Tuesday, November 27, 2007

Kemalangan Tempat Kerja

27 November 2007, Pekan Pantai - Sebuah kereta volvo yang dipandu oleh seorang pegawai kerajaan telah melanggar sebuah lori Daihatsu yang membuawa muatan ais pada jam 7.40 pagi tadi. Kemalangan tersebut telah menyebabkan kerosakan teruk kepada kedua-dua kenderaan. Namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Kejadian yang berlaku semasa hujan ini mungkin disebabkan oleh kecuaian kedua-dua pemandu.
.
Kemalangan ini merupakan kejadian kedua yang dialami oleh pegawai kerajaan tersebut pada tahun ini. Pada bulan Mac lepas, beliau telah melanggar sebuah kereta Toyota Unser dari arah belakang dan mengalami kerosakan melebihi RM4000. Sila rujuk berita ini untuk kemalangan lepas.
.
Menurut pemandu lori tersebut, beliau telah memberi isyarat lampu untuk membelok ke kanan di Pekan Pantai, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Seremban. Walau bagaimanapun, kereta volvo dari arah belakang tidak memberi laluan dan terus menghentam lori yang dipandunya di sisi kanan akibat tidak sempat memintas.
.
Pegawai kerajaan tersebut pula melaporkan bahawa lori itu memberi isyarat masuk ke atas jalan dari parkir, tetapi secara mengejut membuat pusingan U di atas jalan garisan berkembar. Akibatnya beliau tidak sempat mengelak kerana tidak menyangka lori tersebut akan membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya. Beliau yang bertolak dari Putrajaya ke tempat kerja pada jam 6.20 pagi juga memberitahu, kejadian tersebut menyebabkan beliau tidak dapat hadir ke Majlis Perasmian Perpustakaan Daerah oleh Menteri Besar yang diadakan pada sebelah petang.
.
Pegawai trafik yang membuat siasatan masih berusaha meneliti kes kerana berdasarkan keterangan kedua-dua pihak, tidak ada sesiapa yang mengaku salah. Siasatan akan dibuat dalam tempoh dua minggu. Sebarang perkembangan lanjut sisatan akan dimaklumkan - Tak Bernama.

13 comments:

jue said...

Ciannyer =(

Name pn kemalangan. Klu dah nk jd...jd gak. Itulah takdir, nak wat camne. Moga jadi pengajaran dan bdoa agar tak brulang lg, TAKE CARE ;D

zwitterion said...

oo..pegawai kerajaan tu ko la kan..:).Bersabar.Jangan bersedih.

Rin said...

innalillah atas khabar sedih ini..
aisey, postpone lg ker 'majlis' anda?? hmmm...

Unknown said...

ko tukar la kereta lain..
sian nanti bini ko..
haha..

skidg8 said...

sabar ye...

Masy said...

dugaan org nk kawen :)

13may said...

apsal asyik langgar org je nih??? mesti rasa kebal nih...hahha hahha hahha

btw, sabar sabar :D

Anonymous said...

kamu ker orgnya?? sib baik tak pape...fikiran melayang ke mana nih? ishh buat sy wisau...

Titicaca said...

hmmpphhmm..jaga diri baik2..

achik said...

takziah utk ko.. huhuhu..

berhati2 di jln raya.. pandu cermat jiwa selamat.. :)

bride-to-be said...

kamu pandu volvo ke kete kebal yang p langgar lori tu? uppppppppsssssssss....

Orang Biasa said...

julia : thanks :)

zwit : iye sabo la ni :)

sufanasrin : majlis diteruskan :)

orochi : ko tu, cari bini dulu :)

skidg8 : sedang sabo :)

masy : cam tau2 je :p

13may : nak tesh power ;p

tinta : setaun 3x eksiden ;p

achik : aku pandu cermat, tapi tak selamat ;p

mawar : owh, itu sedare aku ;p

arianna adrizal said...

laa.. tak jadi aku nk suh ko blanjer aku.. huhu~