Monday, December 17, 2007

Revolusi Pejabat









Selamat Raya aidiladha..

Monday, December 10, 2007

Kenaikan Elaun

Elaun rumah untuk kakitangan kerajaan gred 41 hingga 44 naik berkuatkuasa 1 Jan 08
.
gred 41 dan 42; naik rm40 jadi rm250 (jadila...alhamdulillah)
.
gred 43 dan 44; naik rm190 jadi rm400 (fuiyooo banyak tu!)
.
Time kasih pada pihak berkenaan. Tapi minyak jangan kasi naik banyak2 ye
.
Sekian
.

Tuesday, November 27, 2007

Kemalangan Tempat Kerja

27 November 2007, Pekan Pantai - Sebuah kereta volvo yang dipandu oleh seorang pegawai kerajaan telah melanggar sebuah lori Daihatsu yang membuawa muatan ais pada jam 7.40 pagi tadi. Kemalangan tersebut telah menyebabkan kerosakan teruk kepada kedua-dua kenderaan. Namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Kejadian yang berlaku semasa hujan ini mungkin disebabkan oleh kecuaian kedua-dua pemandu.
.
Kemalangan ini merupakan kejadian kedua yang dialami oleh pegawai kerajaan tersebut pada tahun ini. Pada bulan Mac lepas, beliau telah melanggar sebuah kereta Toyota Unser dari arah belakang dan mengalami kerosakan melebihi RM4000. Sila rujuk berita ini untuk kemalangan lepas.
.
Menurut pemandu lori tersebut, beliau telah memberi isyarat lampu untuk membelok ke kanan di Pekan Pantai, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Seremban. Walau bagaimanapun, kereta volvo dari arah belakang tidak memberi laluan dan terus menghentam lori yang dipandunya di sisi kanan akibat tidak sempat memintas.
.
Pegawai kerajaan tersebut pula melaporkan bahawa lori itu memberi isyarat masuk ke atas jalan dari parkir, tetapi secara mengejut membuat pusingan U di atas jalan garisan berkembar. Akibatnya beliau tidak sempat mengelak kerana tidak menyangka lori tersebut akan membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya. Beliau yang bertolak dari Putrajaya ke tempat kerja pada jam 6.20 pagi juga memberitahu, kejadian tersebut menyebabkan beliau tidak dapat hadir ke Majlis Perasmian Perpustakaan Daerah oleh Menteri Besar yang diadakan pada sebelah petang.
.
Pegawai trafik yang membuat siasatan masih berusaha meneliti kes kerana berdasarkan keterangan kedua-dua pihak, tidak ada sesiapa yang mengaku salah. Siasatan akan dibuat dalam tempoh dua minggu. Sebarang perkembangan lanjut sisatan akan dimaklumkan - Tak Bernama.

Sunday, November 18, 2007

Cabaran Baru

Alhamdulillah dengan izin tuhan aku mengalami pengalaman yang menarik amat dalam 2 program aku sempat hadiri 4 5 hari sebelum ni. Malangnye aku masih tak dapat la nak upload gambar dari PC sini so korang bayangkan jerla ye ;p
.
1. Buat pertama kali aku dapat main paintball. Sape yang dah penah main mestilah tak heran, tapi buat 1st timer macam aku, seronok sungguh rasanya! Tak sangka pulak pi kursus team-binding ade main paintball.
.
2. Kali pertama juga aku dapat melihat 'silap mata' ilmu kebatinan..hehe. Kami 40 orang peserta telah di'psiko' untuk diletakkan timun sama ada di leher, tapak tangan atau perut, lalu timun itu diparangkan oleh encik fasilitator yang berwibawa, tanpa menyebabkan organ2 tubuh tadi tercedera atau terkulai layu. Fuh! Rasa macam nyawa2 ikan (
tapi aku tak buat sebenarnye, tak sempat. Masa tak mengizinkan...hehe) Selepas itu ade sesi berjalan atas bara api pulak, pun tak sempat buat sebab dah jam 11 malam. Tapi insyaAllah, lain kali kalau ada kesempatan aku akan cuba. Bukan ape, encik fasilitator ambil masa dekat 2 jam untuk bagi talk untuk meyakinkan peserta yang depa semua boleh buat. Mula2 ramai tak konfiden siap ade yang menangis, tapi selepas tu 85% nak buat. Pesanan encik fasilitator, dont try this at home.
.
3. Aku balik kursus hari Sabtu. So semalam aku dijemput menghadiri satu program lagi...dan yang paling best daripada 2 aktiviti di atas. Cabaran Pacuan 4 Roda (4 x 4 Challange). Ala, yang naik jip, pajero @ pikap tu...pehtu jalan dalam hutan, redah lumpur, redah sungai dan lalu jambatan batang pokok tu.. Perrghhhhh!!!! Gile dasat best nak mampos! Walaupun aku duduk kat belakang, tapi excited gile tengok camane encik pemandu @ pemilik pacuan 4 roda yang aku naik tu mengharungi cabaran. Bapak rilek gile dia bawak. Kitorang dah berderau bila pacuan 4 roda kami mengundur ke belakang semasa cuba mendaki bukit yang dahla curam, siap air mencurah2 mengalir dari atas bukit tu kat trek yang kami lalui. Pehtu bile redah sungai berbatu, rasa macam air sungai tu dekat2 paras tingkap je.
.
Tapi syukur semua selamat sampai destinasi, sebuah kampung orang asli iaitu Kampung Tohor yang hampir dengan Lata Kijang (
antara air terjun tertinggi Asia. Lata Kijang tau, bukan Lata Kinjang kat Perak tu). Aku tekad, pehni kalau ada lagi program cani komfem aku pi. Manelah tau dia bagi peluang aku bawak pulak ke...heheh. Dalam kul 2, gerombolan 20 pacuan 4 roda pun bertolak pulang. Walaupun aku cuma dapat join 1 hari je (depa 3 hari dah dalam rimba sebenarnye, aku datang hari terakhir untuk majlis penutup), kepuasan tak terhingga!
.
Best gak keje tempat baru nih. Walau baru 2 bulan 2 minggu, macam2 pengalaman aku dapat. Semua free plak tu ;p Kalau pi sendiri, aku rase main paintball dan ikut 4 x 4 Challange tu mau berhabis ratus-ratus gak tu. Sebab tu aku rasa syukur sangat dapat peluang macam ni. Dan insyaAllah pehni, ade lagi program2 lain yang mungkin aku berpeluang pi, antaranya kursus/latihan menembak, aktiviti memburu kijang/rusa/pelanduk dan pendakian Gunung Besar Hantu.
.
So kawan2, cariklah peluang dan korang pasti teruja memuncakkan adrenalin korang ke paras yang membahayakan kesihatan...haha~! Adioss...
.
.

Wednesday, November 14, 2007

Sumpah Ikan Tapah

Esok aku akan berkursus di hutan banat. Tiada talian telefon, tiada deruman kenderaan dan sejuk yang pasti menusuk tulang (maka tak payah mandi pagi heheheh!). Tapi tak lama, 3 hari je. Jadi atas ketaksempatan aku nak buat entri sendiri, ini aku petik artikel yang aku peroleh dari laman web speedfinger. Kisah sumpah ikan tapah. Percaya? Tak percaya? Mari kita tengok...
.
Banyak perkara pelik yang tidak termampu difikirkan oleh akal manusia akan kejadiannya. Apakah anda percaya bahawa manusi boleh disumpah oleh seekor ikan? Begitulah yang berlaku terhadap orang-orang dari keturunan Lambor, Parit , Perak. Mereka seolah-olah disumpah oleh ikan TAPAH.
.
KETURUNAN PAK KADUK PANTANG IKAN TAPAH
.
Ramai diantara kita sudah mengetahui cerita Pak Kaduk yang telah menang dalam perlawanan sabung ayam tetapi kampung halaman serta anak isterinya tergadai. Tetapi ramai yang tidak sedar cerita ini ada kaitan dengan segolongan masyarakat Melayu, khususnya penduduk-penduduk di negeri Perak yang pantang makan ikan tapah. Pantang larang memakan ikan itu ada kaitan dengan cerita Pak Kaduk yang membuat sumpahan tidak membenarkan keturunannya memakan ikan tapah. Sehingga kini sumpahan itu dipercayai belum berakhir.
.
Orang-orang yang kononnya pantang pantang makan ikan tapah itu berasal daripada keturunan Pak Kaduk serta kaum kerabatnya. Orang-orang luar yang berkahwin dengan anggota keturunan Pak Kaduk ini juga akan terkena sumpahan itu. Keturunan Pak Kaduk dikatakan kebanyakannya berada di Lambor Kiri, Lambor Kanan, Pulau Tiga dan Bota yang terletak di Perak Tengah. Mereka yang termasuk dalam golongan itu kononnya akan terkena penyakit kulit yang disebut SEMALI iaitu pecah-pecah kulit, berair dan terasa gatal-gatal sehingga ke tulang jika termakan ikan tapah.
.
Di samping itu, kulit mereka akan melecur,sakit sendi dan tulang. Menurut Haji Daharun bin Haji Yajit 77, peristiwa Pak Kaduk itu berlaku ratusan tahun lalu di kampung Lambor Kiri iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Syah Almarhum Aulis Allah Geronggong Perak. Menurut seorang daripada keturunan ke sembilan Pak Kaduk, Hajah Asmah bt Pndak Logam 76, mendakwa ada menyimpan khazanah Pak Kaduk iaitu tiga butir kerongsang emas yang boleh menjadi penawar penyakit sumpahan itu. Katanya lagi, kerongsang tersebut sepatutnya di simpan oleh adiknya, Izham bin Pandak Logam,yang merupakan pewaris terdekat dan kini menetap di Selayang Bahru, Selangor. Haji Daharun yang menetap di Kampung Tua,Lambor Kanan bersetuju dengan tindakan tersebut supaya memudahkan pesakit pulang ke kampung halaman untuk berubat.
.
Katanya lagi, seboleh-bolehnya emas kerongsang tersebut tidak di bawa keluar dari Lambor Kanan. Dalam temubual dengan Hajah Asmah di rumahnya di Kampung Tua, Lambor Kanan, beliau mendakwa kerongsang itu telah mengubati ribuan orang yang terkena sumpahan akibat termakan ikan Tapah. Katanya, penyakit tersebut disebabkan oleh sumpahan itu berupa melecur kulit, sakit sendi dan tulang akan hilang apabila meminum air yang telah direndam dengan tiga butir kerongsang tersebut. Tiga keping kerongsang emas itu berbentuk potongan wajik, ukurannya dua inci bertatahkan batu delima yang dikatakan telah berusia 900 tahun adalah satu daripada tiga barang emas kepunyaan Pak Kaduk diperbuat daripada emas urai yang dijumpai dalam perut ikan Tapah. Menurut Hajah Asmah, tidak ada syarat yang dikenakan bagi mereka yang berubat. Mereka cuma dikehendaki minum air rendaman emas itu ataupun mandi dengan air itu supaya badan yang melecur terubat.
.
TERKENA PENYAKIT
.
Menurut Hajah Asmah bagi, setiap hari lebih kurang 5-10 orang datang kerumahnya berubat dan dengan izin Allah penyakit mereka sembuh. Dalam temu bual dengan Izham B. Pandak Logam, 67 di Selayang Baru Selangor, berkata tiap-tiap keluarga mereka akan mengadakan kenduri arwah di rumah Hajah Asmah. Sebelum tiba bulan puasa, dengan menggunakan wang yang didermakan oleh orang ramai yang datang berubat. "Kerongsang emas itu dikatakan tidak boleh digadai dan diperbuat sebarangan seperti dipinjamkan kepada orang lain", katanya. Kebanyakan yang datang ini termasuk orang dari Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan lain-lain adalah merupakan keturunan Pak Kaduk yang telah berhijrah ke tempat lain. Hajah Asmah juga mendakwa hanya kerongsang itu yang boleh mengubat penyakit sumpahan ikan Tapah dengan izin Allah s.w.t. Beliau menceritakan tentang seorang wanita dari Perak yang terkena penyakit semali telah pergi berubat dengan doktor, tetapi keadaan kulitnya yang melecur tidak boleh diubati selama hampir tiga tahun. Bagaimanapun, keadaannya dikatakan pulih setelah wanita itu datang berubat dengan meminum air rendaman kerongsang emas itu. Haji Daharun turut bercerita kisah perjanjian Pak Kaduk dengan ikan Tapah yang terjumpainya terdampar di daratan Sungai Perak. Katanya, menurut orang-orang tua, Pak Kaduk berasal dari Siak, Sumatera dan telah datang merantau ke Perak lalu menetap di Kampong Lambor Kiri bersama isteri dan anak perempuannya.
.
GEMAR MENYABUNG AYAM
.
"Pak Kaduk ini dikatakan suka dengan permainan kegemaran penduduk kampung ketika itu iaitu permainan sabung ayam dan mempunyai seekor ayam jantan yang handal. "Oleh sebab ayamnya selalu menag, seorang penghulu iri hati tehadap kejayaan ayam Pak Kaduk, lalu berhasrat untuk mencuri ayam itu. "Suatu malam,penghulu itu telah berpakat dengan kawannya untuk menipu Pak Kaduk dengan menyuruh rakannya menyeru nama Pak Kaduk dari atas pokok supaya menyerahkan ayamnya. "Pak Kaduk yang ketakutan kerana menganggap suara itu suara jembalang terus menyerahkan ayamnya. Nasib Pak Kaduk bertambah malang apabila dia tewas dalam pertandingan sabung ayam menyebabkan kampung halaman, anak dan isterinya tergadai ke tangan penghulu itu. Pak Kaduk yang malang itu terus lari ke sebuah pondok. Pada suatu hari, kucing belaan Pak Kaduk datang menghampirinya seolah-olah mengajak Pak Kaduk mengikutnya ke suatu tempat. Kucing itu membawa Pak Kaduk ke tebing Sungai Perak dan di situlah dikatakan Pak Kaduk ternampak seekor ikan Tapah sebesar manusia berperut buncit terdampar di daratan. Pak Kaduk dikatakan membelah ikan itu dan dalam perut ikan Tapah itulah dia menjumpai lebih kurang secupak emas urai. "Kerana terlalu gembira, Pak Kaduk telah menjahit semula perut ikan itu dengan menggunakan tali bemban,"sambungnya.
.
SUMPAH PAK KADUK
.
Pak Kaduk terus bersumpah bahawa keturunannya tidak akan dibenarkan menganiayai dan memakan ikan Tapah sampai bila-bila sebelum melepaskan semula ikan itu ke sungai Perak. "Ada yang begitu alah dengan pantang itu sehingga terkena air atau terbau ikan Tapah menyebabkan kulit mereka melecur,"tambah Daharun. Menurutnya lagi,dengan emas yang diperolehi itu,Pak Kaduk telah menebus semula kampung, isteri dan anaknya daripada penghulu itu. Emas selebihnya digunakan untuk perbelanjaan seharian serta membayar hutang dan sebahagian daripadanya di perbuat perhiasan barang kemas. Menurut Izham pula, Pak Kaduk dikatakan kembali ke Siak dan di sana dia menempah sepasang subang, sebentuk cincin dan tiga keping kerongsang emas yang sekarang disimpan oleh Hajah Asmah itu. "Kerongsang itu dibuat oleh Pak Kaduk sebagai penawar bagi sumpahannya manakala barang kemas lain dijadikan perhiasan. "Subang itu kini dikatakan ada disimpan oleh kaum keluarga Pak Kaduk di Siak, manakala cincin itu pula disimpan oleh keturunan Pak Kaduk yang menetap di Kuala Dipang, Perak. "Pak Kaduk pengasas sumpahan ikan Tapah itu dikatakan meniggal dunia di Siak dan kuburnya didakwa masih ada sehingga sekarang,"tambah Izham mengakhiri ceritanya. Mungkinkah ikan Tapah tidak boleh dimakan disebabkan sumpahan Pak Kaduk dan bolehkah tiga butir keronsang emas yang dikatakan dari perut ikan tapah itu boleh dijadikan bukti tentang kebenaran peristiwa itu? Adakah air rendaman kerongsang ini benar-benar boleh menyembuh penyakit semali yang didakwa oleh keturunan Pak Kaduk? Sehingga ke hari ini masih belum dijawab.
.

Tuesday, November 06, 2007

Karaoke Tak OK

Kemaskini 9/11/07
.
Ada permintaan untuk lagu Rainbow-Temple of the King. Klik untuk muat turun ye.
.
.
Entri Asal:
.
Pantang dan gelabah. Itulah yang bermain di fikiran setiap kali dalam mana2 majlis/program/aktiviti diselitkan sesi KARAOKE. Bukan sesi karaoke yang dah disediakan dengan penyanyi, tapi karaoke "mari kita tengok siapa yang kenaaa!!!" Huuuuhuhuhu cuak tul haku!
.
Baru tadi selesai Jamuan Raya yang turut diisi dengan nyanyian lagu2 karaoke...mula-mula lagu raya tapi kendian lagu Jinbara, Mawi dan May pun depa bedal. Yang paling tak beshnye, MC majlis dengan sesuke-sukinye menyebut nama staf-staf yang ada dalam majlis naik ke pentas untuk menyanyi. Tuan Besar pun kene, lagu Widuri sebijik. Aku yang kat bawah memang dah tak senang duduk, lagi2 mengenangkan yang aku ni staf baru, lagilah dia nak kenakan. Berpeluh dahi memikirkan lagu ape aku nak tarik kalu dipanggil... Memang cuak gile ah. Aku tau ramai yang muka tebal tak kesah nyanyi walau pitching ke laut. Tapi aku tak buleh beb..! Sungguh! Aku sanggup disuruh bergelek hula ala Hawaii atas pentas daripada menyanyi.
.
Seumur hidup aku, sekali je penah aku dipaksa karaoke, itupun sebab semua peserta kursus wajib berkaraoke. Nasib pulak hari tu ada lagu yang aku boleh gak la layan tarik; Rainbow - Temple of the King. Lagipun lagu tu tak ramai orang tau jadi kalau ke laut pun lantak laa.. Tapi dalam majlis tadi, senarai lagu semua lagu Melayu. Haiyooo mati gue!!
.
Walau bagaimanapun, aku terselamat akhirnya apabila berjaya mencelah ke bilik pejabat dengan alasan nak buat panggilan penting ;p Lepas cuci tangan, aku cabut. Ngeh ngeh!! Tapi tak bule jadik, sebab akan datang aku yakin mesti ada lagi sesi karaoke dalam program-program lain. Dan sebagai persediaan, serta merta aku menggoogle dan memuat-turun lirik dan lagu yang sesuai dengan kelunakan suara aku. Sambil praktis suara dalam pejabat, setakat ini aku dapat tiga jer lagu yang penyanyi asalnya ada macam suara aku (cheeewah!!! ;p) dan kira selamat la kalau aku bawak, tak ke laut.
.
1. Rainbow - Temple of the King (aku penah nyanyi so yakin gak la)
2. Lifehouse - You and Me (lagu mendatar dan tak perlu nak tarik suara sangat)
3. Dewa 19 - Larut (sebab lirik lagu ni pendek...heheh)
.
So, aku dah bakar (burn) tiga lagu ni dalam CD dan akan ia dibawa ke mana2 majlis/program. Kawan2, ada cadangan lagu lain yang sesuai? Kongsi-kongsila beb.... Aku sedar suaraku tak merdu..
.
.

Thursday, October 25, 2007

Wang & Pernikahan

Salam. Apa kabar kalian?
.
Hmm..entah ada lagi ke yang sudi berkunjung ke blog aku ni. Maklumla, cuma cerita2 basi. Lagipun dah lama sangat aku tak singgah di blog kawan2... Maaf ye.
.
Perkahwinan merupakan satu detik indah yang diidamkan oleh setiap insan (yang normal). Hidup berkeluarga juga adalah tuntutan agama atas pelbagai sebab yang memanfaatkan. Di dalam menelusuri kehidupan, fasa perkahwinan merupakan fasa perubahan menyeluruh di dalam diri seseorang individu. Ini disebabkan terlalu banyak perbezaan yang akan dialami oleh seorang yang telah berkahwin dengan seorang bujang. Entahle, korang tanya la kat depa yang dah kahwin. Aku bujang lagi. Jadi, aku agak2 je..
.
Walau bagaimanapun, proses untuk menuju ke arah perkahwinan di Malaysia ini boleh dikatakan agak mencabar. Bagi aku, cabaran paling utama adalah kewangan. Maksudnya, kita hampir pasti tak boleh nak berkahwin dalam masa 6 bulan daripada tarikh jatuh hati. Kecualilah kalau kita telah lama mempunyai simpanan yang kukuh, iaitu lebih RM20k (macam orochi) atau lahir dari keluarga ratus-ribuan, jutawan ataupun bilionwan.
.
Walaupun sebenarnya proses pernikahan menurut Islam adalah mudah dengan lima syarat iaitu SISWI (ingat ke tak ape ni?), di Malaysia ini syarat tambahan wajib adalah Kenduri dan Hantaran. Dan syarat tambahan inilah penyebab utama kebanyakan perkahwinan orang kebanyakan seperti aku ni tak dapat disegerakan (walaupun jiwa meronta-ronta nak kahwin cepat). Tidaklah kenduri itu sempurna kalau belanjanya kurang dari RM10K dan ramai pula akan mengata kalau duit hantarannya kurang RM5k. Jadi, minimum belanja perkahwinan sudah semestinya RM15k bagi lelaki dan RM10k bagi perempuan. Itupun kita sehabis cikai la tu.
.
Kalau pernikahan dijalankan ikut syarat asas SISWI tadi dan mengabaikan pula Kenduri dan Hantaran, antara kata2 manis yang akan didengari adalah :
.
Agaknye dah terlanjur kot...
Aik tetibe kawin, mesti ade pape ni
Ko nak tau, anak Cik Pah tu kawin koboi semalam!
Dah tak mampu, gatal gak nak kawin. Camane nak tanggung bini nanti... dsb
.
Aku tak nafikan, banyak faedahnya Kenduri dan Hantaran yang diamalkan masyarakat Melayu kita ini. Tapi di sini, aku cuma nak meluahkan rasa hati betapa kalau tak kerana kedua-dua faktor ni, dah lama dah aku dapat tinggal sebumbung sekatil dengan pasangan hidup. Aku selalu terfikir, alangkah bahagianya kalau duit hangus RM15k-RM20k tu dapat digunakan bagi mencukupkan segala keperluan asas bagi pasangan yang baru berkahwin. Fenomena kawin hutang kini makin berleluasa walaupun ramai yang malu nak mengaku. Hutang dengan Bank Rakyat, hutang dengan adik-beradik dan saudara mara, hutang kawan-kawan...
.
Kesimpulannya, bukan senang nak kawin bagi orang Melayu Malaysia, selagi syarat SISWIKH tidak dipenuhi.
.
Ya Allah permudahkanlah urusanku...segerakanlah perkahwinanku. Amin.

Friday, October 05, 2007

Hapdet Ringkas

Kawan2 dah mohon cuti raya? Ade yang tak diluluskan? Hehe...kalau tak lulus, selamat bertugas di awal Syawal lah ye..hehe
.
.
.
.
Alaaaa....aku nak upload gambo yang besh tapi tak berjaya dari opis nih. So lenkali lah ye. Maap.
.
.
.
.
Susahla nak hapdet. Di hari ke 24 di opis baru, aku masih belum ada meja, kerusi dan PC sendiri. Order lom sampai ;p So, masih terpakse berkungsi. Aku segan nak gunakan PC di kala pemilik asalnya ada sama di dalam pejabat.

.
.
.
.
Ok, hapdet sikit je. Sayonara kawan2...
.

Thursday, September 20, 2007

Perasaan yang Kecamuk

.
Aku tak tahu ingin bermula dari mana. Bercampur baur perasaan sekarang. Semalam ada cerita yang ingin kuhidang di blog ini. Tapi awal2 pagi aku dikejutkan dengan berita Jose Mourinho meninggalkan Chelasea FC! It feels like end of the world.... :-( Apepun... the Blues will rise stronger! Mungkin untuk beberapa bulan ini Chelsea FC akan bergoncang dan mengalami ketidakstabilan. Namun kuharapkan, keadaan ini akan pulih secepat mungkin.
.
ALL THE CHELSEA BOYS WILL MISS MOURINHO .... he was Chelsea, he was amazing and he was indeed the special one ... he will be missed by alot of people :-( BLUE FOR LIFE!!!
.
.

Goodbye Jose and good luck in the future ..
.
.
Takpelah... Cerita lain (dengan sedih dan tak excited)
.
.
Semalam aku diberi kesempatan bertemu muka menghadap YAB MB selama 2 jam. Daripada apa yang disampaikan beliau kepada kami ber-13 di dalam Bilik Tamu Khas pejabat beliau, aku dapat merasakan beliau seorang yang berwawasan tinggi tetapi realistik. Beliau juga menaruh harapan yang besar kepada kami ke arah membantu pembangunan dan kemajuan negeri. Walau bagaimanapun, aku sebenarnya gembira dengan beban yang diberikan kepadaku kerana ia adalah peluang untukku memperbaiki diri di samping memberi sumbangan kepada masyarakat. InsyaAllah apa yang beliau inginkan untuk negeri ini akan kami usahakan bersama hingga tercapai.
.
Kerjaku sekarang mungkin hanya 20% berkaitan dengan tugas di tempat lama. Namun sekurang-kurangnya, setahun pengalaman sebagai pegawai tadbir di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM sebelum ini sedikit memudahkanku untuk beradaptasi dengan tugas sekarang.
.
Paling menarik, aku berkesempatan menghadiri banyak majlis walaupun baru masuk minggu kedua di sini. Sehingga hari ini hanya 2 kali aku berkesempatan berbuka sendiri kerana di waktu yang lain, aku berada di majlis berbuka puasa yang memerlukan aku untuk hadir. Setiap malam aku berpeluang berbuka dan bersolat di masjid/surau berlainan. Setakat ini, aku belum lagi berpeluang bertarawih di masjid/surau yang sama untuk kali kedua. Malahan, pada Jumaat lepas aku berbuka, mahgrib dan Isya di tempat lain kemudian berkejar untuk tarawih di masjid yang lain pula kerana dua majlis berbuka diadakan serentak.
.
Namun, majlis berbuka yang aku hadiri malam tadi agak menyentuh rasa. Ia diadakan di sebuah perkampungan orang asli di mana 40% daripada penduduknya beragama Islam. Keadaan mereka memang jelas daif, namun kegembiraan terpancar di wajah penduduk kampung tersebut kerana kunjungan kami yang terdiri dari pelbagai Jabatan termasuklah YB ADUN kawasan tersebut.
.
Paling aku sedih apabila seorang pemuda yang makan dihadapanku hanya meratah ikan sepat masin bersama nasi putih sedangkan beberapa jenis lauk pauk terhidang di atas meja. Aku faham, dia ralat untuk menjamah nasi dengan lauk yang pelbagai kerana dia sudah biasa dengan nasi yang dimakan bersama sejenis lauk. Kuperhatikan, bila ikan masin itu habis diratah barulah dia mengambil lauk ayam. Kemudian apabila ayam telah dijamah barulah dia menyudu kacang panjang yang dimasak bersama daging. Aku tiba-tiba rasa sebak dan aku merasakan betapa harus akan bersyukur dengan rezeki yang telah aku peroleh selama aku hidup ini. Tambah lagi bila pemuda itu memberitahu yang dia tidak berumah, dan kini menumpang di pondok jiran bersama isteri dan anak tunggalnya.. Huhuhu ciannye diaaa...
.
................................................................................
.
.
Okeh, dipersembahkan di sini rumah baruku yang tak berapa baru. Kuarters 3 bilik tapi besau gile wooo.. Aku rase kalu 6 orang duduk pun masih luas lagi. Sekarang dok berdua je dengan officemate. Jemputle datang :)
.

Kete tu officemate punye keh. Kete aku dah sorok tempat lain
.

.

Breathtaking view dari belakang rumah

(abis cite. Aku sedey lagi ar pasai Mourinho. Kembalilah Mourinho!!)

Wednesday, September 12, 2007

Aku Ado

Alhamdulillah
.
Kakiku telah bertapak di sebauh lokaliti pinggiran yang damai. Walaupun baru menjengah hari ketiga, dapat kurasa aman dan tenangnya. Diriki masih bergelora dengan cabaran baru yang berpintu-pintu, di mana setiap satunya kelak akan kubuka dan pasti membawa kejutan.
.
Sepanjang 4 hari ini, aku telah diduga dengan tugas-tugas yang tidak pernah terlintas di fikiranku semasa bekerja di tempat lama: mesyuarat dengan para YB ADUN, mewakili Tuan DO untuk upacara, mengenakan reman kepada tahanan polis... Ya, di samping tugas hakiki, aku kini merangkap Majistret Kelas 2 (heheh, sape nak buat akuan sumpah bule jumpe aku ye).
.
Itu baru 4 hari keje. Lagi 6 minggu, aku diamanahkan pula mengendalikan majlis penyerahan geran penduduk kampung oleh YAB MB. Eh? Ini ke kerja yang aku mintak dulu? Heheh... Samada rezeki atau bala, kita sendiri yang tentukan. Yang pentingnya, bersyukur atas kurniaan kerja tetap. Layannn...
.
Aku tak pasti berapa lama yang aku perlukan untuk beradaptasi dengan dunia karier baru ni. Tanah bukan bidang aku dan aku langsung tiada latihan berkaitan pengurusan tanah. Tapi inilah peluang untukku membuktikan kenapa aku diletakkan di sini. Di mana kami dicampak, di situlah kami akan subur.
.
Aku percaya aku akan berjaya. Aku akan berjaya kerana aku percaya...
.
Wassalam.
.
(weh sape2 mai sini datangla melawat aku. Aku dapat kuarters di puncak bukit naik kete gear 2 je hehe... Rumah bos aku pun setakuk rendah dari rumah aku..muahaha riak! ;p)
.
.

Sunday, August 26, 2007

Sedikit Masa

Assalamualaikum.

Maaf rakan sebab tiada kesempatan menghapdet blog. Aku masih di induksi kerja baru. Khamis nih baru aku akan tau di mana aku akan ditempatkan. Harap2 tak jauh dari rumah ;) OK jumpe lagi. Curipakai PC kat library. Wassalam

Monday, August 06, 2007

Media Bebas @ Berkepentingan?

BAB I:
.
Minggu terakhirku di pejabat bukan bermakna masa utk berlenggang & bersenang-lenang. Hasil dari mesyuarat di PD minggu lepas, aku perlu menyiapkan minit dalam kadar secepat kilat. Bayangkan, minit mesyuarat yang sama tahun lepas, aku sudahkan dalam masa 1 bulan setengah (37 mukasurat dengan 51 lampiran). Yang lepas tu baru 3 hari. Mesyuarat kali ni pulak 5 hari! Tapi kalu kome nak tau... 5 hari rupenye tak cukup. Mesyuarat akan disambung di Fakulti pulak...Hoho.. Memang gile meroyan sebab meeting la bos2 besar nih.
.
Tapi aku yakin buleh disiapkan sebab sepanjang minggu nih aku akan fokus dengan minit saje. Keje2 lain sume aku pass kat pembantu. Muahaha malang la ko...takpe nanti banje gula2 udang ;p (angkat tangan sape taktau gule2 udang)
.
BAB II:
.
Minatku untuk membaca Berita Harian kini amat kurang. Aku lebih rajin membaca akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo (walaupun di bawah syarikat yg sama). Begitu juga dengan minatku terhadap akhbar NST. Baik baca the Star. Sebabnye :
.
1. Berita Harian (BH), NST, TV3, NTV7, TV8, HotFM dan FlyFM adalah dari syarikat yg sama, Media Prima.
.
2. Akibat dari monopoli ini (nasib baiklah ura2 Utusan Malaysia nak diambil alih Media Prima dibantah ramai), kalau kalian sedar BH bersikap bias terhadap penulisan beritanya. Contoh mudah, liputan untuk rancangan TV milik Media Prima mendapat promosi dan ulasan yang selalu baik2 belaka. Tetapi untuk rancangan2 RTM, jarang dipromosikan sepertimana TV3,7,8 dan 9.
.
3. Begitu juga BH takkan menyiarkan berita2 yang memberikan khabar yang kurang enak berkenaan rancangan TV dan Radio mereka. Pernahkah kalian membaca kritikan BH terhadap HotFM...atau FlyFM? Mungkin dulu pernah, tapi tidak sekarang. Aku pernah membaca bagaimana BH menguar-uarkan, menurut rating, HotFM akan menjadi stesen no. 1 negara tak lama lagi, mengatasi Era. Adakah aku akan percaya, sedangkan BH dan HotFM dari syarikat yang sama? Dan sudah tentu berita tersebut mempunyai agenda komersil melebihi agenda 'berita'.
.
4. Contoh termudah adalah rancangan yang konon2nya makin hangat iaitu LG MyStarz. Walaupun semua orang tau rancangan tersebut tidak mendapat sambutan, liputan BH terhadapnya saban minggu tak pernah berkurangan. Kita takkan mendengar kritikan2 pedas lidah pengarang bahagian hiburan BH terhadap sambutan program tersebut, sebab mereka bernaung di bawah bumbung yang sama.
.
5. Aku lebih mempercayai rencana2 di Utusan Malaysia yang sekurang2nya tidak terikat dengan 'tanggungjawab' menjaga nama baik kelompok yg sama, iaitu Media Prima. Mereka lebih bebas untuk mengkritik, memuji atau memberi pandangan terhadap rancangan2 di TV Swasta mahupun radio HotFM & FlyFM.
.
6. Kalau kalian tengok MHI pagi2 pun mesti sedar kan? Bila masuk segmen ulasan akhbar, apa yang depa ulas dulu? Mula2 BH, pehtu NST dan baru Utusan (kalau tak silap sequence la). Lepas tu, kenapa depa tak ulas the Star, hanya ulas NST? Sedangkan bilangan pembaca the Star jauh lebih ramai daripada NST. (Menurut ABC, purata edaran sehari akhbar NST = 103196, manakala the Star = 281975. Lebih sekali ganda banyaknye)
.
Tapi dari segi penulisan berita secara umumnya, takdelah berbeza sangat...
.
Apa yang aku cuba sampaikan adalah, betapa MONOPOLI MEDIA menyebabkan ruang untuk penulisan 'bebas' dan 'kritis' akan terkandang. Aku bukan anti-Media Prima serta media2 miliknya. Aku cuma merasakan setiap media di bawah payung yang sama akan cenderung menjaga periuk belanga mereka dan tidak akan secara adil mengkritik sesama sendiri. Senang kata, playsafe...
.
Tapi dari sudut ekonomi bumiputra, Media Prima adalah contoh syarikat yang berkembang dan diterajui oleh anak-anak Melayu/Bumiputra. Nak tengok depa, klik Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi. Moga depa terus maju memacu ekonomi negara :D
.
Terpulang kalian untuk memilih akhbar pagi kalian. Aku cuma orang biasa yang pendapatnya bak angin lalu. Tak memberi kesan apepun ;)
.
.


Tuesday, July 31, 2007

Selamat Mesyuarat

Aku sudah mau melakukan pergerakan ke Port Dickson nih. Tiada lagi chalet2 di atas air, tiada lagi matahari terbenam di ruang jendela. Aku bermyuarat 5 hari sampai Ahad. Bukan di Legend Water Chalets, tapi kami pindah ke Guoman Hotel. Harap kami bahagia. Selamat bermesyuarat untuk diri sendiri!!

Monday, July 23, 2007

Kerja Lagi

Maafkan daku terlambat mengemaskini. Aku sebenarnya sangat kesentakan masa. Minggu depan insyaAllah aku akan mensetiausahakan (catat minit) mesyuarat selama 5 hari berturut. Dan sebagai penyelaras mesyuarat yang akan diadakan di the Legend Water Chalet PD, banyak sangat laporan/dokumen yang perlu aku sediakan. Ahli mesyuarat terdiri daripada semua kepala-kepala Fakulti, jadi...jangan maen-maen you...
.
.
The Legend Water Chalets di kala hening senja
.
Pada kadar biasa, bilik paling murah di sini adalah RM700 untuk 1 malam (kami dapat diskaun...hehe)
.
Apatah lagi insyaAllah mesyuarat ini akan menjadi tugas terakhirku di pejabat sekarang. Jadi aku mahu pastikan ia berlangsung dengan lancar. Aku mahu sementelah aku melangkahkan kaki keluar dari pejabatku ini, aku pergi dengan ingatan yang baik.
.
Jadi dalam tempoh2 terakhir ini, aku akan memfokuskan sepenuh masa dan tenaga untuk menyudahkan segala tugas yang belum usai. Takde masa nak emo-emo...nak mesra-mesra buat kali terakhir kononnye. Kalau kerja sekarang nih tertunggak untuk pegawai yang baru kang, aku gak yang malu sebab sampai bila2 orang mengata yang aku lari dari tanggungjawab.
.
Aku datang dengan baik, dan moga aku pergi dengan lebih baik.
.
Kalau ada masa, aku akan mengemaskini lagi blog ini dalam seminggu dua selepas ini. Tapi kalau aku senyap je, korang pi la tinjau2 blog lain dulu ye. Nantik dah masuk pejabat baru, aku akan report kat kalian semua ;) Jumpa lagi di dunia baru!
.
.

Monday, July 09, 2007

Chelsea FC!! Berita Semasa

Chelsea FC diperkuatkan dengan kehadiran beberapa muka baru iaitu Claudio Pizzaro, Steve Sidwell & Tal Ben Haim yang diperoleh secara perpindahan percuma. Dan insyaAllah kalau semuanya berjalan lancar, hari ini seorang lagi yang akan menyertai keluarga Chelea FC adalah Florent Malouda. Malouda dibeli oleh Chelsea FC daripada Lyon dengan harga 13.5 juta pound sterling. Malouda, pemain sayap kiri merupakan Pemain Terbaik Liga Perancis untuk musim lepas. Dan selepas ini seorang lagi pemain baru yang dijangkakan akan hadir adalah Alex dari kelab PSV Eindhoven yang kini sedang bermain untuk Brazil di Copa America. Alex telah mula membina reputasinya di Eropah sebagai salah seorang pertahanan tengah yang disegani.
.
Bertambahnya ahli keluarga Chelsea FC ini adalah untuk memperkukuhkan barisan first-eleven yang telah sedia mantap dan berbisa. Chelsea FC tidak memerlukan sebarang pembelian dengan nama besar atau mahal untuk musim baru kerana pemain-pemain yang sedia ada telahpun membuktikan mereka adalah pencabar utama untuk sebarang kejuaraan yang disertai.
.
Aku betul2 tak sabar menunggu musim baru Liga Perdana Inggeris dengan barisan Chelsea FC yang diperkuat. Dengan adanya pemain first-eleven dan pemain back-up yang lebih kompeten, Chelsea FC dijangka tidak lagi berdepan masalah kehilangan pemain di posisi tertentu akibat kecederaan.
.
.
Barisan Pemain Utama Chelsea FC (25 orang)
.
Penjaga Gol
Petr Cech, Carlo Cudicini, Henrique Hilario
.
Pertahanan
Ashley Cole, Wayne Bridge, John Terry, Ricardo Carvalho,
Tal Ben Haim, Khalid Boulahrouz, Paulo Ferreira, Alex (soon)
.
Pemain Tengah
Claude Makalele, Michael Essien, Frank Lampard, John Obi Mikel,
Michael Ballack, Steve Sidwell, Lassana Diarra
.
Pemain Sayap
Joe Cole, Shaun Wright-Phillips, Arjen Robben, Florent Malouda (soon)
.
Penyerang
Didier Drogba, Andrei Shevchenko, Salomon Kalou, Claudio Pizzaro
.
Setakat ini, hanya seorang pemain utama Chelsea FC yang telah meninggalkan kelab iaitu Geremi ke Newcastle dengan perpindahan percuma. Tapi pada pandangan peribadi aku, pemain lain yang akan mengikut jejak Geremi adalah Khalid Boulahrouz dan SWP. Khalid gagal menyerlahkan sinarnya sepanjang semusim di Chelsea FC, manakala SWP yang lebih kerap terperosok di bangku simpanan kini makin jauh berada daripada barisan sayap utama dengan kehadiran Malouda, di samping pemain sayap sedia ada iaitu Joe Cole dan Robben. Lagipun aku memang tak berapa suke dengan SWP nih ;p
.
Kalau ada sebarang tambahan pemain lagi, itu adalah satu bonus. Tapi Chelsea FC yang sedia ada telahpun merupakan sebuah Dream Team.
.
Pilihan Utama aku untuk posisi 4-4-2 adalah:
.
Cech
Ferreira-Carvalho-Terry-Ashley
Joe Cole-Mikel/Lampard-Ballack/Essien-Robben
Drogba-Shevchenko
.
.
Barisan Kedua
.
Cudicini
Diarra-Ben Haim-Alex-Bridge
SWP-Makalele-Sidwell-Malouda
Pizzaro-Kalou
.
Heheh, dengan Barisan Kedua pun aku yakin dengan keupayaan Chelsea untuk berada dalam kelompok Empat Teratas Liga. Apatah lagi dengan first-eleven. Jadi kepada rakan-rakan penyokong the Blues, be the Blues 4ever!!! Laguku untukmu ;p
.
.
BLUE DAY
.
The only place to be
Every other Saturday
Is strolling down the Fulham Road
Meet your mates and have a drink
Have a moan and start to think
Will there ever be a blue tomorrow?
.
We've waited so long
But we'd wait for ever
Our blood is blue and
We would leave you never
And when we make it
It'll be together, oh oh oh
.
Chelsea, Chelsea
We're gonna make this a Blue Day
Chelsea, Chelsea
We're gonna make this a Blue Day
.
We've got some memories
Albeit from the Seventies when
Ossie and co. restored our pride
Now we've got hope, and a team,
and suddenley its not a dream,
We'll keep the Blue Flag flying high
.
We've waited so long
But we'd wait for ever
Our blood is blue and
We would leave you never
And when we make it
It'll be together, oh oh oh
.
Chelsea, Chelsea
We're gonna make this a Blue Day
Chelsea, Chelsea
We're gonna make this a Blue Day
.
Now even Earth
Is blue today, you should
Hear the Chelsea roar
Hear the Chelsea roar...
.
.

Thursday, June 28, 2007

Pemuda Budiman dan Rerama

Pemuda budiman menemui sebuah kepompong rerama di laman rumahnya. Suatu pagi, terlihat olehnya akan bukaan kecil terhasil di kepompong itu. Pemuda budiman kemudian duduk memerhatikan kepompong itu. Lama-kelamaan sekujur tubuh kecil mencul dari celahan lubang tadi. Ia meronta-ronta... bergelut sedaya-upayanya untuk keluar dari kepompong sempit yang gelap itu. Tiba-tiba tubuh kecil tadi berhenti meronta.. seolah-olah tiada lagi mampu olehnya melepaskan diri dari kepompong tersebut.
.
Pemuda budiman amat kasihan.. dia ingin menolong sang rerama yang lemah itu. Pemuda budiman masuk ke dalam rumah lalu mengambil sebilah gunting. Dengan gunting itu pemuda budiman mengoyakkan baki kepompong yang tertaut.
.
Rerama itu kemudiannya dapat melepaskan diri dengan mudah. Anehnya, rerama yang keluar itu kelihatan lemah dan mempunyai sayap yang kecil. Pemuda budiman terus keasyikan memerhati rerama itu. Dia tertunggu-tunggu akan saatnya rerama itu terbang sambil mengepakkan sayapnya yang cantik.
.
Namun, perkara sebaliknya berlaku. Rerama itu hanya mampu merangkak dan itulah takdirnya hingga ke akhir hayat...
.
Apa yang pemuda itu tidak sedari adalah lumrah pergelutan rerama untuk keluar dari lubang halus kepompong tadi, merupakan cara semula jadi yang membolehkan cecair dalam badan rerama diaktifkan lalu mengalir ke sayap2nya. Pergelutan dalam kepompong bertujuan menyediakan sayap yang kuat agar rerama mampu terbang dengan baik.
.
Kadang kala struggles in our life adalah apa yang kita perlu hadapi. Sekiranya hidup ini dijadikan penuh dengan kesenangan, kemewahan yang melimpah-ruah dan tanpa halangan, ia akhirnya akan memusnahkan kita. Kita takkan mempunyai upaya dan kekuatan seperti mana yang kita miliki sekarang.. DAN KITA TAKKAN TERBANG..
.
.



Wednesday, June 20, 2007

Ditindih Kawan Kita


Malam tadi teman serumahku mengadu dia ditindih ketika sedang tidur. Aktiviti penindihan ini dilakukan oleh sesuatu makhluk yang tidak kelihatan. Ini adalah kali ketiga dia ditindih sejak kami masuk ke rumah ini 6 bulan lepas. Kali pertama adalah pada hari pertama kami masuk ke rumah itu.
.
Semasa penindihan berlaku, seseorang itu akan :
.
1. dapat melihat (dengan mata kuyu), tetapi tidak boleh menggerakkan seluruh anggota badannya
2. tidak mampu mengeluarkan suara walaupun untuk membaca ayat2 al-Quran
3. akan berasa sesak nafas selang beberapa minit setelah ditindih
4. akan merasa letih seluruh badan setelah penindihan selesai, dan kadang2 proses penindihan akan berulang semula ketika orang yang ditindih ingin kembali lelap.

.
Dulu masa sekolah dan menuntut di universiti, kadang2 aku juga mengalami proses penindihan. Mula2 kena memang rasa kecut semacam. Tapi bila dah lama2 akupun dah tak kesah. Apabila tersedar aku ditindih ketika tidur, biasanya aku :
.
1. jangan layan. lantakla dia nak tindih ke..nak golek2 ke sukatila.
2. tapi bila mula sesak nafas, aku akan mula cuba gerakkan jari dan tangan. semasa ditindih percubaan menggerakkan jari menjadi satu perbuataan yang sangat sukar dan memerlukan banyak tenaga.
3. penindihan akan selesai bila kita berjaya menggerakkan anggota2 yg lain. ketika itu cuba duduk sekejap dan rehatkan badan untuk pulihkan tenaga
4. tarik nafas dalam sebanyak mungkin
5. kembali tidur semula tapi jangan terlentang. Iringkan badan, insyaAllah kita takkan ditindih semula.

.
Walau bagaimanapun, seorang kawanku dulu mengalami pengalaman yang lebih mengerikan. Dia boleh nampak lembaga yang menindih itu bersila di atas badannya sambil merenung dan bertentang mata. Penindih itu dia bilang seluruhnya hitam namun tiada dapat dicam rupanya. Mintak2 dijauhkanla daripada penindih tampak nih. Silap2 buleh tercirit!
.
Walau bagaimanapun aku percaya, selepas berkahwin kelak, penindihan adalah aktiviti yang normal dan mengasyikkan ;p

Sunday, June 17, 2007

Kakiku Kasutku

Alahaimak sedihnye aku Sabtu bebaru nih. Ditakdirkan hari yang ditunggu2 telah tiba, MEGASALES! Wow, lagi best dari Hari Raya tuuu! Akupun bercengkerama ke pasaraya bernama Sogo dengan niat untuk membeli tingkap (window shopping). Namun dengan tawaran2 yang mempinarkan mata, akhirnya hatiku ditangkap oleh kasut2 satu jenama terkenal yang biasanya beharga lebih RM300, tapi dilonggok dengan tawaran RM99 sahaja!! Wow...WOW!!!
.
Dan lebih mempinarkan lagi, hampir semuanya cantik2 belaka, sepenuhnya kulit pulak tu dari lapis luar sampai ke tapak! Tak bule jadik neh. Musti mau rembat sepasang dua! Kebetulan pulak semua saiz yang ada hanya 9 dan 10, saiz besar...dan kakiku yang comel ini memang biasanya sedang elok untuk saiz 10 dan 11 (atau 11 setengah...hehe).
.
Lalu tanpa mempedulikan senggol-senggolan orang ramai yg bagai herring menghurung bangkai, akupun mencuba pasangan kasut hitam berkilat yang cantik amat. Ish...ish, pakse punye pakse kasut tu tanak gak masuk. Hoho takpe, try yg lain pulak.
.
"Bang, tak bule gak la. Yg ni paling besar ke?" Aku bertanya kepada si promoter yang berkumis itu bila kasut kedua yg aku try pon tak muat.
.
"10 yang paling besar bang. Abang try la yang bertali. Muat rasanya. Yg tak bertali rasanya sume abang tak bule pakai". Jawab abang promoter sambil tersenyum. Iyolah, bertali pun takpe. Janji RM99.
.
Masuk 10 minit.... 7 pasang dah kasut aku cuba, daripada yg aku berkenan sampaila yg aku tak hingin nak beli, sume tak muat!! %!!@3?%!! Bangang punye kasut! Apasat saiz 10 satupun aku tak muat neh??!! Bukan kate sempit, nak masuk kaki pun tak bule... Hwaaaa!! Nak kasut...! Kasut aku tinggal 13 je... Yg satu tu asik rumate aku bedal buat macam kasut dia sendiri. Aku nak pakai kene mintak permission dia pulak. Aik! Tak bule jadik....
.
Abang promoter tu sampai senyum kat aku, "Ape kata abang try pi KLCC. Ade sale gak kasut nih. Manetau ade yg abang muat". Huhuhu aku dah sedey gilebabas dah mase tu
.
Pehtu kat rak sebelah adela longgok2 kasut n sandal2 Polo dilelong RM69. "Takpela tak dapat kasut idaman, sandal pon jadikla sepasang". Lalu dapat sepasang saiz paling besar aku campak ke lantai dan sarungkan kaki... Aiyoh, tak muat gak? Dan lepas 3 4 pasang aku try pon masih tak muat, aku dah rase nak berguling2 atas lantai dalam Sogo tu.... Naaaaakkkk kasuuuuutttt!!!
.
Untuk mengelakkan emosiku menjadi lebih tak stabil, maka aku akhirnya berambus dari bangunan berpuaka itu. Sampai sekarang nih, bayangan kasut berjenama tu masih lagi bermain2 di kepala...
.
Sebenarnya masalah nak dapatkan kasut bagi kaki kami golongan istimewa ni selalu sangat terjadi. Paling menyampah kan, mane kasut yg aku berkenan, itula nanti yg takde saiz. Adik aku yg Tingkatan 3 lagi kesian. Pakai kasut saiz 12 @ 13. Punyela payah nak carik kasut dia. Tu baru Tingkatan 3. Silap2 dah besau kang, mau pakai saiz 15...hohoho.
.
Jadi kepada sesiapa yg ingin menderma kasut saiz 11 atau 12, bulela mengemel aku ye. Sekian terima kasih. (Pujuklah hatiku yg duka lara ini)
.

Wednesday, June 13, 2007

Merapu Meraban

Salam
.
Dahla, maleh aku nak merungut laie pasai pengaksesan blog dari UPM nih. Ade je tricky-trick mereka nak sekat. Sekarang neh otomatis Internet Explorer cannot display the webpage akan terpapar setiap kali mengakses mana2 laman dot blogspot dot com. Aku redha jerla. Aku datang opis bukan nak memblogging, tapi nak keje!
.
Tapi capaian ke blogger Dashboard takde masalah. So aku bule mengepos entri, cuma tak bule nak membacanya dalam blog...termasukla komen2 kalian. Maapla ye, mungkin pehni aku takpakse gune teknik kotor untuk membalas komen kalian ittew...hehe
.
Masa seharianku telah kembali panjang seperti sediakala. Kini aku dah bule menggunakan semula 2 saat untuk menyedut oksigen dan 2 saat lagi untuk menghembus kembali CO2, berbanding 2 minggu lepas di mana aku hanya diperuntukkan 2 saat utk kedua-dua aktiviti tersebut sekaligus. Uhh, alhamdulillah
.
Rabu dan Khamis lepas adalah yg paling kritikal. Aku mula keja 730 pagi Rabu nonstop ke tengah hari, petang, malam, tengah malam, sampaila ke 6.30 pagi Khamis. Pehtu balik mandi kejap dan tido 15 minit. Kendian terus sambung balik di opis 7.30 pagi tu sampaila ke petang Khamis. Hohoho, gile babas aku keje 22 jam sepanjang Rabu tu dengan pukul rata (purata) rehat 2 jam je. Memang macam ayam mabok minum Shandy! Sampaikan badan aku dah bule bekerja tanpa bantuan otak sepanjang 11 jam hari Khamis tu (ceh poyonye ;p). Main buat je, tak bule nak pikir dah ape yg aku tengah buat... Nasibla malam Khamis dah bule lena nyenyak... Lega teramat-amatnya...
.
Tapi aku masih bersyukur dapat keje kat sinih. Alah bukan selalu kene perah cani. Tak rugi ape pun berbakti untuk organisasi. Dan semput-lelah terbalas jua bila hajat kami semua untuk mencapai 'ZERO NCR' dalam Audit SIRIM dimakbulkan Allah petang Khamis tu. Apetu 'ZERO NCR'? Senang citer, sistem yg perfekt tanpa ketakpatuhan (NCR = Non-Conformity Reports)
.
Korang sedar tak sekarang nih dah setengah tahun 2007. Cepat kan? Semalam aku baru terperasan dah hampir 8 tahun aku meninggalkan alam sekolah. Bukan ape teringat, slip SPM aku hilang sebenarnye baru2 ni. Ish isk. Dahla sijil SPM dan PMR pon aku tak amik lagi kat skolah dulu, slip jer ade. Camane nak intebiu PTD neh. Huhuhuhu takotnye...
.
Maap daku skali lagi tak daya mengunjungi blog kalian. Takpe, dengan taktik kotorku tadi, dalam 2 3 ari neh aku singgah keh. InsyaAllah.
.
ps : koromsyt, baru2 ni aku nonton Concerto Larc~en Alive. Best gile! Pehtu aku dapat nonton video2 Gackt, pon besh gak.
.
zwit : hadiah hang tu tak habis ditelek lagi la ;p Jangan marah ek, makan masa tu...
.
orochi : bile ingin dipulangi semula kamera Olympus fe-190 6.0 megapixel ku itu?
.
pengumuman utk yg lain : weh ade keje kosong tak sekitar Bangi, Putrajaya, Serdang? Keje tetap gaji degree la. Risau aku kang dah abeh kontrak aku sini tak sambung pulak kang. Ade kene makan kulat pokok hari2 kang kalu dah takde keje...

Wednesday, May 30, 2007

Memanjangkan Hari

Assalamualaikum
.
Weh, hari aku hari-hari macam ade 3 jam je. Cepat benar berlalu.
1 jam kerja
50 minit tido
30 minit makan
20 minit solat
8 minit mandi
10 minit utk aktiviti2 lain
.....beberapa saat lagi untuk memblog...
.
Owh owh....tolongla. Suntuknye masa aku. Kalau boleh, aku mohon penambahan 7 jam dalam hari-hari aku sekarang... Please...please.... Errr, korang ade petua tak tak memanjangkan sejam dalam sehari?

Monday, May 21, 2007

Ade Ade Aje-lah

Dengki betullah diorang rupenye dengan bloggers nih. Ade jer jalannya nak halang kita bersuara di alamaya. Mulai minggu nih, tiap kali pengguna menaip alamat blog menerusi talian UPM, mereka akan terus di'direct link' ke laman rasmi UPM, http://www.upm.edu.my. Wooohh!! Bengkek gile haku! Tapi sebagai insan berfikiran positif, aku faham tujuannya agar staf2 kampus tidak menjalankan kerja2 kesukarelawanan semasa waktu kerja. Alhamdulillah baik betul niat mereka *sambil mengurut dada*
.
Tentu ramai bloggers mula tersenyum dengan gaji baru :D Jangan lupekan kawan2. Jangan lupe gak bayor Piti-piti-en. Orochi yang kaya pon nampaknya dah bertambah kaya..hehe
.
Adik aku yang dioperasi sekarang dah kat rumah tapi tak bole jalan lagi. Dia bilang, dia nampak kaki tu tapi tak dapat rasa apape. Huhu ngerinye.. Dapatla cuti sebulan atas wheelchair.
.
Hari yang ditunggu-tunggu semakin hampir.. Mendebarkan sungguh!!! ;b Sampaikan aku tak mampu nak bercerita kat korang...huhuhu.
.
Hmm sekarang di kampus sunyi yang amat. Kanak2 semua dah bercuti panjang. Adelah jugak beberapa kerat yang tak hingat nak balik kampong, degil nak dok sini gak.. Dah cuti orang suh balik, balik jerla kan? Eh eh, maap...aku faham ade yang tak boleh balik sebab kampungnye jauh di Afrika & Timur Tengah nun. Ada juga yang ambil kesempatan cari rezeki tambahan bagi menampung belanja hidup semester depan. Dan juga terdapat segelintir yang tak mampu balik sebab tak mahu berjauhan dengan pasangan sehidup sematinya...cerminan Kuliah Cinta..
.
Okeh, entri kali nih aku cuma nak merapu jer. Nanti ada masa aku buat reseach lagi, buat entri2 membongkar rahsia!! Tunggguuuuuu.........

Sunday, May 13, 2007

Operasi

Lama juga aku jadi beruang kutub rupenye. Tiga minggu berturut aku kehilangan Sabtu dan Ahad bahana kursus, asessment dan bengkel.
.
Esok adik aku numbur empat akan operasi (menjalani pembedahan cakap orang Melayu). Dah dua minggu dia menunggang kerusi roda. Setelah dirujuk ke pakar ortopedik, rupanya tulang rawannya telah damage (takkan musnah kot...tak jumpe perkataan yang lebih sesuai). Dua lubang akan ditebuk di kakinya utk tujuan tersebut. Akupun tah paham sangat lagi sebab baru je arini aku sampai dari Melaka menganjurkan kursus, belum sempat lagi menjengah ke wad. Kalau kalian rajin, datangla lawat adik aku kat Wad 7E Hospi Serdang. Dekat je kan..
.
Hmm abang manela yang tak risau. Aku nampak je tenang dan macho menghadapi semua nih tapi dalam hati, risau manjang. Niat aku nak menonton Sipdey dan Sumo esokpun terpakse tunda. Takpela, nengok wayang tu hal kecik jer. Lusa tulat pun bule pi. Jengok orang dioperasi bukan hari-hari kan...entah2 sekali dua je seumur hidup.
.
Doakan adik aku selamat dan boleh kembali berjalan seperti biasa. Tahun nih dia akan menghadapi SPM. Kalu dapat jalan macam biasa, nanti dapat 12A buleh sambung blajo kat Ukraine ke, Tokyo ke. Nih sat lagi aku nak pi wad jap. Kunjungan malam. Okeh geng, jumpa di Hospi ye. Wassalam

Monday, April 30, 2007

Pelbagai

Saje aku bior lama entri Ubat Gigi tuh. Penat wat research nak kumpul maklumat tau! Harapnye dapatlah aku sumbangkan sedikit info untuk diisi dalam neuron korang
.
Rupenye ramai beruang kutub memblogging sinih. Masing2 dah mula hibernasi. Kang dah sedor, sibuk nak mengawan la pulok kan...ekeke!! Walaupun aku bukan golongan beruang kutub, mulai esok aku akan Cuti Cuti Kampuchea sampai Ahad depan. Cuti dengan hajat sebenarnye. Jadi doakanlah ape yang aku hajatkan cuti kali nih tercapai ye...Amin
.
Iklan TV paling menyampah tahun ini dimenangi oleh iklan Rejoice!:
.
"inikah gaya rambut salun yang baru?"
"huh, kamu akan menyesal!"
.
Ala-ala Telonovela gitu. Uweeekkkk!!! *jolok tekak muntah cekelat*
.
Okeh, Salam Ponorogo untuk teman semua. Manis 777 :D
.
oh Ohhh....bijak jugak aku ni ye... ecek! Trimas Mawar yang mengetag ;)
.

StupidTester.com says I'm 29% Stupid! How stupid are you? Click Here!


Sunday, April 22, 2007

Halal Tapi...

BAB 1
.
Hari ini aku ingin mengajak kalian berbicarawara pasai produk. Produk Halal. Ada sesetengah dari masyarakat kita yang sangat mengambil berat, ada yang tidak berapa kisah, ada yang asal yakin dan ada pula yang langsung tak ambil tahu.
.
Aku tertarik dengan isu penggunaan nama dan istilah Islamik bagi produk2 yang sebenarnya diusahakan oleh orang bukan Islam. Misalnya *Ubat Gigi Mu'min yang dikilangkan oleh American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd (klik
sini). Contoh lain Pau Ahmad (klik sini pulak). Juga tidak dilupa produk Safi (klik di sini ya) yang dikeluarkan oleh syarikat yang turut terkenal dengan produk Enchanteur, Eversoft, Dashing, Sumber Ayu dsb.
.
(Ubat Gigi Mu'min kini dikeluarkan oleh syarikat Islam [pemegang saham majoriti]. tetapi 3 tahun lepas semasa ia mula diperkenalkan, ia dikeluarkan oleh Syarikat bukan Islam. Untuk maklumat lengkap, rujuk BAB 2 entri nih)
.
Setelah ditelek-telek, aku yakin semua produk nih HALAL. Tiada keraguan. Tapi isu yang timbul di sini, apakah wajar kita membiarkan orang-orang bukan Islam menggunakan sewenang-wenangnya nama yang berunsurkan Islamik atau mungkin Melayu?
.
Aku akui aku tergolong dalam 'golongan asal yakin' tadi. Jakim kata OK, akupon OK. Sebab tu walaupun ada yang memperjuangkan Boikot KFC, Colgate, Coke, Starbucks dsb aku tak berapa nak kesah. Terpulanglah orang nak kata aku Muslim yang tak peka ke...kurang Islamik ke, terpulang. Yang aku tau semua produk tu HALAL (tapi aku tak suke ar Colgate. Darlie yang paling best! Coke pon tak suke gak)
.
Tapi aku sangat concern dengan penggunaan nama yang berbaur Islamik seperti contoh yang aku bagi tadi. Ia amat mengelirukan! Siapa yang tak terpedaya kalau ubat gigi guna nama Mu'min! Pau pula namanya Pau Ahmad! HALAL memanglah HALAL, tapi tidakkah umat Islam terasa maruah mereka telah dicarik-carik? Bukankah Ahmad itu nama panggilan Rasulullah?
.
.
.
BAB 2
.

.
Tapi untuk Ubat Gigi Mu'min, kes nih ada pelik sikit. Aku susah nak jelaskan. Mungkin aku ringkaskan begini:
.
1. American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd mula2 mengeluarkan produk ubat gigi Mu'min, mencari yg Halal itu adalah kewajipan untuk Umat Islam
.
2. Tiga tahun lepas PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dapati kilang itu memang takde masalah daripada aspek pengeluaran (kebersihan, status halal dsb) utk ubat gigi Mu'min, cuma masalahnya para pekerja dan pemilik kilang adalah bukan Islam tapi produknya yang satu nih gunakan nama yang Islamik. (kilang ini juga keluarkan produk2 ubat gigi yang lain, boleh klik untuk rujuk website-nya)
.
3. PPIM lalu mencadangkan mereka melantik beberapa panel syariah dan pemantau yang beragama Islam yang akan membuat kerja pemantauan yang dijalankan oleh JAKIM
.
4. Cadangan diterima. Kemudian PPIM berbincang pula untuk mengambil alih Al Meswak Mu’min Sdn Bhd (anak syarikat American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd), dengan membeli beberapa peratus sahamnya
.
5. Juga diterima dan beberapa orang ahli PPIM telah membeli saham syarikat itu. Kini ia kelihatan seperti 100% milik Islam (sepertimana tanggapan umum)
.
TETAPI...
.
(sebelum meneruskan isi fikiran aku nih, aku ingin tegaskan aku bukanlah anti dengan Produk Ubat Gigi Mu'min nih ataupun aku nak menjatuhkan bisnes orang Islam. Sama sekali tidak. Aku cuma ingin mendapatkan kepastian atas kekeliruan yang aku cuba sampaikan selepas ini)
.
1. iklan Ubat gigi Mu'min menekankan ia disyorkan oleh PPIM. Anehnya memang secara langsung ahli PPIM sendiri yang memiliki saham syarikat ini. Jadi seolah-olah pemilik2 saham mengeksploitasi nama PPIM untuk keuntungan peribadi mereka
.
2. Sijil halal yang korang dah tengok kat link atas tadi dengan jelas tertera alamat bagi syarikat nih sama dengan syarikat asalnya iaitu di American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd. So, kilangnya sama cuma ia cuba diwujudkan sebagai entiti berlainan
.
3. Cuba buka website Al Meswak Mu’min Sdn Bhd sini (syarikat baru yang menghasilkan Ubat Gigi Mukmin), dinyatakan: merupakan syarikat 100% kepunyaan rakyat tempatan. Kenapa tidak saja ditulis 100% kepunyaan Bumiputra Islam?
.
4. PPIM dalam forum di websitenya sendiri mengakui: syarikat ini mempunyai saham majoriti orang Islam, malah lebih daripada apa yang kerajaan sarankan , iaitu 30% biasanya. Persoalannya berapa peratus pula sahamnya dipegang oleh orang bukan Islam?
.
Daripada apa yang aku dapat ungkaikan ini, sebenarnya aku terasa wujud unsur2 eksploitasi dan manipulasi dalam hal ini. Bukan aku sorang, kalian boleh baca kekeliruan yang turut dialami oleh pengguna lain di website PPIM di sini. PPIM turut menyediakan jawapan bagi persoalan yang timbul, jadi ada pro dan kontranya. Terpulang untuk kalian menilai
.
Bak kata seorang pengomen dalam tu, kalau betul nak memperjuangkan produk Muslim baik beralih kepada Ubat Gigi Halagel, Ubat Gigi Cengkudu atau Ubat Gigi Herba HPA. Pengomen tersebut bengang bila PPIM mengatakan bahawa 'kajian kami mendapati TIADA syarikat pembuat ubat gigi yang dikuasai oleh orang Islam/Bumiputra di mana-mana tempat di dunia' sedangkan tiga produk di atas jelas 100% keluaran umat Islam. Itu baru di Malaysia, belum kat negara lain lagi
.
Maka, secara tersiratnya PPIM secara tidak langsung cuba mempromosikan produk Ubat Gigi Mu'min yang mana ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dalam syarikat itu. Tapi ini pandangan peribadi aku. Maaf ya
.
Okeh, ditekankan sekali lagi aku tiada niat lain selain menunjukkan kalian senario sebenar yang berlaku ketika ini. Aku juga mengucapkan tahniah atas usaha PPIM untuk memajukan produk keluaran Islam. Cuma beberapa persoalan yang timbul seperti di atas sedikit menggelincirkan kepercayaan aku terhadap usaha yang telah PPIM lakukan kerana sekelumit unsur-unsur personal interest yang wujud
.
Gomen-nasai. Wokeh, habis rehat tengah hari aku menaip entri kali nih. Chet! Harap dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan korang sume. Apepun, DARLIE tetap di hatiku. Wassalam..

Thursday, April 19, 2007

Misteri Bahagia

BAHAGIA adalah suatu:
.
a. perasaan
b. cita-cita
c. yang tidak dirasakan sepanjang masa
.
KEBAHAGIAAN MUTLAK :
.
a. tak mungkin tercapai (atau mungkin?)
b. tidak dapat digambarkan (atau mungkin?)
c. adalah di syurga (atau mungkin dapat dirasakan di dunia?)
.
Untuk memperoleh BAHAGIA:
.
a. perlu terlebih dahulu melalui penderitaan (perlukah?)
b. perlu selalu bersyukur
.
Bolehkah BAHAGIA wujud :
.
a. tanpa perlu berkongsi sesuatu dengan sesiapa?
b. tanpa perlu melalui penderitaan?
c. dengan tiba-tiba tanpa sebab?
.
Apakah cara terbaik mengukur KEBAHAGIAAN:
.
a. taraf Sosio-Ekonomi yang Tinggi (bagaimana dengan Sosio-Emosi?)
b. hidup diredhai Tuhan (bagaimana mengukur keredhaan Tuhan?)
c. Tidur yang nyenyak?
d. Hidup yang sederhana dan gembira?
.
Adakah mungkin wujud manusia yang ANTI-BAHAGIA?
.
Adakah TIDAK BAHAGIA bermakna hidup susah (walaupun senang dari segi material)?
.
Bagaimanakah cara untuk berseronok dengan KETIDAKBAHAGIAAN yang sedang dialami?
.
BAHAGIA juga merupakan satu wabak kerana ia boleh berjangkit tapi mungkin juga menjadi ancaman kerana ia dicemburui.
.
BAHAGIA adalah subjektif seperti yang dipersetujui ramai. Tapi anehnya ramai yang bersetuju (walaupun mulut kata tidak tapi hati tetap mengiyakan) bahawa mereka akan berasa BAHAGIA yang amat sekiranya tiba-tiba dikurniakan RM1 000 000.00 tunai tanpa sebab.
.
Jadi bolehkah aku simpulkan, wang adalah simbol asas BAHAGIA? Tapi bagi para hartawan...jutawan, setelah ada banyak wang, definisi BAHAGIA mereka akan berubah ke bentuk lain yang lebih subjektif. Cinta? Kestabilan hidup? Sanjungan? Hmmm entahlah.
.
Owh...makanya kesimpulan yang lain yang aku dapati adalah BAHAGIA (yang paling minimum) yang diinginkan oleh setiap orang boleh dikategorikan mengikut Taraf Sosio-Ekonomi mereka. Misalnya:
.
a. Golongan merempat - BAHAGIA sekiranya ada: rumah, makanan, wang dan kasih sayang
.
b. Golongan miskin - BAHAGIA dengan: wang, kemudahan asas, ASTRO dan kasih sayang
.
c. Golongan sederhana - BAHAGIA sekiranya dapat: rumah sendiri, kereta mewah, kerjaya yang stabil, wang, dan kasih sayang
.
d. Golongan berada - BAHAGIA dengan: [bisnes yang tak putus2 untung, sanjungan, kurniaan darjah kebesaran dan kasih sayang] = n
.
e. Golongan ultra mewah - inginkan BAHAGIA yang : merangkumi apa yang diperoleh golongan berada [n] x 2 = ? Arrggghhh...aku penin!!! Apa yang diorang nak nih???!!!!
.
Jadi, WANG dan KASIH SAYANG nampaknya wujud sebagai unsur BAHAGIA yang merangkumi setiap strata Sosio-Ekonomi. Persoalannya, mana yang lebih penting?
.
Secara peribadi, dapat bertemu Totoro adalah salah satu BAHAGIA yang aku idamkan...
.
Akhir kata, Wassalam...