Tuesday, January 22, 2008

Maal Hijrah

Tidak berkaitan dengan diari Maal Hijrah dalam entri yang lepas, di sini aku ingin berkongsi sedikit kefahamanku tentang apa itu Maal Hijrah atau juga dikenali sebagai Awal Muharam sewaktu aku kecik2 dulu.
.
Mula2 aku nak tanya korang, ape sebenarnye maksud "MAAL HIJRAH" ni ye...? (Sape tau angkat tangan). Secara umumnya, rata2 kita faham Maal Hijrah adalah sambutan bagi mengenang/menghayati peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah a.k.a Yathrib pada masa tersebut. Walau bagaimanapun, sambutan ini dinamakan "Maal Hijrah" yang membawa maksud "Bersama Berhijrah" atau "Bersama (Menghayati) Hijrah". Pasainya, asal kata Maal Hijrah adalah "Ma'a" (huruf Mim dan Ain) yang bermaksud bersama, dan Hijrah (hijrah tu hijrah la, korang pun tau sebab kita dah terima perkataan ini dalam Bahasa Melayu). Jadi itulah ceritanya maksud sebenar "MAAL HIJRAH" tu...
.
Kemudian sedikit info tentang peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w untuk kita berkongsi bersama. Kita semua tau tahun di mana hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah ditandakan sebagai permulaan kiraan kalendar Islam. Tapi, korang tau tak tarikh sebenar-benarnya Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah? Hmmm...ni aku nak bagitau nih. Menurut pandangan jumhur ulama dan atas penyelidikan pakar2 tawarikh Islam zaman silam (walaupun terdapat percanggahan serta pendapat lain), hijrah Rasulullah s.a.w bermula pada 26hb Safar...hmmm...so bukan pada 1 Muharam ye kawan-kawan. Yakni kurang lebih hampir dua bulan selepas 1 Muharam. Dan kronologi peristiwanya kebanyakan korang pun tau rasanya.
.
Mekah---Gua Thur---Bina Masjid Quba'---Madinah*---Bina Masjid di perkampungan Banu Salim bin 'Auf---Madinah dan bina Masjid Nabawi.
.
Info dari kronologi di atas:
.
Dari Mekah ke gua Thur = 3 hari. Kemudian Rasulullah s.a.w stay 3 hari dalam gua tu
.
Masjid Quba' = Masjid PERTAMA didirikan di dalam sejarah Islam (jangan bayangkan masjid zaman Rasulullah s.a.w macam masjid zaman sekarang ye. Bayangkan bangunan daripada pelepah2 pokok kurma)
.
Madinah* = Baginda tiba di pinggiran Madinah, belum sampai kota lagi. Ketibaan Rasulullah ini jatuh pada 12 Rabi'ul Awal, iaitu pada hari lahir Rasulullah...ala yang kite sambut Maulidur Rasul tu (ps: Maulidur Rasul perlu diingati bukan sahaja sebagai tarikh kelahiran Baginda, tetapi juga tarikh kewafatan Baginda)
.
Masjid di Banu Salim bin 'Auf = di sinilah solat Jumaat dan khutbah Jumaat yang pertama dalam sejarah Islam direkodkan
.
Madinah (kota Yathrib) = Akhirnya Rasulullah tiba di kota Madinah pada 22 Rabiul Awal. Jadi perjalanan Hijrah Baginda memakan masa 26 hari iaitu bermula pada 26 Safar (pada tahun tersebut bulan Safar 29 hari je) hinggalah 22 Rabiul Awal. Oleh itu, Hijrah Rasulullah s.a.w bukanlah perjalanan yang singkat serta dalam keadaan senang-lenang. Kalau korang baca kronologi yang lebih terperinci tentang perjalanan 22 hari tersebut, kita akan dapat tengok betapa banyaknya cabaran yang terpaksa Rasulullah s.a.w lalui sebelum sampai ke destinasinya...
.
Sekian dulu perkongsian aku untuk kali ini.
.
Tapi ade lagi...korang nak tau tak citer;
.
Bagaimana dan bila peristiwa Hijrah dipilih sebagai penanda kalendar Hijrah Islam, dan kenapa tak pilih tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w ataupun tarikh Muhammad diangkat sebagai Rasul Allah?
.
Kenapa perlu tahun Hijrah? Sebelum tu orang Arab pakai kalendar ape?
.
Dalam ayat mana di dalam Al-Quran ade disebutkan pasai peristiwa Hijrah ni? Mesti ade kan? Sebab Hijrah adalah peristiwa yang dah tentula sangat penting kan?
.
Jeng jeng jeng....Anda mahu jawapannya? Hehe...Tungguuuuu!!!
.
ps : untuk sebarang kemusykilan dan soal jawab bagi entri kali ni, sila hubungi ustaz2 di surau-surau dan masjid-masjid berhampiran rumah anda ;) Adios! Wassalam...

12 comments:

arsaili said...

salam maal hijrah..mari sama2 kita berhijrah kpd kebaikan

inna hayati said...

saje2 singgah baca info... ;)

shakirah said...

Salam to orang biasa... Salam maal hijrah.... X lambat sgt lagi kan.. Nanti 26 safar, saya berkunjung ke cni lagi yee...hehehehehe...Kalau x lupe la...

Mak Su said...

timakasih utk perkongsian info..saya tunggu perkembangan info-info dari orang biasa lagi ya....

Titicaca said...

fuh! very informative. apapon, maksud hijrah tu yg penting, betul tak?

lindosh said...

WAHH mekasih for the info.. ko dah gi makan mahanttan fish market tu?

achik said...

makasih berkongsi..

ketua blok C said...

Alam ngokngek,

Kini aku di www.becok.blogspot.com

Blog lama ada problem la..

arianna adrizal said...

penat ni dok angkat tgn!

Orang Biasa said...

arsaili : Hijrah kepada kekayaan kemewahan dan kesenangan duniawi..hahaha! astaga..

inna : singgah laie.. ;)

shakirah : Databng je bebila, tapoi hapdet 2 minggu sekali je hehe

mak su : alamek janganle, kadang2 je info, biasa merapu je ;p

titicaca : Takkan aku nak jawap tak betoi. So betoila! =D

lindosh : dah, akn makan hapekebende ikan tak. tapi sedap gak la. Lenkali nak try menu lain plak. Geram je nengok, cam sume2 dalam menu tu aku nak order..hehe

achik : sesame (street)

ketua blok c : becok? haha...memangpon dari dulu

anne : dah..dah..angkat pinggul lak..hehe

ibumithali said...

Assalamualaikum,maaflah menyelit sikit. Secara kebetulan terjumpa blog ni, tengah nak posting dan mencari-cari info tentang maal hijrah. Jangan lupa ya, petang ni doa akhir dan awal tahun.

Wassalam.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇