Thursday, April 05, 2007

Moh Join the Club!

Penulis blog tubuh 'pakatan nasional'
.
KUALA LUMPUR: Di tengah kritikan dan tuduhan terhadap blog dan laman web yang didakwa tidak bertanggungjawab dan menipu, sekumpulan penulis blog hari ini mencipta sejarah baru dengan membentuk "Pakatan Kebangsaan Penulis Blog".
.
Lebih kurang 40 orang, termasuk beberapa tokoh dan penulis yang popular di ruang siber, hadir di sini untuk mengasaskan sebuah organisasi rasmi penulis blog.
.
Mesyuarat sulung itu yang diadakan di Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) memilih 12 orang ahli jawatankuasa penaja.
.
Ahiruddin Attan dipilih sebagai presiden, Jeff Ooi (naib presiden), Nuraina A. Samad (setiausaha), Tony Yew (bendahari) bersama lapan orang ahli jawatankuasa seperti model struktur organisasi NPC.
.
Dua penulis blog popular Patrick Teoh dan Syed Azidi Syed Abdul Aziz turut dipilih sebagai ahli jawatankuasa.
.
Ahiruddin dan Ooi sekarang berdepan dengan tindakan saman oleh kumpulan New Straits Times (M) Press dan beberapa pegawai kanan syarikat gergasi media tersebut.
.
Dalam ucapan awalnya, Ahiruddin selaku pengerusi mesyuarat itu berkata penubuhan jawatankuasa itu penting untuk membolehkan perlembagaan persatuan digubal sebelum permohonan rasmi dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan.
.
Organisasi itu boleh berfungsi sebagai wadah membela nasib penulis blog daripada masalah-masalah yang bakal mereka hadapi, tambahnya.
.
"Seperti yang saya alami kini apabila disaman oleh NSTP, saya merasa amat kesepian. Saya merasakan dengan adanya kelab seperti ini, kita akan dapat bersatu untuk mempertahankan hak penulis blog," katanya.
.
Pertubuhan itu juga, katanya, boleh menganjurkan kursus-kursus penulisan, antaranya bagi mendidik penulis blog tentang implikasi perundangan di negara ini. baca lanjut sini
.
.
Moh join! Bule gi kursus menulis blog. Tapi seriau gak nengok nama ahli2 kat atas tu. Cam ekslusif jer... Lagipon nampok cam kelompok 'penentang' jer. Bukan ape, aku tak selesa dengan label pro-penentang sebab itu-bukan-duniaku. Aku adalah apa yang tercermin menerusi tulisan2 aku dalam blog ini....walaupun mungkin tak seluruhnya sama =) Tapi aku juga bukan pro-takpenentang...hehe. Harap korang paham keterseliratan kata2 aku nih. Callo!

9 comments:

kakLuna said...

wah mcm pakatan masa nak merdeka dolu2 jek..mcm Kesatuan Melayu Muda yang ada Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

tapi bagus jugak, barulah org yang suka perlekeh bloggers ni buka mata sket :P

Anonymous said...

salam

ceh, Alam ni dari dulu adalah kelompok Play Safe..

untung dan rugi atas kejayaan atas kesakitan orang lain..hampeh!

haha..aku cakap yang benar ni..

Amin Ahmad

p/s : sorry Alam, akaun aku ada problem..

VitAmiN said...

nice kalau ada golongan yang memperjuangkan bloggers..tapi kalau sekadar nak menentang kerajaan,tak besh gak..sokong orangbiasa.kita menulis dari kacamata kita..

(P/s : ada satu anime tajuk nanami-chan, macam citer totorolah..besh..tgk sini http://www.crunchyroll.com/showseries?id=128)

13may said...

huiii...semua OTAI OTAI tuh....

Anonymous said...

kakluna : tanak join ke?

amin : heheh... Playsafe dgn ambik kesempatan atas orang lain, tak sama maksudnya...

razliza : wah...matanya sume bulat2 belaka! weh nak tengok kene bayo ke?

13may : ko pon otai gak ape..ramai pengikut setia ;)

Unknown said...

herm... blog mereka lahir dari luahan idea. blog cik kema sekadar luahan rasa. cik kema tidak layak bersama mereka.

zwitterion said...

oo..aku tulis blog suka2 jer.

achik said...

kita buat kelab kita sendiri je la... ;p

Orang Biasa said...

cik kema : lor...blog kita pon luahan idea gak ape ;)

zwit : aku plak tulis blog sbb terpakse...hehe gurau je

achik : Kelab Penulis Blog Malu2 Kucin... OK?