Wednesday, June 20, 2007

Ditindih Kawan Kita


Malam tadi teman serumahku mengadu dia ditindih ketika sedang tidur. Aktiviti penindihan ini dilakukan oleh sesuatu makhluk yang tidak kelihatan. Ini adalah kali ketiga dia ditindih sejak kami masuk ke rumah ini 6 bulan lepas. Kali pertama adalah pada hari pertama kami masuk ke rumah itu.
.
Semasa penindihan berlaku, seseorang itu akan :
.
1. dapat melihat (dengan mata kuyu), tetapi tidak boleh menggerakkan seluruh anggota badannya
2. tidak mampu mengeluarkan suara walaupun untuk membaca ayat2 al-Quran
3. akan berasa sesak nafas selang beberapa minit setelah ditindih
4. akan merasa letih seluruh badan setelah penindihan selesai, dan kadang2 proses penindihan akan berulang semula ketika orang yang ditindih ingin kembali lelap.

.
Dulu masa sekolah dan menuntut di universiti, kadang2 aku juga mengalami proses penindihan. Mula2 kena memang rasa kecut semacam. Tapi bila dah lama2 akupun dah tak kesah. Apabila tersedar aku ditindih ketika tidur, biasanya aku :
.
1. jangan layan. lantakla dia nak tindih ke..nak golek2 ke sukatila.
2. tapi bila mula sesak nafas, aku akan mula cuba gerakkan jari dan tangan. semasa ditindih percubaan menggerakkan jari menjadi satu perbuataan yang sangat sukar dan memerlukan banyak tenaga.
3. penindihan akan selesai bila kita berjaya menggerakkan anggota2 yg lain. ketika itu cuba duduk sekejap dan rehatkan badan untuk pulihkan tenaga
4. tarik nafas dalam sebanyak mungkin
5. kembali tidur semula tapi jangan terlentang. Iringkan badan, insyaAllah kita takkan ditindih semula.

.
Walau bagaimanapun, seorang kawanku dulu mengalami pengalaman yang lebih mengerikan. Dia boleh nampak lembaga yang menindih itu bersila di atas badannya sambil merenung dan bertentang mata. Penindih itu dia bilang seluruhnya hitam namun tiada dapat dicam rupanya. Mintak2 dijauhkanla daripada penindih tampak nih. Silap2 buleh tercirit!
.
Walau bagaimanapun aku percaya, selepas berkahwin kelak, penindihan adalah aktiviti yang normal dan mengasyikkan ;p

19 comments:

orochi said...

hahaha... aku tau.. ko dah tak sabor nak kawin..

Sunan_Jati said...

wahahahah.. kawin jerla bro .. heheheheh! seriau aih aku...

arianna adrizal said...

just nk share info. ada terbaca 1 artikel dulu, kes tindih2 ni ada penjelasan saintifik tau. tak ingat namanya tp lebih mudah disebut sbg kekejangan otot. so moral of d stori, tak semua kes tindih ni ada penglibatan makhluk halus. tp kes tindih yg last ko citer tu... tak kuasa aku nk komen! ceit!! apadaa..

orang biasa said...

orochi : sila buat ulasan berdasarkan perbincangan utama entri ,p

sunan : ko pon sama ;p

anne : penah gak baca penjelasan saintifik tu, tapi di hujung artikel tu sendiri ade sebut dapatan yg mereka tulih tu belum konkrit lagi sebab ade lagi persoalan2 yg tak terjawap.

tintaHati said...

utk mengelakkan aksi tindih menindih ni amalkan ambik wuduk sblm tido. jgn lupa baca ayat qursi dan 3 qul.

kalo masuk rumah baru tu buatla bacaan yasin dulu. kdg2 rumah yg lama ditinggalkan mmg ada org lain dok tumpang situ..

oh ayat akhir itu sungguh mengujakan! ;D bak kata sunan, kawin cepat la bro! ;P

Pawana Malam.. said...

ehehhehe....

ct penah gak dlu kene tindih..tp memandangkan kite sedar kene tindih tp xleh gerak, then ct start marah2 benda tu..ntah dr mana dtgnya kekuatan..rasa mcm nk ngamuk betul..lepas je ct marah2 benda tu, trus die ilang..then, baru ct rasa seram..hehhe...

zmn dulu2, zmn berani2 lagi..skrg ni dh byk kes kene, kurang barani sikit..buat2 brani banyakla..hehhehe

Masy said...

sbb tu dlm Islam, kita digalakkan tidur mengiring. baik utk kesihatan, pun bole gak mengelak kene tindih ni.

tp bile da kawen sok, jgn arr tido mengiring ari2... eh... nape ek? *garuk paler*

achik said...

seb baik x penah kena..

err kawen jgn lupa jemput.. hehe ;p

k o r o m y s t said...

Uwaaaahhh... menarik betul gambar!! Jap nak save jap. Okeh (^-^) Buat koleksi hihihi... Tapi gambar tu copyright ke tak? (O_o)

Anyway, tak pernah kena benda-benda macam ni so tak tau feel dia macamana. Lagipun suka tidur ngiring ke kanan.

Macamana seseorang tuh jadik pilihan untuk ditindih? (O_o) Ada kriteria-kriteria khas?

Cik Kema said...

sedangkan nak menghimpit pun kena baca doa, inikan pulak nak elak dari kena himpit ye tak? hehe.

kesimpulannya... baca la doa sebelum tidor ;)

ad3ck said...

ade kene mengene ker penindihan tuh dengan penindihan lepas kawen haha.

13may said...

tindih...baring...terlentang...
semua boleh...hahha

zwitterion said...

masa kat unibersiti dl ada member aku sampai takut nak tido..asal tido kena tindih..pastu dia boleh nampak lak makhluk tu..katanya besar, tinggi, hitam, berbulu..pastu makhluk akan "main2" dgn .....
kesian kt kawan aku.

kdg2 kesian kat dia, dia mcm x nak susahkan kitorang..tapi selalu sgt kena tindih, dia tidur mlm2 tumpang kat bilik kawan2...

orang biasa said...

tinta : tq ;)

pawana : haha makhluk tu kene maki hamun. same la kawan aku malam tu. dia pun pi marah2 mende alah tu gak

masy : tido mengiring ke kanan baik utk pernafasan masa tido. mengiring ke kiri memudahkan penghadaman makanan dalam perut

achik : eceh, lepas kawen aku jemput ;p

koromyst : kriteria utama adalah pastikan pasangan utk ditindih itu berlainan jantina..haha

cik kema : jom makan nasik impit! baca bismillah dulu...

ad3ck : takde ke...? hehe. dua2 bule menyebabkan napas tersekat-sekat..

13may : woaahh ko musti dah menguasai banyak teknik kan? muahaha!!

zwit : mcm mane dia skrg? mane la tau mende ikut sampai mana2...huhu tatutnye...

zwitterion said...

kwn aku tu dah kawin..sure selalu kena tindih..hehe.klau makhluk misteri tu tak plak dia citer skang ni..

Titicaca said...

aku masa sekolah dulu selalu kena tindih, sejibik cam yg ko citer tu la..lepas dapat lepaskan diri tu rasa mengah semacam jer..

err..tindih yg last paragraph tu..err..eerr...no komen muahahaa..

kakLuna said...

sbb tu eloknya tidur lah berpelukan...dengan bantal peluk.. :)

Mawar said...

dulu, masa sekolah men agama (hohoho...sekolah agama rupanya diriku ye)...kawan2 satu geng selalu cerita diorang kena tindih dgn makhluk ghaib ni..(takde kena mengena dgn pertindihan penduduk di perenggan akhir)

diriku yang bermulut ala2 cabul dgn riak dan takaburnya berkata: aku tak penah kena pun....

setat malam tu, sehingga la diriku memasuki universiti, hampir tiap2 malam aku kena tindih dgn makhluk ghaib...siap nampak lagi...sekali tu hantu galah pasal nampak betis berbulu je setinggi2nya berdiri sebelah katil...sekali tu, nampak muka, siap de daging luruh tu (yg ni dikutip di hutan batang kali masa wat program motivasi)...

akhirnya, masa jadi fasi utk satu prog kat masjid shah alam, sorang ustazah ni bagi ilmu utk mengelakkan dari ditindih makhluk ghaib ni:
sebelum lelap tu, baca La Ilaha Illallah sebanyak mana yang kita dapat, tapi setiap bacaan itu bayangkan ia melingkari badan kita secara membujur, melintang dan mengelilingi badan...
Ini adalah cara pagar diri sebenarnya, sbb kalau kita pagar katil, silap2 dia terpagar sekali bersama2 kita, haru...

Alhamdulillah...selepas amalkan ilmu tu, diriku bebas dari makhluk ghaib ni...
erkkk...satu lagi, jgn hafal surah aj-jin semata2...nanti kamu nampak byk benda yg tak sepatutnya...tak psl2 nampak daging luruh dr muka...

Sekian, karangan saya pada kali ini...terima kasih.

Rush Murad said...

roomate aku dulu masa kat Uni selalu kena tindih2 ni, selalunya around maghrib time, dia tu memang suka tido waktu2 macam tu..... so far ada ler sekali aku kena tindih nih, coz tido waktu maghrib.... lah ni aku plak yg asyik menindih dan tertindih dek mak andeh....