Monday, October 16, 2006

Rasa..Jiwa..Raya


Seronok raya di zaman kanak2 adalah kenangan sepanjang hayat kita semua. Tak kiralah latar belakang kita, asal mana negeri..suasana raya pada di usia itu adalah yang paling meriah!

Aku mula hilang perasaan seronok raya bermula tahun 2000, sedangkan itulah pertama kalinya kami sekeluarga beraya di kampung halaman setelah 10 tahun beraya di tempat orang. Kini masuk tahun keenam raya di kampung, perasaan aku masih sama. Bagi aku sekarang, saat yang dinantikan ketika raya hanyalah pada hari terakhir puasa dan hari pertama raya. Hari-hari yang kemudian aku rasakan samalah seperti hari yang biasa.

Dan beberapa tahun lepas aku mulai sedar...elemen yang paling utama ketika Aidilfitri bukanlah baju baru, makanan sedap, ang pow mahupun meriam mercun...ia adalah KAWAN-KAWAN. Sejujurnya aku rasakan sahabat sepermainanlah yang menghidupkan suasana raya, lebih daripada bersama saudara-mara serta elemen2 raya yang lain. Bukanlah raya bersama famili tak seronok..tapi raya pasti takkan seronok kalau kawan2 tiada.

Jadi kawan-kawan sekalian, jemputlah datang ke rumah. Raya kedua kami akan balik dari kampung. Bantulah aku ini, insan yang kehilangan jiwa aidilfitri.

SALAM AIDILFITRI. SILAH SALAP DIMAAFI. MOGA HIDUP DIBERKATI.

18 comments:

shahril aley said...

setiap tahun aku beraya di KL bukan tak de kampung tapi kampung dekat sangat. Paling jauh pun di Ipoh. Kalau raya ko tak pegi mana2 datang lah beraya kat Batu Caves...

13may said...

selamat berhari raya...cuti berapa hari???

Unknown said...

aku konfem datang rumah ko.. hahaha.. nak duit raya...

ZaKiN said...

selamat hari raya.. duit raya ader ker..??? huhuhu..

Anonymous said...

emm.. apakah perasaan yang mengganggu sehingga kemeriahan raya tidak dirasai walaupun berbeza suasana?

aku pon sama.. sejak dah keje dan matang (matang kerrr? erkkk) sket nie.. pasal raya ni kureng menyengat la.. tak rasa kemeriahannya.. bila raya jer, aku layan tv seharian..

Orang Biasa said...

shahril : Batu Caves dekat je ngan umah orochi. nantih aku try ajak orochi sama :)

13may : amik 2 hari cuti je. khamis jumaat depan. ade gak cadang nak keje sekerat ari esok. mau membeli belah kot. haha..Sogo

orochi : ko bile plak nak bawak aku balik umah ko..

maniq : duit raya confem ade..utk mak ayah n adek2 je. kalu nak, jadikla kakak saya..haha

laddyberd : takde ape yg mengganggu. cuma sebenarnya naaakkk sangat-sangat seronok raya macam dulu2...apakan daya.

zwitterion said...

kita panggil doraemon nak?..balik zaman kanak2 semula..hehe
peralihan zaman..

VitAmiN said...

bantulah saya juga...jiwa raya saya dah lama ilang sejak lepas form 5 lagi..ish..ish..

Orang Biasa said...

zwit : skang ni doraemon dah xbape best. Ninja Hitori-kun lagi best! Pastikan anda menonton, setiap Ahad jam 11.30 pagi di NTV7, saluran ceria anda..

leen : cane bule hilang tu?

shahril aley said...

orang biasa - abih umah ko kat mana?? so orochi tu aku dah tau umah dia kat tmn melati je... klu nak datang let me know la.so i'll show u the route to my house..ko bagi e-mail, nanti aku bagi no hp...selamat hari raya aidilfitri & maaf zahir & batin

arianna adrizal said...

ha, sy suke pi braya. katne umah??!

me3n said...

ku nak g beraya, tp kenal ko kat alam cyber jer..haha~!

dulu zaman kanak2 ingusan ku suker giler jalan ramai2 ngn kawan gi rumah sorang2..nih da kejer, da tak selalu ngt wat camtuh..

Anonymous said...

emm.. kes yang sama.. mencari kemeriahan seperti dizaman kanak-kanak.. bila dah besar nie.. kemeriahan hanya terasa bila excited nak balik kg.. tapi bila dah balik kg, rasa tak ada apa2 lak..

Unknown said...

ok jom pakat ramai-ramai gi rumah orang biasa..

shahril - area gombak ngan batu caves aku tau jalan dia.. kasi alamat, nanti aku ngan orang biasa muncul kat depan pintu rumah ko.

Orang Biasa said...

shahril & orochi : okeh set! tak janji tapi akan diusahakan.. sila hidangkan sushi bagi menggantikan ketupat lemang..hehe

anne : dok Putrajaya Presint 9. takle bubuh alamat sinih, nanti org pecah umah plak. kalu nak datang, emel jer keh. :)

ad3ck : bila dah besau baru terasa, rupa2nya ramai tuan umah xsuke bila rombongan kanak2 ribena datang serbu..ekeke

laddyberd : windu raya time atas jalan nak balik kampung..huhu..samela.

Angel Eyes said...

Selamat Hari Raya to you!

And to ferragamo too! :)

shahril aley said...

eh banyak cekadak ko la nak makan sushi di hari raya. Klu nak melantak sushi ko pegi beraya kat jepun konfem mmg setiap 1st syawal dorg bagi ko makan sushi. korg jangan expect yg bukan2 bile nak dtg umah aku.

Orang Biasa said...

angel : eh..ferragamo utk keja, bukan raya..hehe

shahril : wakakaka! gurau je. umah aku pon tak hidang mende alah tu..