Friday, March 21, 2008

Gambar Berkaitan Perarakan

Inilah gambar-gambar yang aku sempat ambil semasa Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1429H yang berlangsung semalam. Gambar2 yang lain adalah untuk tatapan peribadi dan ahli Jabatan sahaja ;p
.
.
Para peserta sedang berdiri dengan khusyuk mendengar ucapan perasmian. Gambar menunjukkan (sebahagian) pakaian percuma lelaki yang kami peroleh sebagai ganjaran menyertai perarakan. Walaupun sampin itu cantik, kami mengesyaki ia merupakan songket buatan India yang murah harganya dan mudah didapati di pasaran.
.
.
Acara perarakan tidaklah terlalu disiplin sebagaimana aktiviti kawad kaki. Jadi, perbuatan merokok bukanlah satu kesalahan semasa perarakan berlangsung.... (tapi markah boleh dipotong...fuh, sebagai Ketua Kontigen aku berasa bengkek!) di gambar ini, kelihatan juga sayup2 pakaian bagi peserta wanita. Cantik dan berkualiti kainnya.
.
.
Salah seorang peserta berasa kecewa hingga tidak mahu gambarnya diambil kerana pasukan kami tidak menang dalam Kategori Kontigen Terbaik Badan2/Agensi2 Kerajaan.. Tapi niat ikhlas beb! Kami datang bukan nak menang beb!
.
.
Salam Maulidur Rasul. 5 April ni peringkat daerah pulak. Takyah gambar la ye, sebab kami akan pakai baju yang sama...hehe.
.
.

11 comments:

achik said...

salam Maulidur Rasul.. :)

me3n said...

salam maulidur rasul! err awat hang nak cover2 muka tuh ;p.

zwitterion said...

adakah peserta yg kecewa tu adalah ko?..hehe

Unknown said...

senang dah ada baju melayu. nanti hang nak kawen tak payah beli baju lagi. haha..

shahril aley said...

wahwah.... dah dapat baju melayu free awal tahun. jimat tak payah beli baju raya tahun ni.

13may said...

bergaya sungguh!

:D

arianna adrizal said...

dulu ms kat celcom penah ikut jugak sekali tapi budak2 lelaki tak dpt songket secantik design songket ko ni.

Masy said...

laa x seswai betoi merokok masa perarakan maulidurasul. patutlah x menang hahahahah~

tpaksa laa ubah kaler tema kepada merah nanti ek - klu nk resaikel lg laa baju+songket tu ;)

Mak Su said...

hark hark hark... aduiii ler. eh.. dapat gaks kan samping cantik

inna hayati said...

'cantik......'......sesuwai betul samping merah itue...

nape tutup2 muke???

Anonymous said...

achik : salam 12 rabiulawal ;)

ad3ck : salam untukmu jua. weh, bukan aku la tuh ;p

zwit : walaupun aku keciwa, kekeciwaanku tidak dipapar di mana2 gambar di dalam entri..hahaha

orochi : kene beli lain la, tak seswai ngan tema majlis..hehe

shahril : baju raya kene beli gak, sebab dah ade bajet...hahaha

13may : ko nak pinjam je? aku kasik free ;p

anne : *kembang idung* Thanks ;)

masy : heheh, ape lak kene ubah tema...beli lain yang ikut tema la kak...

mak su : tula, penat2 berarak dapat baju free...eshh, terpesong niat neh.. Ampunnnn

inna : entahle, kene tanya tuan punya badan yg tutup muka tu ;p