Thursday, March 08, 2007

Prepare for Glory!

.
300 BATU!!! (300 ROCKS kate mat Salleh)
.
Sekian lama aku dihidang dgn cerita2 dungu dan tak bape cerdik di panggung akhirnya malam tadi aku buleh tidur senyum setelah menonton Leonidas dan sahabat2 300-nya bertarung menentang si Persian yang beribu kali ganda bilangannya... Owh, dah tentulah 300 akan kalah, tapi di sinilah kita akan belajar tentang kalah dengan bermaruah.
.
4 perpuluhan 4 bintang!!
.
Merujuk citarasa peribadiku, 300 tidaklah mencapai kecerdikan da Vinci Code atau mencantas status Super-Epic LOTR. Tapi ia sedikit baik daripada Troy dan mungkin setara Gladiator.
.
Namun mungkin ada di kalangan kalian yang tidak menggemari filem yang ganas dan buas. Oleh yang demikian baik kalian tengok filem Mukhsin ataupun Bridge to Terabithia yang lebih lembut dan sopan santun. Dalam 300 ada banyak kepala beterbangan, kaki yang tertanggal dan darah yang tepercik sana-sinun.
.
Filem ini tidak sepenuhnya berpandukan logik dan fakta, walaupun diambil jalan ceritanya daripada Battle of Thermopylae pada 480 Sebelum Masehi. Zack Synder menghasilkan filem ini berasaskan komik oleh Frank Miller. Makanya kalu dah sumber rujukan pon komik, logikla ada unsur2 kekomikan dalam 300. Takdepun disebut di awalan cerita 'based on true story' ke... Tapi kekomikan filem ini buleh dicerna oleh akal dengan baik disebabkan ia amat menghiburkan!
.
Amaran : Parsi yang jahat dalam 300 adalah bangsa Iran (Parsi=Iran). Jadi kalian akan dapat melihat propaganda kejahatan Iran dalam 300 ini. Anggaplah ia semata-mata hiburan. Hollywood memang selalu bergitu.
.
Selamat menonton dengan aman dan tenang..
.

10 comments:

orochi said...

nati aku plak nak pegi tengok.. hohoho...

Sufanasrin said...

bln lepas dh xde citer sgt dh gi la tgk Epic Movie.. pastu kuar panggung rasa besarnya nilai RM10 yg dibelanjakan... huhuhu.. neway, nice blog!

achik said...

aku cite perang2 dan seangkatan dengannya mmg x tgk la...

Sunan_Jati said...

wah.,.. mlm ni nk tgk... heheheh!

orang biasa said...

orochi : ko takyah tengokla. simpan duit wat kawen..n wat banje aku makan...haha

sufanasrin : salam kunjungan. Epic Movie? Tengok rate yg setakat cecah 2 bintang je, jgn harap nak tengok.. buang duit je. Owh, kaki panggung gak nampaknye...hehe

achik : abih ko tengok citer tamil jer ke?

sunan : yeshh! selamat menonton. jgn wat mende lain plak ;P

blackpurple said...

Wah......

Aku cadangkan kamu menonton Acalyptor jugak (tapi cuma dapat ditonton melalui VCD/DVD cetak rompak sebab rasanya diharamkan di sini)

orang biasa said...

BP : aku dah nengok weh. Apocalypto sedikit besh ar compared to 300. Sure tak tayang nyerlah kat M'sia. Aku nonton DVD jer.

ad3ck said...

tunggu dvd pirate yang lawa sket gambonye hehe.

mesti ade makne tersirat dalam citer tuh. ;)

zwitterion said...

totoro dah sampai.tq

orang biasa said...

ad3ck : serious xgempak nonton DVD wa cakap lu

zwit : welkam..