Wednesday, November 14, 2007

Sumpah Ikan Tapah

Esok aku akan berkursus di hutan banat. Tiada talian telefon, tiada deruman kenderaan dan sejuk yang pasti menusuk tulang (maka tak payah mandi pagi heheheh!). Tapi tak lama, 3 hari je. Jadi atas ketaksempatan aku nak buat entri sendiri, ini aku petik artikel yang aku peroleh dari laman web speedfinger. Kisah sumpah ikan tapah. Percaya? Tak percaya? Mari kita tengok...
.
Banyak perkara pelik yang tidak termampu difikirkan oleh akal manusia akan kejadiannya. Apakah anda percaya bahawa manusi boleh disumpah oleh seekor ikan? Begitulah yang berlaku terhadap orang-orang dari keturunan Lambor, Parit , Perak. Mereka seolah-olah disumpah oleh ikan TAPAH.
.
KETURUNAN PAK KADUK PANTANG IKAN TAPAH
.
Ramai diantara kita sudah mengetahui cerita Pak Kaduk yang telah menang dalam perlawanan sabung ayam tetapi kampung halaman serta anak isterinya tergadai. Tetapi ramai yang tidak sedar cerita ini ada kaitan dengan segolongan masyarakat Melayu, khususnya penduduk-penduduk di negeri Perak yang pantang makan ikan tapah. Pantang larang memakan ikan itu ada kaitan dengan cerita Pak Kaduk yang membuat sumpahan tidak membenarkan keturunannya memakan ikan tapah. Sehingga kini sumpahan itu dipercayai belum berakhir.
.
Orang-orang yang kononnya pantang pantang makan ikan tapah itu berasal daripada keturunan Pak Kaduk serta kaum kerabatnya. Orang-orang luar yang berkahwin dengan anggota keturunan Pak Kaduk ini juga akan terkena sumpahan itu. Keturunan Pak Kaduk dikatakan kebanyakannya berada di Lambor Kiri, Lambor Kanan, Pulau Tiga dan Bota yang terletak di Perak Tengah. Mereka yang termasuk dalam golongan itu kononnya akan terkena penyakit kulit yang disebut SEMALI iaitu pecah-pecah kulit, berair dan terasa gatal-gatal sehingga ke tulang jika termakan ikan tapah.
.
Di samping itu, kulit mereka akan melecur,sakit sendi dan tulang. Menurut Haji Daharun bin Haji Yajit 77, peristiwa Pak Kaduk itu berlaku ratusan tahun lalu di kampung Lambor Kiri iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Syah Almarhum Aulis Allah Geronggong Perak. Menurut seorang daripada keturunan ke sembilan Pak Kaduk, Hajah Asmah bt Pndak Logam 76, mendakwa ada menyimpan khazanah Pak Kaduk iaitu tiga butir kerongsang emas yang boleh menjadi penawar penyakit sumpahan itu. Katanya lagi, kerongsang tersebut sepatutnya di simpan oleh adiknya, Izham bin Pandak Logam,yang merupakan pewaris terdekat dan kini menetap di Selayang Bahru, Selangor. Haji Daharun yang menetap di Kampung Tua,Lambor Kanan bersetuju dengan tindakan tersebut supaya memudahkan pesakit pulang ke kampung halaman untuk berubat.
.
Katanya lagi, seboleh-bolehnya emas kerongsang tersebut tidak di bawa keluar dari Lambor Kanan. Dalam temubual dengan Hajah Asmah di rumahnya di Kampung Tua, Lambor Kanan, beliau mendakwa kerongsang itu telah mengubati ribuan orang yang terkena sumpahan akibat termakan ikan Tapah. Katanya, penyakit tersebut disebabkan oleh sumpahan itu berupa melecur kulit, sakit sendi dan tulang akan hilang apabila meminum air yang telah direndam dengan tiga butir kerongsang tersebut. Tiga keping kerongsang emas itu berbentuk potongan wajik, ukurannya dua inci bertatahkan batu delima yang dikatakan telah berusia 900 tahun adalah satu daripada tiga barang emas kepunyaan Pak Kaduk diperbuat daripada emas urai yang dijumpai dalam perut ikan Tapah. Menurut Hajah Asmah, tidak ada syarat yang dikenakan bagi mereka yang berubat. Mereka cuma dikehendaki minum air rendaman emas itu ataupun mandi dengan air itu supaya badan yang melecur terubat.
.
TERKENA PENYAKIT
.
Menurut Hajah Asmah bagi, setiap hari lebih kurang 5-10 orang datang kerumahnya berubat dan dengan izin Allah penyakit mereka sembuh. Dalam temu bual dengan Izham B. Pandak Logam, 67 di Selayang Baru Selangor, berkata tiap-tiap keluarga mereka akan mengadakan kenduri arwah di rumah Hajah Asmah. Sebelum tiba bulan puasa, dengan menggunakan wang yang didermakan oleh orang ramai yang datang berubat. "Kerongsang emas itu dikatakan tidak boleh digadai dan diperbuat sebarangan seperti dipinjamkan kepada orang lain", katanya. Kebanyakan yang datang ini termasuk orang dari Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan lain-lain adalah merupakan keturunan Pak Kaduk yang telah berhijrah ke tempat lain. Hajah Asmah juga mendakwa hanya kerongsang itu yang boleh mengubat penyakit sumpahan ikan Tapah dengan izin Allah s.w.t. Beliau menceritakan tentang seorang wanita dari Perak yang terkena penyakit semali telah pergi berubat dengan doktor, tetapi keadaan kulitnya yang melecur tidak boleh diubati selama hampir tiga tahun. Bagaimanapun, keadaannya dikatakan pulih setelah wanita itu datang berubat dengan meminum air rendaman kerongsang emas itu. Haji Daharun turut bercerita kisah perjanjian Pak Kaduk dengan ikan Tapah yang terjumpainya terdampar di daratan Sungai Perak. Katanya, menurut orang-orang tua, Pak Kaduk berasal dari Siak, Sumatera dan telah datang merantau ke Perak lalu menetap di Kampong Lambor Kiri bersama isteri dan anak perempuannya.
.
GEMAR MENYABUNG AYAM
.
"Pak Kaduk ini dikatakan suka dengan permainan kegemaran penduduk kampung ketika itu iaitu permainan sabung ayam dan mempunyai seekor ayam jantan yang handal. "Oleh sebab ayamnya selalu menag, seorang penghulu iri hati tehadap kejayaan ayam Pak Kaduk, lalu berhasrat untuk mencuri ayam itu. "Suatu malam,penghulu itu telah berpakat dengan kawannya untuk menipu Pak Kaduk dengan menyuruh rakannya menyeru nama Pak Kaduk dari atas pokok supaya menyerahkan ayamnya. "Pak Kaduk yang ketakutan kerana menganggap suara itu suara jembalang terus menyerahkan ayamnya. Nasib Pak Kaduk bertambah malang apabila dia tewas dalam pertandingan sabung ayam menyebabkan kampung halaman, anak dan isterinya tergadai ke tangan penghulu itu. Pak Kaduk yang malang itu terus lari ke sebuah pondok. Pada suatu hari, kucing belaan Pak Kaduk datang menghampirinya seolah-olah mengajak Pak Kaduk mengikutnya ke suatu tempat. Kucing itu membawa Pak Kaduk ke tebing Sungai Perak dan di situlah dikatakan Pak Kaduk ternampak seekor ikan Tapah sebesar manusia berperut buncit terdampar di daratan. Pak Kaduk dikatakan membelah ikan itu dan dalam perut ikan Tapah itulah dia menjumpai lebih kurang secupak emas urai. "Kerana terlalu gembira, Pak Kaduk telah menjahit semula perut ikan itu dengan menggunakan tali bemban,"sambungnya.
.
SUMPAH PAK KADUK
.
Pak Kaduk terus bersumpah bahawa keturunannya tidak akan dibenarkan menganiayai dan memakan ikan Tapah sampai bila-bila sebelum melepaskan semula ikan itu ke sungai Perak. "Ada yang begitu alah dengan pantang itu sehingga terkena air atau terbau ikan Tapah menyebabkan kulit mereka melecur,"tambah Daharun. Menurutnya lagi,dengan emas yang diperolehi itu,Pak Kaduk telah menebus semula kampung, isteri dan anaknya daripada penghulu itu. Emas selebihnya digunakan untuk perbelanjaan seharian serta membayar hutang dan sebahagian daripadanya di perbuat perhiasan barang kemas. Menurut Izham pula, Pak Kaduk dikatakan kembali ke Siak dan di sana dia menempah sepasang subang, sebentuk cincin dan tiga keping kerongsang emas yang sekarang disimpan oleh Hajah Asmah itu. "Kerongsang itu dibuat oleh Pak Kaduk sebagai penawar bagi sumpahannya manakala barang kemas lain dijadikan perhiasan. "Subang itu kini dikatakan ada disimpan oleh kaum keluarga Pak Kaduk di Siak, manakala cincin itu pula disimpan oleh keturunan Pak Kaduk yang menetap di Kuala Dipang, Perak. "Pak Kaduk pengasas sumpahan ikan Tapah itu dikatakan meniggal dunia di Siak dan kuburnya didakwa masih ada sehingga sekarang,"tambah Izham mengakhiri ceritanya. Mungkinkah ikan Tapah tidak boleh dimakan disebabkan sumpahan Pak Kaduk dan bolehkah tiga butir keronsang emas yang dikatakan dari perut ikan tapah itu boleh dijadikan bukti tentang kebenaran peristiwa itu? Adakah air rendaman kerongsang ini benar-benar boleh menyembuh penyakit semali yang didakwa oleh keturunan Pak Kaduk? Sehingga ke hari ini masih belum dijawab.
.

17 comments:

Unknown said...

panjangnye cite sumpahan neh

Unknown said...

adeh.. benarkah? benarkah? hahaha...
aku ok jer makan ikan tapah..
kira bukan keturunan pak kadok la..

Anonymous said...

aku pon tak baca abeh lagi sebenarnye. copy paste je..hahaha

orochi : abeh ko keturunan ape? Hokage ke?

Anonymous said...

entahlah benar tidaknya kisah lagenda ni. saya pun berasal dari Lambor juga, tapi lambor kanan. tengok ikan tapah pun tak pernah, makan entahlah, kut orang hidang dah siap di masak. tapi tak penah kena melecur gatal sampai ke tulang gitu. yg adanya, alahan makan makanan laut je.

Anonymous said...

Wallahua'lam... Tapi Arwah Opah keme memang tak boleh makan ikan Tapah ni. Naik gatal2 badan. Adakah sumpahan atau hasil kepercayaan yang dah sebati dalam diri (minda bawah sedar) seseorang yang menyebabkan nya gatal.. Emmm keturunan Pak Kadok ke Keme nih? hehe

Anonymous said...

Sila layari http://malayarchipelago.fotopages.com/?entry=356662
Malangnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, laman http://web www.kgtualambor.net tidak dapat digunakan lagi

Unknown said...

aku org jati lambor kanan...citer neh mmg betol cumer aku x penah kene sebab dari kecik diberitahu ttg kesah neh..so kiter alert r..tapi jiran aku pernah kene..de ngan anak der suke memancing..satu hari dapat ikan tapah tapi dorang xtau itu ikan tapah. then terkene la sejenis penyakit cam kurap aka kudis2 satu badan...p mintak air penawar dari keturunan pak kadok kat Kg. Tua..alhamdullilah pulih balik...terpulang pada kalian nak cayer or tak..ikan tapah lebeh kurang cam ikan belida, ade sirip sepanjang badan blah bawah tapi saiz de besar n gemuk..ikot cakap org tue2, cium asap dari masakan der pon x leh...

Unknown said...

de bukan keturunan pak kadok jer akan kene, menurut ceritenyer, selepas pak kadok dapat emas dari dalam badan ikan tapah, de jait balik n lepaskan balik ke dalam sg. perak, mase lepaskan ikan tu, de sumpah yang anak cucu lambor sepanjang era x leh makan ikan tapah...camtu la lebeh kurang...

radiomalaya said...

a'kum....
Bila punya maklumat ni? Hj Daharun dah arwah. Izham pandak logam pun dah lama arwah. Hjh Asmah sekarang ni ada di Selayang.

Anonymous said...

aku memang anak jati k.g lambor kanan.memag tol la ktorg xleh makan ikan tapah.xcaya korg kawin ngan org lambor dapat anak,jgn bg tau pe2 kat anak korg then suruh anak korg tu makan ikan tapah.baru tahu kebenarannya camne sama ada minda bawah sedar atau tidak.

Anonymous said...

OoO...aku ingt cite sumpahan ni dibuat2 oleh mak aku,lps aku blk dri water rafting kt kelantan, rupa yer sumpahan dri pak kaduk, mak aku org bota, makcik aku penah kena pnyaki kulit mse die trpegang ikan tapah kt pasar..so bhati2 korg yg ada keturunan ni g pasar huhu..tp kt kelantan aku dgr ikan tapah kt pedalaman tu bleh mececah sebesar boat angin kitaorg adalah lebar kancil, & ank org asli sne pnh kne ngam ngn ikan tu huhu...

Unknown said...

ak org dr kawasan bote..
story nie mmg betul ada family ak pernah kene ssah mak carik penawar die
alhamdulillah sekg die dah ok

Anonymous said...

mak aku selalu citer jangan makan ikan tapah nie . aku orang lambor kiri , Perak .

drimron said...

salam,
aku asalnya google subjek orang rawa terus terjumpa topik ikan tapah langsung sampai ke blog ni. macam kawan2 jugak, arwah ayah aku org parit dan memang bercerita pantang ikan tapah ni, cuma aku tak ingat watak pak kaduk tu. jadi cerita anak pndak logam (nama moyang aku pun boleh celen nama pndak logam jugak..hehe)tu sama. ramai sungguh cicit piut pak kaduk yang kene jaga pantang ikan tapah ni rupanya. satu lagi, aku dah tahu sekarang asal moyang ayah aku dari siak kalau ikut 'sejarah' pak kaduk ni. aku memang nak tau org melayu cakap loghat 'paris' ni datang dari mana. elok juga kongsi2 cerita sesama cucu cicit pak kaduk ni ye! selamat berpuasa.
drimron@yahoo.co.uk

Awra B'White said...

aku caye kisah nie..sbb opah sedara aku dah penah kena..makan ikan tapah then kena penyakit kulit..mule2 elok jek kulit dia,tp pas mkn ikn tapah,dah mcam albino..bersopak2 jadinya..family aku mang dah ckp dr dlu,jgn makan ikan tapah,sbb ada sumpahan.tp aku xtaw lak,pak kaduk pengasas sumpahan nie..

Anonymous said...

btol ke pak kadok asal dok lambor kiri?orang ckap pak kadok kt lambor kanan?em sy orng lambor kiri..so xleh mkan ikan tpah la ek...emmmm

Anonymous said...

Assalammulaikum...masih ramai generasi skrg yg tak tahu pasal sumpah keturunan Pak Kaduk ni. Keturunan keluarga saya memang dilarang makan ataupun pegang ikan tapah ni. Ada kaum kerabat saya yg dah terkena penyakit yg disebut dlm kisah ini. Kerabat sayatu terpaksa keluar dari negara Perak bertahun2 utk berubat..dlm masa berubat tu dia tidak dibenarkan menjejak kaki kePerak. :((( sampailah sumpahan tu habis...memang sedih kisah hidup dia....(