Monday, May 21, 2007

Ade Ade Aje-lah

Dengki betullah diorang rupenye dengan bloggers nih. Ade jer jalannya nak halang kita bersuara di alamaya. Mulai minggu nih, tiap kali pengguna menaip alamat blog menerusi talian UPM, mereka akan terus di'direct link' ke laman rasmi UPM, http://www.upm.edu.my. Wooohh!! Bengkek gile haku! Tapi sebagai insan berfikiran positif, aku faham tujuannya agar staf2 kampus tidak menjalankan kerja2 kesukarelawanan semasa waktu kerja. Alhamdulillah baik betul niat mereka *sambil mengurut dada*
.
Tentu ramai bloggers mula tersenyum dengan gaji baru :D Jangan lupekan kawan2. Jangan lupe gak bayor Piti-piti-en. Orochi yang kaya pon nampaknya dah bertambah kaya..hehe
.
Adik aku yang dioperasi sekarang dah kat rumah tapi tak bole jalan lagi. Dia bilang, dia nampak kaki tu tapi tak dapat rasa apape. Huhu ngerinye.. Dapatla cuti sebulan atas wheelchair.
.
Hari yang ditunggu-tunggu semakin hampir.. Mendebarkan sungguh!!! ;b Sampaikan aku tak mampu nak bercerita kat korang...huhuhu.
.
Hmm sekarang di kampus sunyi yang amat. Kanak2 semua dah bercuti panjang. Adelah jugak beberapa kerat yang tak hingat nak balik kampong, degil nak dok sini gak.. Dah cuti orang suh balik, balik jerla kan? Eh eh, maap...aku faham ade yang tak boleh balik sebab kampungnye jauh di Afrika & Timur Tengah nun. Ada juga yang ambil kesempatan cari rezeki tambahan bagi menampung belanja hidup semester depan. Dan juga terdapat segelintir yang tak mampu balik sebab tak mahu berjauhan dengan pasangan sehidup sematinya...cerminan Kuliah Cinta..
.
Okeh, entri kali nih aku cuma nak merapu jer. Nanti ada masa aku buat reseach lagi, buat entri2 membongkar rahsia!! Tunggguuuuuu.........

15 comments:

achik said...

oh.. ni ko updet kat mana?

bkn orochi je bertambah kaya, ko pun sama kan?? hehe.. alhamdulillah.. hari tu ko kata nak belanja kan?? ;p

ehem.. hari apa yg ditunggu2 tu?? aku pun tumpang berdebar.. hahaha

Unknown said...

oit.. oit.. statement anda membahayakan aku.
gaji naik pun bukan aku nak belanja ko.. hahaha...

Unknown said...

eh... ko nak kahwin dah yer? berdebar2 ker?

Anonymous said...

achik : nak merasa aku blanja meh datang upm. kita pi marrybrown..hehe. aku hapdet kat opis tapi kene pakai proxy, payah tul.

orochi : weh, ceupacs dah pesan selepas naik gaji pekerja gomen jangan lagi buat keje sampingan. hah, peringatan direct utk ko tuh!

cik kema : eh nak kawen ke? hehe, nak bgtau kat korang sebenarnye tapi tak terluah dek kata2... so, tunggu jerlah ;b

zwitterion said...

berdebar2..bila nak kongsi berita gembira dgn kami semua..
woah gaji dh naik!.Alhamdulillah..

arianna adrizal said...

tang rahsia tu yang suka nak dengar!! hahahahha..

Unknown said...

owh, ko nak bertunang yer... good luck.. good luck..

k o r o m y s t said...

Hihihi... kan ke best kalau piti-piti-en hapuskan caj perkhidmatan tu? Gajiku tak naik kerana diriku pekerja swasta hahah jadinya bayaran hutang piti-piti-en masih tertunggak walaupun dok bayar tetiap bulan.

Dek kerana CAJ PERKHIDMATAN DURJANA tula, sampai sekarang hutang makin bertambah padahal saya cuma pinjam 3 ribu jer. Tapi terpaksa membayar lebih daripada tu. Kalau bersen-sen takper gak. Ni dah masuk beratus-ratus. Melampau tuuuuu...!!

Kerana itu, saya menyimpulkan caj tersebut dikira sbg riba' huhuhu... kerana kita terpaksa bayar lebih daripada apa yang kita pinjam. Tensen tensen... tapi tulah. Saya cuma mampu berkata-kata dalam hati... duit lebihan beratus-ratus tu saya akan [terpaksa sebenarnya] bayar tapi takkan ku halalkan huhuhu... kes dendam kesumat la nih xPPP

Orang Biasa said...

zwit : aik, tak sebut pun berita gumbira tau ;b

anne : dah rahsia, mane leh dengar..hehe

orochi : teke lagi...haha

koromyst : piti2en aku tiap bulan kene cas rm40 lebih. sakit ati betul! tak sangka cani plak jadiknye. Nasib aku kene bayar pinjaman diploma jer, pinjaman degree diorang kira blanjer je.. fuh. kalu idak, mau aku perturut ke cucu utang aku tu nanti

me3n said...

semoga adik ko cepat sembuh. ;).

Ayaq said...

Nak tau rahsia tu!

shahril aley said...

wah strict betoi upm ye. memang patut la dorg buat mcm tu lg2 utk ko. haha...
adik ko masih tak dapat merasa hujung kaki die...so dah refer dengan doktor? ambil berapa lama untuk pulih? memang ngeri betoi aku dengar...aku gerun tengok accident....

13may said...

penuh rahsia....

jue said...

Hari yg dtunggu2?
Emm..audit la tu kan ;)
Xpe, jgn riso sgt...nti xmjadi keje lak ;p
Semoga berjaya!

Jgn lupa mgu dpn...dah janji kan, psiapknlh diri anda ;p
Jgn mgelabah tau ;)

bride-to-be said...

orang biasa debar2 sbb byk duit melayang kena g kenduri kawin ekkk?nintaklah dgn orochi yg naik gaji tu...