Tuesday, September 19, 2006

Keliru dalam Terang



Tiga hari ini aku termangu dalam bilik pejabat. Bukannya tiada kerja yang ingin disudahkan. Tapi memang 3 hari ini aku cuma melangok dan menghadap PC. Setakat kerja sikit2 tu memanglah ada. Kalau sebelum ini, tiap minggu pasti ada big task untuk aku. Masalahnya, kalau aku sendiri takde kerja nak dibuat, apa yang aku nak suruh staf2 aku yang berempat ni buat? Aiseh! Diorang pon ikut sama melangok macam aku nampaknye. Siap boleh bawa Mastika, Wanita dan katalog2 untuk dibelek. Dan lebih malang lagi, akupun tumpang sekaki membelek!! Nasibla korang dapat bos macam ni...


Samelah nasibnye dengan blog aku yang tak berpengunjung ini. Entah apa fokus yang sesuai untuk posting2 akan datang agaknya. Aku tak pasti sama ada nak jadikan blog ni sebagai blog : 1)bebas - tanpa terikat dengan mana2 topik khusus, 2)blog perbincangan politik, 3)perkongsian lagu2 dan sembang wayang, 4) segala-gala tentang CHELSEA!, ataupun 5) isu2 misterius....dll....


Sebarang sumbangsaran dialu-alukan... Sayonara.

12 comments:

zwitterion said...

tulis saja apa yang kamu suka atau selesa untuk dikongsi dgn org lain..itu sudah memadai.

Orang Biasa said...

kadang2 aku bercita besar: aku ingin menyumbang, mendidik, membuka minda, mengasah idea kritis...

dan kadang2 aku adalah biasa saja: sekadar mahu berkongsi, borak2 kosong, mencari kenalan...

Buat masa ini, nasihat kau zwit aku guna-pakai. Terima kaseh..

orochi said...

weh.. mana nak download movie ni wei..

Orochi said...

ko pakai BETA rupanya.. hik..hik..

Orang Biasa said...

orochi : baiklahlah, aku bagi sa-buah laman web untuk kau memuat-turun filem2

http://jerzyfam.43i.net/index.html

Yang lain2 akan menyusul kemudian.

shahril aley said...

eleh sedih betoi aku baca posting ko ni.ala tulis & post je ape yg ko rase nak kongsi dgn kitorg.macam aku, tak de benda yang menarik ttg blog aku & tak kisah orang nak baca atau tak(itu hak individu).sekurang2nya kite dapat luahkan ape yg kite rasa.salah satu nak release ko punye tension... ;)

arianna adrizal said...

berceritalah apa saja, tanya hati & fikiran anda..

*eh, jika ada cerita tentang Chelsea, pasti bulat mata sy membacanya!! hahaha... GO CHELSEA!

Orochi said...

huhu.. macam aku taktau ko Alam.. dengan totoro la, pastu tengok ko nyer fav song, fav movie..

blackpurple said...

Blog kau, suka hati kau nak tulis apa pun...Kau tulislah apa-apa yang kau suka, apa yang kau rasa, apa yang kau lihat, apa yang kau dengar.... apa saja asal tidak membuat jiwa orang lain 'terganggu' dengan tulisan kau...

Selamat ber'blogging'... :D

Orang Biasa said...

shahril : sedih ke posting aku tu? aku tak rasa pun..hehehe

arianna : Chelsea mmg yg paling best! tapi ramai gak Chelsea-haters. aku tak kesahkan diorang..

orochi : jadi aku bolehla lantik ko sebagai pengarang sambilan dalam blog aku ni. nanti aku bagi ko emel n password k.

blackpurple : tapi selalu juga aku lebih suka mengganggu orang lain. hehe..asalkan tak melampau..

shahril aley said...

alam
Memang tak sedih pun bagi aku tapi bile ko tulih macam tu org lain jadi kesian dengan ko dalam erti kata lain ko macam mengadu nasib la....

zwitterion said...

ooo baru tau org biasa ni alam..yg selalu mengomen kt blog orochi..blog jgn tak blog