Thursday, September 20, 2007

Perasaan yang Kecamuk

.
Aku tak tahu ingin bermula dari mana. Bercampur baur perasaan sekarang. Semalam ada cerita yang ingin kuhidang di blog ini. Tapi awal2 pagi aku dikejutkan dengan berita Jose Mourinho meninggalkan Chelasea FC! It feels like end of the world.... :-( Apepun... the Blues will rise stronger! Mungkin untuk beberapa bulan ini Chelsea FC akan bergoncang dan mengalami ketidakstabilan. Namun kuharapkan, keadaan ini akan pulih secepat mungkin.
.
ALL THE CHELSEA BOYS WILL MISS MOURINHO .... he was Chelsea, he was amazing and he was indeed the special one ... he will be missed by alot of people :-( BLUE FOR LIFE!!!
.
.

Goodbye Jose and good luck in the future ..
.
.
Takpelah... Cerita lain (dengan sedih dan tak excited)
.
.
Semalam aku diberi kesempatan bertemu muka menghadap YAB MB selama 2 jam. Daripada apa yang disampaikan beliau kepada kami ber-13 di dalam Bilik Tamu Khas pejabat beliau, aku dapat merasakan beliau seorang yang berwawasan tinggi tetapi realistik. Beliau juga menaruh harapan yang besar kepada kami ke arah membantu pembangunan dan kemajuan negeri. Walau bagaimanapun, aku sebenarnya gembira dengan beban yang diberikan kepadaku kerana ia adalah peluang untukku memperbaiki diri di samping memberi sumbangan kepada masyarakat. InsyaAllah apa yang beliau inginkan untuk negeri ini akan kami usahakan bersama hingga tercapai.
.
Kerjaku sekarang mungkin hanya 20% berkaitan dengan tugas di tempat lama. Namun sekurang-kurangnya, setahun pengalaman sebagai pegawai tadbir di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM sebelum ini sedikit memudahkanku untuk beradaptasi dengan tugas sekarang.
.
Paling menarik, aku berkesempatan menghadiri banyak majlis walaupun baru masuk minggu kedua di sini. Sehingga hari ini hanya 2 kali aku berkesempatan berbuka sendiri kerana di waktu yang lain, aku berada di majlis berbuka puasa yang memerlukan aku untuk hadir. Setiap malam aku berpeluang berbuka dan bersolat di masjid/surau berlainan. Setakat ini, aku belum lagi berpeluang bertarawih di masjid/surau yang sama untuk kali kedua. Malahan, pada Jumaat lepas aku berbuka, mahgrib dan Isya di tempat lain kemudian berkejar untuk tarawih di masjid yang lain pula kerana dua majlis berbuka diadakan serentak.
.
Namun, majlis berbuka yang aku hadiri malam tadi agak menyentuh rasa. Ia diadakan di sebuah perkampungan orang asli di mana 40% daripada penduduknya beragama Islam. Keadaan mereka memang jelas daif, namun kegembiraan terpancar di wajah penduduk kampung tersebut kerana kunjungan kami yang terdiri dari pelbagai Jabatan termasuklah YB ADUN kawasan tersebut.
.
Paling aku sedih apabila seorang pemuda yang makan dihadapanku hanya meratah ikan sepat masin bersama nasi putih sedangkan beberapa jenis lauk pauk terhidang di atas meja. Aku faham, dia ralat untuk menjamah nasi dengan lauk yang pelbagai kerana dia sudah biasa dengan nasi yang dimakan bersama sejenis lauk. Kuperhatikan, bila ikan masin itu habis diratah barulah dia mengambil lauk ayam. Kemudian apabila ayam telah dijamah barulah dia menyudu kacang panjang yang dimasak bersama daging. Aku tiba-tiba rasa sebak dan aku merasakan betapa harus akan bersyukur dengan rezeki yang telah aku peroleh selama aku hidup ini. Tambah lagi bila pemuda itu memberitahu yang dia tidak berumah, dan kini menumpang di pondok jiran bersama isteri dan anak tunggalnya.. Huhuhu ciannye diaaa...
.
................................................................................
.
.
Okeh, dipersembahkan di sini rumah baruku yang tak berapa baru. Kuarters 3 bilik tapi besau gile wooo.. Aku rase kalu 6 orang duduk pun masih luas lagi. Sekarang dok berdua je dengan officemate. Jemputle datang :)
.

Kete tu officemate punye keh. Kete aku dah sorok tempat lain
.

.

Breathtaking view dari belakang rumah

(abis cite. Aku sedey lagi ar pasai Mourinho. Kembalilah Mourinho!!)

15 comments:

zwitterion said...

Pasai Mourinho ni, jangan la sedey sgt..;).Tgk, aku tak sedey pun..

Baru aku nak teka kereta dpn rmh tu ko punya, rupanya dah siap sorokkan ..haha
Selamat berposa..nak kad raya x?..hehe

inna hayati said...

cantik view itu...mesti sangat bahagia duduk di situ dengan pemandangan yamh sangat nyaman kan??

dulu pernah belajar di matrik kuala pilah, sangat cantik n berbukit bukau macam itu...

smoga encik itu sehat sentiasa dan dimurahkan rezeki untuk jaga anak dan isterinya...

bride-to-be said...

tuan ADO...

kat kuarters tu ada hantu tak?bilik 0 yang lagi satu tu hantu apa yg duduk?ekekekekke

Unknown said...

aku tak sedey pun.. Mourinho tu saper? hahaha...
nanti aku nak datang rumah ko.. sediakan bilik yer..

Inah said...

nak dtg gak..laallaala

13may said...

waaaa...kuarters lama tuh...

bride-to-be said...

kuarters penuh hantu....huhuhuhu

me3n said...

bersimpati dengan nasib Chelsea hehehe. juge bersimpati dgn kekalahan baru2 neh. ;p.

Masy said...

aku tak sedey pon? ooo sebab x fanatik bola agaknya.

btw, kuarters tu mngimbas kenangan laa sbb ala2 rumah warden aku je dulu.. kuarters jugek heheh

Anonymous said...

zwit : kad raya? woahhh nak nakkk ;D

inna : aku nak rezeki yang mahal2 mcm honda civic baru, banglo nam tingkat n pi Tokyo naik plane 1st class org blanje...heheh. tapi dpt rezeki murah pun ok gak...

mawar : ya memang jangkaan yg tepat. Aku diganggu pd minggu kedua oleh hantu yg misterius...heeee... Ada bunyi, takda rupa..

orochi : tak payah sediakan, rumah tu mmg ade bilik lebey

inah : jemputle ;P jgn lupe bwk buah tangan..

13may : ko plak bila nak dtg?

ad3ck : hidup umpama roda...begitu juga nasib the Blues...

masy : tapi sonot woo dok ateh bukit, tinggal aku lom beli teropong jer lagik ;p

achik said...

aku pun tak sedey.. err aku tak kenal pun dia sape..

wah2 besar giler kuarters tu.. :)

HEMY said...

ni kat mana ek view..mmg nice..slam berkunjung

inna hayati said...

wawah...tamak habola sungguh...
orang doa utk encik orang asli tu la... ;)

Anonymous said...

Selamat menjalani ibadah puasa. Wpon byk jemputan iftar, kontrol2 sket makan tuh! hehe...

faridmw said...

salam ziarah..
selamat berpuasa..
bersabar ja la.... bulan yang mengajar banyak tentang kesabaran ... oleh itu bersabar ja la.. dan senyum selalu....