Monday, February 04, 2008

Mari Mengundi

Psssttt...khabarnye Pak Lah dah dapek ilham. Dalam majlis bersama Dato' Rais Yatim semalam, bisik2 yang tersebar, Dewan akan dibubar pada 13 Februari 2007. Bermakna, dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran, pilihanraya perlu diadakan
.
Nampaknye tahun nih tak dapat lagi lah aku mengundi. Mengundi di tempat lain, tapi bertugas di tempat lain. Aku dan 6 officemates yang lain dilantik sebagai Penolong Pengurus & Pembantu Pilihanraya. Dapat elaun beb. Heheh! Tapi mendebarkan gak, pengalaman pertama. Mengundi pun tak pernah, tetiba kena uruskan pengundi.
.
Ape tugas Penolong Pengurus Pilihanraya ye? Kitorang :
.
Memeriksa dan melaporkan keadaan pusat mengundi. Kalau pintu rosak ke, keadaan bangunan kurang selamat ke, tidak sesuai sebagai tempat berkumpul ke...
.
Menyelia petugas di pusat mengundi. Ramai pembantu yang akan kerjasama. So korang kenela pastikan depa bertugas ikut giliran, makan disediakan dan takde yang mengulor...
.
Memastikan kemudahan logistik di tempat pengundian cukup & memenuhi keperluan pengundian.
.
Secara keseluruhannya, memastikan kelancaran urusan pengundian di pusat mengundi.
.
Okeh, sedikit fakta pilihanraya :
.
Kertas penamaan calon dihantar kepada Pegawai Pengurus dari jam 9 hingga 10 pagi. 1 jam je. Kemudian, ia akan dipamer selama 1 jam untuk diteliti dan bantahan. Kalau sorang je calon dicadangkan, menang free la jawapnye... Yaahuuu!!
.
Deposit bagi calon adalah RM10k untuk Parlimen dan RM5k untuk DUN. Kalau calon dapat undi kurang 1/8 daripada jumlah undi, duit kire hangus la...Yuuuhaaa!!!
.
Korang tau tak, calon bebas yang pakai macam2 simbol..cili la, kerbau la, burung la.. Sebenarnye calon bebas perlu memilih simbol2 yang disediakan oleh SPR. Bukan simbol depa sendiri, kecuali kalau depa ada parti yang sah.... Jadi kalau korang tengok calon bebas pakai simbol yang pelik2, SPR la yang buek tu...hahaha!
.
Berapa banyak yang boleh seseorang calon belanja untuk pilihanraya? Banyak tau! RM200k untuk Parlimen dan RM100k untuk DUN. Mano nak dapek duit? Poket sendiri pandai2 la. Tapi laporan perbelanjaan perlu dihantar kepada Pengarah Pilihanraya Negeri dalam 31 hari selepas keputusan pilihanraya diwarta.
.
.
Selamat mengundi!! (kepada kawan2 yang cukup umur dan dah daftar...)

11 comments:

zwitterion said...

aku pun br first time nak ngundi..:)

aku br tau yg logo calon bebas tu SPR yg buatkan..hehe

lama en.orochi tak hapdate blog dia..(mengata org kunun, padahal aku pun malaihh)

arsaili said...

tak pernah mengundi....ahaks...kebetulan tiada dalam malaysia..kebetulan jer...wei not too bad, me too tatau pasal semua kulat tuh..nasib baik la ikut parents jenjalan, so belajar la ..ahaks

Anonymous said...

hihi..saya n the geng pun terlibat dalam pilihanraya. Pusat pengundian pun kat sekolah sendiri...tapi pengalaman member sebelum ni yang pernah terlibat..diorang siap terlepas solat maghrib coz kene kuarantin semasa proses pengiraan undi...entahlah..

Masy said...

yeee ini kali kedua aku mengundi. sungguh patriotik skalik aku ni.

marilah mari kita mengundi
jangan lupa kewajipan pada negaraaa~

Mak Su said...

tahun ni ada tak lambang tikus ek?

Anonymous said...

tahun depan aku nak jadi ti,b pengarah SPR...huhuhuhu...

me3n said...

ku pong baru je layak jadi pengundi ;p. sama2 la tentukan mase depan malaysia. skang kat berita setgh jam cerita pasal politik je ehehe.

tintaHati said...

Baru first time nak ngundi....huhu...awat hang tak masuk bertanding? kalo tak tinta undi hang jer....hehe....

Anonymous said...

1st time bakal nk ngundi nih..

info baru psl logo calon bebas tuh..

Orang Biasa said...

zwit : samela. tapi aku mungkin undi pos sebab bertugas...

arsaili : kirimkan sket kulat tuh, nak merase gak..hehe

scarlet : pasai solat tu, patutnya Ketua Pusat kene brtgjwb. Kat sini, pusat pengiraan undi kitorang memang sediakn ruang solat. Wlpun dikuarantin, jgn sampai tertinggal kewajipan

masy : hidup masy! Undilah undi rosak. Haha!

mak su : hehe...kite tengok nanti

mawar..insyaAllah..Aminnn :)

ad3ck : aku naik muak nengok berita sama je. sokaba pun same...huhu

tinta : calon bebas! haha. Kite wat pilihanraya antara bloggers Malaysia lah. haha!!

sufa : Akupun baru tau sebenarnye ;p

shahril aley said...

aku dah layak mengundi....