Monday, September 18, 2006

Akhirnya Aku Mulakan


Assalamualaikum dan Sejahtera semua..


Cukup lama aku mempertimbang sebelum mengambil keputusan untuk melangkah masuk ke pintu alam baru ini; "DUNIA BLOG"

Daripada apa yang aku lihat, seolah-olah seronok-sakan alam blogging ini. Jadi, ada baiknya kalau aku turut serta untuk merasakan sendiri keseronoksakanan ini.

Sebagai marhaen, aku tidaklah merasakan blog peribadiku yang setitik dalam selaut ini, mampu memberi apa-apa kesan yang ketara. Namun adalah menjadi harapanku, agar perkongsian yang akan berlaku dapat memanfaatkan ramai.


(ayat skema untuk mula bicara. Tapi kendian hari kalau aku melalut-lalut dan terjerumus dalam golongan perojak bahasa, mohon dimaafkan. Aku ni Orang Biasa..)


~~KALAU SALAH TOLONG JOLOKKAN!~~

2 comments:

shahril aley said...

Selamat datang ke dunia blog. Sebenarnya aku masih baru lagi dalam dunia blog ini. Jadi sama-sama lah kita kongsi pendapat & idea yang bernas,hehe bernas sangat kata aku ni.

Orang Biasa said...

lama benar aku dok pikir sebelum terjah masuk ke arena blogging (tapi tidaklah sampai buat solat istikharah..hehe).

aku takde sekatan sama ada para pengirim-balas mahu jadi bernas ataupun tidak. Tapi janganlah sampai terlampau merapu. Aku tak mahu blog aku jadi insenirator sampah.. :)