Huagggrhh!! Akhirnya aku berjaya bercumbu-cumbuan semula dengan blog aku nih setelah beberapa hari tiada bertemu. Aku tak kemana, cuma masalahnya aku masih gagal untuk mengaksesnya dari PC pejabat (bukan setakat pejabat, PC satu UPM pon tak bule).
.
Capaian hari ini adalah secara curi-curian menerusi hotspot semasa sedang berlangsungnya bengkel di Residence Hotel... Dengan bangganya aku berjaya mengendalikan bengkel dengan nama terpanjang yg pernah pejabat aku anjurkan :
BENGKEL PENGHARMONIAN PROSEDUR DAN SEMAKAN OBJEKTIF KUALITI, PELAN TINDAKAN DAN PIAGAM PELANGGAN SISWAZAH DAN PENYELIDIKAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN (BPPSOKPTPPSPFSTM)
.
Ade empat DAN tu!!! Hahaha. Adakah terdapat kemungkinan nama bengkel nih masuk dalam Malaysia Book of Records?
.
Hari ni baru hari pertama. Ade lagi 2 hari. Seronok sebenarnya berbengkel nih. Tapi lagi seronok jadik urusetia, buleh pusing2 kaco orang lain...Ngehngeh! Tapi sebenarnya, kalu tak serius dan berniat serong, kita akan tergolong dalam golongan orang2 yang rugi serta ketinggalan kapal.
.
Dalam kesempatan ini, aku jugak nak mohon maaf kepada semua rakan2 bloggers. Sungguh! Aku benar2 tidak berkelapangan nak meninjau blog kalian apatah lagi mengomen. Bulan Disember adalah bulan Mereng. Kerja yang ingin diselesaikan tak masuk dek akal. Tak perlulah dicerita panjang sebab aku rasa ramai daripada kalian turut berhadapan dengan situasi yang serupa.
.
Okeh..aku ingin sambung perbengkelan. Ada mata2 menjeling.. Eeeeeee..
13 comments:
gila panjang..
wah ha ha.. aku baru balik tadi.. sampai opis kul 4.00 petang dari Pahang.. Esok ada meeting lain kat Putrajaya, takleh nak seminar panjang-panjang.. haha... aku punya presentation pun dah selesai, itu la kena balik tu.. Blogger tengah problem ni.. sapa yang bukan Beta Blogger takleh masuk.
mak oiii..nama bengkel...tercapai ke matlamat tu..
lepas kereta ko msk bengkel, ko lak msk perbengkelan...hehe
fuyoooo!
panjang giler...
sempat lagi mem'blog' tuh...hahha..
hehehhe....
ntah knapa entry u buat i gelak panjang..muahhahahh
hehehe..
aku sker kerja mcmni. event mgmt. aku jenis yg sker dok blkg tabir. bila tiba hari kejadian, br tunjuk muka n kredit utk aku. perghhh!!
Akhirnya aku terpaksa jugak singgah CC untuk masuk ke blog yg mcm ampesss...
ayaq : itu baru nama bengkel, kalu ko tgk betapa panjang isi perbincangannya...huuuuu.... masyaAllah
orochi : Aku ingat nak wat blog kat address baru la
titicaca : siap sambung lagi kat opis siang tadi. Tak sempat abis minggu lepas..ekeke!
zwit : pasni aku bule bukak bengkel..haha
angel : kalu hang join..lagi fuiyooo!!!
achik : komen ko pendek giler =p
13may : sambil menyelam, buang air
pawana : gelak tang mana tu? hehehe
anne : bile dah setel kan, kredit tu 95% persen utk bigboss..sampai kembang dia dpt puji-pujian. Padahal 2 ari terakhir sblm bengkel baru wataknya muncul. Hoho. Tapi redha jer, dapat gaji bulan2 pon dah alhamdulillah...
ermmmm... menda kau merepek ni alam?
selamat hari raya AidilAdha & selamat tahun baru 2007...
selamat hari raya haji & selamat tahun baru 2007... hohohoho!
Post a Comment