Monday, July 23, 2007

Kerja Lagi

Maafkan daku terlambat mengemaskini. Aku sebenarnya sangat kesentakan masa. Minggu depan insyaAllah aku akan mensetiausahakan (catat minit) mesyuarat selama 5 hari berturut. Dan sebagai penyelaras mesyuarat yang akan diadakan di the Legend Water Chalet PD, banyak sangat laporan/dokumen yang perlu aku sediakan. Ahli mesyuarat terdiri daripada semua kepala-kepala Fakulti, jadi...jangan maen-maen you...
.
.
The Legend Water Chalets di kala hening senja
.
Pada kadar biasa, bilik paling murah di sini adalah RM700 untuk 1 malam (kami dapat diskaun...hehe)
.
Apatah lagi insyaAllah mesyuarat ini akan menjadi tugas terakhirku di pejabat sekarang. Jadi aku mahu pastikan ia berlangsung dengan lancar. Aku mahu sementelah aku melangkahkan kaki keluar dari pejabatku ini, aku pergi dengan ingatan yang baik.
.
Jadi dalam tempoh2 terakhir ini, aku akan memfokuskan sepenuh masa dan tenaga untuk menyudahkan segala tugas yang belum usai. Takde masa nak emo-emo...nak mesra-mesra buat kali terakhir kononnye. Kalau kerja sekarang nih tertunggak untuk pegawai yang baru kang, aku gak yang malu sebab sampai bila2 orang mengata yang aku lari dari tanggungjawab.
.
Aku datang dengan baik, dan moga aku pergi dengan lebih baik.
.
Kalau ada masa, aku akan mengemaskini lagi blog ini dalam seminggu dua selepas ini. Tapi kalau aku senyap je, korang pi la tinjau2 blog lain dulu ye. Nantik dah masuk pejabat baru, aku akan report kat kalian semua ;) Jumpa lagi di dunia baru!
.
.

15 comments:

jue said...

Tahniah ;)

Smoga ape yg dihajatkan slame ni tercapai...

arianna adrizal said...

hang dpt keje tmpt lain ka?
tahniah2..

tintaHati said...

all the best bro!

Unknown said...

owh, ni mesti hang dah lulus exm ptd aritu? kan? kan?

k o r o m y s t said...

Hmm... menarik gak toilet dalam gambar tuh haha xD Kat lantai yang kaler biru tu apa? Kolam renang kecik? O_o Sekadar untuk rendam kaki? Atau kaler lantai yang biru? Atau tempat sauna terbuka? Haha xD

achik said...

tahniah2 dan all the best..

bride-to-be said...

Welcome to da club!!!!
bestnye ada ahli baru...ngeh ngeh ngeh
Doaku untukmu: Semoga ditempatkan di Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). dalam Bahasa Inggeris, short form dia MOH...kawan2ku (tp bukan diriku) menamakan dia sbg Ministry of Hell....
Welcome bro!!!

Orang Biasa said...

julia : welkam welkam ;) 1 hajat tercapai..

anne : yup lain tempat, lain kirja

tinta : owhhh besh besh... hehe

orochi : exam dah lama daaaa....

koromyst : tiolet hampir sama besau bilik..open bath digelar. yg biru tu panel lutsinar, bawahnye laut. kiranya bule nampak laut la through thE panel.

tapi....PROGRAM KAMI TUKA TEMPAT LAIN!!!! Waaaaa!!!!!!!

achik : welkam gak. aku memang besh..ekeke!

mawar : thanks. Ministry of Hell??? Aku nak dok Ministry of Heaven ;P

Masy said...

mcm hebat jer itu tempat..hukhk~

selamat keje tmpt baru nanti yach!

Unknown said...

hapdet la wehhhh...

hehe ;)

kakLuna said...

lenkali pi putrajaya mmg cari hang lah...nak mintak hang belanja..ha ha

apapun..tahniah..u deserve it!

zwitterion said...

tukar keja baru ke?..apapun selamat maju jaya utk hang.

me3n said...

awat ku tak penah nampak Chalet tuh? sebab da lame tak g hehe.

hang nak tukaq kejer ker? kat ne plak pas neh?

Sunan_Jati said...

disini sunan ingin mengucapkan slamat menyambut hari kemerdekaan.. errr

merdeka...!!!!!

ngehehhehe ....

Unknown said...

beshnye chalet tu hurmm