Sunday, August 26, 2007

Sedikit Masa

Assalamualaikum.

Maaf rakan sebab tiada kesempatan menghapdet blog. Aku masih di induksi kerja baru. Khamis nih baru aku akan tau di mana aku akan ditempatkan. Harap2 tak jauh dari rumah ;) OK jumpe lagi. Curipakai PC kat library. Wassalam

Monday, August 06, 2007

Media Bebas @ Berkepentingan?

BAB I:
.
Minggu terakhirku di pejabat bukan bermakna masa utk berlenggang & bersenang-lenang. Hasil dari mesyuarat di PD minggu lepas, aku perlu menyiapkan minit dalam kadar secepat kilat. Bayangkan, minit mesyuarat yang sama tahun lepas, aku sudahkan dalam masa 1 bulan setengah (37 mukasurat dengan 51 lampiran). Yang lepas tu baru 3 hari. Mesyuarat kali ni pulak 5 hari! Tapi kalu kome nak tau... 5 hari rupenye tak cukup. Mesyuarat akan disambung di Fakulti pulak...Hoho.. Memang gile meroyan sebab meeting la bos2 besar nih.
.
Tapi aku yakin buleh disiapkan sebab sepanjang minggu nih aku akan fokus dengan minit saje. Keje2 lain sume aku pass kat pembantu. Muahaha malang la ko...takpe nanti banje gula2 udang ;p (angkat tangan sape taktau gule2 udang)
.
BAB II:
.
Minatku untuk membaca Berita Harian kini amat kurang. Aku lebih rajin membaca akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo (walaupun di bawah syarikat yg sama). Begitu juga dengan minatku terhadap akhbar NST. Baik baca the Star. Sebabnye :
.
1. Berita Harian (BH), NST, TV3, NTV7, TV8, HotFM dan FlyFM adalah dari syarikat yg sama, Media Prima.
.
2. Akibat dari monopoli ini (nasib baiklah ura2 Utusan Malaysia nak diambil alih Media Prima dibantah ramai), kalau kalian sedar BH bersikap bias terhadap penulisan beritanya. Contoh mudah, liputan untuk rancangan TV milik Media Prima mendapat promosi dan ulasan yang selalu baik2 belaka. Tetapi untuk rancangan2 RTM, jarang dipromosikan sepertimana TV3,7,8 dan 9.
.
3. Begitu juga BH takkan menyiarkan berita2 yang memberikan khabar yang kurang enak berkenaan rancangan TV dan Radio mereka. Pernahkah kalian membaca kritikan BH terhadap HotFM...atau FlyFM? Mungkin dulu pernah, tapi tidak sekarang. Aku pernah membaca bagaimana BH menguar-uarkan, menurut rating, HotFM akan menjadi stesen no. 1 negara tak lama lagi, mengatasi Era. Adakah aku akan percaya, sedangkan BH dan HotFM dari syarikat yang sama? Dan sudah tentu berita tersebut mempunyai agenda komersil melebihi agenda 'berita'.
.
4. Contoh termudah adalah rancangan yang konon2nya makin hangat iaitu LG MyStarz. Walaupun semua orang tau rancangan tersebut tidak mendapat sambutan, liputan BH terhadapnya saban minggu tak pernah berkurangan. Kita takkan mendengar kritikan2 pedas lidah pengarang bahagian hiburan BH terhadap sambutan program tersebut, sebab mereka bernaung di bawah bumbung yang sama.
.
5. Aku lebih mempercayai rencana2 di Utusan Malaysia yang sekurang2nya tidak terikat dengan 'tanggungjawab' menjaga nama baik kelompok yg sama, iaitu Media Prima. Mereka lebih bebas untuk mengkritik, memuji atau memberi pandangan terhadap rancangan2 di TV Swasta mahupun radio HotFM & FlyFM.
.
6. Kalau kalian tengok MHI pagi2 pun mesti sedar kan? Bila masuk segmen ulasan akhbar, apa yang depa ulas dulu? Mula2 BH, pehtu NST dan baru Utusan (kalau tak silap sequence la). Lepas tu, kenapa depa tak ulas the Star, hanya ulas NST? Sedangkan bilangan pembaca the Star jauh lebih ramai daripada NST. (Menurut ABC, purata edaran sehari akhbar NST = 103196, manakala the Star = 281975. Lebih sekali ganda banyaknye)
.
Tapi dari segi penulisan berita secara umumnya, takdelah berbeza sangat...
.
Apa yang aku cuba sampaikan adalah, betapa MONOPOLI MEDIA menyebabkan ruang untuk penulisan 'bebas' dan 'kritis' akan terkandang. Aku bukan anti-Media Prima serta media2 miliknya. Aku cuma merasakan setiap media di bawah payung yang sama akan cenderung menjaga periuk belanga mereka dan tidak akan secara adil mengkritik sesama sendiri. Senang kata, playsafe...
.
Tapi dari sudut ekonomi bumiputra, Media Prima adalah contoh syarikat yang berkembang dan diterajui oleh anak-anak Melayu/Bumiputra. Nak tengok depa, klik Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi. Moga depa terus maju memacu ekonomi negara :D
.
Terpulang kalian untuk memilih akhbar pagi kalian. Aku cuma orang biasa yang pendapatnya bak angin lalu. Tak memberi kesan apepun ;)
.
.