Tuesday, November 06, 2007

Karaoke Tak OK

Kemaskini 9/11/07
.
Ada permintaan untuk lagu Rainbow-Temple of the King. Klik untuk muat turun ye.
.
.
Entri Asal:
.
Pantang dan gelabah. Itulah yang bermain di fikiran setiap kali dalam mana2 majlis/program/aktiviti diselitkan sesi KARAOKE. Bukan sesi karaoke yang dah disediakan dengan penyanyi, tapi karaoke "mari kita tengok siapa yang kenaaa!!!" Huuuuhuhuhu cuak tul haku!
.
Baru tadi selesai Jamuan Raya yang turut diisi dengan nyanyian lagu2 karaoke...mula-mula lagu raya tapi kendian lagu Jinbara, Mawi dan May pun depa bedal. Yang paling tak beshnye, MC majlis dengan sesuke-sukinye menyebut nama staf-staf yang ada dalam majlis naik ke pentas untuk menyanyi. Tuan Besar pun kene, lagu Widuri sebijik. Aku yang kat bawah memang dah tak senang duduk, lagi2 mengenangkan yang aku ni staf baru, lagilah dia nak kenakan. Berpeluh dahi memikirkan lagu ape aku nak tarik kalu dipanggil... Memang cuak gile ah. Aku tau ramai yang muka tebal tak kesah nyanyi walau pitching ke laut. Tapi aku tak buleh beb..! Sungguh! Aku sanggup disuruh bergelek hula ala Hawaii atas pentas daripada menyanyi.
.
Seumur hidup aku, sekali je penah aku dipaksa karaoke, itupun sebab semua peserta kursus wajib berkaraoke. Nasib pulak hari tu ada lagu yang aku boleh gak la layan tarik; Rainbow - Temple of the King. Lagipun lagu tu tak ramai orang tau jadi kalau ke laut pun lantak laa.. Tapi dalam majlis tadi, senarai lagu semua lagu Melayu. Haiyooo mati gue!!
.
Walau bagaimanapun, aku terselamat akhirnya apabila berjaya mencelah ke bilik pejabat dengan alasan nak buat panggilan penting ;p Lepas cuci tangan, aku cabut. Ngeh ngeh!! Tapi tak bule jadik, sebab akan datang aku yakin mesti ada lagi sesi karaoke dalam program-program lain. Dan sebagai persediaan, serta merta aku menggoogle dan memuat-turun lirik dan lagu yang sesuai dengan kelunakan suara aku. Sambil praktis suara dalam pejabat, setakat ini aku dapat tiga jer lagu yang penyanyi asalnya ada macam suara aku (cheeewah!!! ;p) dan kira selamat la kalau aku bawak, tak ke laut.
.
1. Rainbow - Temple of the King (aku penah nyanyi so yakin gak la)
2. Lifehouse - You and Me (lagu mendatar dan tak perlu nak tarik suara sangat)
3. Dewa 19 - Larut (sebab lirik lagu ni pendek...heheh)
.
So, aku dah bakar (burn) tiga lagu ni dalam CD dan akan ia dibawa ke mana2 majlis/program. Kawan2, ada cadangan lagu lain yang sesuai? Kongsi-kongsila beb.... Aku sedar suaraku tak merdu..
.
.

19 comments:

arianna adrizal said...

hahaha! lagu besday jelah beb ;D

achik said...

lagu negaraku pun buleh gak..
err tapi kalau pitching ke laut, silap2 ko buleh kena 'hukum buang ke laut' la plak.. hehehe.. ;p

Masy said...

nyanyi lagu rakyat jelah, sume org boleh join, jadi kesumbangan sore ko boleh dikaver oleh mereka secara tidak langsung. bijak kan?

Anonymous said...

anne : haa!! cadangan yg baekk!

achik : melampau ler karaoke lagu negaraku ;p

masy : lagu rakyat mane? rakyat kampuchea? rakyat mongolia? coba kao nyayikan skit..? ;p

bride-to-be said...

lagu jambatan tamparuli...sonang...ehehhe
tp kalau aku, aku tibai baca doa makan je...aku takut tanah runtuh dan puting beliung...

Rin said...

try lagu nasyid aa..hehehe..

Ayaq said...

dewa - hadapi dengan senyuman
may - cintamu mekar di hati ku
robbie william - eternity
handy black - kau yang bernama seri
dakota moon - a promise i made

Hah sikit je tu berlambak lagi ada..

Haha temple of the king is one of my fave.

Inah said...

mari karaoke bersama =)..ape kata try lagu daughtry..over u..ade kat my blog..hehehehe

zwitterion said...

hoho..dah prepare tu..aku pun tak pandai nyanyi. suara tak merdu.jgn harap nak suruh aku nyanyi dpn org.hanya insan bertuah je boleh dgr aku nyanyi.nak ckp aku tak sporting klau tak nak nyanyi, cakap la..x pedulik pun..hehe

arianna adrizal said...

lagu apa temple tu. tingin pulak nk dengo.. meh nyanyi sket?

shahril aley said...

bang lagu melayunye mana? ko prepare utk majlis karaoke kat mana lagi lepas ni?

Anonymous said...

mawar : jambatan tamparuli? muahaha, org Sabah bah...

sufanasrin : hehe, buleek lagu nasyid? kasik Hadad Alwi satu!

away : owh, ok gak seleksi ko tuh. Tapi lagu Handy Black tu bukanke kena tarik suara tinggi..? Dakota Moon, emm besh gak tuh. Trimas ya ;)

Inah : Lagu baru dia ek? Nanti aku try sumbang suara. Kalu masyuk, aku bakar!

zwit : baik ko ready, kang kalu dah kena jgn pitam plak atas stage..hehe

anne : aku dah nyanyi tadi, ko dengar tak? ;p Dah aku bubuh link download lagu tu kat entri

shahril : Dewa 19 tu bukan Melayu ke...hihihi ;p Aku jangka minggu depan, sbb ade kursus kekitaan 3 hari. Be ready!

shahril aley said...

all de best dude & good luck.....

Anonymous said...

Nyanyi lagu buai laju2 ka, tepuk amai2 ka tau gelang si paku gelang...hehe... ;D

Unknown said...

nyanyi lagu raya.. hahaha..

me3n said...

bab2 karaoke tmpt open neh, aku jauhkan diri awal2 beb. tapi kalau dalam jamban suara aku la gy paling kuat haha.

Anonymous said...

Salam ... Hehehhe...Lenkali u nyanyi lagu Bapaku pulang dr Kota . Tau ke? Lagu tuh , xkan lari pitching . Sume suara ssuai bawak lagu tuh... hehehe

13may said...

nyanyi lagu "Bapaku kawin lagi"

:D

Orang Biasa said...

shahril : esok kursus, besh! besh! ;)

tintahati : gile klasik lagu tuh ;p Mane nak carik CD karaokenye..

orochi : raya dah abesss..

ad3ck : ko memang juara karaoke jamban...haha

shakirah : haha okeh gak lagu tuh. Bule buat gaya kanak2 riang lagi ramai2 ;p

13may : oooo sensitip lagu tuh. Takut2 mulut aku masin plak hehe..