Monday, February 26, 2007

Hoi Apasai Tag Aku!!

Aku kena tagged. Kena lagi... hahaha... OK, 6 perkara pelik.
.
Rules & Regulations:Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!
.
1. Aku buleh makan banyak dengan sangat banyak. Hinggakan aku kadang2 kehairanan adakah makanan yg sebegitu banyak yg aku dah telan, masuk ke dalam peparu akibat ruang pada perut yg dah terlampau penuh. Dan aku percaya ada saatnya nantik makanan yg aku makan akan keluar daripada pusat akibat ketakupayaan perut menampung makanan yang disumbat masuk.
.
2. Sampai sekarang aku percaya sebenarnya aku boleh berlari di atas air. Cuma mungkin belum tiba masanya. Aku sangat yakin satu hari kelak konfem aku buleh.
.
3. Pasai makan gak. Paling lama aku tak makan eskrim adalah 3 hari. Peraturan makan eskrim 3 hari ini adalah compulsory. Walaupun setakat nih tiada laie kejadian2 aneh berlaku kalu aku melanggar peraturan yg dibuat, kitaran 3 hari tetap perlu dipatuhi.
.
4. Berikut pula adalah aktiviti2 pelik yg telah aku alami dalam kategori yg sama; terjun drpd tingkat 3 bangunan, menindik perut dengan menggunakan besi langsir (tahan 4 hari je…sakit), lepak malam kat atas bukit jirat Cina dan meniup perut member2 yg tengah baring (terutamanya mereka yg banyak isi). Masyuk!!!!
.
5. Aku suka Teddy Bear…hahaha. Ade tiga ketul atas katil peneman tidur. Tak suka Teddy berbulu kasar, paling suka yang bulunya halus dan enak dipeluk.
.
6 PINK!!! Ya, aku suka warna Pink. Malangnye kecenderunganku ini ditentang ramai ahli masyarakat. Seolah2 lelaki yang meminati Pink adalah abnormal dan perlu menjalani pemulihan….Huh, diskriminasi gender!
.
Aku takde nak tag sesiapa kecuali Dato' Kadir Jasin sebab tag yang aku bagi dulu pon dia tak jawap laie. Tak sporting la Dato'....
.
Walau apepun, macam orang lain gak, sebenarnya ada lagi kepelikan kita yg tak mampu nak didedah dalam nih. Mungkin sebab terlalu privasi atau bersifat terlalu pelik hinggakan tak bule diterima akal. Jadi aku pon sama gak. Mane buleh dedahkan sume, jatuhla reputasi aku nanti..ekekeke!!

18 comments:

zwitterion said...

nanti mai kampung aku;dekat dengan jirat cina..apahe nya ko melepak kat situ??

auw..ko suka kaler pink!..hehe

achik said...

haha ko ni mmg pelik rupanya... ko suka teddy bear????? hehehe...

ps: aku ant perempuan yg mmg mendiskriminasikan lelaki yg pakai pink... tp kalau pakai baju melayu pink aku rasa ok kot... ;p

Orang Biasa said...

zwit : malam2 lepak situ, makan hotdog sambil minum slurpee...wuuu besh gile! sambil tengok gambo2 org posing kat nesan

weh Totoro dah burn tapi xsempat anto laie, paling lambat nextweek ye...Sowi

achik : Teedy bear n Totoro Bear...hahaha. Nanti besyday aku bagila sebijik..

lindosh said...

tiup perut? ape yg masyuk? leh explain sket.. ehehee

orochi said...

1. kan aku dah cakap, kapasiti muatan perut ko sangat besar... haha...

4. lepak kat atas bukit jirat cina sambil minum slurpee 7-E dan makan roti sardin.. haha... takkan ku lupa..

wokeh.. hang memang pelik... hahaha....

orang biasa said...

lindosh : emm cane nak explain ek? senang citer, kalu perut gebu bila ditiup ia akan mewujudkan getaran setara gelombang lemak. menekapkan muka di atas gelombang lemak itu sangatla masyuk!! selain itu tiupan ke perut akan mengeluarkan bunyi yg enak. Sila cuba sendiri, teknik2nya:

1. kenalpasti rakan anda yg berbaring dlm keadaan perut terdedah.

2. hampiri perlahan-lahan

3. bila dah dekat, terus terkam dan lekapkan bibir dan seluruh muka anda di bahagian perut yg paling berlemak.

4. Tiup sekuat hati.

5. Feel the waves. Tapi lepas tu tarik muka anda secepat mungkin bagi mengelakkan pelempang hinggap..

SELESAI

orochi : tapi ade lagi kan pelik yg pelik sekali...ngeh ngeh ngeh.. rahsie.

shahril aley said...

Orang biasa memang pelik sepelik2nye. Ape yang bestnye menekap muke ke perut orang badan yang penuh lemak berkrim? Ni kalau cari bini mesti kau cari yang lemak berkrim so dapat meniup lemak setiap saat di atas katil. Hahaha...

lindosh said...

i've got it! ekekeke tapi tak brani la nak coba kat perot org.. mmg kena tangan lima kot.. :P

blackpurple said...

Apa kau tak tag Pak Lah sekali... Ha ha ha.

Orang Biasa said...

shahril : sila jangan praktikkan kepada rakan anda yang berlainan jantina..gangguan seksual..ekeke!

lindosh : alah try je utk merasa nikmatnya.. Aku dah slalu buat, baru 2 3 kali je kene lempang..kene terajang pon penah. =D

BP : Pak Lah takde blog. Ha Ha Ha

Cik Kema said...

10 markah utk bab tiup perut :p

david santos said...

Hello!
This work is very good
Thank you

Ayaq masak said...

Tak pernah aku jumpa laki yang gila teddy bear ngan pink... eyyyy seram aku.

HANG MEMANG PELIK!

Ayaq masak said...

Oh oh ACHIK, i looooikkeeeee guys in pink shirt taw! Espesh baju melayu pink. Hehehe. Tapi aku tak suka pink. :P

orochi said...

satu lagi aku pelik ngan hang.. instinct hang mesti betui.. aku tengah cat rumah pon hang boleh tau.. termasuk la masa kete hang tersadai aritu.. apsal la aku tak ikut instinct hang... hoho...

kakLuna said...

teddy bear dan kaler pink??

mmg pelik

13may said...

oit! hang buat apa nih???
tiup perut atas jirat cina...hehhe...

orang biasa said...

cik kema : dah ty ke? ;p

david santos : ko jual penyapu lidi ke?

ayaq : hang memang pelik sbb tak penah jupe laki yg gila teddy bear n suka wane pink

orochi : hahaha aku sendiri pon pelik. anugerah Tuhan...

kakluna : pelik ke cemburu? ekeke

13may : errr.ko salah baca ke?