Thursday, October 25, 2007

Wang & Pernikahan

Salam. Apa kabar kalian?
.
Hmm..entah ada lagi ke yang sudi berkunjung ke blog aku ni. Maklumla, cuma cerita2 basi. Lagipun dah lama sangat aku tak singgah di blog kawan2... Maaf ye.
.
Perkahwinan merupakan satu detik indah yang diidamkan oleh setiap insan (yang normal). Hidup berkeluarga juga adalah tuntutan agama atas pelbagai sebab yang memanfaatkan. Di dalam menelusuri kehidupan, fasa perkahwinan merupakan fasa perubahan menyeluruh di dalam diri seseorang individu. Ini disebabkan terlalu banyak perbezaan yang akan dialami oleh seorang yang telah berkahwin dengan seorang bujang. Entahle, korang tanya la kat depa yang dah kahwin. Aku bujang lagi. Jadi, aku agak2 je..
.
Walau bagaimanapun, proses untuk menuju ke arah perkahwinan di Malaysia ini boleh dikatakan agak mencabar. Bagi aku, cabaran paling utama adalah kewangan. Maksudnya, kita hampir pasti tak boleh nak berkahwin dalam masa 6 bulan daripada tarikh jatuh hati. Kecualilah kalau kita telah lama mempunyai simpanan yang kukuh, iaitu lebih RM20k (macam orochi) atau lahir dari keluarga ratus-ribuan, jutawan ataupun bilionwan.
.
Walaupun sebenarnya proses pernikahan menurut Islam adalah mudah dengan lima syarat iaitu SISWI (ingat ke tak ape ni?), di Malaysia ini syarat tambahan wajib adalah Kenduri dan Hantaran. Dan syarat tambahan inilah penyebab utama kebanyakan perkahwinan orang kebanyakan seperti aku ni tak dapat disegerakan (walaupun jiwa meronta-ronta nak kahwin cepat). Tidaklah kenduri itu sempurna kalau belanjanya kurang dari RM10K dan ramai pula akan mengata kalau duit hantarannya kurang RM5k. Jadi, minimum belanja perkahwinan sudah semestinya RM15k bagi lelaki dan RM10k bagi perempuan. Itupun kita sehabis cikai la tu.
.
Kalau pernikahan dijalankan ikut syarat asas SISWI tadi dan mengabaikan pula Kenduri dan Hantaran, antara kata2 manis yang akan didengari adalah :
.
Agaknye dah terlanjur kot...
Aik tetibe kawin, mesti ade pape ni
Ko nak tau, anak Cik Pah tu kawin koboi semalam!
Dah tak mampu, gatal gak nak kawin. Camane nak tanggung bini nanti... dsb
.
Aku tak nafikan, banyak faedahnya Kenduri dan Hantaran yang diamalkan masyarakat Melayu kita ini. Tapi di sini, aku cuma nak meluahkan rasa hati betapa kalau tak kerana kedua-dua faktor ni, dah lama dah aku dapat tinggal sebumbung sekatil dengan pasangan hidup. Aku selalu terfikir, alangkah bahagianya kalau duit hangus RM15k-RM20k tu dapat digunakan bagi mencukupkan segala keperluan asas bagi pasangan yang baru berkahwin. Fenomena kawin hutang kini makin berleluasa walaupun ramai yang malu nak mengaku. Hutang dengan Bank Rakyat, hutang dengan adik-beradik dan saudara mara, hutang kawan-kawan...
.
Kesimpulannya, bukan senang nak kawin bagi orang Melayu Malaysia, selagi syarat SISWIKH tidak dipenuhi.
.
Ya Allah permudahkanlah urusanku...segerakanlah perkahwinanku. Amin.

17 comments:

Masy said...

dah nk kawen ke?

shakirah said...

Salam lebaran n salam knal..hehe :)

Julia said...

Moga dipermudahkan segalanye..AMIN ;p

orochi said...

oit, ni pehal aku pun terlibat ni?
ko nak kawen yer?
aku boleh tolong jadi pengapit..
hahaha...

zwitterion said...

Moga berjalan lancar...kalau pompuan kurang la sket cabarannya sbb nak menerima hantaran.lelaki mau kopak..:)
moga urusan kau dipermudahkan..amiin

Mawar said...

"Allahumma yassir wa la tu'assir"
Amalkan doa ni...alah..ko pun tau kan doa ni...

Memang lepas raya ni semua entri berkaitan kawen ke?hehhe...jangkit kot...

lindosh said...

persoalannya.. bila ko nak kawen neh?

ad3ck said...

neh yang nak kene start kumpul duit neh hehe.

achik said...

jenuh woo kalau nak kena berhutang sbb nak kawin.. kang anak dah berderet hutang x abis bayor.. huhu..

semoga dipermudahkan semua urusan.. jgn lupa jemput makan nasi minyak.. ;)

Mak Su said...

kesiannyer... semoga dipermudahkan urusan awak.. amiinnn

Sufanasrin said...

bestu camne? ada pilihan lain ka?

arianna adrizal said...

baca cerita ni rasa berat kepala, bahu, kaki badan semua laa. aku sendiri kekadang mcm nk give up je..

tintaHati said...

tinta doakan brother cepat kawin dan urusannya berjalan lancar... ;)

yerla sekarang nak kawin pun mahal...duit hantaran jer dah banyak...huhuhu...kopak2...

shahril aley said...

semoga hasrat suci murni kau akan terlaksana tidak lama lagi. aku sentiasa mendoakan yg terbaik utk kau. jangan lupe ajak aku makan nasi minyak kau ye :)

13may said...

Moga semuanya lancar :)

Orang Biasa said...

masy : doa-doakanlah ye ;)

shkirah : bile nak kawen? ;p

Julia : amin gak..

orochi : mane aku tau...lalala. buleh, ko jadik penyepit..ngehngeh

zwit : tu ar, buleh bayangkkan kopakkan yg bakal kualami..

mawar : akupun xpasan, tapi bile tgk entri lain banyak plak pasai kawen..hehe

lindosh : eh, jadik persoalan ke? emm...bukan tahun ni tapi tak lame sangat gakla lagi...

ad3ck : kalu ko nak kawen lagi 2 tahun, baik ko mula ngumpul skrg.

achik : hutang kawen yg aku risau sbnrnye. insyaAllah selagi buleh, aku nak elakkan..

mak su : mak su dah kawen? ;)

sufanasrin : pilihan lain? kalu nak kawen, itu jerla pilihan yang ade..

anne : aik apasat plak? maaf le kalu entri aku tertempias plak kat ko...

tinta : ikut ati, lame dah kawin koboi... tapi mengenangkan adat Melayu...hmmm

shahril : Terima kasih ;) Tapi aku tak pasti lagi nak buat nasik minyak ke, nasik ambeng ke, nasik hujan panas ke...takpun aku bakar je sate 15000 cucuk. Amacam?

13 : Terima kasih gak ;) Ko pun nak kawen jgn lupe jemput. Ngoratla AyaqMasak sampai dapat ;p

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室