ellison dari Minnesota. Tahniah!


Thursday, November 02, 2006

Ketam yang Kacau

Seekor ketam baru belajar berumah di pasir yang becak. Tiba2 tanahnya jerlus, sedangkan baru saja ketam itu menghias2 rumahnya tadi dengan segala kesukaannya. Nampak gayanya ketam terpaksa membuat rumah baru, di tempat yang baru.. Entah bagaimanakah agaknya ketam di tempat baru nanti..
.
Bapak ketam telah menyuruh si ketam berumah di sebuah tempat yang sungguh asing baginya. Jauh dari sumber makanan, rumahnya kecil, tidak ramai kawan dan terdapat juga seekor ketam yang terkenal dengan kecohnya di tempat baru itu.
.
Ketam sedih dengan nasib yang menimpanya. "Kenapa tempat sebegini yang dipilih bapak?"
.
Dalam keadaan masih pening dan pusing, terdetik juga keazaman di fikiran ketam untuk menjadikan tempat baru itu syurga bagi dirinya. Walaupun ketam masih ragu dengan azamnya itu sendiri, tapi andainya dibiar sahaja kesedihan serta resah rungsing itu menyelimuti diri, maka begitulah keadaan hidupnya akan berterusan.
.
Ketam ada tekad, walaupun sebenarnya dia tidak tahu, "dari mana aku perlu bermula? Apa yang perlu aku lakukan? Adakah aku berupaya?". Tapi dengan tekad ketam itu, sekurang-kurangnya ketam dapat merasakan dia telah mula mengorak langkah untuk mencapai sesuatu.
.
Apa kesudahan dan nasib ketam? Kita tunggu sehingga ketam menghuni di rumah barunya nanti....

Tuesday, October 31, 2006

Bilut yang Seronok


Semenjak sebelum cuti lagi aku begitu teruja ingin menonton Bilut. Aku tertarik dengan penceritaan yang berkisar tentang peneroka awal Felda di awal 60-an dulu. Filem ini dibuat sempena menyambut ulangtahun penubuhan Felda yang ke-50 tahun ini. Biasanya filem2 sekarang yang mengisahkan zaman sebelum dan awal pasca kemerdekaan kita lebih gemar membawa tema peperangan. Jadi, apa yang cuba diketengahkan menerusi Bilut bagi aku lari daripada kebiasaan dan semestinya mampu memberi banyak input. Aku sangat jarang menonton filem Melayu. Namun Bilut berada dalam senarai 'mesti tonton' untuk tahun ini. Tak kisahla siapa pelakon, pengarah mahupun penerbitnya, filem Bilut takkan kuketinggalan. Jom nonton sama!

Senarai filem terbaik bagi aku tahun ini:

1. da Vinci Code
2. Superman Returns
3. Val helsing ngengenge... V for Vendetta la.. silap ar.. terima kaseh Anne.
4. X-Men The Last Stand

Thursday, October 19, 2006

Perpisahan di Hari Lebaran

Dalam tempoh seminggu mulai hari ini, pasti ramai teman2 bloggers akan menyepi dari mengirim khabar berita mahupun mengomen di blog2 lain. Oleh itu aku percaya ramai teman2 bloggers di sini akan menghadapi situasi berikut :

1. Resah gelisah tak dapat mengadap PC dan menekan butang2 keyboard
2. Kepala serabut sebab banyak sangat nak ditulis dalam blog lepas abih cuti
3. Tertanya2 apa agaknye cerita teman2 bloggers lain
4. Tak sabar2 nak balik pejabat untuk 'bertugas'
5. Merasakan laptop dengan sambungan internet wireless sangat penting dalam saat2 sebegini

Maka, ada kemungkinan sesetengah teman blogger akan berjalan raya di Kafe Siber. Oleh itu ada baiknya bagi pemilik2 Kafe Siber mengadakan promosi sempena hari raya dan meletakkan balang2 biskut raya di Kafe masing2. Dijamin untong!


Salam Lebaran. Kita jumpa 10 hari lagi ye. Jangan rindu-rinduan..!

Wednesday, October 18, 2006

Coretan Untuk Sang Juara

.
.
.
Hahahahaha....Aku sangat gembira
1-0...cukup untuk sang juara
Gaya berlawan mempersona
Pesaingmu terkaku..terpana
Hilang kelibat Ronnie dan Messi
Didi, Essien & Khalid menjadi igauan ngeri
Taktikal Mourinho serba menjadi
Gerakan Catalan mati terkunci
Hahaha lagi & lagi Chelsea!
.
.
.

Monday, October 16, 2006

Rasa..Jiwa..Raya


Seronok raya di zaman kanak2 adalah kenangan sepanjang hayat kita semua. Tak kiralah latar belakang kita, asal mana negeri..suasana raya pada di usia itu adalah yang paling meriah!

Aku mula hilang perasaan seronok raya bermula tahun 2000, sedangkan itulah pertama kalinya kami sekeluarga beraya di kampung halaman setelah 10 tahun beraya di tempat orang. Kini masuk tahun keenam raya di kampung, perasaan aku masih sama. Bagi aku sekarang, saat yang dinantikan ketika raya hanyalah pada hari terakhir puasa dan hari pertama raya. Hari-hari yang kemudian aku rasakan samalah seperti hari yang biasa.

Dan beberapa tahun lepas aku mulai sedar...elemen yang paling utama ketika Aidilfitri bukanlah baju baru, makanan sedap, ang pow mahupun meriam mercun...ia adalah KAWAN-KAWAN. Sejujurnya aku rasakan sahabat sepermainanlah yang menghidupkan suasana raya, lebih daripada bersama saudara-mara serta elemen2 raya yang lain. Bukanlah raya bersama famili tak seronok..tapi raya pasti takkan seronok kalau kawan2 tiada.

Jadi kawan-kawan sekalian, jemputlah datang ke rumah. Raya kedua kami akan balik dari kampung. Bantulah aku ini, insan yang kehilangan jiwa aidilfitri.

SALAM AIDILFITRI. SILAH SALAP DIMAAFI. MOGA HIDUP DIBERKATI.

Friday, October 13, 2006

Dia Telah Pergi..

Seminggu aku meninggalkannya, selama-lamanya dia meninggalkanku. Semalam petang ayahku telefon, dia dah nazak sejak pagi. Sedangkan malam sebelumnya ayah bilang dia tidur bersama-sama ayah, sihat seperti biasa. Selepas subuh dia keluar sebentar. Apabila balik semula ke rumah dia sudah mula meragam, berguling-guling, dan berbuih mulutnya. Sampai ke petang keadaannya begitu...menahan sakit yang amat. Diberi minum air kelapa pun tidak berkurang. Malam tadi..belum sempat dibawa ke klinik, akhirnya dia pejam dan kaku...
.
Adikku yg kecil menangis. Ayah 2 kali menelefonku, dia sangat marah sebenarnya kerana tahu Teleng telah diracun...sama seperti ibunya..seperti 3 orang yang lain sebelumnya..
.
Aku berdoa panjang dan bersolat hajat selepas terawih..moga2 dia sembuh semula..Sedangkan pada masa itu, Teleng sebenarnya telahpun mati...Aku sangat sedih...dan pasti Abu dan Budi lebih merasai kesedihan ini..
.
.

Teleng...Tuhan lebih menyayangi..
Kami akan selalu mengingatimu.

Tuesday, October 10, 2006

Apa Khabar Kalian Sekarang?

Naka Mickey Mouse, seorang anak kecil yang gebu dan comel amat. Anak tunggal pasangan suami isteri berbangsa Jepun yang menghuni di depan rumahku semasa aku masih bersekolah rendah. Naka Mickey Mouse, ya.. nama asli si kecil kerana obses ibunya terhadap watak animasi itu. Apa khabarnya sekarang? Hmm..

Michael sangat nakal di dalam kelas. Aksi kegemarannya adalah melompat ke atas meja dan kemudian menunjukkan punggung mungilnya kepada kami semua..hahaha.. Apa khabar kau sekarang? Hmm..
.
Lau Kiu Kwok, Lau Kiu Meng dan Lau Kiu Kwang.. tiga beradik sahabat karibku di rumah baru ketika Darjah 6 sehinggalah aku di Tingkatan 3. Ayahnya hanya setahun 2 kali balik rumah kerana bekerja di Papua New Guinea. Mereka ada kura2 cantik..dan yang paling seronok, anjing mereka yang telah kulupa namanya memang sangat manja. Si anjing paling suka bila aku menghabiskan masa mencabut kutu-kutu yang melekap di telinga dan lehernya. Dia akan duduk diam..kutu yang kucabut akan kuletak di lantai, dan dia akan menggigitnya (kutu anjing besar tau..). Adikku pernah mendokong anjing itu dan membawa balik ke rumah. Ibu apa lagi..terpekik2 memarahi adik kecilku dari dapur! Apa khabar kamu semua sekarang? Hmm..

Albert dan keluarga berbangsa Dayaknya memang sempoi. Mereka boleh duduk sekeluarga di depan TV menonton porno. Adus! Aku selalu bergaduh dengannya, tapi selalu juga kami pergi berenang sama2.. hehe. Apa khabar kau sekarang? Hmm..

Jiran Albert seorang gadis cantik. Julia namanya..seorang Cina-Bidayuh, setahun tua daripadaku. Daripada mula duduk di kediaman itu sehinggalah aku berpindah, Julia adalah pojaan hatiku. Selalu aku mengintai-intai kelibatnya di muka pintu. Apa khabar kamu skarang ya? Hmm..

Bila aku berjaya menyambung Diploma di kampus, serta-merta aku bermain cinta dengan seorang gadis bernama Cynthia Ong. Kami saling menyukai tapi tidak berpacaran kerana sedar akan jurang yang menjarakkan. Apa khabar kau skarang? Hmm..

Rakan2 di bilik sebelahku berbangsa India. Thamaraj, Sashitharan, Sri Themedu dan Sanjivan sahabat yang mesra. Kadang2 aku tidur sekatil dengan mereka, terutamanya Raj.

Raj sangat geli kalau kupeluk tubuhnya yang besar. Aku tak boleh lupakan tosai yang dimasak ibunya ketika bertandang ke rumahnya. Kari kambing yg dimasak..KAW!! Sashi pula lembut orangnya (tapi bukan nyah), suka mempermainkan nama aku. Sri suka diajak berborak dan banyak bertanya. Sanji tidaklah begitu rapat denganku..orangnya hensem. Kesian dia, rambutnya dipotong oleh petugas semasa hari konvokesyen kami. Apa khabar kamu semua sekarang? Hmm..

Selvamalar si gadis pintar yang bergraduat dengan 4.0. Kalau berucap amat bagus! Dia pandai memberi nasihat. Kini aku jarang menemuinya tapi kalau berjumpa pasti bercerita panjang. Dia memang berkaliber sebagai politikus. Entah bila aku dapat berkunjung lagi ke rumahnya di Batu Caves.
.
Seorang lagi yang namanya Ganesh, tapi dia tinggal sebilik denganku. Pada tahun kedua kami belajar, dia memeluk Islam. Aku masih lagi berhubungan dengannya sekarang. Dia seorang pemimpin pelajar yang dihormati ramai.

Di hujung pengajian Ijazahku, rakan karibku adalah Chaiyen, Li San, Ying Ying, Fadhlina dan Chee Win. Sudah ditakdirkan memang kursus major yang kuambil, kurang pelajar lelaki. Bahkan aku pernah masuk ke kelas 60 orang perempuan dan aku sang pejantan tunggal. Terus aku tukar subjek lain.

Mereka berlima sekarang sudah bekerja baik. Ying Ying kadang2 menghantar emel..cuma aku yang jarang membalasnya..hehehe. Chaiyen seorang feminin yg agresif. Aku sering dicubitnya. Tapi kalau di dalam kelas, macam2 makanan yg dibawanya diberi kepadaku. Li San kalau bercakap, suaranya hampir tak kedengaran. Apa khabar kamu semua sekarang? Hmm..

Tiga minggu lepas, aku mendapat berita sahabatku Sri Raman telah mengikut jejak langkah Ganesh. Syukur Tuhan atas khabar yang tak disangka ini. Aku akan cuba menghubunginya minggu ini.

Andai dapat kutemui kalian sekali lagi, akan ada hadiah istimewa dariku untuk semua. :)
.
12 Okt : Warrrghh! Sakitnya paru2! Daripada 1 ramadhan sampai petang semalam, masih tak kutemui Kuih NEKBAT di mana2 bazar.. TErrtekann..

Sunday, October 08, 2006

Koceng-Kocengku Sayang

Kemaskini petang 9/10 :- menerusi telepati, Budi menghubungiku untuk menyatakan ketaksukaannya dengan gambarnya yang kuletak sebentar tadi. Tidak anggun katanya, dan dia cemburu kerna Abu nampak lebih bergaya. Oleh yang demikian, aku terpaksa menukarkan kepada gambar Budi yang lain. Permisi..
.
Kiriman Asal:
Maka hari ini kalian semua bolehla melihat-lihat akan koceng-kocengku


Dia ni Abu


Ini pula Teleng yang sihat


dan inilah koceng yang bernama Budi


Mereka beramai-ramai (inilah pose terbaik yang aku dapat. Chet!)

...Oleh itu, harap didoakanlah kesejahteraan mereka semua ini dunia akhirat...

Monday, October 02, 2006

Koceng Oh Koceng...


Kemaskini 6 Okt:
Maaf sangat2. Gambar kucingku belum sempat dibubuh. Isnin pasti ada ok?


Assalamualaikum...

Kucing Parsiku tinggal 3 orang. 2 orang adiknya dicuri ketika larut malam 4 bulan selepas lahir. Ibunya pula mati bulan lepas diracuni jiran yang anti-kucing (kucingku yang keempat yang mati diracun).

3 orang yang tinggal bernama Teleng, Budi dan Abu. Teleng yang paling sehat dan gedik. Kemontelannya amat terserlah. Dia sangatlah kuat makan..

Budi biasa-biasa sahaja. Pon montel juga tapi tak terlawan si Teleng. Kelebihannya, Budi amat manja.

Abu yang paling kelabu (semua anak beranak termasuk arwah ibunya warna kelabu). Dulu masa bayi dialah yang paling digerami. Tapi kini Abu berubah. Selepas turut termakan racun yang sama, Abu jadi lemah..pendiam..pasif..dan kurang makan. Selepas diberi minum air kelapa, barulah Abu pulih.. Fizikalnya telah sihat. Tapi yang paling merunsingkan kami sekeluarga, Abu mula bertabiat pelik. Abu tak suka makan ikan! (Friskies, Whiskas dan yang sewaktu dengannya memang 3 orang ni tak mahu jamah, waima makanan kucing yang berharga RM58 sepaket..). Kalau diberi seekor, dia akan mencicip sedikit sahaja. Tak kiralah apa jenis ikanpun atau bagaimana ia dimasak.

Makanan kegemaran Abu? Daging mentah dan jagung! Hwuuaaa!! Kalau ada durian pon dia akan jadi pelahap.. Abu akan makan sampai mabok. Abu ku sayang..!!
.
(gambar kucingku yang 3 orang akan kuletak kemudian..kalau ada permintaan)

Thursday, September 28, 2006

Tips Elak Malu Kalau Terjatuh..hehe

Hari ini aku kutip artikel dari blog sa-orang teman.. Sila praktikkan pada masa yang sesuai.

1. Kalau jatuh tersepak batu jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling sehingga jauh dr pandangan org.. pastu baru bangun tapi pastikan dulu ade org ke tak...

2. Kalau jatuh Beskal cepat2 nek beskal anda balik, kemudian buat2 jatuh lagi... agar org ingat anda baru belajar nek beskal.

3. Kalau jatuh tangga terus bersilat seolah2 anda dirasuk atau sedang bertarung dgn makhluk halus.

4. Kalau terjatuh Dalam Longkang pungut la sampah yg ada sambil marah2 dengan nada yg kuat, biar org ingat anda sedang bekerja membersihkan longkang dan memarahi tindakan org yg membuang sampah ke dalam longkang..

5. Kalau jatuh Di depan Bus Stop buat2 la pengsan sehingga org datang membantu anda kalau takde org nk tolong...baring je sampai takde org.. sampai malam pon tak per...janji kita tak malu....

6. Kalau jatuh tergelincir kat lantai yg licin tarik kawan anda yg berada d sebelah anda agar mereka jatuh bersama anda so tak lah anda malu sorg2..koman2 kawan anda jugak dapat malu yg sama... ye tak?

....so pada sesaper yg rasa taktik nih boleh dipraktikkan sila lah try cuba test erk..tp untuk diri sdr x pernah lak rs nak try muhahahahahaha....n rsnya takkan sesekali kots ahaks!!

:D

Tuesday, September 26, 2006

Cerita Fasal Makan

Kemaskini 28/9
.
Malam tadi aku berbuka Sate Kajang di Taman Warisan Pertanian. Dan agenda paling mengarut selepasnya adalah..menonton wayang di kala umat lain solat terawih!! Ceritanya kurang senunuh pulak tu. Filem Dead or Alive.. Waaa, sungguh jahat orang ini. Tapi lepas balik kemudian, solat sendiri la. Boleh percaya ke? .....Percayalah... :)
..
Teks asal:
.
Apa lagi yang paling membuai nafsu di bulan puasa ni kalau bukan MAKANAN! Blog kawan2 yang lain punyelah seronok bercerita pasal menu2 terkini, makanan tradisi dan lokasi2 sensasi berbuka puasa. Jadi, aku pun nak tumpang sekaki lah.. Makanan Aku Suka:

1) SUSHI! Nikmat Tiada Tandingan.. Ape2 jenispun tak kesah
2) AISKRIM! termasuklah aiskrim goreng dan aiskrim malaysia..

Tapi sebenarnya bukan itu ceritanya. Apa yang aku cuba kongsikan hari ini adalah :

"Diet Rasullulah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam menyebabkan beliau Rasullulah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI."

Aku yakin ramai pernah baca petikan ini. Cuma sebenarnya aku masih meragui keesahannya disebabkan aku belum pernah membaca petikan hadis yang berkaitan berserta dengan perawinya sekali, walaupun dinyatakan "ini adalah diet Rasulullah". Jadi, aku harap ada yang sudi berkongsi.

Koktel buah sedap tau! Baru minggu lepas aku jamah! hehehe...

Sunday, September 24, 2006

Hari Gaji untuk Orang Makan Gaji

Hari ini hari gaji, jadi semua orang gembira. Aku staf kontrak maka hari gaji aku adalah esok, jadi hari esok baru aku gembira. Pembayaran esok adalah gaji kedua untuk aku di tempat baru. Dan aku juga gembira sebab gaji pertama yang lepas banyak dibelanja untuk adik2 dan emak (ayah pula aku belanja secara tak langsung dengan menanggung kos perbaiki keretanya yang aku pakai..hehehe).
.
.
Apa yang MESTI untuk gaji kali ini :
1)zakat fitrah - 4.50
2)kamera digital - 900.00 kot
3)baju raya - 100.00 cukupla
4)bagi mak - ehem...rahsia..
5)....dan aku cadang nak mula bayar PTPTN aku bulan ni..mungkin 150.00 paling ngam.

Makan minum, petrol kereta, kredit pra-bayar...semua pun duit..

Nampaknya mungkin aku cuma boleh simpan 500.00 bulan ni. Hmm, Kalau macam ni sah memang lambat lagi la aku boleh kawin..huhuhu.. "Mai kita poie Siam!"

Thursday, September 21, 2006

RM100 jadi RM360? Ishh..

Baru-baru ni aku terserempak dengan seorang teman wanita (rakan wanita maksudnya) yang agak lama tak kutemui. Masih lagi seorang student dan akan tamat pengajian setahun lagi. Lalu kuajak temani minum sama.

Banyak juga yang diborakkan tapi yang paling menarik, dia menawarkan aku untuk membeli kredit isian semua pra-bayar cara baru.

"Senang jer bang caranya. kalau abang bagi saya RM100 skarang, dalam masa 24 jam rm30 akan dimasukkan dalam akaun abang...dan begitulah seterusnya...rm30 akan dimasukkan setiap bulan hingga setahun..kawan2 saya ramai dah join! saya pun sama." Bila difikir, menarik juga : labur rm100, pulangan rm360!

....tapi aku masih ragu2. Syarikat mana yang tawarkan? Apa jaminan kredit tu aku akan dapat setiap bulan? Ade untung ke meniaga macam ni?

Sebenarnya aku percaya juga perniagaan yang pelik ini. Kalau tak dapat laba, takkanlah orang sanggup buat bisnes. Cuma mungkin aku masih belum tergerak hati nak melabur agaknya.

"Lain kalilah ye, nanti kalau nak abang call," sambil aku senyum. Sedangkan aku hampir2 nak menyeluk dompet dan menarik keluar sepasang not rm50. Godaan..Cobaan..
.
.
(selamat mendengar dengan penuh debaran pengumuman tarikh puasa malam ni.. hehehe..)

Tuesday, September 19, 2006

Keliru dalam Terang



Tiga hari ini aku termangu dalam bilik pejabat. Bukannya tiada kerja yang ingin disudahkan. Tapi memang 3 hari ini aku cuma melangok dan menghadap PC. Setakat kerja sikit2 tu memanglah ada. Kalau sebelum ini, tiap minggu pasti ada big task untuk aku. Masalahnya, kalau aku sendiri takde kerja nak dibuat, apa yang aku nak suruh staf2 aku yang berempat ni buat? Aiseh! Diorang pon ikut sama melangok macam aku nampaknye. Siap boleh bawa Mastika, Wanita dan katalog2 untuk dibelek. Dan lebih malang lagi, akupun tumpang sekaki membelek!! Nasibla korang dapat bos macam ni...


Samelah nasibnye dengan blog aku yang tak berpengunjung ini. Entah apa fokus yang sesuai untuk posting2 akan datang agaknya. Aku tak pasti sama ada nak jadikan blog ni sebagai blog : 1)bebas - tanpa terikat dengan mana2 topik khusus, 2)blog perbincangan politik, 3)perkongsian lagu2 dan sembang wayang, 4) segala-gala tentang CHELSEA!, ataupun 5) isu2 misterius....dll....


Sebarang sumbangsaran dialu-alukan... Sayonara.

Monday, September 18, 2006

Akhirnya Aku Mulakan


Assalamualaikum dan Sejahtera semua..


Cukup lama aku mempertimbang sebelum mengambil keputusan untuk melangkah masuk ke pintu alam baru ini; "DUNIA BLOG"

Daripada apa yang aku lihat, seolah-olah seronok-sakan alam blogging ini. Jadi, ada baiknya kalau aku turut serta untuk merasakan sendiri keseronoksakanan ini.

Sebagai marhaen, aku tidaklah merasakan blog peribadiku yang setitik dalam selaut ini, mampu memberi apa-apa kesan yang ketara. Namun adalah menjadi harapanku, agar perkongsian yang akan berlaku dapat memanfaatkan ramai.


(ayat skema untuk mula bicara. Tapi kendian hari kalau aku melalut-lalut dan terjerumus dalam golongan perojak bahasa, mohon dimaafkan. Aku ni Orang Biasa..)


~~KALAU SALAH TOLONG JOLOKKAN!~~