Thursday, April 19, 2007

Misteri Bahagia

BAHAGIA adalah suatu:
.
a. perasaan
b. cita-cita
c. yang tidak dirasakan sepanjang masa
.
KEBAHAGIAAN MUTLAK :
.
a. tak mungkin tercapai (atau mungkin?)
b. tidak dapat digambarkan (atau mungkin?)
c. adalah di syurga (atau mungkin dapat dirasakan di dunia?)
.
Untuk memperoleh BAHAGIA:
.
a. perlu terlebih dahulu melalui penderitaan (perlukah?)
b. perlu selalu bersyukur
.
Bolehkah BAHAGIA wujud :
.
a. tanpa perlu berkongsi sesuatu dengan sesiapa?
b. tanpa perlu melalui penderitaan?
c. dengan tiba-tiba tanpa sebab?
.
Apakah cara terbaik mengukur KEBAHAGIAAN:
.
a. taraf Sosio-Ekonomi yang Tinggi (bagaimana dengan Sosio-Emosi?)
b. hidup diredhai Tuhan (bagaimana mengukur keredhaan Tuhan?)
c. Tidur yang nyenyak?
d. Hidup yang sederhana dan gembira?
.
Adakah mungkin wujud manusia yang ANTI-BAHAGIA?
.
Adakah TIDAK BAHAGIA bermakna hidup susah (walaupun senang dari segi material)?
.
Bagaimanakah cara untuk berseronok dengan KETIDAKBAHAGIAAN yang sedang dialami?
.
BAHAGIA juga merupakan satu wabak kerana ia boleh berjangkit tapi mungkin juga menjadi ancaman kerana ia dicemburui.
.
BAHAGIA adalah subjektif seperti yang dipersetujui ramai. Tapi anehnya ramai yang bersetuju (walaupun mulut kata tidak tapi hati tetap mengiyakan) bahawa mereka akan berasa BAHAGIA yang amat sekiranya tiba-tiba dikurniakan RM1 000 000.00 tunai tanpa sebab.
.
Jadi bolehkah aku simpulkan, wang adalah simbol asas BAHAGIA? Tapi bagi para hartawan...jutawan, setelah ada banyak wang, definisi BAHAGIA mereka akan berubah ke bentuk lain yang lebih subjektif. Cinta? Kestabilan hidup? Sanjungan? Hmmm entahlah.
.
Owh...makanya kesimpulan yang lain yang aku dapati adalah BAHAGIA (yang paling minimum) yang diinginkan oleh setiap orang boleh dikategorikan mengikut Taraf Sosio-Ekonomi mereka. Misalnya:
.
a. Golongan merempat - BAHAGIA sekiranya ada: rumah, makanan, wang dan kasih sayang
.
b. Golongan miskin - BAHAGIA dengan: wang, kemudahan asas, ASTRO dan kasih sayang
.
c. Golongan sederhana - BAHAGIA sekiranya dapat: rumah sendiri, kereta mewah, kerjaya yang stabil, wang, dan kasih sayang
.
d. Golongan berada - BAHAGIA dengan: [bisnes yang tak putus2 untung, sanjungan, kurniaan darjah kebesaran dan kasih sayang] = n
.
e. Golongan ultra mewah - inginkan BAHAGIA yang : merangkumi apa yang diperoleh golongan berada [n] x 2 = ? Arrggghhh...aku penin!!! Apa yang diorang nak nih???!!!!
.
Jadi, WANG dan KASIH SAYANG nampaknya wujud sebagai unsur BAHAGIA yang merangkumi setiap strata Sosio-Ekonomi. Persoalannya, mana yang lebih penting?
.
Secara peribadi, dapat bertemu Totoro adalah salah satu BAHAGIA yang aku idamkan...
.
Akhir kata, Wassalam...

11 comments:

Unknown said...

mende la yang ko merepek nih?

Unknown said...

bahagia... subjektif.

me3n said...

bahagia ku baca n3 ko neh hehe.

Anonymous said...

orochi : owh aku lupa, ko seorang yg mekanikal jadi tak bule paham entri2 yg berbentuk subjektif camnih...gomen..

cik kema : hang bahagia kah?

ad3ck : bagus, entriku telah membahagiakan seseorang..

Masy said...

ku mahu bahagia yg bukan saja membahagiakan aku, malah turut membahagiakan org yg membahagiakan aku. biar sederhana, asalkan terasa.

bahagianya!~

k o r o m y s t said...

Hmm... lebih bahagia kalau RM 1 000 000 tadi ditukar ke bentuk konsol Xbox 360 ke, Wii ke, PSP ke, Sony Bean ke... siap dengan stok memory card dan game yang terkini... hmm...

13may said...

adeh!

shahril aley said...

ko bahagia ke skrg ni orangbiasa atau sedang menderita ;)

aku suke entry ko kali ini ;)

Unknown said...

ya ya aku bahagia.. bahagia di satu sudut.. menderita disatu lagik sudut. kira balance la kan? ehehe

Orang Biasa said...

masy : aku nak kaya raya tapi bahagia...mcm bill & melinda gates..haha

koromyst : hoho kebahagiaan ko berbentuk material dan mudah diukur

13may : apasat?

shahril : same mcm lindosh...hehe

lindosh : ko tanak mencari kebahagiaan mutlak?

VitAmiN said...

saya faham istilah bahagia orangbiasa nak jumpa totoro..wuih..kalu dapat teddy bear besar totoro tu saya bahagia jugaaa..tapi saya takmau naik nekobasu..eiiiii..