Monday, February 25, 2008

Kemahiran Membuat Keputusan


Salam kalian. Nak maklumkan je. Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang diberi. Al-kisahnye, Rabu lepas temuduga Tutor tu. Dan al-kisahnye juga, aku tak hadir temuduga tersebut. Muktamad. Dan aku berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Faedah dan Kos Melepas telah aku pertimbangkan, jadi keputusan pun dah dibuat. Kalau dah aku nekad nak tetap dengan kerja sekarang, tak perlulah aku mencoba-coba untuk hadir temuduga. Ye tak?
.
Cerita II
.
Ahad 17 Mac, adik seorang staf perempuan aku meninggal akibat kemalangan motosikal pada jam 3.00 pagi. Arwah terjatuh sendiri tanpa diketahui sebabnya (tapi bukan merempit ye). Al-Fatihah untuk arwah.
.
Selasa 19 Mac, Makcik aku meninggal setelah 3 minggu koma. Beliau menjalani pembedahan selepas berlaku pendarahan akibat kanser rahim. Namun, sudah kehendak Tuhan, tanpa diduga beliau diserang strok selepas pembedahan selesai (walaupun arwah tidak pernah diserang strok sebelum ni), lalu menyebabkan beliau koma sehinggalah ke saat beliau meninggal dunia. Al-Fatihah untuk arwah
.
Pagi ini, Selasa 26 Mac, seorang staf aku yang juga pelajar yang menjalani latihan praktikal di sini telah kehilangan ayahnya. Walaupun berat hati hendak menulis, kematian beliau disyaki disebabkan percubaan membunuh diri. Arwah ditemui lemas di dalam kolam berhampiran rumah pada jam 7 pagi. Arwah telah meninggalkan nota di dalam bilik dengan pesanan yang tak perlu aku nyatakan di sini. Aku sungguh empati dengan staf aku serta keluarga beliau, lagi2 setelah melawat arwah dan keluarganya di hospital tadi. Al-Fatihah untuk arwah.
.
Kejadian ini merupakan kali kedua yang pernah aku sama berkongsi dengan orang yang aku kenali. Sebelum ini, seorang sahabatku juga kehilangan ayahnya akibat membunuh diri. Aku faham perasaan sahabat aku serta ahli keluarganya. Hinggakan ibu sahabat aku ini seolah2 tidak lagi bersemangat untuk terus hidup, sehinggalah si ibu meninggal pada bulan puasa yang lepas akibat kanser payu dara. Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah.
.
Kerana itulah kemahiran membuat keputusan adalah penting...jangan sampai memilih jalan yang silap.
.
Ok jumpe lagi. Sekali lagi terima kasih. Wslm
.

17 comments:

me3n said...

semoga tuh keputusan yang terbaik untuk ko. ;).

Anonymous said...

Salam to orang biasa.. Anyway , takziah atas semua yg berlaku... Ahaaa.... X amk ye job yg kat ukm tuh...hehehhe...gdlak ..

zwitterion said...

apapun yg ko pilih, semoga berjaya hendaknya.
Sebenarnya hidup ni sementara, singkat,pinjaman....huhu

Mak Su said...

kita buat keputusan yg terbaik utk kita sekarang dan kelak..semoga kita disinari cahaya yang menunjukkan arah yg betul

Anonymous said...

moga berjaya di dlm apa jua bidang yang anda ceburi ( eceh cam ayat mase darjah 6..otograf buku kawan)..salam takziah

shahril aley said...

aku tumpang simpati atas ape yg berlaku. itulah lumrah kehidupan manusia kadang2 ade yang mengembirakan tetapi ade juga kisah menyedihkan. yang pasti kite tetap akan kembali kepada Yang Maha Berkuasa.

shahril aley said...

ooo tentang kerja itu, aku pula berada dalam delima. ade syarikat panggil interview setelah berminat meneliti resume di internet. Mereka kata kandungan resume itu memenuhi kehendak kerjaya yang asing tetapi masih berkait dengan ilmu aku. sebuah GLC yang tidak kurang gah dalam bidang pelaburan. aku minta ditunda interview itu memandangkan sedang memasuki tempoh kebizian. kalau ade rezeki ape pergi mencuba nasib.

bermula februari, aku sudah mencapai target kerjaya yang telah ditanam sejak skolah dulu dengan memperolehi "title" dr M*A. Skrg berfikiran aku perlu menukar halatuju kerjaya tetapi tidak terpesong dengan ilmu yg diperlajari dulu. masih memikirkan bilakah masa yg sesuai aku patut mencuba nasib. bonus masih kelihatan samar tetapi jangkaan boleh dirasai pada hujung bulan mac.

Berminat pula untuk mencuba bidang IT yang telah disertai oleh rakan2 yg lain tetapi masih berada dalam ruang ilmu yg sama. mereka mengalakkan diri untuk mencuba. suatu pembaharuan dalam ilmu kerjaya aku. tersenarai antara sykt yg maju berekmbang di malaysia.

sungguh memeningkan kepala. apa pendapat ko orang biasa? adakah patut aku setia di sini?

Anonymous said...

ad3ck : hanya kita sendiri (dengan izin Tuhan) yg mampu menentukan sesuatu keputusan itu baik atau tidak

shakirah : thanks. rezki datang xleh nak rebut semua, nanti berciciran.. ;)

zwit : aku tanak hidup selama2nya mcm dalam movie tu, mesti kebusanan yg tak terkata...huhu

mak su : sama2 lah kita ye :)

cikscarlet : terima kasih.. ko ade lagi ke buku darjah 6...? hehe

Anonymous said...

kadang2 peluang terhidang nampak cantik pada pandangan kasar, tetapi belum tentu pada isinya. Ko dah dapatkan maklumat pasai kerja tu? Maksud aku dari segi skop kerja, peluang kenaikan pangkat/gaji, elaun/bonus, honorarium etc...

dah bape lama ko ditempat skrg? daripada 10 markah, bape ko bagi utk tahap berpuashati dengan kerjaya sedia ada? org2 Jepun sangat setia dengan majikan kerana depa tau, dengan kesetiaan, mereka akan mendapat balasan yg setimpal dari majikan (balasan dlm bentuk material dan bukan).

Kalau ko rasa kerja skrg sangat ok dan ko heppi dengan kedudukan sedia ada (pangkat, gaji, suasana kerja yg seronok, rakan2 sekerja yg memahami dsb), aku rase ko sendiri akan berat hati nak beralih angin ke tempat lain.

tapi kalau ko yakin tempat baru mampu memenuhi kehendak2 ko yg belum lagi tercapai, apa salahnya mencuba :)

jangan pikirkan sangat pasai ko takut menyesal kalu bertukar angin. kerana sebenarnya apa juga keputusan yg dibuat, ko sendiri yg akan tentukan kemudian dengan memastikan ko usaha sepenuh daya untuk menjadikan diri sendiri sebagai orang yg terbaik dan paling layak utk berada di tempat itu.

selama nih, apepun pilihan aku, aku tak menyesal. sebab aku akan jadikan segala pilihan yg aku buat adalah pilihan yg terbaik.

sekian terima kasih ;D

achik said...

Al-Fatihah..

kdg2 ada keputusan yg kita kesali.. kita rasa kalau kita buat camtu mungkin lebih baik dari kita buat camni.. tapi semua yg berlaku ada hikmahnya kan.. :)

Masy said...

huhu alfatihah utk semuanya. dan tahniah, kerana memilih dgn tepat.

semoga pilihan anda juga tepat menjelang pilihanraya. eh, terpolitik plk heheheh

arianna adrizal said...

terkejut. itu reaksi pertama aku bila bc tentang kematian bunuh diri tu. lebih2 lg berlaku pd org lelaki. dan melayu [mungkin?]

btw,
bila kau nak belanja aku tgk wayang ni? hehehe

Anonymous said...

achik : yup, hikmah ada di mana2. cuma kadang2 kita je yg tak nampak

masy : aik masy, puteri ke? ke muslimat? ;p

anne : dua2 pun melayu, dua2 pegawai badan beruniform..

ala, set la bile..kalu aku free insyaAllah. Indiana Jones ke, 10 000 BC ke =D

tintaHati said...

Kalo dah nekad, go for it la...kire kurang la pesaing aku utk merebut jawatan tuh....hehehe

Titicaca said...

sori, aku baru perasan pasal dilema membuat decision tu..takpe, ko pon dah buat keputusan..insyaAllah itu lah yg terbaik..pada aku tak kisah sangat pasal jawatan apa, asalkan kita minat, kerja halal, tak menyesakkan fikiran dan tak mengganggu ibadah kepada Allah.

pasal yg cerita II tu, sungguh sedih mendengar kalau orang Islam cuba membunuh diri. mintak-mintak dijauhkan Allah dari dugaan yang boleh membuatkan kita berfikir untuk membuat pilihan sebegitu.

Amin Ahmad said...

sbg seorang PTD, aku rasa kau ada access utk bw isu bunuh diri ni ke peringkat lebih tinggi. meskipun ia kes terpencil buat masa ni, harga sebuah nyawa itu masih tetap besar.

ingat Alam, jgn sampai aku jadi YB baru nak hal ni masuk meeting, hehe

sekali becok kau letak nama aku? hahaha..penat dol tolong kawan2 bertanding..3 dah jadi YB..PKR la mana lagi..skrg kena sibukkan diri untuk present proposal masters aku.

Amin Ahmad said...

oh lupa, bab buat keputusan ni mmg sgt penting..sbg seorg PTD kau akan atau telah dihantar ke Outward Bound kan? Belajarlah buat keputusan..ada nasib kita jumpa boleh aku buli kau..hahahahaha