Thursday, December 07, 2006

Biar Tersadai Jangan Terbarai...

Kemaskini 10 Disember 2006
.
Waccamalit..marangkerapu sependersekeper! Terasa bagai terdapat Kira (Death Note) di dalam akaun bank CIMB aku sekarang, bila2 masa uangku akan dirampasnya.
.
Alkesahnya semalam aku mampirla di bengkel bernama Etika Auto tu. Dengan pasrahnya si kepala bengkel memberitahu bahawa alangkah musykilnya beliau dan ahli-ahli bengkel sekaliannya kerna tiada juga dapat dipastikan punca kebobrokan kereta itu. Waima telahpun diselongkar hampir setiap inci enjin, wayar, sistem eletronik mahupun objek2 yg tiada kufaham apakah ia..namun mereka masih buntu.
.
Walau bagaimanapun, kemungkinan besar alatganti yg dirasakan rosak itu sebenarnya dinamakan FUEL ALTERNATOR. Kalian tau apa itu FUEL ALTERNATOR? Hmm..aku pon tatau walau sudahpun melihat akan ia.
.
Dan kalian tau berapakah harganya? RM3000.00!!!! Ya, Tiga ribu ringgit, bukan bath ataupun rupiah. Kalian rasa aku mampu membayarnya? Ya, tepat sekali..aku tak mampu...
.
Nasibla ada pilihan lain iaitu FUEL ALTERNATOR terpakai. Harganya..RM600.00. InsyaAllah, ini harga aku bule pertimbangkan (tapi tak masuk upahnye..HoHOho). Tapi objek terpakai ini masih belum berjaya diperoleh di mana2 kedai, menurut kepala bengkel. Jadi nampaknya mungkin lagi seminggu aku akan menunggang motor sewa.
.
Hati aku belum cukup lega kerana kalian perlu ingat, kerosakan pada FUEL ALTERNATOR itu hanya kemungkinan. Kepala bengkel pon tak berapa pasti walaupun dia konfiden (errk..cane tu ek?). Andai kata bukannya mende alah tu yg rosak, tidakkah mampus kereta itu akan terus tersadai? Oh Oh...siapakah yang malang dalam hal ini? Adakah Aku, kereta itu, ataupun orang2 di bengkel (kerana tahap kespesialan mereka tidak mampu menandingi kerosakan yg maha ajaib ini)? Mungkinkah ini balasan terhadap perkara jahat yg berlaku di dalam kenderaan ini? Hehehe..jgn salah paham ye....Wess..
.
.
.
Apekejadah kete aku meragam lame sangat ntah. Dari Isnin minggu lepas dah dok kat bengkel di Shah Alam nun. Punyela jauh. Yela, dgn harapan para pakar a.k.a specialist Volvo mampu menyelesaikan misteri kerosakan yg dialami kete yg banyak berjasa nih. Alih2, dekat dua minggu dah..camtu gak keadaannya. Aku nak pi tengok pon jauh amat. Berita2 terkini pasai kete tu pon aku hanya dapat daripada Ayahku yg setiap hari berulang dari rumah di Puteraberjaya ke Shah Alam bandar Anggerik (errr..betul kan?).

Mula2 meragam 3 minggu lepas, si mekanik yg terbang ke ketaku yg tersadai kata, "bateri problem ni bang. Dah tak dapat simpan cas". Selang beberapa hari, akupun angkutla sebijik bateri baru dengan nilaian RM200. Tup tup, cukup je malam kedua..ragamannya berulang.

Rupenye bukan bateri yg bermasalah, tapi...emm...taktau lagi... Kejap pomen kate distributor, pastu alternater..pastu..entahle, aku bukan paham sangat pasal kete nih. Tuka tayar sendiri pon tak penah.

Aku takla nak salahkan pomen tu, diorang pon sedang menggembleng tenaga menyelesaikan ragaman yang sulit ni. Siap bawak laskar tambahan dari bengkel lain mintak tolong. Harap2 cepatla siap. Agaknye aku kene bernazar tanak berbuat jahat lagi dalam kete kot, baru buleh kembali sehat kete nih..hehe..Gurau jo.

Skang nih tiap arila aku berulang pakai Lagenda kepunyaan the very very very close person to me tu.. Naik segan plak pinjam lame2. Aku ingat nak sewa jerla..RM30 sebulan. Amacam? (Apepun, terima kaseh ye..)

Wokeh kengkawan. Jumpo laie. Adios!!

19 comments:

Orochi said...

sian.. mesti ko dah buat apa2 kat dalam keta tu bersama dengan the very very very close person tu.. haha.. takleh nak ajak tengok wayang.. keter ko rosak la plak.

Titicaca said...

buat jahat dalam kete? saspek aku...saspek....
btw, volvo maintenance ok tak? senang x carik spare parts?

Sunan_Jati said...

ahhaah... ooo buat jahat... dlm keta... hahahaha... no komen .. hahaha

Ayaq masak said...

Tukaq tayar pun tak pernah????? Ni tau tukaq tayar ka tak ni...

Iyandz said...

keta rosak ni memang memeningkan kepala. Ada keta susah nak jaga. Takde keta lagi la susah nak pi mana2 kan..:D

blackpurple said...

Kereta Jepun ok lagi, kalau kereta mat salleh..isk.... tak reti nak godek-godek......

zwitterion said...

ko penah bt jahat ye...hehe tak tau..RM30 sebulan..isk..isk x cukup tu..haha

Orang Biasa said...

orochi : aik bukan kita baru balik tengok a battle of wits ke tadi siang? 3.5 bintang!

titicaca : kalu g spesialis bole dapat sparepart sume. masalahnye memang harga ar. contohnye, eksober depan aku dah agak out, mmg cadang nak tukar.. harganya..RM1500 utk set eksober tayar depan sahaja. Kalu kancil, tuka eksober complete 4 tayar, kira2 RM500 ke RM600 bersih (maap kalu silap, ini maklumat dari bengkel). so, amacam? mau coba?

sunan : jahat yg kubuat itu tidaklah seperti nak kalian sangkakan..hahaha...

ayaq : hohoho...aku penah tuka taya beskal...

iyandz : itula pasai...alangkah indahnya hidup bertemankan seekor Doraemon.

blackpurple : ko suke menggodek kete ke? Nantik kalu aku tesadai kat tepi jalan, bulela aku kontek ko ye..

zwit : walaupun berbuat jahat, akuadalah insan berhati kudus =P

achik said...

mmm apa la agaknya yg ko dah buat dlm keta itu...*ikon usap2 dagu*

kopak la bln ni brader...

13may said...

dah sampai masanya hang tukar keta baru kot...hehehe

zwitterion said...

inilah perkara2 yg terduga terjadi..

Amin Ahmad said...

Alam,

Fuh, gua baru balik dari 'cuti' di hutan dan laut..indahnya alam serta manusia! haha..

oit..sebut pasal keta rosak ni mmg sensitif..sejak seminggu sebelum balik raya aritu, keta aku tak abis2 dtg masalah..

bab masalah tu biasa la kan..masalahnya semua tu nak baiki pakai duit..dan bukan sket2 punya..dah dekat seribu dah aku abis! hampeh!

cuma yg membezakan ialah ko ada the very2 close person yg nak pinjamkan lagenda (?), huh, siapa tu?!

aku ada juga yg 'sepatutnya' aku close..Allah s.w.t. yg pinjamkan kaki..cuma masalahnya aku dah pindah duduk dekat area Equine! Mana tahan nak jalan kaki..

Waa..tolong! tolong!

Orang Biasa said...

Holla..aku akan menghilang..tapi kejap je, sampai Jumaat. Ada meeting kat Sromban. Slamat jalan utk aku...

achik : bulan ni kopak..bulan depan pon kopak..nak renew roadtax RM700..hoho

13may : kete baru? kete ni pon tak sampai setaun aku pakai...

zwit : pengalaman sebenarnya bila diduga dgn hal2 macam ni.

Amin : Lor, bile mase plak ko pindah equine? patutla blog ko tak hadpet. pi meneroka darat dan laut upenye.. Lagenda tu moto la..Yamaha Lagenda..

arianna adrizal said...

wah..wah.. cik very very very close bg pinjam motor eyh.

teringat dulu abah sy pun tunggu bertahun nk dapatkan side mirror volvonya.

kakLuna said...

aku cadang ko pinjam rm10k dari 13may, dengar2 dia nak dpt durian runtuh..leh la ko oberhol semua

shahril aley said...

bawak banyak bersabar la mungkin ada hikmah di sebaliknya. hehe...mungkin die suruh ko angkat keta baru kot ;)

razlizahazleen said...

3000?beli keta barulah..down payment cukup tu..hihih

SempoiSerius said...

Sabarjela...mungkin itu satu cara tuhan tarik rezeki kita tu.....

my advise, try tanya forum psal car/motor or mana2 mekanik lain...just for second opinion

good luck with the car bro

amirahsyuhada said...

beli je moto, takyah pakai keta lagik...hahaha