Tuesday, September 26, 2006

Cerita Fasal Makan

Kemaskini 28/9
.
Malam tadi aku berbuka Sate Kajang di Taman Warisan Pertanian. Dan agenda paling mengarut selepasnya adalah..menonton wayang di kala umat lain solat terawih!! Ceritanya kurang senunuh pulak tu. Filem Dead or Alive.. Waaa, sungguh jahat orang ini. Tapi lepas balik kemudian, solat sendiri la. Boleh percaya ke? .....Percayalah... :)
..
Teks asal:
.
Apa lagi yang paling membuai nafsu di bulan puasa ni kalau bukan MAKANAN! Blog kawan2 yang lain punyelah seronok bercerita pasal menu2 terkini, makanan tradisi dan lokasi2 sensasi berbuka puasa. Jadi, aku pun nak tumpang sekaki lah.. Makanan Aku Suka:

1) SUSHI! Nikmat Tiada Tandingan.. Ape2 jenispun tak kesah
2) AISKRIM! termasuklah aiskrim goreng dan aiskrim malaysia..

Tapi sebenarnya bukan itu ceritanya. Apa yang aku cuba kongsikan hari ini adalah :

"Diet Rasullulah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam menyebabkan beliau Rasullulah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI."

Aku yakin ramai pernah baca petikan ini. Cuma sebenarnya aku masih meragui keesahannya disebabkan aku belum pernah membaca petikan hadis yang berkaitan berserta dengan perawinya sekali, walaupun dinyatakan "ini adalah diet Rasulullah". Jadi, aku harap ada yang sudi berkongsi.

Koktel buah sedap tau! Baru minggu lepas aku jamah! hehehe...

9 comments:

Unknown said...

Jangan makan aiskrim bersama sushi sorang2.. Kalau nak makan gak, kena blanje aku.. hahaha....

zwitterion said...

kalau makanan sedap2 depan mata, jgn harap nak ingat petua atau nasihat tu!makan tak hengat dunia la jadinya

Orang Biasa said...

orochi : aiskrim berpasangan dengan sushi? hmm, menarik gak tu. Buleh cuba nanti nih..

sleepless : malam ni gak pegi Alamanda carik aiskrim tu! Yeehaa! (erk..Alamanda ade Baskin Robbins ke)

zwit : hahaha..lagi2 kalau makan buffet. Apa yg ada atas meja, semua wajib dibedal :D

13may said...

errr...raya ni jamu sushi ngan aiskrim ke?

Orang Biasa said...

hahaha...keringla poket kalau raya dijamu kuih sushi. Lagipun tak sesuai sebab mana boleh masuk balang. "Sila makan sushi anda 2 jam selepas dibeli".

Aku pernah terfikir, kalau kawen nanti..bunga telurnya sushi, baju pengantin ala2 kimono (ompuan) dan hakama (laki2)..lepastu pencaknya, sumo.. Huhuhu, agak2 orang kampung boikot tak?

Ayaq said...

I love sushi. :)

Orang Biasa said...

ayaq masak : terima kasih sudi singgah. kalau selalu singgah, cukup bulan saya belanja sushi! haha..

Ayaq said...

Ye ke? Heheh.

shahril aley said...

weh ko & si orochi ni mmg pakat ke nak tunjuk menu favourite utk berbuke korg dlm blog....
ape2 pun selamat berbuke.....
aku pernah gak tgk pantang larang tu tp tak konfem betoi @ idak. so buat dono je...
sedap la sushi tu tp aku tak pandai makan sangat....sikit2 boleh la