Tuesday, March 06, 2007

Hari Malang Anda?

Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh di dalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengan sirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedah siasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatan penuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.
.
Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopter digunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari punca yang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300 kaki dari udara ke dalam api…… 20 Mac 1998.
.
MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?
.
Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.
.
Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan....... ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!
.
Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki... tak lupa anunyee.. Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye... (sekali lagi...) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.
.
ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?
.
Ingat! Mungkin ini lebih buruk...
.
1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak Exxon Valdez* (untuk maklumat, rujuk pada hujung artikel) adalah sebanyak USD$80 000. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, orang ramai ‘menonton thiller’.... Kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.
.
2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik. “Suamiku terkena kejutan elektrik!!!”
.
Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat atinye..) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil mendengar Walkman... patah dua tulang tangan.
.
3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerja penghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuah pusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzir tadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek tu..
.
AKHIR SEKALI...
.
4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan return to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang di set meletup apabila dibuka.... menjadikan pengirimnya bercerai kepada kepingan-kepingan badan yang berasingan... Innalillah..
.
*Nama kapal milik syarikat Exxon Shipping Company (sekarang dikenali Sea River Shipping Company). Menyebabkan tumpahan minyak semasa dalam perjalanan merentas Alaska pada 23 Mac 1989.
.
Tumpahan yang berlaku : 11 juta gelen atau 257 000 tong minyak.
Liputan minyak seluas 1300 batu dengan 200 batu yang terhampir dengan punca adalah tumpahan kritikal.
.
Kos pembersihan adalah USD$2.1 bilion!! (bukan juta tau) melibatkan 10 ribu pekerja, hampir 1 ribu bot dan kira-kira 100 buah kapal terbang serta helikopter.
.
Bangkai lebih 35 ribu burung dan 1 ribu memerang laut dijumpai. namun disebabkan banyak lagi bangkai yang tenggelam ke dasar laut, anggaran sebenar kematian haiwan adalah 250 ribu burung, 2 800 memerang laut, 300 anjing laut, 250 helang botak (haiwan yang dilindungi sepenuhnya di US), 22 ekor paus pembunuh dan berbilion telur ikan salmon dan herring.

.
Maklumat lanjut... http://www.evostc.state.ak.us/index.cfm

9 comments:

13may said...

hahha....

AM said...

tidak, tidak.
tentu.
ada yang lebih malang.

zwitterion said...

bersemangat aku baca entry ko..tak tau pasai apa..haha

orochi said...

kau malang hari ni? jadi lebai malang.. kui kui kui...

Junita said...

your en3 just make my day. thanx for this entertaining stories.
kuang kuang kuang....

orang biasa said...

13may : oi jgn gelak..sian sama depa

am : hang la kot..ehehe

zwit : sebab hang rasa bertuah

orochi : eh, aku ok je. maintain..

junita : entertaining? bukan sad stories ke...?

achik said...

mmm sebenarnya rasa kesian kat diorg tp rasa nak gelak plak...

Cik Kema said...

malang tak berbau. it could happen to anybody even us.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇