Dilema
.
Aku dalam dilema yg baru melanda. Pasai keje. Aku dah 5 bulan kat tempat kerja sekarang. Keje gomen. PTD/ADO kat sebuah Daerah. Gaji ok. Keje tetap. Minggu lepas aku dapat plak panggilan intebiu minggu depan. Sesi intebiu mungkin aku akan hadir. Tapi dilemanye kalaulah kate aku dipilih…nak ke tanak? Jawatan Tutor di UKM. Makanya, aku dapat sambung belajar Master, PhD pehtu jadi pensyarah/penyelidik. Minat aku sebenarnya memang bidang akademik. Tapi kerja aku sekarang potensinya luas. Nak dapat pun punyelah payah. Korang pun tau rasanya camane nak dapat jadik PTD.
.
Dari segi GAJI, Tutor menawarkan gaji yang sedikit tinggi (beza RM200), tapi untuk jangkamasa panjang, dua-dua pun lebih kurang je sebab PTD naik pangkat cepat (bergantung pada prestasi gak lah). Maka, aku takde masalah dalam mempertimbangkan gaji.
.
Kalau diikut MINAT pulak, akademik adalah kecenderungan aku. Tapi tidak pula bermaksud aku tak suka dengan apa yang aku buat sekarang. Aku seronok dengan kerja ni sebenarnye. Lagipun sebagai PTD, aku boleh pergi ke mana2 Kementerian / Jabatan / Negeri / Negara...terpulang kepada setakat mana kita sendiri nak menonjolkan diri kita lah. Duduk di daerah sekarang ni pun aku dah syukur sangat, macam2 perkara aku dapat belajar.
.
Aku memang berniat nak SAMBUNG BELAJAR. Dengan ijazah aku sekarang, sebenarnya aku boleh terus lanjut ke PhD tanpa perlu buat Master. Peluang untuk sambung belajar bila dalam perkhidmatan awam terutamanya Pengurusan dan Profesional sebenarnya luas. Mohon je kat JPA. Kalau aku jadik Tutor pulak, dah tentu kene sambung belajar. So, dalam hal ni pun aku takde masalah.
.
Cuma sedikit kelebihan sebagai Tutor (pensyarah in future), dah tentu TEMPAT BERKHIDMAT aku nanti adalah UKM, Bangi. Jadi aku dah nampak settlement aku untuk 10…20…30 tahun akan datang. Sebagai PTD, jangan kata 5 tahun, 3 tahun akan datang pun ko takkan pasti kat mana ko akan ditempatkan.
.
Dari segi PELUANG KERJAYA, dua-dua pun ok. Jadik Tutor mulanya..lama2 naik ke Dr, Prof Madya dan Profesor…. Jadik PTD pulak, dari PSU, KPSU, SUB, TKSU sampailah ke SUK, KSN. Dua-dua pun boleh cecah gaji 10k. Nak lagi kaya, bisnes sendirik la.. Keje gomen takle kaya, setakat senang hidup bolehla.
.
Istikharah dah tentu, tapi aku perlukan bimbingan dalam mempertimbangkan CBA (Cost Benefit Analysis) sebagai Tutor dan PTD. Tolongla ye...
.
(zwit/titicaca=pensyarah dan mawar=PTD kene bagi komen neh ;p)
.
.
.
Rambo
.
2 minggu nih, panggung wayang jadi teman malam. Tapi bukan tu yang aku nak citer. Ini Pasai citer Rambo. Yang Sly Stallone lakon tu. Kalau korang baya 30-an dan 20-an memang kompem kenal Rambo lah kan.. Tapi aritu bila aku borak2 dengan staf aku yang semua lebih kurang sebaya, sorang minah ni (baya aku) blur dan takle bayang Rambo tu amende.
.
“Rambo tu ape? Yang tutup sebelah mata tu ke?”
.
Aik, hero mane nak yang sebelah mata tutup? Pueh la kitorang menerangkan kehebatan Rambo dan betapa Abang Rambo menjadi idola dan pojaan kanak-kanak zaman dulu.
.
Pehtu boleh pulak tetiba dia cakap, “Saya taktaula Encik, camane cite Rambo tu. Dari tadi saya bayangkan Rambo tu macam Ninja Turtles!”
.
Adeh! Jauh terpesong minah nih. Apekedek Rambo tu Ninja Turtles!! Ape lagik, ketawa besau la kitorang sume. Pehtu dia cakap, dalam kitorang bercerita, dia terbayang Rambo tu macam Flashmen la (yang ade meriam katak tu…ingat?), lawan raksase la, macam Thundercat la. Cess!! Tinggi sungguh imaginasi beliau. Ampunkan jerla. Apatah lagi dengan personaliti si Fizza nih yang comey dan ala2 innocent gitu ;p
.
Konpius lak aku camane ade gak orang2 di generasiku ini yang tidak mengenali Rambo. Apakandaya, mungkin si Fizza ini tidak dicemari dengan perkara2 yang melalaikan di zaman kanak-kanaknya..
.
.
.
Filem
.
Bintang-bintang untuk filem ditonton.
.
Sweeney Todd : 3.9 Bintang! Agak bosan sebab muzikal tapi penceritaan yang menarik dan kostum yang perfekt.
.
Kung Fu Dunk : 3.1 Bintang! Cuba menuruti kemasyhuran Kungfu Hustle dan Shaolin Soccer tapi tak berapa menjadi. Lawak memang lawak tapi plot cerita flat dan kemengarutan yang kurang berkesan
.
John Rambo : 4.3 Bintang! Keganasan merata-rata! Besh!
.
Cuci : 3.3 Bintang! Percubaan yang baik untuk Hans tapi cerita berlawan cuci bangunan kurang mencabar la. Cuba lagi! Filem yang lucu dan patriotik
.
Cerita yang akan ditonton minggu nih. Cj7 dan Jumper!
.
Cerita yang aku elakkan dari menonton sekarang. Semua cerita seram Korea / Jepun / Indon / Thailand sebab kebanyakannya mengarut, membosankan, tak seram, klise dan tak berbaloi ditonton walaupun secara percuma…
.
Adios! (Sowi amik masa korang dengan entri panjang neh)
.
.
.
.