Sunday, September 24, 2006

Hari Gaji untuk Orang Makan Gaji

Hari ini hari gaji, jadi semua orang gembira. Aku staf kontrak maka hari gaji aku adalah esok, jadi hari esok baru aku gembira. Pembayaran esok adalah gaji kedua untuk aku di tempat baru. Dan aku juga gembira sebab gaji pertama yang lepas banyak dibelanja untuk adik2 dan emak (ayah pula aku belanja secara tak langsung dengan menanggung kos perbaiki keretanya yang aku pakai..hehehe).
.
.
Apa yang MESTI untuk gaji kali ini :
1)zakat fitrah - 4.50
2)kamera digital - 900.00 kot
3)baju raya - 100.00 cukupla
4)bagi mak - ehem...rahsia..
5)....dan aku cadang nak mula bayar PTPTN aku bulan ni..mungkin 150.00 paling ngam.

Makan minum, petrol kereta, kredit pra-bayar...semua pun duit..

Nampaknya mungkin aku cuma boleh simpan 500.00 bulan ni. Hmm, Kalau macam ni sah memang lambat lagi la aku boleh kawin..huhuhu.. "Mai kita poie Siam!"

7 comments:

13may said...

Selamat hari gaji & semoga berpuasa:)

Orochi said...

dah gaji blanja la aku.. hahaha....

Orang Biasa said...

13may : semoga berpuasa? hehehe..lain macam jek bunyinye..

orochee : ko pon sama, belanja aku...hahaha. weh weekend ni buka kat umah aku tau. bawak batu2 tu sekali..

arianna adrizal said...

"Kalau macam ni sah memang lambat lagi la aku boleh kawin..huhuhu" <--- muahahahaha!!

o, di sini gaji staf kontrak & permanent sama hari.

zwitterion said...

"Mai kita poie Siam!"..hamboih2..
lelaki skarang rasanya kalau tak cukup duit nak kawin, kena buat loan!

Orang Biasa said...

arianna : owh, makan gaji gak ye.. baru dpt slip jap tadi..hehehe, buleh songeh manjang.

zwit : tak sanggup la nak kawen dengan duit pinjam. "Aku terima nikahnya anu binti anu dengan mas kawen rm***, loan.."

shahril aley said...

wah dah lame aku tak jenguk blog ko.ooo ko dah dapat gaji so boleh la open table plak dgn bloggers.ye la last month ko open table dgn famili dulu dimana perlu diutamakan.....
weh selamat berpose & berterawih di malam hari