Wednesday, September 12, 2007

Aku Ado

Alhamdulillah
.
Kakiku telah bertapak di sebauh lokaliti pinggiran yang damai. Walaupun baru menjengah hari ketiga, dapat kurasa aman dan tenangnya. Diriki masih bergelora dengan cabaran baru yang berpintu-pintu, di mana setiap satunya kelak akan kubuka dan pasti membawa kejutan.
.
Sepanjang 4 hari ini, aku telah diduga dengan tugas-tugas yang tidak pernah terlintas di fikiranku semasa bekerja di tempat lama: mesyuarat dengan para YB ADUN, mewakili Tuan DO untuk upacara, mengenakan reman kepada tahanan polis... Ya, di samping tugas hakiki, aku kini merangkap Majistret Kelas 2 (heheh, sape nak buat akuan sumpah bule jumpe aku ye).
.
Itu baru 4 hari keje. Lagi 6 minggu, aku diamanahkan pula mengendalikan majlis penyerahan geran penduduk kampung oleh YAB MB. Eh? Ini ke kerja yang aku mintak dulu? Heheh... Samada rezeki atau bala, kita sendiri yang tentukan. Yang pentingnya, bersyukur atas kurniaan kerja tetap. Layannn...
.
Aku tak pasti berapa lama yang aku perlukan untuk beradaptasi dengan dunia karier baru ni. Tanah bukan bidang aku dan aku langsung tiada latihan berkaitan pengurusan tanah. Tapi inilah peluang untukku membuktikan kenapa aku diletakkan di sini. Di mana kami dicampak, di situlah kami akan subur.
.
Aku percaya aku akan berjaya. Aku akan berjaya kerana aku percaya...
.
Wassalam.
.
(weh sape2 mai sini datangla melawat aku. Aku dapat kuarters di puncak bukit naik kete gear 2 je hehe... Rumah bos aku pun setakuk rendah dari rumah aku..muahaha riak! ;p)
.
.

18 comments:

inna hayati said...

salam perkenalan...

~semoga berjaya di tempat baru...kejayaan ada di mana2 kan...yang penting usaha..
~chaiyok!!

zwitterion said...

tak pa yg penting dah tetap..Alhamdulillah
puncak bukit mana pulak hang dok ni?..haha
laku ke akuan sumpah kalau buat kat hang?..hehe

Masy said...

puncak bukit yg mane satu tu meh cite sket.

btw, slmt bpose dgn keje baru. bunyik cam org penting je tuh, x brape nk orang biasa je ehehehhe

me3n said...

selamat berpuasa.

arianna adrizal said...

selamat berpuasa.

a'ah, kat bukit mana ni?

shahril aley said...

wah pangalaman baru dalam kerjaya baru. semoga kau berjaya dalam apa jua cabaran diberi. hehehe....

Unknown said...

wah, tahniah.. tahniah..
welcome to the club..
hang nak belajaq pasai tanah?
meh datang opis aku..
hahaha...
bila boleh aku nak datang bukak pose kat rumah ko ni?

Anonymous said...

inna : salam kenal-kenalan ;)
terima kasih mengewish ku..

zwit : ha'ah, bule jek nak buat akuan sumpah. rm4 hehe. tapi kalu zwit, haku kasih free je ;p

masy : entahla, taktau nama bukit hahaha. tapi dekat tengah bandor nih. kalu dari rumah aku, seluruh bandor bule nampok.

ad3ck : insyaAllah slamat ;)

anne : nantila aku carik nama bukit neh. payah gak kan orang tanya rumah sendiri tak reti jawap. tapi kalu orang sini tanya, aku cakap je kuarters pejabat daerah depa tau..

shahril : harapnye camtula. ini baru langkah pertamaku untuk meniti hari2 yang lebih mencabar..

orochi : ko eksplen sket kat aku pasai Kaveat, Hakmilik Sementara (HSM), HSD, Pajakan Mukim, Geran Mukim, EMR, Pecah Bahagian, Pembatalan Ismen?

Kalu dapat eksplen, aku banja ko makan kat rmh aku haha

Unknown said...

Salam.

Salam Ramadhan.

Tumpang nyalan la ho? Telima kasih.

kakLuna said...

uish..mmg keje hebat tu..mesti berjaya nya! :)

13may said...

selamat berbuka puasa...

Ayaq said...

cayok cayok!

She said...

tahniah jugak. anggap rezeki ramadhan je tu. =)

bride-to-be said...

Kawan...tahniah...ADO tu...mantap la...kawasan mana?

errr...aku leh bagi tuisyen psl tanah ni sket2 pasai dolu2 mmg la belajar dan bekerja dlm bdg perundangan tanah tanih ni...(bukan tanah bercocok tanam cam orochi tu...hehehhe)
tapi pengeras mahal la...sanggup ke?

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

hi boss..
Slamat Berpuaasaaa...

Just enjoy wherever u are..and whatever u do..

Tadaaaa...

achik said...

uish.. dasat!! semoga berjaya.. duk puncak bukit tu.. mesti sejuk je kan.. ;)

Anonymous said...

salam ramadhan bro!

Anonymous said...

ah kim : jalan pi surau tau...trawehh

kakluna : tidak ada "mesti" yang datang tanpa usaha ;)

13may : dan slamat bersahur...

ayaq : makaceh..tapi perjalanan masih panjang

isleasy : rejeki Tuhan...

mawar : weh dengan rakan sejawat pun nak berkira ke ;p

pawana : I memang slalu enjoy...hehe

achik : tak dasat la.. Jadik PM barula dasat!

tintahati : salam ramadhan utk tinta juga..