Thursday, April 12, 2007

Suratan @ Kebetulan


.
.
Malam tadi dalam keghairahan kedua2 saluran berita utama Nasional menyiarkan secara langsung kemenangan wakil BN dalam Pilihanraya Kecil di Machap, satu kejadian aneh telah berlaku. Mulanya aku sangka aku yang tersilap pandang, tapi selepas teman serumahku turut mengiyakan apa yang aku nampak, Sohih!! Dijamin pandanganku tak silap!
.
Mula2 kami menonton liputan di RTM 1. Ada Pak Lah duduk di kerusi dan tertulis 'SIARAN LANGSUNG DARI PUTRAJAYA'. Jadi maknanya Pak Lah sedang langsung bersiaran dari Sri Perdana (mungkin) Putrajaya dan menyampaikan tahniah kepada calon dan bala jentera yang memenangkan Partai MCA serta BN itu.
.
Kemudian bila kami beralih ke Buletin Utama TV3, tak lama selepas itu muncul lagi Pak Lah. Tapi kali ini hanya suara menerusi panggilan telefon secara langsung. Yang anehnya, tertulis ayat yang lebih kurang begini bunyinya,
.
"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Machap, Melaka"
.
Aik???!!! Ajaib bin Hairan!! Macam mane pulak RTM siaran langsung PM kat Putrajaya dan pada masa yang sama TV3 bersiaran langsung PM kat Machap?
.
Owh tapi aku tau ini hal bukan Pak Lah yang salah. Dia jarang wat salah (ehehe...). Menurut firasat aku, TV3 dah tersilap kelentong nih. Terang2 Pak Lah muncul sekujur tubuh dari Putrajaya menerusi RTM 1. Dan kat TV3 pulak, Pak Lah muncul suaranya...di Machap plak tu. Takkanlah kat Machap yang ketika itu semua siaran telivisi ade kat sana, Pak Lah cuma keluarkan suara je. Lagipun takkanlah Pak Lah cakap punyelah 'line clear' macam dia sorang2 je kat Machap tu? Patutnye kalu dia di tempat kejadian, dah tentulah hingar bingar bunyi sorak sorai kat sekitar tu.
.
Appara TV3. Korang nih bikin Pak Lah malu je. Kang orang tuduh Pak Lah nak 'spin' plak. So lain kali hati2 dengan kesilapan ala kanak-kanak Ribena nih. Kanak-kanak minum Ribena pon sekarang dah cerdik-merdik belaka tau.
.
Callo - Tomolli Walia melaporkan dari TVSeratusEmpatPuluhEmpat...

7 comments:

kakLuna said...

oh ye ke?
berani ke mereka mengaku kesilapan?

jangan harap lah....

achik said...

owh kantoi la gamaknya... ;p

Ayaq masak said...

Hah kantoi.

kakLuna said...

F.A.H.R.U.L A.K.M.A.L ke nama hang?

jenuh menyusun huruf tau :P

razlizahazleen said...

sepatutnya diorg kena tulis tu,rakaman perbualan..asbestos tol..sib baik ada adik karam singh walia ini..

zwitterion said...

haha..patut depa tulis ini siaran tertunggak..ntah apa2

orang biasa said...

kakluna : jgn haraple nak minta maaf. pasai isu rosnah mat aris tu pon diorg tak mintak maap, lagikan hal cani

achik : ini baru kantoi kanak-kanak ribena ;p

ayaq : ya ya..

kakluna ; wah, hampir dah tu. sikit lagi. nak klue ke?

razliza: bukan pasai tu, perbualan tu memang live tapi Pak Lah ade kat Putrajaya...bukan Machap

zwit : seperti jawapan di atas ;p