Monday, July 09, 2007

Chelsea FC!! Berita Semasa

Chelsea FC diperkuatkan dengan kehadiran beberapa muka baru iaitu Claudio Pizzaro, Steve Sidwell & Tal Ben Haim yang diperoleh secara perpindahan percuma. Dan insyaAllah kalau semuanya berjalan lancar, hari ini seorang lagi yang akan menyertai keluarga Chelea FC adalah Florent Malouda. Malouda dibeli oleh Chelsea FC daripada Lyon dengan harga 13.5 juta pound sterling. Malouda, pemain sayap kiri merupakan Pemain Terbaik Liga Perancis untuk musim lepas. Dan selepas ini seorang lagi pemain baru yang dijangkakan akan hadir adalah Alex dari kelab PSV Eindhoven yang kini sedang bermain untuk Brazil di Copa America. Alex telah mula membina reputasinya di Eropah sebagai salah seorang pertahanan tengah yang disegani.
.
Bertambahnya ahli keluarga Chelsea FC ini adalah untuk memperkukuhkan barisan first-eleven yang telah sedia mantap dan berbisa. Chelsea FC tidak memerlukan sebarang pembelian dengan nama besar atau mahal untuk musim baru kerana pemain-pemain yang sedia ada telahpun membuktikan mereka adalah pencabar utama untuk sebarang kejuaraan yang disertai.
.
Aku betul2 tak sabar menunggu musim baru Liga Perdana Inggeris dengan barisan Chelsea FC yang diperkuat. Dengan adanya pemain first-eleven dan pemain back-up yang lebih kompeten, Chelsea FC dijangka tidak lagi berdepan masalah kehilangan pemain di posisi tertentu akibat kecederaan.
.
.
Barisan Pemain Utama Chelsea FC (25 orang)
.
Penjaga Gol
Petr Cech, Carlo Cudicini, Henrique Hilario
.
Pertahanan
Ashley Cole, Wayne Bridge, John Terry, Ricardo Carvalho,
Tal Ben Haim, Khalid Boulahrouz, Paulo Ferreira, Alex (soon)
.
Pemain Tengah
Claude Makalele, Michael Essien, Frank Lampard, John Obi Mikel,
Michael Ballack, Steve Sidwell, Lassana Diarra
.
Pemain Sayap
Joe Cole, Shaun Wright-Phillips, Arjen Robben, Florent Malouda (soon)
.
Penyerang
Didier Drogba, Andrei Shevchenko, Salomon Kalou, Claudio Pizzaro
.
Setakat ini, hanya seorang pemain utama Chelsea FC yang telah meninggalkan kelab iaitu Geremi ke Newcastle dengan perpindahan percuma. Tapi pada pandangan peribadi aku, pemain lain yang akan mengikut jejak Geremi adalah Khalid Boulahrouz dan SWP. Khalid gagal menyerlahkan sinarnya sepanjang semusim di Chelsea FC, manakala SWP yang lebih kerap terperosok di bangku simpanan kini makin jauh berada daripada barisan sayap utama dengan kehadiran Malouda, di samping pemain sayap sedia ada iaitu Joe Cole dan Robben. Lagipun aku memang tak berapa suke dengan SWP nih ;p
.
Kalau ada sebarang tambahan pemain lagi, itu adalah satu bonus. Tapi Chelsea FC yang sedia ada telahpun merupakan sebuah Dream Team.
.
Pilihan Utama aku untuk posisi 4-4-2 adalah:
.
Cech
Ferreira-Carvalho-Terry-Ashley
Joe Cole-Mikel/Lampard-Ballack/Essien-Robben
Drogba-Shevchenko
.
.
Barisan Kedua
.
Cudicini
Diarra-Ben Haim-Alex-Bridge
SWP-Makalele-Sidwell-Malouda
Pizzaro-Kalou
.
Heheh, dengan Barisan Kedua pun aku yakin dengan keupayaan Chelsea untuk berada dalam kelompok Empat Teratas Liga. Apatah lagi dengan first-eleven. Jadi kepada rakan-rakan penyokong the Blues, be the Blues 4ever!!! Laguku untukmu ;p
.
.
BLUE DAY
.
The only place to be
Every other Saturday
Is strolling down the Fulham Road
Meet your mates and have a drink
Have a moan and start to think
Will there ever be a blue tomorrow?
.
We've waited so long
But we'd wait for ever
Our blood is blue and
We would leave you never
And when we make it
It'll be together, oh oh oh
.
Chelsea, Chelsea
We're gonna make this a Blue Day
Chelsea, Chelsea
We're gonna make this a Blue Day
.
We've got some memories
Albeit from the Seventies when
Ossie and co. restored our pride
Now we've got hope, and a team,
and suddenley its not a dream,
We'll keep the Blue Flag flying high
.
We've waited so long
But we'd wait for ever
Our blood is blue and
We would leave you never
And when we make it
It'll be together, oh oh oh
.
Chelsea, Chelsea
We're gonna make this a Blue Day
Chelsea, Chelsea
We're gonna make this a Blue Day
.
Now even Earth
Is blue today, you should
Hear the Chelsea roar
Hear the Chelsea roar...
.
.

17 comments:

Unknown said...

aku sokong arsenal.. lalala...

k o r o m y s t said...

Arsenal yang dah kehilangan Henry, masih mampu kah melangkah jauh? O_o

Ku sokong Liverpool huahaha xDDD

Tapi ku sker Drogba xP

zwitterion said...

chelsea, chelsea!..hehe.yg sebenaqnya aku bukan penyokong chelsea pun..

Unknown said...

chelsea chelsea chelsea.. yg sebenaqnya aku bukan tau pasal bola! hahaha

achik said...

aku sokong yg menang.. ;p

Anonymous said...

orochi : arsenal ka...QPR ka...sunderland ka.. lantak la. sume sama je di mata aku neh..hehe

koromyst : Arsenal tetap the Gunners wlpun tanpa Henry. No Man is Bigger than the Team

zwit : hang penyokong Kedah kan? ;p

lindosh : uh, agaknye entri nih lebih seswai utk lelaki kot

achik : yaaa...pendirian yg amat bagus. Jadi sokongla Chelsea FC sbb Chelsea FC lah yg akan menang!

k o r o m y s t said...

Nyibuk lagi xD

Anyway, of coursela no man is bigger than the team :P Dan Liverpool dah membuktikannya melalui Owen eheh...

Aaa... just nak tanya, Lampard dengan Terry memang akan jadi player Chelsea for life ke? O_o Terry tu bakal ikut jejak Paolo Maldini la ekk?

arianna adrizal said...

yeah!!! go chelsea..

lama giler aku tak tgk chelsea main woo.. aku bukan peminat fanatik. aku peminat senyap. huhu!

tintaHati said...

Aku tak minat bola...tapi aku minat pemain bola...huhuhu...

Unknown said...

Chelsea FC? Apa itu Chelsea FC? Haha.

Hidup Malaysia! Malaysia BOLEH!

(hampeh betuii! depa buleh bg free ja gol kat china. la ni penjaga gol dikabarkan mendapat kaunseling kerana tertekan dan keciwa. hik hik!)

Orang Biasa said...

koromyst : oh manela aku tau depa nak main 4 chelsea seumur idup ke idak. kene tanya depa sendri la hehe. Tp pada firasat aku player Chelsea 4 life adlh Terry, Lampard, Cech n JOe Cole myb

anne : Sabtu 1st game akan start sabtu tu. preseason kat US :)

tintahati : minat yg sape tu?

cik kema : rumate aku beriye ngajak nengok game Mlysia aritu. fuh nasib xpi. kalu tak sure malam tu aku dilimpahi sumpah seranah.

k o r o m y s t said...

tapi lampard bukan ker berasal dari west ham dulu? so dia kira dah tak layak dipanggil "chelsea player for life" wahahahaha xD dia kena cam paolo maldini yang stay kat ac milan sampai la retirement xD

cech pun sama arr tak layak. joe cole tak sure xP

13may said...

hehhe....fanatik betoi:D

me3n said...

fan chelsea rupenye ko neh hehe. pe pun juara epl lepas cam akan jadik juara next epl lagi jer ku tgk. ;).

Anonymous said...

koromyst : muahaha berminat sungguh ko berbicara pasai bola ye upenye. they r Chelsea 4 life since they signed 4 Chelsea FC. Yg lepas tu lepas la ye ;D

13may : manade fanatik weh. peminat-mati-keras je

ad3ck : aku xkesahkan team lain. depa nak lambung ke bungkus ke, Chelsea FC is the only matter 4 me. PEACE! ;)

Unknown said...

oit.. oit.. udah la sembang pasal bola.. hapdet cepat!

Titicaca said...

huarrgghhh...ngantuk aku dengar citer ni...tapi best gak tengok lawak pak mourinho nanti..meuehehehe...