Sunday, April 22, 2007

Halal Tapi...

BAB 1
.
Hari ini aku ingin mengajak kalian berbicarawara pasai produk. Produk Halal. Ada sesetengah dari masyarakat kita yang sangat mengambil berat, ada yang tidak berapa kisah, ada yang asal yakin dan ada pula yang langsung tak ambil tahu.
.
Aku tertarik dengan isu penggunaan nama dan istilah Islamik bagi produk2 yang sebenarnya diusahakan oleh orang bukan Islam. Misalnya *Ubat Gigi Mu'min yang dikilangkan oleh American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd (klik
sini). Contoh lain Pau Ahmad (klik sini pulak). Juga tidak dilupa produk Safi (klik di sini ya) yang dikeluarkan oleh syarikat yang turut terkenal dengan produk Enchanteur, Eversoft, Dashing, Sumber Ayu dsb.
.
(Ubat Gigi Mu'min kini dikeluarkan oleh syarikat Islam [pemegang saham majoriti]. tetapi 3 tahun lepas semasa ia mula diperkenalkan, ia dikeluarkan oleh Syarikat bukan Islam. Untuk maklumat lengkap, rujuk BAB 2 entri nih)
.
Setelah ditelek-telek, aku yakin semua produk nih HALAL. Tiada keraguan. Tapi isu yang timbul di sini, apakah wajar kita membiarkan orang-orang bukan Islam menggunakan sewenang-wenangnya nama yang berunsurkan Islamik atau mungkin Melayu?
.
Aku akui aku tergolong dalam 'golongan asal yakin' tadi. Jakim kata OK, akupon OK. Sebab tu walaupun ada yang memperjuangkan Boikot KFC, Colgate, Coke, Starbucks dsb aku tak berapa nak kesah. Terpulanglah orang nak kata aku Muslim yang tak peka ke...kurang Islamik ke, terpulang. Yang aku tau semua produk tu HALAL (tapi aku tak suke ar Colgate. Darlie yang paling best! Coke pon tak suke gak)
.
Tapi aku sangat concern dengan penggunaan nama yang berbaur Islamik seperti contoh yang aku bagi tadi. Ia amat mengelirukan! Siapa yang tak terpedaya kalau ubat gigi guna nama Mu'min! Pau pula namanya Pau Ahmad! HALAL memanglah HALAL, tapi tidakkah umat Islam terasa maruah mereka telah dicarik-carik? Bukankah Ahmad itu nama panggilan Rasulullah?
.
.
.
BAB 2
.

.
Tapi untuk Ubat Gigi Mu'min, kes nih ada pelik sikit. Aku susah nak jelaskan. Mungkin aku ringkaskan begini:
.
1. American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd mula2 mengeluarkan produk ubat gigi Mu'min, mencari yg Halal itu adalah kewajipan untuk Umat Islam
.
2. Tiga tahun lepas PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dapati kilang itu memang takde masalah daripada aspek pengeluaran (kebersihan, status halal dsb) utk ubat gigi Mu'min, cuma masalahnya para pekerja dan pemilik kilang adalah bukan Islam tapi produknya yang satu nih gunakan nama yang Islamik. (kilang ini juga keluarkan produk2 ubat gigi yang lain, boleh klik untuk rujuk website-nya)
.
3. PPIM lalu mencadangkan mereka melantik beberapa panel syariah dan pemantau yang beragama Islam yang akan membuat kerja pemantauan yang dijalankan oleh JAKIM
.
4. Cadangan diterima. Kemudian PPIM berbincang pula untuk mengambil alih Al Meswak Mu’min Sdn Bhd (anak syarikat American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd), dengan membeli beberapa peratus sahamnya
.
5. Juga diterima dan beberapa orang ahli PPIM telah membeli saham syarikat itu. Kini ia kelihatan seperti 100% milik Islam (sepertimana tanggapan umum)
.
TETAPI...
.
(sebelum meneruskan isi fikiran aku nih, aku ingin tegaskan aku bukanlah anti dengan Produk Ubat Gigi Mu'min nih ataupun aku nak menjatuhkan bisnes orang Islam. Sama sekali tidak. Aku cuma ingin mendapatkan kepastian atas kekeliruan yang aku cuba sampaikan selepas ini)
.
1. iklan Ubat gigi Mu'min menekankan ia disyorkan oleh PPIM. Anehnya memang secara langsung ahli PPIM sendiri yang memiliki saham syarikat ini. Jadi seolah-olah pemilik2 saham mengeksploitasi nama PPIM untuk keuntungan peribadi mereka
.
2. Sijil halal yang korang dah tengok kat link atas tadi dengan jelas tertera alamat bagi syarikat nih sama dengan syarikat asalnya iaitu di American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd. So, kilangnya sama cuma ia cuba diwujudkan sebagai entiti berlainan
.
3. Cuba buka website Al Meswak Mu’min Sdn Bhd sini (syarikat baru yang menghasilkan Ubat Gigi Mukmin), dinyatakan: merupakan syarikat 100% kepunyaan rakyat tempatan. Kenapa tidak saja ditulis 100% kepunyaan Bumiputra Islam?
.
4. PPIM dalam forum di websitenya sendiri mengakui: syarikat ini mempunyai saham majoriti orang Islam, malah lebih daripada apa yang kerajaan sarankan , iaitu 30% biasanya. Persoalannya berapa peratus pula sahamnya dipegang oleh orang bukan Islam?
.
Daripada apa yang aku dapat ungkaikan ini, sebenarnya aku terasa wujud unsur2 eksploitasi dan manipulasi dalam hal ini. Bukan aku sorang, kalian boleh baca kekeliruan yang turut dialami oleh pengguna lain di website PPIM di sini. PPIM turut menyediakan jawapan bagi persoalan yang timbul, jadi ada pro dan kontranya. Terpulang untuk kalian menilai
.
Bak kata seorang pengomen dalam tu, kalau betul nak memperjuangkan produk Muslim baik beralih kepada Ubat Gigi Halagel, Ubat Gigi Cengkudu atau Ubat Gigi Herba HPA. Pengomen tersebut bengang bila PPIM mengatakan bahawa 'kajian kami mendapati TIADA syarikat pembuat ubat gigi yang dikuasai oleh orang Islam/Bumiputra di mana-mana tempat di dunia' sedangkan tiga produk di atas jelas 100% keluaran umat Islam. Itu baru di Malaysia, belum kat negara lain lagi
.
Maka, secara tersiratnya PPIM secara tidak langsung cuba mempromosikan produk Ubat Gigi Mu'min yang mana ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dalam syarikat itu. Tapi ini pandangan peribadi aku. Maaf ya
.
Okeh, ditekankan sekali lagi aku tiada niat lain selain menunjukkan kalian senario sebenar yang berlaku ketika ini. Aku juga mengucapkan tahniah atas usaha PPIM untuk memajukan produk keluaran Islam. Cuma beberapa persoalan yang timbul seperti di atas sedikit menggelincirkan kepercayaan aku terhadap usaha yang telah PPIM lakukan kerana sekelumit unsur-unsur personal interest yang wujud
.
Gomen-nasai. Wokeh, habis rehat tengah hari aku menaip entri kali nih. Chet! Harap dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan korang sume. Apepun, DARLIE tetap di hatiku. Wassalam..

27 comments:

Unknown said...

oh ho ho... kalau pakai colgate bleh tak?

achik said...

selalunya kita lebih amik berat bab halal ni pada benda2 makan je kan...

Orang Biasa said...

orochi : pakai jerla. dah sohih halal. aku kalu tak muntah2 guna colgate atau fresh n white tuh lama dah aku pakai

achik : eh tak..benda2 minum pon sama..

Ayaq said...

Kolget tatappp di hatiku ehehe...awat aku tak pernah dgq ubat gigi mu'min tuh pun eheh.

k o r o m y s t said...

Hmm macamana dengan Najwa? O_o
Colgate jarang guna sebab lain macam jer after taste dia haha xD

Sekarang guna Darlie.
Ohhh nostalgiknya zaman Darlie masih lagi Darkie haha xD

Anonymous said...

ada ke org muntah guna colgate?jumpa jugak spesis sama dgn diriku akhirnya...heheheheh

dulu pakai darlie...tp PPIM kata ada ekstrak tulang Bab 1...terus tak guna (kakak saya kata:padan la tak muntah...makan tulang bab rupanya yea...)

sekrang setiap hari muntah sbb terpaksa guna colgate...

huhuhuhu...

errrr...saya tag kamu org biasa...heheheh (saja intro pepanjang)

13may said...

org kampung aku...semua ubat gigi depa bantai panggil kolget...tak kira la darlie ka, safi, ginveraa ka..dashing ka...lovely white ka...
semua depa panggil kolget...

hhehe...

Anonymous said...

ayaq : tak penah dengaq? slalu kuar tivi iklan mu'min tu ayaq oiii... oh aku lupa, dlm Astro tadak..hehe

koromyst : Masa kecik2 dulu aku tak suka Darkie tu..pedas. Ingat lagi aku logo laki muka itam Darkie

mawar : ekstrak tulang bab? wah enak tuh! lagila aku suker ;D.. woh sama spesis upenye..

13may : samela tempat aku pon. mi segera sume jadik maggi, sabun basuh sumer Fab, lampin pakai buang sumer Pampers..hehe

Unknown said...

dr dulu dok biasa kan pakai kolget je.. pastu lame2 bile dok kecoh2 kuar halal hara msmua neh.. baru la mak aku paksa pakai jenis ala2 islam neh.. kejap ja la.. kadang2 takde jual kat kedai.. sapu gak laa kolget tu balek ehehehe

Unknown said...

betui ke org kata kalu gosok pakai orang gigi buleh putih?

me3n said...

aku kadang2 terlalu mudah nak percaya kat simbol bulat tuh hehe.

Anonymous said...

lindosh : ko pakai ape brand? kodomo lion ke?

cik kema : orang2 dulu kate bule, tapi kene tau kaedah yg betoi

ad3ck : aku pon sama. yakin...

kakLuna said...

aku pakai Fresh n White sebab nak dpt kan cawan, pinggan free :D

Anonymous said...

Kalau guna DARLIE lagi la teruk.... sah2 depa gunakan DCP "Dicalcium Phosphate". Kalau colgate... terang2 dicetak kat kotak. Cuba hang cek... dari tulang jenis apa DCP tu dihasilkan. Lebih baik gunakan Ubat Gigi HPA, Halagel, Cengkudu. Sah dari tangan Muslim ke tangan Muslim.

Anonymous said...

kakluna : wah! frsh n white la yg aku paling takle telan. Manis sangat! Konfem muntah cekelat

pakwan: tulang kongkang..ekeke! aku tak kesah. sbb Darlie @ mana2 household products takkan nak menabur pasir dalam periuk depa sendiri. lagipun Halal cop ade (eh Darlie ade ke? hehe...)

Taiko said...

anda dah cuba ubat gigi halagel? cubalah! ianya dapat mengurangkan kesakitan gigi yang serius. (eh.. ini iklan ubat gigi sensodyne)

ahbodolahman said...

Tuan2, eloknya, kita tak boleh serahkan urusan hidup kita kepada orang bukan Islam. Jika tak boleh nak elakkan...PAUSE sekejap, tanya iman kita dahulu, perlukah kita serahkan pembentukan IMAN dan SAHSIAH diri kita kepada mereka. Setiap suapan ke perut kita adalah mencerminkan perangai kita sebenar.

Mungkin sikap kita terlalu bertolak ansur melebihi 85% dengan apa saja termasuklah perkara HALAL dan HARAM. Mahukah kita pergi makan "mee goreng bukan Islam" yang tertera "HALAL JAKIM"? Kes ini dikiaskan dengan kes pembuatan ubat gigi dari syarikat berbaur bukan Islam.

Memanglah mesin yang membuatnya. Namun adakah ianya dibuat dengan dimulakan dengan bacaan al-Quran terlebih dahulu sebelum memulakan kerja, berwuduk semasa mengoperasikan mesin, staff2-nya bersolat Dhuha (ataupun bersembahyang lima waktu secara asasnya). Ini belum diceritakan yang ramai peniaga2 Melayu sendiri mengabaikan solat, hanya tahu mahu untung saja tanpa mengira mudhorat yang akan berlaku pada pengguna.

Jika kita tak kesah semua perkara awal yang saya nyatakan tadi dan serahkan kepada orasng bukan Islam diatas perkara makan minum harian anda, terpulanglah...saya tak mahu memberikan komen apa2. Sebab bukan diri saya sendiri.

Cuma saya lebih menitikberatkan, perkara HALAL bukanlah perkara kecil sekecil duit 1 atau 5 sen. Percikan air kencing kita pun kena kita jaga takut ada titisan halus yang terpantul, terkena pakaian dan kemudiannya dibawa bersolat. Kita hanya perasan sendiri bahawa tanggungjawab solat adalah selesai. Padahal kita cuma berbuat lebih kurang sahaja. Begitu juga kalau kita nak score exam, tapi study lebih kurang saja. Layakkan kita mengharapkan keputusan A bilamana mendapat keputusan nanti?

Jangan kita memandang remeh produk2 berbaur Islam yang dikendalikan orang bukan Islam, sama ada di mana2 bahagian. Lalu dengan semudah itu, KITA SERAHKAN URUSAN HIDUP KITA KEPADA MEREKA. Nak makan mee, dah mee buatan orang Islam tak ada, kita tetap juga sombong menuruti desakan nafsu tiada terbatas kita yang tak ada sesiapa pun mampu menghalangnya. Apakah dengan kita tidak memakan mee membuatkan kita kebuluran? Apakah tiada makanan lainkah untuk menggantikannya? Janganlah kita terlalu sombong dengan diri sendiri yang akhirnya diri kira dihumban ke neraka. Allah tiada berkehendakkan kita berbuat baik pun, berbuat jahat pun Dia tak kesah. Apa pernahkah kita disergah Allah ataupun Malaikat semasa berbuat dosa walaupun dosa kecil sahaja? Tentunya tidak, sebab MEREKA tidak mengalami sebarang kerugian pun. Yang rugi adalah kita.

Saya tak ingin ulas, hasil2 pembelian kita, terpercik ke Israel/Amerika atau ke mana2 yang akhirnya merugikan umat Islam. Tak terlintaskah kita akan hal ekonomi Islam kita yang lemah hinggakan kita menggadaikan tanah air untuk mereka. Sekarang Pulau Pinang dah tinggal 2%. Kedah sudah tinggal berapa Tuan2? Perak macam mana? Singapore macam mana? Tak terlintaskah kita akan akan anak cucu kita menjadi macam Palestine satu hari nanti? Dulunya 100% tanah Palestine milik orang2 Palestine. Pendudukan dan ekonomi Yahudi berkembang pesat dan kemudian sambil membeli tanah2 Palestine sehingga pada 1947, sudah 60-70% menguasai ekonomi dan tanah Palestine. Kemudian dengan kekuatan ekonomi, Yahudi menggunakan PBB untuk menguasai, menghalau dan merampas Palestine. Inilah akibat "MENYERAHKAN URUSAN HARIAN KEPADA YAHUDI". Tak apalah, 30-40 tahun lagi, kita pun dah mati dah, yang tinggal anak cucu kita. Pandai2lah mereka nak settle. I tak mau ambil port.

Perlukah kita terus leka dibuai mimpi pembangunan dan teknologi? Tak terfikirkah kita cara2 nak menguasai semula ekonomi Islam? Bagi orang Islam membangun. Membeli semula tanah2 yang terlepas ke tangan orang yang tidak wajar. Membeli rumah setahun sebuah. Membeli tanah-tanah dan bangunan yang sudah dikuasai mereka. Bukan bermaksud membeli tanah untuk menunjukkan kekayaan diri sendiri dan sombong. Kita kena jujur berjuang. Inilah perjuangan. Kenapa hati kita tidak kuat berjuang? Sebab urusan harian dan makanan kita, kita telah serahkan kepada orang bukan Islam.

Janganlah kita lembik Tuan2 dan kemudiannya sombong menggunakan produk2 bukan Islam yang akhirnya anak cucu kita menyumpah2 di kubur kita nanti. Apakah kita menyangka kehidupan ALAM KUBUR kita sentiasa enak semudah kita berdoa? Seringkas "moga bahagia di sana"? "Moga dicucuri rahmat"? Jika demikian, teruskanlah berjuang untuk COLGATE, DARLIE, FRESH N WHITE kerana sangkaan HALAL anda sudah betul untuk kemaslahatan anak cucu kita.

Fauzan Ghazi said...

jom pkai ubat gigi HPA...
(^_^)

Anonymous said...

Lebih baik guna ubat gigi mu'min dari guna darlie atau colgate.. terang2 dua jenama tu 100% cina yg punya.. halal colgate pun baru je dapat. Colgate dah lebih 50 tahun meniaga takde guna halal jakim korang support. lagi nak bangga guna darlie(tak tercemar ke maruah?) tadi bising isu halal, islam, maruah?? Kan banyak product melayu/islam/buatan malaysia.. HPA ada, Halalgel ada,safi ada, Mu'min ada.. Ubat gigi Mu'min tu jenama yg baik korang nak kondem.. mcm mana melayu nak maju?.. At least kemunculan ubat gigi mu'min dah buat colgate sedar utk sama2 ada halal jakim. Btw, kalau nak pertikai lebih baik pertikai halal colgate tu.. satahu saya halal jakim utk product keluaran m'sia je.. colgate tu buat kat thailand. Ada ke pegawai jakim sampai ke thailand nak check cara pembuatan dia? kat malaysia pun halal tak terkawal.. Saya rasa mmg takde la kilang ubat gigi kat m'sia ni selain american lion tu.. safi pun buat kat kilang tu.. HPA ngan halalgel pun tak buat kat malaysia.. Kalau tak silap halalgel tu kilang dia kat india.. tapi tak kesah la.. kita kene support barangan org melayu/islam/buatan malaysia. Kita support dulu, kita doakan diorang maju, bila dah maju, baru la bole diorang nak buat kilang sendiri kat malaysia. kalau awal2 kita dah kondem product bangsa kita sendiri, lepas tu guna pulak colgate/darlie hari2.. Kira kita ni HYPOCRITE la. membantu pun tak, menjahamankan ada! Mari la kita pakat ramai2 guna HPA, Halalgel, Safi, Ubat gigi Mu'min, Najwa. Semoga satu hari nanti jemana ini lah yg akan mendominasi market ubat gigi M'sia bukan lg didominasi oleh syarikat gergasi milik cina 100% (colgate, darlie atau freash n white). Bersatu membina ekonomi islam! Maaf kalau terkasar bahasa cuma saya terkilan dgn perangai org melayu yg lebih sukakan perpecahan berbanding berusaha utk bersatu. Renung2kan dan selamat beramal~!

raffi said...

Saya nak share info ni, saya baca dari laman blog PPIM :

Konspirasi Atau Dengki?

Dalam tempoh beberapa tahun ini kami di PPIM telah menerima banyak rungutan daripada ahli-ahli kami di mana perniagaan mereka dihujani dengan tohmahan yang mengatakan ianya merupakan perniagaan “Ali Baba” atau dimiliki pemilik bukan Islam serta sebagainya. Perkara seumpama ini biasanya berlaku kepada perniagaan/jenama yang mula dikenali ramai contohnya Ubat Gigi Mu’min, Laksa Shack, Adabi, Aminah Hassan dan beberapa lagi jenama terkemuka milik peniaga Bumiputera Islam.

Sebahagian dari mereka telah mendapat kesan dari perbuatan tidak bertanggungjawab ini, ianya dilihat dari hasil jualan serta keuntungan mereka semakin merosot setiap hari, ini mungkin disebabkan rasa sangsi daripada pengguna Islam terhadap mereka.

Mari kita renungkan bersama, kekeliruan pengguna terhadap status pemilikan sesebuah perniagaan milik peniaga Muslim biasanya akan menimbulkan kesangsian sekaligus tidak lagi memberikan sokongan, ini merupakan titik permulaan kepada kehancuran perniagaan itu sendiri.
Adakah ini yang diharapkan dari kenyataan kita yang kadangkala langsung tidak berasas?

Kami menggesa kepada para pengguna di luar sana supaya tidak menyebarkan khabar angin seumpama ini kerana dikhuatiri akan membawa kepada fitnah serta mampu memberikan impak negatif kepada ekonomi Islam .

Lihat di sekeliling, daripada ratusan ribu produk yang ada di pasaraya-pasaraya Malaysia hanya sebahagian kecil sahaja jenama milik peniaga Islam, bahkan mungkin boleh dikira dengan jari sahaja.

Di manakah Maruah Kita? Bagaimana Masa Depan Generasi Kita? Renungkanlah..

Minta sebarkan posting ini kepada mereka yang lain, sedikit sebanyak mampu menyelamatkan perniagaan saudara-saudara kita.

Link : http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2011/05/aduan-pilihan-konspirasi-atau-dengki.html

Semoga dapat share info ni kepada kawan2 kita. Sharing Is Caring.

Anonymous said...

ubat gigi pun mau berkira...
bukanya ko terus mati pun kalo makan babi!!!

Anonymous said...

racun pun halal kan

Unknown said...

Assalammualaikum. Saya dulu pengguna tegar safi kayu sugi. Sejak zaman student lagi dah guna.. But now 2018 saya dah tak gunakan dah..sekarang guna ubat gigi jenama MISMIS.Produk baru yang betul-betul produk orang melayu dan islam kita. Dijamin HALAL. Gigi pun rasa bersih. Tak ada bahan kimia (chemical) ni yang penting. Sebab MISMIS adalah ubat gigi NATURAL based yg ada KOKO di mana ia natural antibacteria. Ada juga cengkih, sirih dan daun pudina. Semua tu untuk kuatkan gigi dan gusi balik. Now dah tak ragu-ragu nak guna ubat gigi. Berangin dan nyaman. Korang kena cuba..lagipun kat pasaran sekarang terlalu banyak ubat gigi yang ada florida yang sebenarnya amat berbahaya terutamanya kalau adik-adik atau anak-anak kita tertelan. Saya dah berubah, korang bila lagi!

salina mohd taha said...

Di Nanding Hulu Langat tk jumpa jenama MISMIS pasaran tk luas kot

salina mohd taha said...

Kalau Islam tk de kompromi dlm hal ni bukan mslh mati ni mslh mentaati prnth Allah lain la kalau la itu la satu2nya unat gigi yg ada kt dunia masa tu kayu sugi da pupus kayu arang da pupus garam pun da pupus pendek kata semia bhn yg berkaitan dgn kebersihan gigi semua da tk de baru la blh fikitkn nk guna ubat gigi yg ada dna babi tu pun kalau trgamak la kn

Afiq said...

Kencing kuat.. Aku tekan kt link haram tak buleh

RaDeN_PaRJoE said...

https://www.sinarharian.com.my/politik/mu-min-peneraju-ubat-gigi-halal-1.363136