Thursday, September 21, 2006

RM100 jadi RM360? Ishh..

Baru-baru ni aku terserempak dengan seorang teman wanita (rakan wanita maksudnya) yang agak lama tak kutemui. Masih lagi seorang student dan akan tamat pengajian setahun lagi. Lalu kuajak temani minum sama.

Banyak juga yang diborakkan tapi yang paling menarik, dia menawarkan aku untuk membeli kredit isian semua pra-bayar cara baru.

"Senang jer bang caranya. kalau abang bagi saya RM100 skarang, dalam masa 24 jam rm30 akan dimasukkan dalam akaun abang...dan begitulah seterusnya...rm30 akan dimasukkan setiap bulan hingga setahun..kawan2 saya ramai dah join! saya pun sama." Bila difikir, menarik juga : labur rm100, pulangan rm360!

....tapi aku masih ragu2. Syarikat mana yang tawarkan? Apa jaminan kredit tu aku akan dapat setiap bulan? Ade untung ke meniaga macam ni?

Sebenarnya aku percaya juga perniagaan yang pelik ini. Kalau tak dapat laba, takkanlah orang sanggup buat bisnes. Cuma mungkin aku masih belum tergerak hati nak melabur agaknya.

"Lain kalilah ye, nanti kalau nak abang call," sambil aku senyum. Sedangkan aku hampir2 nak menyeluk dompet dan menarik keluar sepasang not rm50. Godaan..Cobaan..
.
.
(selamat mendengar dengan penuh debaran pengumuman tarikh puasa malam ni.. hehehe..)

7 comments:

Unknown said...

ish..ish.. skim piramid la tu kot.. dia tak cakap lak kena carik dua tiga orang jadi downline ker?

Orang Biasa said...

bukan la... ade pulak skim piramid. jauh susu dari sapi..

tak payah cari sapa2. cuma bagi rm100 + nombor telefon (maxis, celcom @ digi..semua buleh). lepastu katanya tiap bulan dapatla rm30 kredit utk setahun. untuk guna sendiri je..

ko nak ke? aku lain kali la..

arianna adrizal said...

errr.. persoalannya dr mana dtgnya rm30 tu?? kalau buat makan, tak apa2 ke??

zwitterion said...

tak berminat ng benda2 mcm ni..

shahril aley said...

jgn nyesal satu hari nanti bile dah join. klu dapat paedah berlipat ganda aku pun nak.hahaha...skrg mcm2 cara org pakai utk tarik pelanggan cume tak tau betoi atau idak..

Orang Biasa said...

zwit : akupun biasanya tak berapa nak minat. tapi yang nih buat aku tak keruan pulak. Kalau join takut tertipu, tapi kalau tak join terasa rugi plak. Ahoy!

shahril : ko nak ke? Aku bagi no phone minah tu, mau? ehehe!

shahril aley said...

orang biasa - tak pe la kot pasal aku ni bukan nye pandai nak approach org beli barang @ senang cakap tak pandai bab2 marketing ni.pasal tu kat U aku amek blajar akaun.hehe....