Thursday, March 29, 2007

Tag Kertas Dinding

Tag kertas dinding (wallpaper) adalah tag yang paling aneh bagi aku. Aku ingatkan sebelum nih tag gambo bilik tidur sendiri adalah yg paling pelik. Tapi takpelah, untuk menunaikan hajat yang tertangguh, dipersembahkan kertas dinding kesayangan aku sekarang. Maaf terlewat bagi yang mengetag. Aku tau tag nih dah basi 3 4 minggu lepas.
.
(ps: yg pasai resolution apekemendentah tu tak payahla kot, kan?)
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
Wakakaka!!!
.
.
.
.
.
.
.
Sebenarnye aku memang kerap menukar kertas dinding, kadang2 tetiap hari tapi biasanya 3 4 hari sekali. Nih salah satu yang penah aku gunakan sebab aku ada banyak koleksi kertas dinding. Okeh, yang aku pakai sekarang adalah yang nih:
.
.
.
.
.
.

Sunday, March 25, 2007

4000

Kemaskini 28/3/07
Hoho aku sudah boleh log-in kembali dan tak perlu nak mengedit dari CC dah. Tapi haraplah berpanjangan. Susah susah aje!
.
.
Posting Asal:
.
Haritu aku dah bukak citer pasai 300 (besh gile lagi skali ditegaskan. Dan aku dah donlot versi uncensored...hahaha)
.
Ini kali aku nak cerita skit pasai 4000 plak. Tapi bukan citer 4400 kat Astro yang pasai orang ilang tu. Citer Astro fevret aku skarang adalah Heroes (pon besh gile gak...) selain drpd perlawanan2 bola yg melibatkan Chelsea!
.
Upsss berbalik pada citer asal, 4000 adalah sebuah kisah malang yang berlaku hampir 3 minggu lepas. Ringkasannya:
.
1. Aku menunggang kenderaan
.
2. Aku melanggar Unser
.
3. Bontot Unser sudah bengkok
.
4. Bontot depan (ader ke bontot depan?) kete aku pon turut bengkok.
.
5. Dan pelbagai lagi kepecahan dan kecacatan aku alami
.
6. Lalu keretaku ditunda ke bengkel. Unser itu aku taktau citer, dia buat tuntutan insuran.
.
7. Malangnye insuran aku third party, maknanya kene keluar duit sendiri untuk tindakan pembetulan (eceh! istilah ISO MS 9001:2000)
.
8. Semalam orang di perbengkelan memaklumkan, jumlahnya 2500.
.
9. Juga memaklumkan 1500 lagi untuk aktiviti pewarnaan semula keretaku.
.
10. Kompaun bahana melanggar kenderaan lain tanpa sebab adalah 300.
.
11. Bayaran menunda kenderaan adalah 200.
.
12. Owh, jumlah kasar sudahpun melebihi 4000. Ia kini 4500.
.
13. Aku rasa macam tak sanggup nak bayar tapi kedai dah repair, takkan taknak bayar.
.
14. Tindakan pencegahan (istilah ISO lagi) selepas ini adalah jangan melanggar kereta orang lain lagi.
.
KESIMPULAN : 4000 adalah separuh daripada bajet hantaran kahwin aku yang hangus. So, tunda kawen lagi 4 bulan...hohoho. Sangap.

Monday, March 19, 2007

Kena Tulah

Huuwaaaahh!!! aku tak dapat nak akses ke webpage utk sign in masuk blog. Cuma buleh akses blog sbg pelawat & komen jer. Nape ntah. Skrang dah 3 4 ari takle nak log-in so maafla aku tak dapat nak mengirim entri baru. Betui la Orochi aku dah kena tulah pasai aku buat entri mengutuk Tengku kerabat diraja Melaka.. hohoho...


:( manyak selih

Thursday, March 08, 2007

Prepare for Glory!

.
300 BATU!!! (300 ROCKS kate mat Salleh)
.
Sekian lama aku dihidang dgn cerita2 dungu dan tak bape cerdik di panggung akhirnya malam tadi aku buleh tidur senyum setelah menonton Leonidas dan sahabat2 300-nya bertarung menentang si Persian yang beribu kali ganda bilangannya... Owh, dah tentulah 300 akan kalah, tapi di sinilah kita akan belajar tentang kalah dengan bermaruah.
.
4 perpuluhan 4 bintang!!
.
Merujuk citarasa peribadiku, 300 tidaklah mencapai kecerdikan da Vinci Code atau mencantas status Super-Epic LOTR. Tapi ia sedikit baik daripada Troy dan mungkin setara Gladiator.
.
Namun mungkin ada di kalangan kalian yang tidak menggemari filem yang ganas dan buas. Oleh yang demikian baik kalian tengok filem Mukhsin ataupun Bridge to Terabithia yang lebih lembut dan sopan santun. Dalam 300 ada banyak kepala beterbangan, kaki yang tertanggal dan darah yang tepercik sana-sinun.
.
Filem ini tidak sepenuhnya berpandukan logik dan fakta, walaupun diambil jalan ceritanya daripada Battle of Thermopylae pada 480 Sebelum Masehi. Zack Synder menghasilkan filem ini berasaskan komik oleh Frank Miller. Makanya kalu dah sumber rujukan pon komik, logikla ada unsur2 kekomikan dalam 300. Takdepun disebut di awalan cerita 'based on true story' ke... Tapi kekomikan filem ini buleh dicerna oleh akal dengan baik disebabkan ia amat menghiburkan!
.
Amaran : Parsi yang jahat dalam 300 adalah bangsa Iran (Parsi=Iran). Jadi kalian akan dapat melihat propaganda kejahatan Iran dalam 300 ini. Anggaplah ia semata-mata hiburan. Hollywood memang selalu bergitu.
.
Selamat menonton dengan aman dan tenang..
.

Tuesday, March 06, 2007

Hari Malang Anda?

Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh di dalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengan sirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedah siasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatan penuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.
.
Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopter digunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari punca yang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300 kaki dari udara ke dalam api…… 20 Mac 1998.
.
MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?
.
Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.
.
Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan....... ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!
.
Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki... tak lupa anunyee.. Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye... (sekali lagi...) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.
.
ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?
.
Ingat! Mungkin ini lebih buruk...
.
1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak Exxon Valdez* (untuk maklumat, rujuk pada hujung artikel) adalah sebanyak USD$80 000. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, orang ramai ‘menonton thiller’.... Kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.
.
2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik. “Suamiku terkena kejutan elektrik!!!”
.
Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat atinye..) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil mendengar Walkman... patah dua tulang tangan.
.
3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerja penghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuah pusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzir tadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek tu..
.
AKHIR SEKALI...
.
4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan return to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang di set meletup apabila dibuka.... menjadikan pengirimnya bercerai kepada kepingan-kepingan badan yang berasingan... Innalillah..
.
*Nama kapal milik syarikat Exxon Shipping Company (sekarang dikenali Sea River Shipping Company). Menyebabkan tumpahan minyak semasa dalam perjalanan merentas Alaska pada 23 Mac 1989.
.
Tumpahan yang berlaku : 11 juta gelen atau 257 000 tong minyak.
Liputan minyak seluas 1300 batu dengan 200 batu yang terhampir dengan punca adalah tumpahan kritikal.
.
Kos pembersihan adalah USD$2.1 bilion!! (bukan juta tau) melibatkan 10 ribu pekerja, hampir 1 ribu bot dan kira-kira 100 buah kapal terbang serta helikopter.
.
Bangkai lebih 35 ribu burung dan 1 ribu memerang laut dijumpai. namun disebabkan banyak lagi bangkai yang tenggelam ke dasar laut, anggaran sebenar kematian haiwan adalah 250 ribu burung, 2 800 memerang laut, 300 anjing laut, 250 helang botak (haiwan yang dilindungi sepenuhnya di US), 22 ekor paus pembunuh dan berbilion telur ikan salmon dan herring.

.
Maklumat lanjut... http://www.evostc.state.ak.us/index.cfm