Tuesday, October 10, 2006

Apa Khabar Kalian Sekarang?

Naka Mickey Mouse, seorang anak kecil yang gebu dan comel amat. Anak tunggal pasangan suami isteri berbangsa Jepun yang menghuni di depan rumahku semasa aku masih bersekolah rendah. Naka Mickey Mouse, ya.. nama asli si kecil kerana obses ibunya terhadap watak animasi itu. Apa khabarnya sekarang? Hmm..

Michael sangat nakal di dalam kelas. Aksi kegemarannya adalah melompat ke atas meja dan kemudian menunjukkan punggung mungilnya kepada kami semua..hahaha.. Apa khabar kau sekarang? Hmm..
.
Lau Kiu Kwok, Lau Kiu Meng dan Lau Kiu Kwang.. tiga beradik sahabat karibku di rumah baru ketika Darjah 6 sehinggalah aku di Tingkatan 3. Ayahnya hanya setahun 2 kali balik rumah kerana bekerja di Papua New Guinea. Mereka ada kura2 cantik..dan yang paling seronok, anjing mereka yang telah kulupa namanya memang sangat manja. Si anjing paling suka bila aku menghabiskan masa mencabut kutu-kutu yang melekap di telinga dan lehernya. Dia akan duduk diam..kutu yang kucabut akan kuletak di lantai, dan dia akan menggigitnya (kutu anjing besar tau..). Adikku pernah mendokong anjing itu dan membawa balik ke rumah. Ibu apa lagi..terpekik2 memarahi adik kecilku dari dapur! Apa khabar kamu semua sekarang? Hmm..

Albert dan keluarga berbangsa Dayaknya memang sempoi. Mereka boleh duduk sekeluarga di depan TV menonton porno. Adus! Aku selalu bergaduh dengannya, tapi selalu juga kami pergi berenang sama2.. hehe. Apa khabar kau sekarang? Hmm..

Jiran Albert seorang gadis cantik. Julia namanya..seorang Cina-Bidayuh, setahun tua daripadaku. Daripada mula duduk di kediaman itu sehinggalah aku berpindah, Julia adalah pojaan hatiku. Selalu aku mengintai-intai kelibatnya di muka pintu. Apa khabar kamu skarang ya? Hmm..

Bila aku berjaya menyambung Diploma di kampus, serta-merta aku bermain cinta dengan seorang gadis bernama Cynthia Ong. Kami saling menyukai tapi tidak berpacaran kerana sedar akan jurang yang menjarakkan. Apa khabar kau skarang? Hmm..

Rakan2 di bilik sebelahku berbangsa India. Thamaraj, Sashitharan, Sri Themedu dan Sanjivan sahabat yang mesra. Kadang2 aku tidur sekatil dengan mereka, terutamanya Raj.

Raj sangat geli kalau kupeluk tubuhnya yang besar. Aku tak boleh lupakan tosai yang dimasak ibunya ketika bertandang ke rumahnya. Kari kambing yg dimasak..KAW!! Sashi pula lembut orangnya (tapi bukan nyah), suka mempermainkan nama aku. Sri suka diajak berborak dan banyak bertanya. Sanji tidaklah begitu rapat denganku..orangnya hensem. Kesian dia, rambutnya dipotong oleh petugas semasa hari konvokesyen kami. Apa khabar kamu semua sekarang? Hmm..

Selvamalar si gadis pintar yang bergraduat dengan 4.0. Kalau berucap amat bagus! Dia pandai memberi nasihat. Kini aku jarang menemuinya tapi kalau berjumpa pasti bercerita panjang. Dia memang berkaliber sebagai politikus. Entah bila aku dapat berkunjung lagi ke rumahnya di Batu Caves.
.
Seorang lagi yang namanya Ganesh, tapi dia tinggal sebilik denganku. Pada tahun kedua kami belajar, dia memeluk Islam. Aku masih lagi berhubungan dengannya sekarang. Dia seorang pemimpin pelajar yang dihormati ramai.

Di hujung pengajian Ijazahku, rakan karibku adalah Chaiyen, Li San, Ying Ying, Fadhlina dan Chee Win. Sudah ditakdirkan memang kursus major yang kuambil, kurang pelajar lelaki. Bahkan aku pernah masuk ke kelas 60 orang perempuan dan aku sang pejantan tunggal. Terus aku tukar subjek lain.

Mereka berlima sekarang sudah bekerja baik. Ying Ying kadang2 menghantar emel..cuma aku yang jarang membalasnya..hehehe. Chaiyen seorang feminin yg agresif. Aku sering dicubitnya. Tapi kalau di dalam kelas, macam2 makanan yg dibawanya diberi kepadaku. Li San kalau bercakap, suaranya hampir tak kedengaran. Apa khabar kamu semua sekarang? Hmm..

Tiga minggu lepas, aku mendapat berita sahabatku Sri Raman telah mengikut jejak langkah Ganesh. Syukur Tuhan atas khabar yang tak disangka ini. Aku akan cuba menghubunginya minggu ini.

Andai dapat kutemui kalian sekali lagi, akan ada hadiah istimewa dariku untuk semua. :)
.
12 Okt : Warrrghh! Sakitnya paru2! Daripada 1 ramadhan sampai petang semalam, masih tak kutemui Kuih NEKBAT di mana2 bazar.. TErrtekann..

19 comments:

shahril aley said...

wei dulu ko amek diploma & degree kat mane? Cerita ko bagitau mcm U@kolej tu memang tak ramai melayu.Ko bagus dapat ramai kawan cina & india. Tak macam aku boleh kira dgn jari je. Bukan ape dr belajar sekolah menengah sampai abih degree tak ramai non-malay. Sekarang pun keja dengan co 99.9% malayu.....

Sunan_Jati said...

wa.... bestla hang nie ramai member...
hehehehhe! org mana sabah ka? huhuhu...

13may said...

oiii...kes rindu kat kengkawan ler nih....hehehehe...

ps: Sunan Jati..hang org mana hah???

Orang Biasa said...

shahril : mane plak..aku blajo sama ngan orochi.. Melayu majoritinya, tapi saje nak cerita kawan2 bangsa lain aku yg ramai, sbb diorg pon besfren aku gak.. Malaysiana kita meh!

sunan : aku diberanak sini bah. tanjung karang. selangorian.. tapi banyak merantau. nanti ada hari aku pindah sebelah umah ko plak. haha

13May : jauh di mata, dekat di paru-paru..

13may said...

jauh di mata, dekat di paru2...mcm asap rokok aje...hahahaha....

ps: kenapa budak2 tu tak pakai diapers...nanti kencing berteraboq...habih hancing blog hang....huhhu...

*Peace brader!*

Iyandz said...

Klu dapat jumpa kwn dulu memang best.. Bkh kongsi byk cerita kan..:D oh ya.. tag box tak de ker..:D

Orang Biasa said...

13may : kalu hancing kang aku bubuh la plak gambo Ambi Pur..

iyandz : lagi best kalau kawan2 blanja makan..hehe

Orochi said...

errr... Ko tamau citer ker ko berpacaran ngan saper skarang? hahaha...
wei, Sri Raman tu cam aku kenal jer.. duk bilik sebelah kat k13 dulu ker?
Hari tu aku jumpa Sanjevan kat klcc.. dia cakap Cynthia keje kat shah alam.. Raj lak keje kat Astro bhgn sensorship.. siot jer..
ingat Sean? Dia amik master kat fakulti pertanian...

zwitterion said...

arghh rindunya pd kawan2..

Orang Biasa said...

orochi : sri raman junior kita ar, dok blok bertentang. sean? sean penn aku kenai la..haha

zwit : poie la kontek depa. antaq kad raya ka.. ;)

shahril aley said...

ooo...baru2 ni aku nak anta kad raya kat member2 lepas tu teringat kat member lame.so aku ape lagi cuba call la dorg. dapat gak cakap dgn roomates aku mase blajar. sorg tu baru aku tau dia baru balik dari korea...

MaNiQ KaYaNgaN said...

kuih nekbat?? uikss... pertama kali aku dengor... sungguh..!! dari mana asal kuih nih?? tolong terangkan keturunannya.. huhuhuhu..

Orang Biasa said...

shahril : bikin apa di Korea? Bulan madu? Korea Utara kah..Selatan kah?

maniq : Perwatakan nekbat -
1. dilahirkan di Kelantan
2. tubuhnya seperti bahulu
3. warnanya kuning/merah
4. disira
5. sangat manis!

mari kita lihat nekbat (dan kuih2 Kelantan lain):

http://www.cuti.com.my/album/thumbnails.php?album=1181

tapi nekbat dalam gambo tu nampak kering. dulu kalu kat bazar, biasanya basah sbb disira. tapi nekbat kering ada jual kat kelantan dan pembeli akan menyira nekbat tu sendiri kat umah...

ampun kalu silap fakta.

arianna adrizal said...

encik, sini ada jual nekbat. selalu sy lalu jeling je.

Orang Biasa said...

arianna : huhu..cemburunyer! kalu aku jupe nekbat kat memane..confem, "macik, nekbat tu bagi sekilo..kuah lebey.."

edyan7 said...

hmm... bagusnya ramai kawan2... nekbat tu cam sedap je!

Angel Eyes said...

hi orang biasa!

Juz dropping by.. anyway, tq so much for visiting my blog!

datanglah selalu yea... :)

Amin Ahmad said...

Wah, akhirnya aku tahu siapa orang biasa ni..ceh, Alam rupanya..

sebelum ni aku masuk tgk citer kuceng jer..haha..

aku akan tulis tentang cerita kolej 13 dalam siri campus life tp kat blog aku yg lain..haha..blog rahsia!

Orang Biasa said...

edyan : awakpun kawan saya :)

angel : ya...akan selalu.. :)

amin : lor..ko baru tau ke? :)