Monday, February 11, 2008

Dilema/Rambo/Filem

Dilema
.
Aku dalam dilema yg baru melanda. Pasai keje. Aku dah 5 bulan kat tempat kerja sekarang. Keje gomen. PTD/ADO kat sebuah Daerah. Gaji ok. Keje tetap. Minggu lepas aku dapat plak panggilan intebiu minggu depan. Sesi intebiu mungkin aku akan hadir. Tapi dilemanye kalaulah kate aku dipilih…nak ke tanak? Jawatan Tutor di UKM. Makanya, aku dapat sambung belajar Master, PhD pehtu jadi pensyarah/penyelidik. Minat aku sebenarnya memang bidang akademik. Tapi kerja aku sekarang potensinya luas. Nak dapat pun punyelah payah. Korang pun tau rasanya camane nak dapat jadik PTD.
.
Dari segi GAJI, Tutor menawarkan gaji yang sedikit tinggi (beza RM200), tapi untuk jangkamasa panjang, dua-dua pun lebih kurang je sebab PTD naik pangkat cepat (bergantung pada prestasi gak lah). Maka, aku takde masalah dalam mempertimbangkan gaji.
.
Kalau diikut MINAT pulak, akademik adalah kecenderungan aku. Tapi tidak pula bermaksud aku tak suka dengan apa yang aku buat sekarang. Aku seronok dengan kerja ni sebenarnye. Lagipun sebagai PTD, aku boleh pergi ke mana2 Kementerian / Jabatan / Negeri / Negara...terpulang kepada setakat mana kita sendiri nak menonjolkan diri kita lah. Duduk di daerah sekarang ni pun aku dah syukur sangat, macam2 perkara aku dapat belajar.
.
Aku memang berniat nak SAMBUNG BELAJAR. Dengan ijazah aku sekarang, sebenarnya aku boleh terus lanjut ke PhD tanpa perlu buat Master. Peluang untuk sambung belajar bila dalam perkhidmatan awam terutamanya Pengurusan dan Profesional sebenarnya luas. Mohon je kat JPA. Kalau aku jadik Tutor pulak, dah tentu kene sambung belajar. So, dalam hal ni pun aku takde masalah.
.
Cuma sedikit kelebihan sebagai Tutor (pensyarah in future), dah tentu TEMPAT BERKHIDMAT aku nanti adalah UKM, Bangi. Jadi aku dah nampak settlement aku untuk 10…20…30 tahun akan datang. Sebagai PTD, jangan kata 5 tahun, 3 tahun akan datang pun ko takkan pasti kat mana ko akan ditempatkan.
.
Dari segi PELUANG KERJAYA, dua-dua pun ok. Jadik Tutor mulanya..lama2 naik ke Dr, Prof Madya dan Profesor…. Jadik PTD pulak, dari PSU, KPSU, SUB, TKSU sampailah ke SUK, KSN. Dua-dua pun boleh cecah gaji 10k. Nak lagi kaya, bisnes sendirik la.. Keje gomen takle kaya, setakat senang hidup bolehla.
.
Istikharah dah tentu, tapi aku perlukan bimbingan dalam mempertimbangkan CBA (Cost Benefit Analysis) sebagai Tutor dan PTD. Tolongla ye...
.
(zwit/titicaca=pensyarah dan mawar=PTD kene bagi komen neh ;p)
.
.
.
Rambo
.
2 minggu nih, panggung wayang jadi teman malam. Tapi bukan tu yang aku nak citer. Ini Pasai citer Rambo. Yang Sly Stallone lakon tu. Kalau korang baya 30-an dan 20-an memang kompem kenal Rambo lah kan.. Tapi aritu bila aku borak2 dengan staf aku yang semua lebih kurang sebaya, sorang minah ni (baya aku) blur dan takle bayang Rambo tu amende.
.
“Rambo tu ape? Yang tutup sebelah mata tu ke?”
.
Aik, hero mane nak yang sebelah mata tutup? Pueh la kitorang menerangkan kehebatan Rambo dan betapa Abang Rambo menjadi idola dan pojaan kanak-kanak zaman dulu.
.
Pehtu boleh pulak tetiba dia cakap, “Saya taktaula Encik, camane cite Rambo tu. Dari tadi saya bayangkan Rambo tu macam Ninja Turtles!”
.
Adeh! Jauh terpesong minah nih. Apekedek Rambo tu Ninja Turtles!! Ape lagik, ketawa besau la kitorang sume. Pehtu dia cakap, dalam kitorang bercerita, dia terbayang Rambo tu macam Flashmen la (yang ade meriam katak tu…ingat?), lawan raksase la, macam Thundercat la. Cess!! Tinggi sungguh imaginasi beliau. Ampunkan jerla. Apatah lagi dengan personaliti si Fizza nih yang comey dan ala2 innocent gitu ;p
.
Konpius lak aku camane ade gak orang2 di generasiku ini yang tidak mengenali Rambo. Apakandaya, mungkin si Fizza ini tidak dicemari dengan perkara2 yang melalaikan di zaman kanak-kanaknya..
.
.
.
Filem
.
Bintang-bintang untuk filem ditonton.
.
Sweeney Todd : 3.9 Bintang! Agak bosan sebab muzikal tapi penceritaan yang menarik dan kostum yang perfekt.
.
Kung Fu Dunk : 3.1 Bintang! Cuba menuruti kemasyhuran Kungfu Hustle dan Shaolin Soccer tapi tak berapa menjadi. Lawak memang lawak tapi plot cerita flat dan kemengarutan yang kurang berkesan
.
John Rambo : 4.3 Bintang! Keganasan merata-rata! Besh!
.
Cuci : 3.3 Bintang! Percubaan yang baik untuk Hans tapi cerita berlawan cuci bangunan kurang mencabar la. Cuba lagi! Filem yang lucu dan patriotik
.
Cerita yang akan ditonton minggu nih. Cj7 dan Jumper!
.
Cerita yang aku elakkan dari menonton sekarang. Semua cerita seram Korea / Jepun / Indon / Thailand sebab kebanyakannya mengarut, membosankan, tak seram, klise dan tak berbaloi ditonton walaupun secara percuma…
.
Adios! (Sowi amik masa korang dengan entri panjang neh)
.
.
.
.

20 comments:

Masy said...

ape2 pun semoga berjaya laa yaaaa~

shahril aley said...

wah ko berada "dipersimpangan delima" macam lagu Nora plak.

kalau aku, akan lebih fokus kepada faedah yang bakal diterima & persekitaran pekerjaan. maksud aku kalau ko hendak mencari pengalaman baru dalam kerjaya & kehidupan PTD sentiasa menjanjikan peluang itu. Adakah kau suke berada pada persekitaran yang dikelilingi pelajar setiap masa atau bergaul dengan pelbagai jenis orang berpangkat (banyak peluang yang boleh diambil). dari segi melanjutkan pelajaran sudah tentu ko tiada halangan.

banyak sungguh filem yang ko tonton sejak kebelakangan ini.

arianna adrizal said...

mula2 aku nk kata, aku teruja tgk entri ko yg berjela ni. haha! aku rs ko bila dlm dilema baru rajin menulis kot. *gelak lg* muahahaha..

hal kerjaya tu kan.. dr cr ko cerita aku rs mcm ko lbh cenderung dgn kerja skrg la. mgkin ko da selesa dlm situasi skrg ni. ttg lanjutkan pelajaran tu aku rs kerja mana2 pun takde mslh.

btw, gud luck for d intvw!

Anonymous said...

masy : tahnks ;p dunia dan selepasnya...

shahril : hmm..betul kata ko tu. kalu ptd, pglmn n cabaran baru selalu datang. Pensyarah lak kariernya lebih stabil n jelas masa depan. Cuma aku xkesah berada dalam situasi yg mana2 pun sbb aku rasa aku leh seswaikan diri.

Nonton filem selalu, duit pun kopak deh. nak ke panggung terdekat pun 45 minit, pergi balik je rm25 utk petrol. maklumla duduk jauh dari bandar :)

anne : ces! nak kate aku malas hapdet la tu ;p

Hmm betoi...myb aku dah selesa dengan situasi skrg dan tidak pula pasti dengan situasi kerja yg baru. Aku takut menyesal kalau benti..

Mak Su said...

kah kah kah, ninja turtle... aduuuu ler.. istikharah ler, semoga dapat petunjuk

zwitterion said...

aku bab nak bagi pendapat yg susah ni..sebab aku ni hanya nampak peluang dlm akademik.
firstly pi dulu interview, dapat br pikir.:)

jom la join ngajar2 ni..:)

istikharah, bila dah keputusan, jgn pikir2 lagi yg lainnya.

achik said...

betul2 aku pun setuju ngan zwitt.. apa2 hal gi interview dulu.. gud luck n all the best.. :)

inna hayati said...

jumpa awek2 jambu or datuk2 b'pangkat2...mana satu pilihan anda?penin ek nak pikir...nway, gud luck neh...:)

mungkin die dulu suke main msak2 dari tengok tv...kot...;p

bride-to-be said...

pada pendapat aku, ikut minat ko. Sebabnya sekarang memang la ko rasa best je duk kat daerah kan... sekali ko kena hantar tempat yg sentul (mcm aku ni)... dapat bos sentul jugak... masa tu ko akan menyesal... (ini ialah pandangan penuh emosi aku berdasarkan kesentulan skrg... heheheh)

Pandangan menggunakan akal aku ialah: ko buat je la solat sunat istikharah... sbb benda masa depan ni bukan di tgn kita. dalam PTD ni byk benda sentul dan tak terjangkau dek fikiran. Tapi... kalau ko jenis yg suka cabaran, dan tak kisah sekejap disanjung dan sat lagi diperlekeh, elok la ko stay dlm PTD... huhuhuhuhu... kalau bos tenyeh pun, kita still dpt pahala kan... berkhidmat utk rakyat...

Macam bakal calon la plak rasanya bila cakap berkhidmat utk rakyat... hehehhehe.. selamat mengundi weiii

me3n said...

wah tinggi ko rate Rambo tuh. ;p. ku blom sempat tgk lagi. tapi Rambo1/2/3 mmg cerita feveret dulu ehehe.

Anonymous said...

Salam tu orang biase..Ahaaa...bagi saya, jadilah tutor kat ukm.Sy student ukm..hahahaa... xmsuk akal la alasan.. Cmner bleh skip xyah amik master eh? Sbab pointer tnggi eh? Anyway , salamt membuat pilihan .Smoga beroleh petujuk...

13may said...

hmmm....
baik ko jadik PTD ajer la...sebab best!

tapi jadik tutor pun best gak :D

13may said...

Pesanan untuk Mawar:

Boleh invite aku untuk view blog hang dak???

encik13may@gmail.com

sekian, tima kasih :)

~Mawar~ said...

Tuan ADO dan En Maymay... sila ke blog baru aku la... blog lama aku dah jadikan tempat aku melempar bom-bom kepada orang-orang tertentu... tak sesuai utk bacaan dewasa yang waras... hehehhehe

~Mawar~ said...

Kawan, sori... lupa lak... kalau nak tinggalkan PTD dan apa sahaja jawatan tetap sebelum 3 tahun service, kena bayar tau...

Anonymous said...

mak aih panjang tol entry..hurm pileh bebaik k, lagi satu..cite seram korea oke lagi...cite seram melayu yang paling haprakk..terutama anak pontianak yang mengarot giler tuh!..ehehe

Amin Ahmad said...

Alam,

Aku percaya bahawa kita hanya bleh perform bila kita minat sesuatu perkara (maksud aku di sini ada passion).

Antara ciri orang berjaya ialah menangguhkan kepuasannya untuk satu waktu tertentu :)

Now kau dah jadi PTD selepas mengharungi liku kepayahan. Dan graduan Kelas Pertama serta berkarakter untuk aku pilihan kau banyak (setakat aku kenal kau la, tapi ada gak keaiban kau yang aku simpan - maknanya jangan harap dapat jadi politician! haha).

Macam aku, tegar tak nak kerja walaupun 12 kerja pernah datang memanggil walau tak dipinta tapi aku tolak (maklumla kerja2 politik mcm penulis ucapan Menteri dan kerja2 NGO ni, aku perlu masa rest sekejap selepas pengorbanan demi pengorbanan..sekejap jerla harapnya)

Weh, sms aku nanti. Handset aku rosak masa attend BERSIH aritu..hehe

tintaHati said...

hurmm gi lu interview tu, lepas confirm dapat baru pk balik... pe pe pon buat istikharah lah kot...

tp kalo tinta lbh suka yg akademik tuh...huhu

Orang Biasa said...

mak su : sudah terang lagi bersuluh. Citer Blue's Clues.."ada petunjuk! ada petunjuk!" ;p

zwit : insyaAllah, kot2 lagi 15-20 tahun, mungkin aku akan coba ke bidang akademik

achik : malangnye, aku tak pi interview. Nantik aku lagi buntu dan serba-salah

inna : jumpa jambu!!! ;p err, ape kaitan awek dengan jambu ek? Aku xpahamla...

mawar : dulu kecik2 aku dok kat Sentul, KL...ekeke!

thanks mawar atas pendapat. aku tau pasai kena bayar tu tapi aku tak kesahkan sangat tu sebab setau aku selagi belum pi DPA, PTD tak terikat lagi dengan bayaran tu.

Entahle, agaknye sebab aku seronok kot buat masa ni dengan kerja sekarang, walaupun tak pula pasti camane keadaannya akan datang. Tapi insyaAllah, di mana bumi kupijak, disitulah seluruh jiwa raga akan kucurahkan untuk berbakti ;)

Orang Biasa said...

ad3ck : weh dah nonton Rambo lom? Lagi best dari cj7 tau ;)

shakirah : ooo dok ukm? amacam, sonok studi sane? Takde jodohla kite nak bertemu kat kampus, pilihan dah jelas...hehe.

Kalu dapat 1st class degree, ade sesetengah ipt terutamanya kat luar negara akan tawarkan kita terus ke PhD, takyah wat Master...

13may : jadik mcm ko pun best, ramai peminat ;p hehe

cikscarlet : tapi dengar khabarnye, citer Anak bole tahan gak. Tengokla, kalu ade peluang nonton dalam 2 minggu ni aku pi kot.

Amin : wah, nasihat bernas dari sahabat lama.. Master studi ko apa citer? Apa ko nyer no hs baru?

tinta : akademik pun ok, ptd pun ok...dua2 pun ok, sebab tu dacing statik...hehe