Thursday, June 28, 2007

Pemuda Budiman dan Rerama

Pemuda budiman menemui sebuah kepompong rerama di laman rumahnya. Suatu pagi, terlihat olehnya akan bukaan kecil terhasil di kepompong itu. Pemuda budiman kemudian duduk memerhatikan kepompong itu. Lama-kelamaan sekujur tubuh kecil mencul dari celahan lubang tadi. Ia meronta-ronta... bergelut sedaya-upayanya untuk keluar dari kepompong sempit yang gelap itu. Tiba-tiba tubuh kecil tadi berhenti meronta.. seolah-olah tiada lagi mampu olehnya melepaskan diri dari kepompong tersebut.
.
Pemuda budiman amat kasihan.. dia ingin menolong sang rerama yang lemah itu. Pemuda budiman masuk ke dalam rumah lalu mengambil sebilah gunting. Dengan gunting itu pemuda budiman mengoyakkan baki kepompong yang tertaut.
.
Rerama itu kemudiannya dapat melepaskan diri dengan mudah. Anehnya, rerama yang keluar itu kelihatan lemah dan mempunyai sayap yang kecil. Pemuda budiman terus keasyikan memerhati rerama itu. Dia tertunggu-tunggu akan saatnya rerama itu terbang sambil mengepakkan sayapnya yang cantik.
.
Namun, perkara sebaliknya berlaku. Rerama itu hanya mampu merangkak dan itulah takdirnya hingga ke akhir hayat...
.
Apa yang pemuda itu tidak sedari adalah lumrah pergelutan rerama untuk keluar dari lubang halus kepompong tadi, merupakan cara semula jadi yang membolehkan cecair dalam badan rerama diaktifkan lalu mengalir ke sayap2nya. Pergelutan dalam kepompong bertujuan menyediakan sayap yang kuat agar rerama mampu terbang dengan baik.
.
Kadang kala struggles in our life adalah apa yang kita perlu hadapi. Sekiranya hidup ini dijadikan penuh dengan kesenangan, kemewahan yang melimpah-ruah dan tanpa halangan, ia akhirnya akan memusnahkan kita. Kita takkan mempunyai upaya dan kekuatan seperti mana yang kita miliki sekarang.. DAN KITA TAKKAN TERBANG..
.
.



18 comments:

arianna adrizal said...

"
Kadang kala struggles in our life adalah apa yang kita perlu hadapi. Sekiranya hidup ini dijadikan penuh dengan kesenangan, kemewahan yang melimpah-ruah dan tanpa halangan, ia akhirnya akan memusnahkan kita. Kita takkan mempunyai upaya dan kekuatan seperti mana yang kita miliki sekarang.. DAN KITA TAKKAN TERBANG.." <--- kata2 yg sama sy temui 6 tahun dulu.

Unknown said...

agreed.

cik kema sendiri alami perkara sebegitu :)

achik said...

bersusah2 dulu.. bersenang2 kemudian.. kan.. :)

Orang Biasa said...

anne : anne mengalami dejavu ke? hehe. cane ayat Sy muncul 6 taun lepas?

cik kema : alami ape? mengorek kepompong rerama ek...

achik : ya betul! bersusah2 dulu, tapi kadang2 kendian pun susah gak ;p

kakLuna said...

kronisme membunuh kreativitisme. betul?

tintaHati said...

suka entry ni. sangat bermakna! semuanya benar belaka. kita harus belajar bersusah utk hidup senang. spy bila senang kita akan ingat ketika kita susah...betoi ka? ;P

me3n said...

hehe. setuju2.

Unknown said...

marilah kita bersama-sama membebaskan rerama itu dari kepompong seperti pemuda budiman itu! hahahaha...

zwitterion said...

entry ko ni sangat bermakna..betul..

13may said...

patah sayap terbang jua:)

k o r o m y s t said...

Hmm...jadi mungkin suatu hari nanti kita boleh terbang? O_o Menarik tu.

Anyway, pada dasarnya, niat pemuda tu baik, kan? Dia ikhlas nak tolong. Tapi mungkin sebab slack sikit dia tak tengok National Geographic, Animal Planet mahupun Discovery Channel [kesemuanya di Astro... promote... promote...], takpun dia bukan pengkaji rerama, tambah pula masa sekolah cuma belajar pasal kitaran hidup rerama secara umum jer, dia tanpa sengaja termusnahkan hidup rerama tuh.

Jadi kesimpulannya di sini, sebelum tolong rerama tuh, kena baca buku pasal rerama supaya tak tersilap langkah O___O

banggugar said...

salam tuan rumah,

tumpang hamba lalu disini..

inginnya direstui

salam perkenalan dari hamba yg dhaif ini..

smoga tuan hamba gembira dihati..

(",)

Anonymous said...

kakluna : eh ye ker? kronisme menyemarakkan kekayaan keluarga! ;D

tinta : ya betui. itula yg ingin Sy sampaikan..utk diri sendiri, and rakan2 sume

ad3ck : ko stuju tang mane? ;p

orochi : ko musti penah membebeaskan ulat bulu kan? hehe

zwit : trimas zwit ;)

13may : patah sayap takle terbang daaa...

koromyst : eh kite mmg leh tebang, naik kapaitebang. ko tak tengok astro ke? ekeke!!

bang gugar : eceh, bersyair plak.. salam perkenalan =)

Ayaq said...

Betol betol

bride-to-be said...

rasa cam ada kena mengena dengan perbuatanku 'mencuci najis' lak...

berakit-rakit ke hulu,
nerenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit selalu,
bersenang-senang hanyalah impian...

Unknown said...

*angguk tanda setuju*

Orang Biasa said...

ayaq : ya aku stuju dengan hang...betoi..

mawar : aiseh, manadelah mawar, kebetulan je ;)

lindosh : ya hang betul...aku stuju

Unknown said...

slm all..
ni nk cite skt yekk!!
smlm aku ditndh,huh ssh sgt nak fight. Aku x lh nmpk jlas
mhluk 2
jst nmpk byg2 jer. mhluk 2 bsr htm mata wna mrh..
b'krngat gk aku nk lwn bnda 2 iskk srmmmm..
nsb baik x jd pa2 huhhu...